CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12507|Reply: 51

Ada gak orang nak dekkk untung nya jadi penyanyi

[Copy link]
Post time 10-10-2021 01:51 AM | Show all posts |Read mode
Yonnyboii pilih gadis Instafamous


Yonnyboii bersyukur diketemukan dengan Nik Nazira yang mengambil berat terhadap keadaan dirinya termasuk soal kesihatan. Foto Ihsan Yonnyboii

KUALA LUMPUR: Selepas setahun berkenalan, komposer dan penyanyi, Yonnyboii, 23, bertunang dengan model yang juga Instafamous, Nik Nazira Narriman, 22, di kediaman keluarga gadis itu di Shah Alam, tengah hari semalam.

Majlis pertunangan berlangsung sederhana dengan hanya dihadiri kira-kira 10 tetamu rapat.

Yonnyboii atau nama penuh, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata, mereka berkenalan melalui permainan video atas talian.

"Insya-Allah, kami bakal melangsungkan pernikahan pada 22 Januari depan. Harap segala-galanya akan dipermudahkan," katanya.

Risteena, Isa disatukan bulan ini
Berita gembira dikongsi penyanyi lagu Sakit itu di Instagram (IG) dengan madah indah dalam bahasa Inggeris menggambarkan betapa bersyukur dirinya dikurniakan gadis bertudung itu.

Pada majlis pertunangan itu, Yonnyboii menyerahkan cincin tanda dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.


Yonnyboii dan Nik Nazira merancang melangsungkan pernikahan pada 22 Januari depan. Foto Ihsan Yonnyboii

Yonnyboii yang baru muncul dengan album penuh Yonny Deluxe Album, menyifatkan tunangnya cukup istimewa.

"Selama ini, saya tak pernah berjumpa dengan insan terutama wanita yang serba-serbi mengambil berat perihal saya termasuk soal kesihatan.

"Dialah selama ini yang menyokong saya. Malah, dia tak lokek memberikan lebih daripada apa yang saya bagi. Pendek kata, dia ambil tahu fasal saya.

"Berada di sisinya membuatkan saya rasa ada sebab untuk mencintai seseorang lebih daripada diri sendiri.

"Selama ini, saya seakan tidak percaya cinta dan cuba memanfaatkan peluang. Namun, dia mengubah semua itu hingga saya jadi rasa cukup bahagia dan tersenyum," katanya.

sUMBER:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni berlakon ke betol2? Bkn ke bdk pompuan ni bercintun dgn hero remaja imran?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Whoisyuhhhhhhh jahhh but congrats
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 08:04 AM | Show all posts
tahniah... sesuai je nampak macam pinang di belah dua...
ada la rupa kelindan2 lori sikit tapi nampak wangi juga la yonnyboy pakai baju tu...
tunang tu pun nampak wangi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 08:09 AM | Show all posts
huntong laa dapat tunang yang tak demanding sgt....
konsep terima seadanya gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by QueenIsolde at 10-10-2021 09:49 AM
dudaberhias replied at 10-10-2021 08:04 AM
tahniah... sesuai je nampak macam pinang di belah dua...
ada la rupa kelindan2 lori sikit tapi namp ...


Sis buta ke? Yonniboi whoareyuss ni nampak wangi??? : mad:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Taktahunamaapa replied at 10-10-2021 02:16 AM
Ni berlakon ke betol2? Bkn ke bdk pompuan ni bercintun dgn hero remaja imran?

betu lah tu. imran tu duk meroyan kat twitter katanya awekk kena rampas,,
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
QueenIsolde replied at 10-10-2021 09:48 AM
Sis buta ke? Yonniboi whoareyuss ni nampak wangi??? : mad:

Choiiii kaka ni, tak baik tau

Wangi la untuk geng2 kelindan lori dan buruh bancuh simen... Kurang2 dalam gambar tu kalau dia letak tin kosong atau tempurung kelapa depan dia iols tak hulur singgit dua kalau hafiz, hazama, mkkklik, shuk, tauke jambu tu kalau letak kain buruk kat depan pun iols dah hulur singgit dua dan bagi kad jabatan kebajikan masyarakat serta alamat rumah pelindungan untuk gelandangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 11:36 AM | Show all posts
simple je baju girls ni pakai comel la budak ni. untung laaaaa muka pecah dpt awek lawa.

btw la yeke budak  ni awek imran tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
comel pulak nama lebih kurang haqeem nuriman dgn nazira narriman. tapi yang terselit nama risteena dgn isa tu mcm mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel tunang dia...huntong laaa. Rejeki
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 10-10-2021 12:10 PM
comel pulak nama lebih kurang haqeem nuriman dgn nazira narriman. tapi yang terselit nama risteena d ...

Salah copy & paste tak.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Taktahunamaapa at 10-10-2021 07:31 PM
kiah_mai_pulak replied at 10-10-2021 09:50 AM
betu lah tu. imran tu duk meroyan kat twitter katanya awekk kena rampas,,


Plakkk..nasib la..meroyan buat ape.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 01:33 PM | Show all posts
semoga kekalkan kaler rambut hitam la rambut tu..muka mcm tu rambut plak berkaler...rimas aku tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
I salute pada pompuan yg x memilih paras rupa..sbb iols x mampu berbuat sedemikian..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Taktahunamaapa replied at 10-10-2021 01:04 PM
Plakkk..dlu npk bdk pompuan ni duk menempel imran n family.skrg terbalik.nasib la..meroyan buat ap ...

Mesti sbb poket imran tak setebal royalti yonniboi wateva ni... Btw apa ig imran tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 03:30 PM | Show all posts

Sebulan Bercinta, Yonnyboii Tunang Dengan Influencer

Sebulan bercinta, penyanyi rap Yonniyboii membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya influencer Nik Nazira Narriman pada Sabtu.


Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, luah rasa syukur apabila majlis berjalan lancar seperti dirancang dengan mengikuti prosedur operasi standard SOP yang ditetapkan.


"Alhamdulillah majlis tunang berjalan lancar tadi. Kita buat majlis kecil-kecil je untuk ahli keluarga sahaja.


"Kami kenal lebih kurang setahun dan kami baru je bercinta dalam sebulan ni. Kami kenal pun dalam permainan video online kebetulan sebab kami ada minat yang sama.


"Niat saya bukan nak bawa untuk bercinta tapi nak ajak terus kahwin. Alhamdulillah keluarga kami masing-masing restu dengan hubungan kami," kata Yonny kepada mStar.




Foto: IG




Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga Yonny dan pasangan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat.


Majlis pertunangan itu berlangsung di rumah keluarga Nik Nazira di Shah Alam, Selangor


Ditanya tentang tunangnya, Yonny mengakui tertarik dengan sifat peribadi Nik Nazira, 22, yang terlalu ambil berat tentang dirinya.


"Saya suka dia sebab dia ada ciri-ciri wanita yang saya minat. Dia jenis yang caring walaupun clingy.


"Dia caring fasal saya setiap malam akan tanya saya buat apa, ambil tahu fasal saya. Itu yang saya terbuka hati ingin bersama dengan dia,” ujarnya.


Tambah Yonny mereka merancang untuk melansungkan perkahwinan pada 20 Januari depan dan sudah membuat persiapan ke arah itu.


Penyanyi lagu Sakit ini juga berkata, dia tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan cintanya selama ini tapi menganggap ia perkara peribadi untuk dikongsi kepada untuk merahsiakan hubungan mereka.


"Saya bukan berniat untuk merahsiakan hubungan ni, tapi saya lebih suka untuk tidak menunjukkan life peribadi saya.


"InsyaAllah majlis nikah dan sanding tahun depan pada 20 Januari 2022. Persiapan pun dah berjalan hampir 60 peratus siap," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miracle_forever at 10-10-2021 03:55 PM
kiah_mai_pulak replied at 10-10-2021 09:50 AM
betu lah tu. imran tu duk meroyan kat twitter katanya awekk kena rampas,,


kesian.. mmg rasa loser la kalau dgn budak yoni mukaburung belatuk ni pun kalah teruk. semoga imran tak berubah arah jadi gayah akibat kecewa bercinta
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss dok Google sape Imran yg uolss sebut2 ni. Tak silap, dia ni announcer Hot FM sebelah mlm. Macam mana la klu dia pasang lagu yonnyboii nanti
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 10-10-2021 01:54 PM
I salute pada pompuan yg x memilih paras rupa..sbb iols x mampu berbuat sedemikian..

Yg pasti bukan edisi repair keturunan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.188025 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list