View: 26197|Reply: 145
|
~MERGED~ Asal Usul Bangsa Melayu
[Copy link]
|
|
Orang Kelantan Melayu sebenar? - utusan msia
Oleh ROZILAN SALLEH
PULAU PINANG 13 Julai - Benarkan Melayu Kelantan merupakan orang Melayu yang paling asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain?
Hipotesis mengenainya mungkin berasas berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Univerisiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin.
Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) di kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.
Bagaimanapun, katanya, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi.
Ketika ini, katanya, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.
揃agaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tesis hasil penyelidikannya mengenai kajian genetik dan forensik pergigian oleh seorang lagi pensyarah Sains Forensik pusat pengajian yang sama, Dr. Mohd. Fadhil Khamis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini hari ini.
Tesis itu diserahkan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud.
Pada masa yang sama, kata Dr. Zafarina, kajian itu juga bukan mahu menidakkan status Melayu di kalangan etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal wujud.
Dalam pada itu, penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto.
Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan Mithochondrial-DNAsekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini Melayu Proto.
Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi 'Mongoloid' dari selatan China atau 'Austranasian' yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.
揑a berbeza dengan populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu kira-kira 200,000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika,'' ujarnya.
Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.
Sementara itu, Dzulkifli berkata, kajian seumpama itu perlu ditingkatkan bagi mencari sebanyak mungkin maklumat agar menjadi hak milik negara.
[ Last edited by amazed at 23-5-2009 13:33 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Errr aku ada soalan..
Orang asli tu bukan ke penduduk asal Tanah Melayu nih? Kan logik kalau diorg yg betul2 ori Melayu? |
|
|
|
|
|
|
|
yg anehnya kan,org asli tu secara fizikalnya nampak mcm org kat Afrika nun dan jauh beza dari org 'melayu' |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang Hami tahu memang ada beberapa versi migrasi atau diaspora Melayu. Yang amat komprihensif sekali adalah bahawa ianya berlaku dalam 3 gelombang besar:
1.Dari Afrika Selatan. Migrasi ini sampai ke Andaman & Nicobar di India dan kemudiannya sampai hingga keFilipina dimana mereka dipanggil orang Acta. Di Malaysia mereka dipanggil Negritos (di utara) dan Senoi ( di sentral). Satu lagi gelombang membawa Sakai yang juga sampai ke Australia (Australoid). Mereka dari Indo Cina dan didapati ada persamaan dengan orang2 Veddas di Sri Lanka. Diorang dari kumpulan ni bukan Melayu.
2. Dari Yunan. Migrasi melalui Filipina, Indonesia lalu ke Malaysia. Ni Proto Malay ...bersusuk rendah dan banyak di selatan seperti orang2 Temuan,Semelan dan Jakun (ingat orang2 Biduanda di NS?), Kanaq dll.
3. Deutro Malay (Melayu moden) dari Dataran Yunan ...Strain Austronesian yang asli bersusuk tinggi sedikit ..melalui Taiwan dan Filipina juga. Di Malaysia mereka telah menyebabkan yang lain2 masuk lebih jauh ke daerah pendalaman. Jadi, mereka yang sekarang yang masih hidup di pendalaman .......berkemungkinan besar berketurunan kumpulan2 1 atau 2.
[ Last edited by hamizao at 16-7-2006 04:41 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Orang Melayu yang menjadi tawanan Belanda dibuang ke Capetown.Orang Melayu mengambil kesempatan menyebarkan agama Islam.Hasilnya, ramai kacukan Melayu-Afrika Muslim di Capetown. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Kajian yang paling kelakar buat tahun ini.
Dalam kehidupan Melayu dan tamadun manusia, berpindah randah adalah perkara biasa. Dari mana dia dapat pastikan sampel yang diambil itu adalah pasti keturunan yang tidak pernah berpindah randah dalam tempoh 20000 tahun. Mustahil dan pelikkan. Mungkin sampel tu datan dari Burma, Vietnam, Kemboja atau India.
Dari buat kajian yang tak berfaedah dan tiada hasil tu saya nasihatkan Prof Sains Forensik yang kononnya bijak pandai ni buat kajian yang lebih berfaedah dan bermanfaat pada masyarakat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nal at 16-7-2006 10:13 PM
Kajian yang paling kelakar buat tahun ini.
Dalam kehidupan Melayu dan tamadun manusia, berpindah randah adalah perkara biasa. Dari mana dia dapat pastikan sampel yang diambil itu adalah pasti ke ...
Jangan memandang sinis dan memperlekehkan kerja orang...selagi ianya tidak menyusahkan orang dan membuat maksiat biarkanlah...sesuatu yang tidak baik...begitulah kita orang malaysia...bila ada yang ingin membuat kajian kita memyindit dan memperlekehkan...jika mat salleh yang buat kita sanjung dan bangga....sepatutnya kita tanya diri kita apa sumbangan kita kepada masyarakat atau yang paling kecil ialah kepada keluarga kita sendiri.. :hmm:
adakah kita dah sampai ke tahap phd... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Lloni at 16-7-2006 11:08 PM
Jangan memandang sinis dan memperlekehkan kerja orang...selagi ianya tidak menyusahkan orang dan membuat maksiat biarkanlah...sesuatu yang tidak baik...begitulah kita orang malaysia...bila ad ...
Yang penting kita cari Orang Tuhan yang banyak buat kerja2 Islam kat bumi Malaysia!!
Tak yah la nak kaji bab orang Kelate ni...kita kaji bab Orang Tuhan!
Sebab amalan yang dikira oleh Allah ialah keihklasannya pada Iman dan Taqwanya dan bukan pada bangsanya!!!
:pray::pray: |
|
|
|
|
|
|
|
ore kelate mlayu sebenor..
heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Apa defini Melayu tu sebenarnya...? |
|
|
|
|
|
|
|
sesungguhnya manusia itu ada tahap -tahap tingkatannya....ia sangat berkait dengan keimannya pada Allah...salah satu sifat hati yang menghalang manusia mencapai tahap tinggi ialah hasad dan dengki...penyakit ini amatlah sukar diubati kecuali jika seseorang itu telah menyucikan dirinya dengan amalan2 kearah mendekati diri kepada Allah swt. Jika elok hati maka eloklah seseorang itu..
setengah-setengah orang tidak boleh terima jika ada orang yang lebih daripada dia....dan dia tidak tahu bahawa semua kurniaan itu adalah daripada Allah ta'ala belaka...setiap ilmu itu adalah hak milik Allah dan jika Dia mahu kurnia...juga adalah hak Allah ta'ala... jika Dia mahu menarik balikpun ilmu itu adalah hak Dia juga.....kita sebagai hambaNya tidak boleh mentakwil apa kurniaaNya...cuma apa yang kita boleh buat ialah hanya dengan memohon dan berdoa. Sesungguhnya Allah itu lebih dekat kepada kamu dari urat2 saraf kamu..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Originally posted by Lloni at 16-7-2006 11:08 PM
Jangan memandang sinis dan memperlekehkan kerja orang...selagi ianya tidak menyusahkan orang dan membuat maksiat biarkanlah...sesuatu yang tidak baik...begitulah kita orang malaysia...bila ad ...
Minta maaf la Lioni. Bukan niat nak memperlekehkan orang lain. Tapi kita kena ingat satu kajian/ research bukannya percuma, mungkin memakan belanja sampai jutaan ringgit. Sedangkan hasilnya tidak mendatangkan manfaat, mungkin akan mendatangkan bala pulak kepada kita. Bukan kah lebih baik gunakan wang tersebut kepada benda yang bermanfaat.
Seperti yang kita ketahui asal - usul orang Melayu berasal dari mana pun masih tak dapat dipastikan secara tepat, macamana kita nak cari orang Melayu yang sebenar.
Yang dapat dipastikan, PM Malaysia pun bukan lah orang Melayu yang sebenar kecuali Tun Razak. Itu pun masih boleh diperbincangkan lagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syeikhbelalang at 17-7-2006 10:23 AM
Yang penting kita cari Orang Tuhan yang banyak buat kerja2 Islam kat bumi Malaysia!!
Tak yah la nak kaji bab orang Kelate ni...kita kaji bab Orang Tuhan!
Sebab amalan yang dikira oleh A ...
silap tu pak belalang....apakah hak anda untuk menghalang dan membenci usaha begitu...sebelum itu.. apa maksud anda
1. orang Tuhan
2. kerja2 Islam
3. apakah tafsiran iman dan juga apa maknanya taqwa pada anda
tahukah anda...semua makhluk adalah ciptaan Allah swt...dan kepada diri orang kafir pun kita mesti sayang dan hormati...kerana mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah. Dengan membenci diri orang kafir bermakna kita membenci ciptaan Allah ta'ala. Membenci ciptaan Allah bermakna kufur...apa yang kita benci adalah sifat perilaku mereka yang tidak mahu menganuti Islam. Tahu kah anda bahawa semasa kita semua di alam roh semua sudah berikrar di hadapan Tuhan untuk patuh dan taat kepadaNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nal at 18-7-2006 12:07 AM
Minta maaf la Lioni. Bukan niat nak memperlekehkan orang lain. Tapi kita kena ingat satu kajian/ research bukannya percuma, mungkin memakan belanja sampai jutaan ringgit. Sedangkan hasilnya tid ...
Bukan niat saya untuk mengata tetapi sikap kita selalunya macam itu...jika 'orang besar atau orang politik' buat apa2 tanpa berfikir panjang dan membazir kita tidak 'terloncat' tapi bila ahli akademik ingin membuat kajian kita terus nampak ia satu pembaziran...:hmm: adakah status kajian seperti itu akan memakan belanja beratus juta? cuba anda nilai sendiri....cuba ambil contoh kes baru2 ini...dahlah sudah belanja hampir 500 juta kemudian kena bayar pampasan lagi 200 juta...jadi wang negara hampir 1 billion hangus..... |
|
|
|
|
|
|
|
Boring ajer tajuk nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 18-7-2006 11:08 AM
Boring ajer tajuk nie....
memang boring kalau bebudak baca...sebab tahap akal dia tidak boleh terima lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan mcm tue Lloni....just forget it jelah...personel ... kisah2 di Kampus UKM dulu...
Teruskan berforum... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kajian tentang asal-usul kita diperlekehkan?
Apakah sumbangan anda kepada masyarakat dengan memperlekehkan kajian tersebut?
Apa salahnya pengkaji sejarah tempatan mencuba kajian yang tidak dicuba oleh orang lain.
Sedangkan pengkaji sejarah sejarah Barat sanggup berkorban masa dan wang untuk mengkaji asal-usul tamadun lain. |
|
|
|
|
|
|
|
tak kira dari mana asalnya melayu tu..tapi yang penting itu semua adalah bangsa..yang paling penting buat kita adalah agama ...bangsa kemudian... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|