"I just wanna hold her hand before i die."
Dengan tiba-tiba klip video aktor Zul Ariffin bercerita soal kahwin tular di Tik Tok.
Ianya dipetik dari IG live dua hari yang lalu. Sementara itu, Zul menjawab persoalan yang sering ditanyakan kepadanya bahawa mungkin disebabkan dia artis, maka soal peribadi menjadi asam garam dalam kehidupan.
"Maybe because I am actor, kahwin and everything my personal stuff."
Bagi Zul sendiri, bila sampai masa dia akan berkahwin satu hari nanti, apa yang dimahukan ialah bersolat jemaah bersama isteri dan jika mati sekalipun, sudah pun bergelar suami seseorang.
"I wanna die as someone else punya husband, thats is."
Netizen turut mendoakan yang baik-baik untuk Zul dan berharap agar aktor itu mendapat calon isteri yang boleh memahami dirinya.
Foto : IG
Selepas hero Malaya, Remy Ishak berkahwin, pastinya ramai yang menantikan giliran Zul Ariffin pula. Semoga cepat berjodohan! - CARI
|