Kredit foto: IG
"Saya berada dalam pengawasan keselamatan selama 24 jam sehari sejak tiba di Kuala Lumpur."
Caprice menerusi Instastory meluahkan rasa serabutnya apabila menerima banyak ugutan bunuh sejak pulang dari Mesir pada 6 September lalu.
Kredit foto: IG
Sehingga kini, penyanyi rap itu mendedahkan menerima lebih 60 ugutan bunuh dalam masa dua bulan.
Kredit foto: IG
Caprice atau Ariz Ramli, 33, menegaskan dia tidak akan berdiam diri apabila berterusan menerima ugutan sedemikian.
"enat juga bro kalau kena buka balik IG, cari ugutan masing-masing," katanya menjawab saranan seorang pengikut yang meminta dia membuat laporan polis.
Kredit foto: IG
Katanya, dia hanya mahu memberi tumpuan pada bisnes, keluarga misi dan menyelesaikan pelbagai isu bersama pihak polis sebaik tamat kuarantin.
Kredit foto: IG
Terdahulu, Caprice mendedahkan menerima ugutan yang menghalangnya daripada datang ke Pulau Pinang.
Takut tak jumpa jalan balik kata individu terbabit.
Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada Caprice kerana banyak misi yang belum selesai. - CARI |