|
Amboi, baru berusia enam tahun dah nak merasa pegang duit sendiri.
Berikutan mahu menjana pendapatan sendiri, Hayla Maghfiratul Azkiyaa, anak kepada pasangan selebriti sensasi Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini bergelar pelakon.
Kredit foto: IG
Berkongsi di Instagram, Wawa berkata anaknya itu sebenarnya masih belum bersedia untuk berlakon, namun dek keinginannya mahu memegang duit sendiri dia sanggup bersengkang mata ke set penggambaran.
Kredit foto: IG
"Tengoklah macam mana lakonan dia, boleh ke tak. Kalau tak boleh, terpaksa tarik diri. Risau pula menyusahkan pelakon lain," tulisnya.
'Seram' katanya apabila melihat barisan pelakon yang hebat-hebat bakal membintangi drama yang masih belum didedahkan judulnya itu.
Kredit foto: IG
Rasanya, berjaya ke tidak Hayla bawa watak Syu bergandingan dengan Syukri Yahya, Nabila Huda, Amerul Afendi dan Adlin Aman Ramli? - CARI |
|