View: 4387|Reply: 40
|
3 Cek Berjumlah RM2 Juta Diterima Zahid Hamidi Untuk Sumbangan Amal – Peguam
[Copy link]
|
|
Pihak pembelaan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiga keping cek berjumlah RM2 juta yang diterima Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi Tetuan Lewis & Co. adalah untuk tujuan sumbangan amal.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, yang mewakili Ahmad Zahid berkata dua keping cek adalah sumbangan amal jariah manakala sekeping lagi untuk sumbangan politik.
Dalam hujahannya, peguam itu berkata dalam keterangan saksi ke-38 iaitu Pengarah Profound Radiance Sdn. Bhd., Azlan Shah Jaffril mengatakan beliau tidak pernah memaklumkan bayaran tiga cek adalah sebagai ganjaran bagi melantik syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) Pakistan dan Nepal.
Foto: Kosmo
“Berdasarkan keterangan Azlan Shah, terdapat dua cek mengandungi butiran charity (kebajikan) manakala sekeping pula ‘political donation for TPM’ (derma politik untuk Timbalan Perdana Menteri). Saksi itu juga memaklumkan tiada mengarahnya untuk menulis perkara dalam cek berkenaan,” kata Hisyam.
Justeru itu, pihak pembelaan berkata, tiga pertuduhan iaitu melibatkan pertuduhan ke-16, 17 dan 18 tidak kukuh dipertuduhkan terhadap anak guamnya.
Sebelum ini, berdasarkan tiga pertuduhan itu, Ahmad Zahid dituduh menerima tiga cek berjumlah RM300,000, RM1 juta dan RM700,000 pada 3 Ogos 2017 daripada Azlan Shah selaku Pengarah Profound Radiance Sdn. Bhd.
Ia sebagai suapan bagi melantik syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan OSC Pakistan dan Nepal.
Ahmad Zahid, 68, kini dibicarakan atas pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Prosiding kes di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi esok. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ye lah tu...... Not buying though. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumbangan amal,pgi mekah tiap tahun.inilah dia calon ahli surga tuan2 sekalian. |
|
|
|
|
|
|
|
Amal apa ko buat sampai terima derma juta2?? To hell la weh dasar penyamun tarbus |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau camtu semua politicians dan Jusa2 dah boleh buat benda yang sama lah... Luluskan projek dan terima derma melalui badan kebajikan daripada penerima projek...
Tak salah kan.. Kan... Kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap laki @Friska boleh start dulu mewakili Juca C minus ittew... |
|
|
|
|
|
|
|
Politician senang2 pakai tiket derma walaupon terang2 shady transactions. Dah la kaya, dapat derma banyak pulak tu. Yg menderma pon bodoh. punya la banyak anak2 miskin yg x sambung belajar sebab xmampu, xnak pulak bagi fund juta2. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu ikutkan kes c wak jahat ni plg senang skali duit masuk terus ke yayasan dia xde lengkok2 mcm kes 1mdb najib, tp peguambela die goreng bagai nak rak nak sucikan wak jahat niehh |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya dunya
Dari maner entah sumber uwangnyer
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bagi derma pada yg dah kaya raya
Baik terus derma kat org miskin
|
|
|
|
|
|
|
|
wak jahit jahat....
|
|
|
|
|
|
|
|
Hrp kau mereput masuk neraka...x rela i org mcm ni x dpt balasann kat akhirat |
|
|
|
|
|
|
|
Buat apa nak kecoh2 kat sini, serah aje kpd para Hakim yg menentukan Sama Ada yg diterima itu duit rasuah atau derma.
Kalau rasuah, merengkoklah dipenjara, kalau derma adalah peluang bertanding dlm pru-15 dan peluang jadi PM. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmmm. |
|
|
|
|
|
|
|
Jawab la anda kat akhirat nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa isu kat sini? Peguam bela dia dh tentulah akan justify utk bela dia.... Bkn hakim yg bagi keputusan kata kes ni duit yg diterima tu sumbangan amal bukan rasuah... Tgu jer kes berakhir |
|
|
|
|
|
|
|
Mana bangkem?
Tolong bekap Ponorogo. |
|
|
|
|
|
|
|
Huntong jdi politishit ni, dpt sumbanga berjuta berbilion masuk personal account terus. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh nama pon porem, tentu lah acik2 bawang nak membawang smbil maki wak jahit ni. Kau gi rilek sana jah fokus bwk embulan, nak emo sini pulak dh kenapa sis?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Sham143 at 22-9-2021 09:31 AM
Tu sbb pemimpin2 ..... tk berani nk declare harta2 mereka.. Kalau jadi PM lagi la bertambah kaya raya & byk masyukk... Jelas perjuangan mereka yg dilaung2kan selama ini kononnya utk membela bangsa dn agama, hanyalah lakonan shj semata2.. utk mengaburi mata rakyat supaya mengundi & memilih mereka sbgai pemimpin.. Sebenarnya mereka2 ini hanya berminat nk kumpul harta kekayaan saja.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|