View: 3623|Reply: 27
|
Ejen Insurans Pandu 'King' Lawan Arus Didenda RM8,000, Penjara 3 Hari
[Copy link]
|
|
Pemandu Perodua Myvi kelabu yang memandu melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada 4 Sept lalu dikenakan hukuman penjara tiga hari dan denda RM8,000 hari ini.
Hukuman ke atas kesalahan dilakukan juga telah dimasukkan ke lesen pemandu, menyebabkan lelaki berusia 24 tahun itu hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen dalam tempoh lima tahun dari tarikh sabitan.
Pemandu Perodua Myvi kelabu yang memandu melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway dikenakan hukuman penjara tiga hari dan denda RM8,000. - Foto JSPT Kuala Lumpur
Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh, selepas tertuduh dibawa ke Mahkamah Trafik Jalan Duta hari ini.
"Lelaki yang bekerja sebagai ejen insuran itu dituduh di bawah Seksyen 42(1)1987 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana memandu secara melulu dan merbahaya.
"Hasil pertuduhan, pemandu kenderaan motokar tersebut mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama tiga hari dan denda RM8,000.
"Sekiranya gagal untuk membayar denda, dia akan dipenjara selama 6 bulan," kata Sarifudin dalam satu kenyataan.
Pada 4 Sept lalu, Astro AWANI melaporkan seorang pemandu Perodua Myvi memandu melawan arus di MEX, menghala ke Putrajaya, menyebabkan kemalangan sebuah kereta lain yang cuba mengelak.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
Patut hukuman kalau bawak kereta melintang arus is like this:
Si pemandu bawak kereta atas jalan raya and suruh 8-10 kereta pulak lawan arus, tengok camne dia elak..
Atau..
Bayar pampasan kepada mangsa mengikut gaji bulanan mangsa seperti skim pencen. Kalau tak mampu, masuk jail ikut had laju masa kau bawak lintang arus tu, kalau 70km/j, jail time is 70 years |
|
|
|
|
|
|
|
kesalahan macam ni memang tak reveal nama pesalah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kakigojes replied at 14-9-2021 12:39 PM
Patut hukuman kalau bawak kereta melintang arus is like this:
Si pemandu bawak kereta atas jalan ...
Kerajaan kena gubal undang2 macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
apa sebab dia pandu lawan arus tak dinyatakan plak... |
|
|
|
|
|
|
|
mikasa replied at 14-9-2021 12:46 PM
Kerajaan kena gubal undang2 macam ni.
Geram kan baca macam ni.. like rm8k tu celah gigi je boleh bayar kalau duduk bandar… senang2 je terlepas.. walaupun case ni mangsa cedere je, but emotional effect dia kita tak tau kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau Cina takkan la nak sebut nama kan. nanti hancur masa depan dia tau tak |
|
|
|
|
|
|
|
Penjara 3 hari tu bagus
Jadi bekas banduan la kau |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau masuk penjara walau 3 hari warna IC bertukar tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi la jual insurance byk2 utk cover denda RM8k tu..jgn lupa naik public transport yer kalu nk jumpa client |
|
|
|
|
|
|
|
laaa Cina lagi
standard la katakan
cuma gagal tunjuk kad OKU
|
|
|
|
|
|
|
|
tak mabuk, dadah, frust kalah mahjong. 3 tu je |
|
|
|
|
|
|
|
bernama.com
Pemandu Myvi lawan arus di Lebuhraya MEX dipenjara, didenda
2-3 minutes
KUALA LUMPUR, 14 Sept-- Padah memandu melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) awal bulan ini, seorang ejen insurans dipenjara tiga hari dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Amanina Mohamad Anuar memerintahkan Ng Zhen Kai, 24, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini selain lesen memandu tertuduh digantung selama lima tahun dan jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara enam bulan.
Ng sebagai pemandu Perodua Myvi didakwa memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada 11.05 pagi, 4 Sept lepas.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen tidak kurang lima tahun dan lesen percubaan dibatalkan serta kesalahan akan diendors pada lesen memandu.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Abdullah Khazali memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh, namun Ng yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung keluarga.
Pada 4 Sept lepas, media melaporkan polis sedang mengesan pemandu kereta Perodua Myvi berwarna kelabu yang dirakam memandu secara melawan arus di laluan menghala ke Putrajaya di Lebuhraya MEX dalam satu video berdurasi 19 saat yang tular di laman sosial.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni salah satu marketing dia untuk jual insurans keeeee apa?
bodoh
nak mati pergi jalan lengang sana
menyusahkan orang |
|
|
|
|
|
|
|
matamata replied at 14-9-2021 01:27 PM
Kalau masuk penjara walau 3 hari warna IC bertukar tak?
banduan ic kaler lain ke? |
|
|
|
|
|
|
|
8 ribu jer..sikit sgt denda pun |
|
|
|
|
|
|
|
I don't understand some of these people... |
|
|
|
|
|
|
| |
|