CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76118|Reply: 181

ANEKA KUIH BAKAR

[Copy link]
Post time 7-12-2005 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Puan Mod, tolong mergekan jika ada thread yang sesuai nak masukkan resipi ini. :love:

Diana nak kongsi resipi yang bonda Diana buat untuk cousin punya wedding minggu lepas.  Diana memang tak berapa gemar makan Kuih Bakar tetapi kerana letak durian dan bonda pun telah dengan cermat sukat punya sukat sebab selalu buat Kuih Bakar main tuang tuang, jadi bonda cakap berilah resipi ini untuk semua disini.

Keistimewaan Kuih Bakar yang bonda buat, banyak orang ingat bonda Diana letak "cheese", tapi sebenarnya bonda menggunakan mentega SCS/ Golden Churn, itu yang buat Kuih Bakar tersebut harum semerbak satu rumah bila dibakar .  Dan hasilnya Kuih Bakar memang sedap, sedang manisnya, lembut dan tak tahu cam mana nak promosi lagi hehehe .  Sukatan yang Diana berikan agak banyak, jadi boleh dibahagikan.  

Letak mentega dan panaskan dalam oven


Tuang adunan tepung dan bakar






KUIH BAKAR DURIAN BONDA DIANA

Bahan-bahannya
9 liter santan (dari 7 1/2 biji/ 3 kilo kelapa parut)
30 biji telur
14 cawan tepung gandum
8 cawan gula pasir
900 gram isi durian
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
1 buku mentega SCS/ Golden Churn

Cara-caranya
1.  Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas dan tuang kedalam bekas yang besar.  Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel.  Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.  
2.  Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum.  Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
3.  Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 35 keping kuih bakar pecah 8.  

Nota PENTING: Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas.  

Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang.  Kalau guna acuan kuih bakar, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.  

Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut.  Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.  

Isi durian digantikan untuk menghasilkan Kuih Bakar seperti berikut:-

Untuk Kuih Bakar Nangka: Gantikan isi durian dengan 6 ulas isi nangka (besar) atau 10 ulas isi nangka (kecil).  Blender isi nangka bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh hias dengan hirisan nangka dan dibakar.

Untuk Kuih Bakar Cempedak: Gunakan 15 ulas isi cempedak dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Isi cempedak tidak boleh terlalu banyak nanti bila sudah dibakar, kuih terlalu lembut untuk dikeluarkan dari acuan/ loyang.

Untuk Kuih Bakar Pisang: Gunakan 6 biji pisang emas dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh dihias dengan pisang yang telah dipotong bulat dan dibakar.

Untuk Kuih Bakar Keledek:  Gunakan 4 batang keledek oren, kupas kulitnya dan rebus sehingga empuk.  Kemudian blender bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Sedia untuk dibakar.

Untuk Kuih Bakar Jagung: Campurkan 3 tin jagung krim kedalam adunan tepung.  Jika anda mahu blender jagung tersebut pun boleh.

[archived]

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 11-12-2007 12:17 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2005 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 7-12-2005 02:43 PM
Puan Mod, tolong mergekan jika ada thread yang sesuai nak masukkan resipi ini. :love:

Diana nak kongsi resipi yang bonda Diana buat untuk cousin punya wedding minggu lepas.  Diana memang tak ber ...


DianA, sedapnya nampak kuih bakar tu...Ikut resepi yg u bagi tu dapat 35  biji. Kotnya byk sgt telur dan santan tu...boleh kasi utk 2-3 biji  tak...tq

[ Last edited by ummiauni at 7-12-2005 02:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 03:01 PM | Show all posts
tks diana for d resepi...kuih nie la yg lama sal mencarik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 03:02 PM | Show all posts
Originally posted by sal_bole at 7-12-2005 03:01 PM
tks diana for d resepi...kuih nie la yg lama sal mencarik.



sal, kalau dah cuba nanti jgn lupa kasi feedback iyer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 03:03 PM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 7-12-2005 02:43 PM
Puan Mod, tolong mergekan jika ada thread yang sesuai nak masukkan resipi ini. :love:

Diana nak kongsi resipi yang bonda Diana buat untuk cousin punya wedding minggu lepas.  Diana memang tak ber ...


diana, thks for the resepi...

Aries nak try tapi kenalah beli acuannya dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 03:16 PM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 7-12-2005 03:02 PM



sal, kalau dah cuba nanti jgn lupa kasi feedback iyer...


insha Allah aries, i pun nak kene beli acuannya dulu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2005 03:16 PM | Show all posts

tabik spring utk diana... cayalahhh!!

insyaa Allah kalu free eon buat... byk lg projek tertangguh ni...
Reply

Use magic Report

Hawa This user has been deleted
Post time 7-12-2005 03:29 PM | Show all posts
Knapa lah kasi resipi kuih yg sedap2...Nie yg list makin panjang.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2005 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by sal_bole at 7-12-2005 03:16 PM


insha Allah aries, i pun nak kene beli acuannya dulu....

datang aje umah maklang ambik acuannya...:cak: pengerasnya kasi kuih tu jer:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 03:54 PM | Show all posts
Kalau guna loyang biasa tak boleh ker ????:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 04:26 PM | Show all posts
adoi la hai..poning palo nengok sukatan ghesepi nye.  Banyak boto...
err...nantilah, carik kalkulator, pro-rate kan sukatan tu dulu. baru boleh try..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 7-12-2005 03:45 PM

datang aje umah maklang ambik acuannya...:cak: pengerasnya kasi kuih tu jer:cak:


weit...maklang oooo...insha Allah tahun depan den dtg amik k......
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 05:27 PM | Show all posts
diana, pakai acuan kuih cara boleh ke??



kelmarin gi chokit, nampak satu kedai ni, dia jual bermacam2 peralatan dapur... besar kedai dia... 3 tingkat kot... nampak cam murah je kedai dia... ingat nak gak cari acuan bunga ni satu... ada sesapa pernah jumpa kedai ni??
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 08:13 PM | Show all posts
yg mana satu kedai dia kak hannah..belakang pasar tu ker??
anyway thanks a lot to DianaA dan bonda sebab sudi share resepi nie kat sini..murah rezeki tuu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 09:07 PM | Show all posts
Originally posted by Kacip_Fatimah at 7-12-2005 08:13 PM
yg mana satu kedai dia kak hannah..belakang pasar tu ker??
anyway thanks a lot to DianaA dan bonda sebab sudi share resepi nie kat sini..murah rezeki tuu...



kacip, deret2 kedai MENANG tu.. dia corner lot, kedai dia 3 tingkat lah klu x silap, siap ada escalator.  Banyak jenis loyang, acuan, segala2 nya ada.  Jenis aluminium, jenis tembaga, jenis n-stick, lengkap semua, and banyak shapes.  Paper cups yg cantik tu pun ada.  Selain tu, dia jual gak corelle dan segala macam pinggan mangkuk kot... tapi kak hannah just skodeng ground floor je psl tak sempat.

kacip pernah beli barang kat situ ke?  murah tak? nampak cam murah je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2005 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by ummiauni at 7-12-2005 02:54 PM


DianA, sedapnya nampak kuih bakar tu...Ikut resepi yg u bagi tu dapat 35  biji. Kotnya byk sgt telur dan santan tu...boleh kasi utk 2-3 biji  tak...tq



Ummi ini resipi yang telah Diana bahagikan.... Maaf ya original resipi agak banyak sebab buat untuk wedding

KUIH BAKAR DURIAN BONDA DIANA
Untuk 7 keping

Bahan-bahannya
1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
6 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula pasir
180 gram isi durian
secubit garam
sedikit pewarna kuning
secukup mentega SCS/ Golden Churn

Cara-caranya
1.  Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas dan tuang kedalam bekas yang besar.  Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel.  Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.  
2.  Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum.  Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
3.  Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.  

Nota PENTING: Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas.  

Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang.  Kalau guna acuan kuih bakar, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.  

Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut.  Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.  

Isi durian digantikan untuk menghasilkan Kuih Bakar seperti berikut:-

Untuk Kuih Bakar Nangka: Gantikan isi durian dengan 1 ulas isi nangka (besar) atau 2 ulas isi nangka (kecil).  Blender isi nangka bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh hias dengan hirisan nangka dan dibakar.

Untuk Kuih Bakar Cempedak: Gunakan 3 ulas isi cempedak dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Isi cempedak tidak boleh terlalu banyak nanti bila sudah dibakar, kuih terlalu lembut untuk dikeluarkan dari acuan/ loyang.

Untuk Kuih Bakar Pisang: Gunakan 1 biji pisang emas dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh dihias dengan pisang yang telah dipotong bulat dan dibakar.

Untuk Kuih Bakar Keledek: Gunakan 1 batang keledek oren (sederhana besar), kupas kulitnya dan rebus sehingga empuk.  Kemudian blender bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Sedia untuk dibakar.

Untuk Kuih Bakar Jagung: Campurkan 3/4 tin jagung krim kedalam adunan tepung.  Jika anda mahu blender jagung tersebut pun boleh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2005 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by sal_bole at 7-12-2005 03:01 PM
tks diana for d resepi...kuih nie la yg lama sal mencarik.


Sal, ini kuih orang2 lama.  Bonda Diana kalau buat selalu main tuang2 so Diana pun ikut sama blur bila nak dapatkan consistency adunan tepung, pernah cuba sendiri terkeras tak sedap... Kali ini ambil kesempatan siap suruh bonda sukat :cak: dapat kita semua buat orang2 alaf baru ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2005 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 7-12-2005 03:03 PM


diana, thks for the resepi...

Aries nak try tapi kenalah beli acuannya dulu...


Acuan kalau tak silap kat pasar Geylang ada Aries , tapi acuan kuih bakar kalau pakai untuk first time kena sabar ya.. sebab dia belum season ada sikit melekat so kena keruk dengan sudu lepas tu baru terbalikkan kuih yang dah dibakar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2005 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by ummiauni at 7-12-2005 03:54 PM
Kalau guna loyang biasa tak boleh ker ????:hmm::hmm:


Ummi boleh guna loyang, Diana berikan resipi yang telah dibahagikan tadi.  Tambah 1/4 cawan tepung lagi kedalam adunan.  Sebab kalau guna acuan dia comel sikit kalau loyang permukaan besar jadi tepung kena tambah sikit jadi mudah untuk keluarkan kuih bila telah dibakar dan mudah untuk potong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2005 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by Swift at 7-12-2005 04:26 PM
adoi la hai..poning palo nengok sukatan ghesepi nye.  Banyak boto...
err...nantilah, carik kalkulator, pro-rate kan sukatan tu dulu. baru boleh try..


:cak: Swift sorry itu sukatan hak besau untuk wedding tak terfikir Diana nak bahagikan... dah kasi hak kecik sikit untuk 7 keping Swift, calculator tu boleh simpan balik :cak:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.702895 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list