View: 13221|Reply: 31
|
Limpahan Darah di Sungai Semur
[Copy link]
|
|
Aku pernah memliki novel Limpahan Darah di Sungai Semur edisi sekolah menengah.Belum sempat aku baca,buku tu dah hilang entah ke mana.....Boleh tak di sini sesiapa ceritakan tentang peristiwa di Sungai Semur (era insurgensi)??? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by d34n at 14-6-2006 03:46 PM
ni aku jumpa time aku jejalan tadi..
try ko pegi sini tengok.. :dia: SG SEMUR
Tak dapat tengok pun:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pee3 at 14-6-2006 03:58 PM
Tak dapat tengok pun:stp:
hm.. tak bole tengok ke? aku klik ok je... :hmm:
doc tu pdf file.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pee3 at 14-6-2006 03:58 PM
Tak dapat tengok pun:stp:
Right-click kat link tu,lepas tu tekan Save Target As.. (Internet Explorer)..kalau mozilla firefox Save Link As |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by swordman at 14-6-2006 05:30 PM
Right-click kat link tu,lepas tu tekan Save Target As.. (Internet Explorer)..kalau mozilla firefox Save Link As
:tq:Tima Kasih Swordman! |
|
|
|
|
|
|
|
Sungai Semur - Simpan Sejarah Keberanian Askar Melayu
Pada awal Mac 1950,Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja telah menjalankan satu gerakan berhampiran Gua Musang di Hulu Kelantan.Penempatan kompeni ini ialah Markas Kompeni, Platun Nombor 11 dan Platun Nombor 12 di Pengkalan Pulai,sementara Platun Nombor 10 berada di Bertam.
Pada 23 Mac 1950 pukul 7.30 pagi, Platun Nombor 12 dengan kekuatan 25 anggota dan diketuai oleh Leftenan Muda Yassin telah ditugaskan untuk membuat rondaan ke Sungai Nenggiri selama tiga hari.
Turut mengikuti platun ini ialah seramai 15 anggota Special Constabel (SC) yang diketuai oleh Sarjan Wan Yaakob.
Kumpulan konstabel tersebut telah ditugaskan untuk mengiringi 17 orang pekerja bangsa Cina yang mahu mengambil daun nipah di perjalanan untuk membuat atap.
Selepasa berjalan sehingga tengah hari, mereka berhenti untuk berkhemah berhampiran Sungai Semur.Kumpulan SC dan pengambil atap turut bermalam berhampiran pengkalan sementara pasukan tentera itu.
Pada keesokan harinya,platun tersebut meninggalkan kumpulan tersebut dan meneruskan rondaa ke Sungai Nenggiri.Kira-kira pukul 12 tengah hari mereka berhenti untuk makan.
Selepas makan,Hassan telah memberi arahan untuk berpatah balik ke pengkalan asal di mana kumpulan SC dan pencari atap ditinggalkan kerana bekalan makanan yang dibawa tidak mencukupi.
Sebaik tiba di pengkalan pada pukul 6 petang,Wan Yaakob telah berjumpa dengan Hassan untuk memaklumkan yang mereka akan balik ke Pulai pada pukul 8 pagi esok.
bersambung...
[ Last edited by swordman at 14-6-2006 06:33 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pada keesokan harinya iaitu 25 Mac 1950,lebih kurang pukul 10 pagi,Hassan dan platunnya telah siap untuk bergerak,tetapi kumpulan SC dan pencari atap tersebut belum bersedia untuk bergerak sehingga memaksa platun tersebut meninggalkan mereka.
Lebih kurang 10.30 pagi,selepas hampir setengah jam menysuri Sungai Smur,platun ini telah melalui satu kawasan yang terdapat satu cerun bukit di seberang sungai.
Ketika itulah,tiba-tiba mereka dihujani peluru dari arah yang terletak di seberang sungai.Serangan itu bermula dari arah rusuk kiri dan diikuti dari arah belakang mereka.
Dalam beberapa saat sahaja,hampir seluruh daripada platun tersebut terkena tembakan.Sebahagian daripada mereka yang cedera ini gugur termasuk Hassan.
Sebelum gugur,Hassan dikatakan sempat mengacukan pistolnya ke arah musuh yang melakukan serang hendap tetapi sebelum sempat dia melepaskan tembakan,musuh lebih awal menembaknya.
Ekoran serangan tersebut,anggota platun itu dengan segera mencari perlindungan sambil memberi tembakan balas ke atas musuh.
Dalam serangan balas itu,menyaksikan Koperal Jamaludin Mohamad dengan serta merta telah mengambil alih tugas sebagai ketua platun.
Beliau kemudiannya mengarahkan tembakan mortar 2 inci ke arah kedudukan musuh,namun tembakan itu tidak terhasil kerana terkena pohon buluh yang menutupi kawasan itu.
Melihat keadaan itu,Jamaludin bersama beberapa anggota lain telah cuba merapati tebing di mana musuh berada untuk membaling bom tangan.
Tetapi tindakan itu sukar dilakukan kerana pada masa yang sama,musuh yang berada di tebing satu lagi terus menembak ke arah mereka.
Oleh kerana kedudukan mereka yang terkepung,pergerakan ke tempat lain menjadi amat sulit sekali.
Disebabkan itu juga,mereka terpaksa bertahan di situ dan ia menyebabkan pertempuran tersebut berlarutan.Pada masa yang sama,Jamaluddin terus memberi semangat dan perangsang kepada anggotanya yang masih tinggal agar memberi tentangan sehingga ke tiitisan darah yang terakhir.
Di saat pertempuran masih memincak,kelihatan beberapa pengganas komunis cubamenghampiri kedudukan anggota platun terssebut yang terbunuh dan tercedera.
Pengganas terbabit mahu mengambil senjata,tetapi perkara tersebut disedari oleh pasukan keselamatan yang kemudiannya melepaskan tembakan yang berjaya membunuh beberapa orang musuh
Satu ketika,empat orang musuh cuba menghampiri kedudukan anggota platun tersebut yang berada di belakang sekali,namun kesemuanya berjaya ditembak mati oleh Prebet Abdul Wahab Hamid.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lagi... ...................... |
|
|
|
|
|
|
|
Sewaktu pertempuran sengit berlangsung,terdengar juga suara pengganas komunis yang meminta anggota tentera menyerah diri berulang kali.Tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang masih bersemangat untuk berjuang.
Akhirnnya selepas empat jam berbalas tembakan sehingga hampir kehabisan peluru,pihak musuh berjaya mengepung kedudukan saki-baki anggota platun itu yang masih hidup.
Mereka kemudiannya ditangkap dan dibawa ke khemah musuh.Di situ,ketua musuh memaksa mereka menyerahkan segala peralatan yang dibawa di samping memberi amaran agar menghentikan perjuangan menentang komunis.
Selepas dua jam,tanpa diduga pihak musuh membuat keputusan untuk melepaskan mereka sambil memberi amaran agar tidak memburu pengganas komunis.
Jamaluddin dan beberapa anggotanya yang masih hidup atau cedera dihantar oleh pihak musuh separuh jalan ke arah Pengkalan Pulai sebelum meninggalkan mereka.
Kumpulan yang keluar terdiri daripada Jamaluddin dan anggota yang cedera iaitu Prebet Salleh Nahu,Prebet Zamzuri Itam Sudin,Prebet Nordin Md.Isa,Prebet Hussin Mamat dan Lans Koperal Mohamad Othman.
Sementara mereka yang cedera parah ialah Prebet Ahmad Mat Jam dan Prebet Ahmad Mat Jam dan Prebet Mohd.Shariff Manaf manakala Prebet Osman Yaacob meninggal dunia tidak lama selepas mereka tiba di Pengkalan Pulai pada pukul 9 malam.
Pada ketika itu,dua lagi perajurit iaitu Abdul Wahab dan Prebet Rashid Hassan terpaksa ditinggalkan di kawasan pertempuran kerana tidak mampu berjalan kerana kecederaan parah yang dialami.Turut ditinggalkan di situ ialah mayat 14 anggota tentera yang terkorban.
Pada 27 Mac 1950 iaitu pada pukul 10 pagi,barulah pasukanbantuan tiba untuk menyelamatkan merka.Pasukan tersebut ialah Platun 11 dan satupasukan Jungle Squad dari Gua Musang yang turut disertai Jamaluddin.
Secara keseluruhanny,seramai 17 orang anggota tentera telah gugur dalam pertempuran dengan kira-kira 250 pengganas komunis itu manakala enam cedera parah dan dua lagi cedera ringan.
Meskipun tewas,mereka telah menunjukkan semangat perjuangan dan melawan musuh hampir 10 kali ganda daripada kekuatan mereka.
Malah mereka berjaya membunuh seramai 29 orang musuh di samping mencederakan ramai yang lain.
Bersambung...
[ Last edited by swordman at 14-6-2006 07:21 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Di atas sifat kepahlawanan yang ditunjukkan Jamaluddin telah dianugerahkan Distinguished Conduct Medal(DCM) dan dinaikkan pangkat kepada Sarjan manakala Lans Koperal Mohamad Othman dan Abdul Wahab dianugerahkan Military Medal(MM) oleh kerajaan British.
Peristiwa pertemputan bersejarah tersebut kini terus dikenang terutama oleh warga Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja setiap kali tiba 25 Mac.
Selain itu,sebagai menghargai jasa dan pengorbanan perjuangan yang terbilang itu buat selama-lamaya,maka jasad mereka yang terkorban disemadikan di Tanah Perkuburan Askar Mleayu di Port Dickson walaupun pada awalnya mereka telah dikebumikan di Kampung Pulai,Gua Musang.
Bagaimanapun,jasad Ahmad dan Osman telah dikebumikan di Kota Bharu.
Kini,penerbitan buku mengenai pertempuran di Sungai Semur sedang diusahakan oleh Batalion ke-301 Infantri Askar Wataniah,Kem Batu Sebelas,Tanah Merah yang diketuai oleh Pegawai Memerintahnya,Leftenan Kolonel Radzuan Abu Bakar.
"Kami berharap ada pihak lain yang bersedia membantu kami menerbitkan buku ini.
"Sumbangan tidak kiralah dari segi maklumat,tenaga atau kewangan bagi menampung kos penerbitannya,"katanya.
Radzuan atau pasukan itu boleh dihubungi melalui telefon 09-9581880 atau 09-9581521.
[ Last edited by swordman at 14-6-2006 07:09 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ANGGOTA YANG TERKORBAN DI TEMPAT KEJADIAN
1134 LEFTENAN MUDA HASSAN YASSIN
4087 LANS KOPERAL OTHMAN ABU SAMAT
4045 LANS KOPERAL MUSTAFFAR SULIMAN
4100 LANS KOPERAL MOHD. RASUL OTHMAN
4016 PREBET MOHD YASIN ALI
4018 PREBET ISMAIL TASOL
4057 PREBET HUSSIN YUSOF
4067 PREBET KASIM MD. AMIN
4109 PKEBET MOHD. YUSOF TAHIR
4123 PREBET WAHAB SIDING
4132 PREBET MOHD. ISA AHMAD
4359 PREBET IBRAHIM AWANG
4403 PREPET DAUD ISMAIL
4411 PREBET MOHD. IDERIS
ANGGTA YANG MENINGGAL DUNIA DI PENGKALAN PULAI
4059 PREBET AHMAD MAT JAM
4103 PREBET SHARIFF MANAF
4397 PREBET OSMAN YAACOB
ANGGOTA YANG CEDERA
1319 SARJAN JAMALUDDIN MOHAMAD
4089 LANS KOPERAL MOHAMAD OTHMAN
3999 PREBET SALLEH NAHU
3358 PREBET ZAMZURI ITAM SUDIN
4056 PREBET ABDUL WAHAB HAMID
4091 PREBET NORDIN MD. ISA
4338 PREBET RASHID HASSAN
4354 PREBET HUSSIN MAMAT
[ Last edited by swordman at 16-6-2006 01:04 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lagi kesah keberanian para perajurit negare ler.
patutnyer kesah cam nih patut di ajar dlm subjek sejarah sekolah ler. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 carrim7's post
citer cam ni la nk menarik org belajar sejarah..
penah baca cite ni dulu2.da x baper nk ingat.yg ada sungai beracun tu.diorg kena kepung antara 2 bukit. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya,kerajaan telah menerapkan beberapa buah novel yang berunsurkan patriotik ke dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah menengah termasuk Limpahan Darah di Sungai Semur,Kanang Cerita Seorang Pahlawan,Bukit Kepong,Di Hadapan Pulau dan sebagainya.
Namun,kekurangan penerbit atau pengarah yang boleh menghasilkan cerita yang berunsurkan patriotik masih kurang.Kerajaan perlu memainkan peranan dengan memberi dana kepada penerbit supaya dapat menerbitkan cerita patriotik.Kalau tidak,sia-sialah usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh ingin menerapkan semangat patriotik ke dalam rakyat,tetapi tidak tahu cara melaksanakannya.
Ura-ura filem kepahlawanan Melayu seperti Dol Said,Tok Janggut dan sebagainya akan diterbitkan,tetapi masih kurang kewangan.Kerajaan perlu sedar yang media elektronik memainkan peranan penting pada zaman globalisasi ini. |
|
|
|
|
|
|
|
penerbit / pengarah lebih suka & gemar menerbitkan karya sampah yg balik-balik sama je ceritanye.. kisah cinta remaja / lawak bodoh dan karya murahan yg lain.. karya berat / patriotik kurang diterbitkan atau difilemkan.. lagipun dah masyarakat kebanyakkannye cenderong untuk menonton / baca kisah yg mengkhayalkan compare ngan kisah patriotik camtu.. so kalau kisah patriotik diterbitkan dalambentuk bahan bacaan atau filem, amat sedikit khalayak yg mahu menonton / baca.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada baca buku bertajuk "Sejarah Askar Melayu " tulisan Tan Sri Samad Idris.
ada diceritakan tentang pertempuran kat Sungai Semur, selain dari itu diceritakan keberanian askar askar
melayu seperti Leftenan Adnan , Mejar Ibrahim ala Ditta, Sarjan Omar rabu.dan banyak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
AKu baru je pinjam Perang Dunia Kedua: Peranan Gerila Melayu FORCE 136..Bset betul info dalam tu.Nanti aku akan taipkan,tapi bukan untuk masa sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
disebabkan kelewatan Jungle Squad yg berada satu setengah batu dari tempat pertempuran(lewat 4 jam),maka pihak komunis tidak menghadapi serangan balas yg berkesan.
bila jungle squad sampai bersama orang2 cina,mereka semua menyerah diri tanpa melawan komunis.
Tp perjuangan askar melayu di sg semur perlu dipuji.ketabahan askar untuk mempertahankan negara dari komunis...
Nnt sy tambah lg...nak ambik maklumat dari buku kenangan berdarah sungai semur 1983...
Sumber di atas.
Abdul Samad Idris,ASKAR MELAYU 50 TAHUN,Pustaka Budiman,1983 |
|
|
|
|
|
|
| |
|