CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87634|Reply: 335

KEK PRUNE KUKUS

[Copy link]
Post time 15-9-2005 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Ini Diana ingin berkongsi resipi Kek Prune Kukus yang masih hangat diperkatakan di Resipi.Net.  Resipi sumbagan Arlina Umar ini telah menjadi sumber rezeki juga kepada sebahagian ahli yang aktif berniaga.  Diana berikan juga feedback dan juga Q and A berkaitan dengan resipi ini.  


Gambar sumbangan Arlina (Leen)


Gambar sumbangan Puteri Dee

Kek Prune Kukus Leen

Bahan-bahannya
250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup)
20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)
5 biji telur

Cara :
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Masukkan prune yg telah dikisar.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.
7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan
ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam.
8. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.

Saiz adunan
3 adunan 7 x 4 atau 1 adunan 9 x 9 berketinggian 2"


Tips
1. Adunan kek dituangkan sehingga separuh ketinggian loyang untuk memberikan ia ruang untuk naik dengan cantik.
2. Boleh campurkan gula 1/2 cup gula halus + 1/2 brown sugar pun sedap. Warna kek akan jadi lebih gelap disebabkan oleh brown sugar tersebut.
3. Boleh guna topping kek coklat sebagai topping kek ini.
4. Didihkan air di dalam pengukus sebelum mengukus kek dan pastikan wap air pada penutup tidak jatuh ke atas kek (cover kek dengan aluminium foil)
5. It is better to use prune jenama SunSweet. Bila guna prune jenama lain, kek prune kurang mengancam dari segi warna dan rasa.


Cadangan Hiasan
1. Susun sahaja buah prune tu keliling atas kek tersebut.
2. Kalau hendakkan lebih cantik boleh diletak topping cream cheese dan hias dengan walnut @ parutkan choc oren/choc color.
3. Dapatkan bunga icing (yang buat guna fondant/sugar paste) dari kedai bahan kek
dan letakkan di atas kek tu.


Permasalahan

Soalan : Kenapa buah prune yang saya susun di atas kek (untuk hiasan) apabila masak dia tenggelam?
Jawapan : Brand sunsweet memang tiada masalah. Kalau brand ligo prunenya memang watery sket dan berat. That is one of the reason prune tu tenggelam. Satu lagi bila blend prune tersebut make sure air tu setakat cukup untuk putarkan mesin tu sahaja. Kalau banyak air pun boleh menyebabkan kandungan air dalam kek tu bertambah dan menyebabkan kek tu lebih lembap.Boleh juga cuba membelah dua buah prune tersebut supaya ia lebih ringan. Apabila meletakkan prune di atas adunan jangan ditekan dan insyallah ia tidak akan tenggelam.

Soalan : Apasal apabila saya mengukus kek tersebut cuma kelilingnya aje yg bersarang, tengah-tengah tak bersarang langsung.
Jawapan : Pastikan aliran udara di dalam periuk kukus dapat mengalir dengan sekata. Sekiranya loyang menutupi sebahagian besar lubang-lubang periuk kukusan, dapatkan kaki atau tungku (besi bulat dalam 5 inci lebar yang digunakan untuk meletak kuali panas) dan letakkan adunan di atas kaki tersebut supaya udara boleh mengalir dengan sekata.

Soalan : Hari sabtu buat kek prun you.... tapi mengapa dia tersenyum?
Jawapan : Selalunya apabila kita overbeat adunan tersebut selepas masukkan tepung dia jadi tersengih camtu. Cukup sekadar gaul rata tepung tu dan masukkan ke dalam acuan. Selalunya untuk kek kalau masukkan tepung lebih baik jangan pukul laju menggunakan mixer pukul perlahan sahaja asalkan dia sebati.  Sebaik-baik gunakan spatula atau senduk kayu dan gaul menggunakan tangan jadi kita boleh agak sebati adunan tepung tu.  Kalau dipukul menggunakan mixer dia akan menyengih dan satu mungkin bila bakar besar kemungkinan kek akan bantat.

Feedback dari ahli Resipi.Net

1. Amy
Semalam I ada buat kek prune kukus tu. Memang sedap & lembut . Teksturnya pun cantik. Ingatkan plan nak buat untuk hantaran tunang utk adik last last tak jadi & kek tu terus kena ngap & ngan ipar duai.

2. Diana A
Leen, terima kasih kongsi resipi yang tip top lagi sedap. Alhamdullilah, tadi pagi sempat buat 2 adunan sebab ada kenduri tahlil.  Dan feedback dari yang makan, Diana sedap kek ni esok lusa ada kenduri buat lagi ye. Eeee kembang kuncup den Leen, banyak peminat kek you ni.

Kek yang dihasilkan sungguh gebu, ikut exactly macam resipi tapi Diana gunakan 1/2 cawan gula pasir dan 1/2 cawan gula perang.  Kemanisan kek sederhana just nice. Kek ni kalau makan sekali tak boleh stop, tak memuakkan mungkin kerana campuran buah prune yang ada didalam resipi tersebut.  Terima kasih sekali lagi kepada Leen yang sudi berkongsi resipi ini

3. Haslinda Mohd Saleh
Malam tadi Linda telah mencuba resepi di atas and rasanya memang sedap dan menjadi.

4. Azizah
Semalam dah bawak Kek Prune Kukus kat office.  Ramai yang puji sedap.

5. Zaliza Azly
Sempena Merdeka semalam cuti duduk di rumah so saya dah cuba buat kek Prune kukus nie. Alhamdullillah menjadi jugak. Tapi kek saya tu berbau hanyir telur walaupun tutup pengukus tu saya dah lapik dengan kain. Tapi hanyir tu tidak kuat sangat tetapi terbau jugalah.

6. Shida
Semalam Shida buat Kek Prune Kukus. Alhamdulillah menjadi.

7. Haslinda Mat
Hujung minggu baru-baru ini sempat buat kek prune kukus. Menjadi gitu. Elok texturenya. Anak-anak suka sangat.

8. Akma Kamaruddin
Semalam petang saya dah try resipi kek prune kukus ni. Alhamdulillah menjadi, sangat  moist dan gebu dan sedap (perasan sendiri hehe). Yang paling best tu, suami & anak-anak suka. FYI, depa tu tak suka kek-kek atau kuih-muih ni. Jadi bila siap masing-masing makan dengan seleranya, tu yang mahal tu.

9. Roziyati Othman
Minggu lepas buat Kek Prune Kukus. Texture memang lembut tapi rasa macam terlalu lembut. Try buat lagi sekali. Rupa-rupanya yg first time buat taruk tepung 1 cawan aje. He...he... jangan mare. So far dah buat 6 buku.

10. Aida RHB
Yesterday made the Kek Prune Kukus....but instead of Prunes I substitute dengan Buah Kurma....taste good cuma kena kurangkan gula sikit bagi orang yang tak suka manis . My family likes it alot and friends at the office too ..

11. Puteri Dee
Dear All, Dee baru je cuba buat kek kukus prune dari resepi Leen. Bestnya......sebab jadi lah kan!!!  Rasa dia pun sooddaap, gebu and moist sgt.  Leen, Dee lebihkan susu pekat and kurangkan gula, ikut Rashidah kata.  Memang moist gile, tapi lain kali buat nak lebihkan prune yg potong-potong kasar tu.

12. Rashidah
Terima kasih dengan resepi diatas saya dah mencuba semalam, memang sedap, cuma saya kurangkan gula dan lebihkan susu pekat, jadi kek tu lebih moist.Next time saya nak gantikan prune dengan bluberry mesti sedap.ataupun boleh gantikan dengan cempedak tapi gula mesti kurangkan lagi.

[archived]

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 22-3-2008 09:42 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2005 10:22 PM | Show all posts
TQ Diana sebab share kek ni..
kak liza memang teruja nak buat..

aceli kak liza ada kek buah prunes yg dibakar jer..
so nampaknya kak liza kena cua yg kukus pula...
nanti kak liza posing gambar kek tu yer..insyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 09:01 AM | Show all posts
kalau nak buat pakai tepung gandum macam mana? sebabnya bila kita pakai tepung naik sendiri, teksturnya macam kembang semacam je. tak halus.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 09:08 AM | Show all posts
terima kasih kerana berkongsi resipi yg sedap ni.. weekend ni boleh cuba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2005 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 15-9-2005 10:22 PM
TQ Diana sebab share kek ni..
kak liza memang teruja nak buat..

aceli kak liza ada kek buah prunes yg dibakar jer..
so nampaknya kak liza kena cua yg kukus pul ...


Kak Liza try ehhlepas tu jangan lupa tampal kek tu kat sini :cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2005 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 16-9-2005 09:01 AM
kalau nak buat pakai tepung gandum macam mana? sebabnya bila kita pakai tepung naik sendiri, teksturnya macam kembang semacam je. tak halus.



Shida, kek ini memang menggunakan tepung naik sendiri, kalau pakai tepung gandum mungkin kek akan nampak berat sikit... Shida try tengok gambar yang Diana berikan, kek ini pun Diana dah buat 4 kali texturenya lembut dan gebu.. halus tu masih ada.. time isi kat loyang letak setengah ketinggian loyang besar kemungkinan kek naik double
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-9-2005 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by mizelly at 16-9-2005 09:08 AM
terima kasih kerana berkongsi resipi yg sedap ni.. weekend ni boleh cuba


mizelly, cubalah dan beri feedbacknya ya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 09:16 AM | Show all posts
diana, nanti le kita buat nak raya. shida ni kalo buat, makannya sikit je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2005 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 15-9-2005 10:09 PM
Ini Diana ingin berkongsi resipi Kek Prune Kukus yang masih hangat diperkatakan di Resipi.Net.  Resipi sumbagan Arlina Umar ini telah menjadi sumber rezeki juga kepada sebahagian ahli yang aktif be ...



Diana, thks for the resepi....

Nampak sedap kek ni....btw, kalau nak pakai loyang bulat, nak kena pakai diameter yg berapa inch eh? then loyang empat persegi boleh pakai yg 9 x 9 x 3 punya tak? :stp:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2005 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 16-9-2005 09:20 AM



Diana, thks for the resepi....

Nampak sedap kek ni....btw, kalau nak pakai loyang bulat, nak kena pakai diameter yg berapa inch eh? then loyang empat persegi boleh pakai yg 9 x 9 x 3 punya ...


Aries Diana pernah menggunakan acuan bulat springform lebar 9" kek tu naik dua kali ganda :cak: tinggi loyang tu 3 inci... kalau guna loyang persegi 9 x 9 x 3 pun ok... bila tuang adunan just make sure setengah ketinggian loyang bila dia naik tu just nice 2 x ganda...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 09:40 AM | Show all posts
diana....

thanks utk recipe kek prune kukus tuuu....semlm eena baru mengintai2 resipi.net.....saje2 terpandang kek nihhh cam sedap jekkk.....tuppp tuppp arini dah ade kat bod nihhh. diana.....kalu sudi tepek2 kan la recipe2 special yg lain kayyy. boleh dipelajari dan dikongsikan bersama kengkawan kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 16-9-2005 09:29 AM


Aries Diana pernah menggunakan acuan bulat springform lebar 9" kek tu naik dua kali ganda :cak: tinggi loyang tu 3 inci... kalau guna loyang persegi 9 x 9 x 3 pun ok... bila tuang adunan j ...



ooo i see....thks Diana for ur explaination tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 11:02 AM | Show all posts
Diana, hari tu lagi maklang ingat nak buat kek prune ni...kebetulan biras maklang kasi resepi yg diana tempekkan nih.Maklang memang nak buat last wk tapi buah prune dah habis stok kat supermarket, jadi postpone dululah.Senang2 nanti maklang buat ekkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2005 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 16-9-2005 11:02 AM
Diana, hari tu lagi maklang ingat nak buat kek prune ni...kebetulan biras maklang kasi resepi yg diana tempekkan nih.Maklang memang nak buat last wk tapi buah prune dah habis stok kat supermarket,  ...


Mak Lang haa dah try nanti tampal gambar tu kat sini ehhh.. selamat mencuba
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 05:43 PM | Show all posts
nak kena try raya nie...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2005 07:35 AM | Show all posts
Diana, ini dia kek prune yg u tempekkan resepi tu..maklang guna 2 acuan





Kenkawan nak tau, kek prune ni sedap....suka pulak anak dara maklang makan...sedap katanya. Thks for the recipe diana...cayang dia.:clap: Sapa tak try rugi ooooooooo...

[ Last edited by MAKLANG at 26-9-2005 08:05 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2005 07:41 AM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 26-9-2005 07:35 AM
Diana, ini dia kek prune yg u tempekkan resepi tu..maklang guna 2 acuan



[IMG=300,200]http://i23.photobucket.c ...


wah..lajunya projek maklang..
kali ni kak liza pulak tak terkejor maklang..

memang kak liza dah siapkan bahan2 nak buat kek ni tapi ada jer  halangan..
walau camner pun tungguuuuuuuuu laporan dari kak liza....:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2005 08:04 AM | Show all posts
cepat buat kakliza...sedappppp..buah prune yg nak dihiaskan tu, maklang potong kasi kecik sbb prune ni dia mengembang
bila dikukus pulak..hihihi...w/pun maklang dah hiris, nampak besor lagi kan!

[ Last edited by MAKLANG at 26-9-2005 08:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2005 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 26-9-2005 08:04 AM
cepat buat kakliza...sedappppp..buah prune yg nak dihiaskan tu, maklang potong kasi kecik sbb prune ni dia mengembang bi
la dikukus pulak..hihihi...w/pun maklang dah hiris, nampak besor lagi kan!


ff: maklang.. haritu nurul dah buat kek asam manis hawflakes resepi maklang tu.. mmg best.. cuma manis sgt la maklang.. tu pun nurul dah kurangkan gula jadi 1/2 cwn je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2005 08:34 AM | Show all posts
ff:
nurul - macih sbb sudi cuba...boleh kurangkan gula jika tak nak manis sbb asam hawflakes tu pun masam2 manis...maklang aturkan rapat2 asam hawflakes tu....lagi terasa asamnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.087446 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list