View: 9585|Reply: 49
|
Al Quran dan Hadith - Perbincangan
[Copy link]
|
|
Ayat ayat Al Quran itu diturunkan oleh Allah kepada Rasullullah dan dari Rasullullah pula kepada sahabat sahabatnya yang mencatitkan setiap ayat itu...betul ?
persoalan saya pulak sekarang....adakah kita pasti tiada perubahan pada ayat ayat itu walau setitik sekalipun kerana almaklumlah....beribu ribu tahun telah berlalu...adakah kesahihannya pasti ?
Jika pasti kenapa kadang kadang ada percanggahan di antara hadith dan Quran ? Bila ini terjadi....yang manekah seharusnya kita ikuti ?
Salam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yusmar at 6-9-2006 09:18 PM
Jika pasti kenapa kadang kadang ada percanggahan di antara hadith dan Quran ? Bila ini terjadi....yang manekah seharusnya kita ikuti ?
Saya jawab yg ini dahulu sebab belum ada masa nak tulis tentang metod pemeliharaan Qur'an.
Sebetulnya tak timbul soal "kalau Qur'an terpelihara, kenapa bercanggah dgn hadith" kerana sememangnya hadith itu tidak pernah pun Allah jamin kesahihannya.
Hadith bukan datang dari Allah, malah hadith belum tentu datangnya dari Rasulullah. Hadith hanya sumber hukum kedua. Hadith diterima sekiranya ianya sahih dan tidak berlaku percanggahan dengan al-Qur'an. Dalam kes berlaku percanggahan antara Qur'an dan hadith, Al-Qur'an itu yg lebih utama. (Tapi jika ada yg nak membawakan tentang masalah nasakh dan mansukh, dalam kes terpinggir di mana hadith menasakhkan Qur'an yg banyak perdebatannya, ada dibincangkan sedikit dalam sub board mazhab. Sila teruskan sahajalah perbincangan di sana).
Jaminan al-Qur'an dipelihara itu Allah beri dalam Qur'an, tetapi siapa yg menjamin hadith?
We have, without doubt sent down the message, and we will assuredly guard it (Al-Hijr :9)
[ Last edited by antiQue at 6-9-2006 09:54 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku jg ada bbrp soalan mengenail al-quran ,mungkin ada kaitan dg soalan2 yusmar
1. Siapa yg compile al-quran ni ?
2. Knp dlm al quran , cerita2 atau contentnya mcm x ada kesinambungan:hmm:
Wht i mean ialah mcm mula2 citer bnda lain , pastu tiba2 je dah jd citer lain ? Knp x buat sequencenya mudah n teratur, adakah mmg al-quran mcm tu masa diturunkan atau kesalahan masa dikumpulkan ? Kalau DAH CAMTU , aku x leh komen la , psl tu ALLAH pnya keje..
2.1 Adakah ia brlaku krn kesalahan manusia yg compile al quran tu ( mcm masa kumpul tu dorang ada buat silap ke atau apa ke?
Atau
2.2 Mmg susunan al-quran mmg mcm tu ?
3. Jika jawapan bg soalan 2 , ialah 2.1 , knp al-quran begitu ? I mean manusia akan sukar menafsirkan kandungan al quran tu
Spt yg kita ketahui, manusia pnya anugerah kefahaman brbeza2 brdasarkan anugerah akal yg diberi brbeza2 , so pd pndapat korang lah sbg manusia biasa , knp al quran x diturunkan simple , maksudnya , kalau smua org baca pun , IA AKAN TETAP MMBAWA MAKSUD YANG SAMA ? Maksudnya SEMUA MANUSIA yg baca sesuatu prkataan atau ayat2 dlm al-quran akan mnterjemah MAKSUD YG SAMA rather dr yg kita lihar NOW , THEN N 4EVER, di mana umat islam menafsirkan ayat2 atau prkataan yg sama tp membawa makna yg brbeza pd manusia yg brbeza ?
Knp al quran ditunkan demikian rupa , pd pndapat aku , al quran yg patutnya jd MANUAL KEHIDUPAN org2 islam mesti simple n tepat , maksud aku pemahaman manusia , bila baca je , msti DIRECT FAHAM. Tp ada kalanya content al-quran ssh difahami , spai mnjd perdebatan antara scholar2 islam dr dulu spai sekrg, why ?
4. Nak tanya mengenai ayat2 yg kekal dlm al-quran masa dikumpulkan tp HUKUMNYA MANSUH. Bgt jg mengenai AYAT2 YG DIMANUSKHKAN dalam al-quran ttp HUKUMNYA KEKAL
Kalau boleh nak mintak ajsa baik kwn2 , TLG BERI AYAT2 yg aku ckp diatas tu. N 1 more thing , knp ada ayat dimansuhkan n hukumnya kekal n sebaliknya ? Arahan siapa n knp jd camtu ? Thanks n wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
salam
AL QURAN tiada kesinambungan????
secara logik, ya
tetapi..........
BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU
dan SAKSIKANLAH
sebagaimana KAMU DISAKSIKAN
dan AMALKANLAH mengikut kemampuanmu
SESUNGGUHNYA TUHAN TIDAK MEMBEBANKANMU
DENGAN BEBAN YANG BERAT |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 7-9-2006 07:08 PM
salam
AL QURAN tiada kesinambungan????
secara logik, ya
tetapi..........
BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU
dan SAKSIKANLAH
sebagaimana KAMU DISAKSIKAN
dan AMALKANLAH mengikut kemampuanmu
SESU ...
Thanks 4 the respond bro ob, abt quran tiada kesinambungan , yg aku maksudkan ialah IT SEEMS LIKE THAT 4 ordinary human
Selalu aku ckpkan manusia ni DIANUGERAHKAN LEVEL OF UNDERSTANDING YG BERBEZA2
So ssah bg mrk2 yg slow dr sg iq utk tafsirkan maksud atau takwil sbnar , even i can bet , ramai yg tinggi iq pun rasa konfiden je trjemahkan al quran tu dgn betul although who knows , kalau dorang pun salah actually :bgrin: The possiblities is there.
Yg tau btl2 maksudnya hanyalah ALLAH |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bateesta at 6-9-2006 09:54 PM
Aku jg ada bbrp soalan mengenail al-quran ,mungkin ada kaitan dg soalan2 yusmar
1. Siapa yg compile al-quran ni ?
2. Knp dlm al quran , cerita2 atau contentnya mcm x ada kesinambungan
Wht i mean ialah mcm mula2 citer bnda lain , pastu tiba2 je dah jd citer lain ? Knp x buat sequencenya mudah n teratur, adakah mmg al-quran mcm tu masa diturunkan atau kesalahan masa dikumpulkan ? Kalau DAH CAMTU , aku x leh komen la , psl tu ALLAH pnya keje..
2.1 Adakah ia brlaku krn kesalahan manusia yg compile al quran tu ( mcm masa kumpul tu dorang ada buat silap ke atau apa ke?
Atau
2.2 Mmg susunan al-quran mmg mcm tu ?
3. Jika jawapan bg soalan 2 , ialah 2.1 , knp al-quran begitu ? I mean manusia akan sukar menafsirkan kandungan al quran tu
Spt yg kita ketahui, manusia pnya anugerah kefahaman brbeza2 brdasarkan anugerah akal yg diberi brbeza2 , so pd pndapat korang lah sbg manusia biasa , knp al quran x diturunkan simple , maksudnya , kalau smua org baca pun , IA AKAN TETAP MMBAWA MAKSUD YANG SAMA ? Maksudnya SEMUA MANUSIA yg baca sesuatu prkataan atau ayat2 dlm al-quran akan mnterjemah MAKSUD YG SAMA rather dr yg kita lihar NOW , THEN N 4EVER, di mana umat islam menafsirkan ayat2 atau prkataan yg sama tp membawa makna yg brbeza pd manusia yg brbeza ?
Knp al quran ditunkan demikian rupa , pd pndapat aku , al quran yg patutnya jd MANUAL KEHIDUPAN org2 islam mesti simple n tepat , maksud aku pemahaman manusia , bila baca je , msti DIRECT FAHAM. Tp ada kalanya content al-quran ssh difahami , spai mnjd perdebatan antara scholar2 islam dr dulu spai sekrg, why ?
4. Nak tanya mengenai ayat2 yg kekal dlm al-quran masa dikumpulkan tp HUKUMNYA MANSUH. Bgt jg mengenai AYAT2 YG DIMANUSKHKAN dalam al-quran ttp HUKUMNYA KEKAL
Kalau boleh nak mintak ajsa baik kwn2 , TLG BERI AYAT2 yg aku ckp diatas tu. N 1 more thing , knp ada ayat dimansuhkan n hukumnya kekal n sebaliknya ? Arahan siapa n knp jd camtu ? Thanks n wassalam
X ada sesape nak jawab soalan2 di atas ke ? Ada silap ke soalan2 aku tu:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Minat nak jawab tapi sekarang agak sebuk. InsyaAllah lain masa.
Harap forumners lain boleh beri pandangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Al Quran disampaikan kpd kita melalui riwayat yg mutawatir & dgn jln penulisan dari sisi Rasulullah saw sehingga ke hari ini. Ketetapannya adalah diyakini, tidak diresapi oleh pengubahan atau penukaran atau pemindaan.
Firman Allah swt,
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
(Al Hijr 9)
wallahua'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
compare...
to me...how ever complex or complicated the Al-Quran is...
kalau kite compare ngan kitab2 agame lain, agame semawi atau agame ciptaan manusia yang lain, Al-Quran jelas yg paling benar dan terbaik...
Subhanallah... |
|
|
|
|
|
|
|
> Membaca Al-quran bukan lah seperti membaca sebuah Novel atau lain -lain adaptasi kisah kisah manusia yang sering dibukukan.
> Untuk menjawab soalan2 itu, sebaiknya di halusi tujuan Allah membekalkan kita dgn al-Quran. Alquran sebagai panduan sekalian makhluk yang tidak akan habis dibaca sampai bila-bila.
> Bilakah kita sebagai manusia akan habis membaca Al-quran itu?
> Bayangkan anda membaca Al-Quran dari satu Bab ke satu Bab dengan asyik, dan akhirnya sampai ke mukasurat terak hir penghujung sebuah sketsa. Kemudian apa terjadi, hilanglah nilai Al-quran itu kerana anda sudah tahu ceritanya. Maka , tidak mungkin di buka lagi Al-quran itu.
>Al-Quran itu ilmu kehidupan untuk kepelbagaian makhluk.
>Itu lah beza ciptaan Allah dan ciptaan manusia(novel).
>Al -Quran bukan novel/cerpen rekaan manusia yang berpenghujung. Al-Quran itu diturunkan sbg wahyu dan panduan yang akan terus relevan merentasi zaman.
>Akan sentiasa ada manusia yang sentiasa memahami kitab suci itu dengan sebenar-benarnya setiap zaman dari dahulu sehingga sekarang seperti janji penciptanya untuk memelihara.Mereka tidak buta dan pekak.
>Akan sentiasa ada manusia yang memahami di lahirkan setiap hari untuk memelihara dan Al-Quran itu.
Sekian pandangan saya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...nak tanya satu soalan...
bila baca al-quran tu kadang2 kita akan jumpa ayat2 yg mengandungi perkataan sujud, dan digariskan di bawahnya, wajibkah kita sujud? kalau sujud, sujud yg macamana? adakah menghala ke kiblat? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 24-9-2006 09:52 AM
Al Quran disampaikan kpd kita melalui riwayat yg mutawatir & dgn jln penulisan dari sisi Rasulullah saw sehingga ke hari ini. Ketetapannya adalah diyakini, tidak diresapi oleh pengubahan atau ...
Cik mod , aku x akan ckp kandungan quran berubah , cuba baca balik soalan2 aku tu baik2:nerd: |
|
|
|
|
|
|
syifa This user has been deleted
|
Originally posted by yusmar at 6-9-2006 09:18 PM
Ayat ayat Al Quran itu diturunkan oleh Allah kepada Rasullullah dan dari Rasullullah pula kepada sahabat sahabatnya yang mencatitkan setiap ayat itu...betul ?
persoalan saya pulak sekarang....adakah kita pasti tiada perubahan pada ayat ayat itu walau setitik sekalipun kerana almaklumlah....beribu ribu tahun telah berlalu...adakah kesahihannya pasti ?
Jika pasti kenapa kadang kadang ada percanggahan di antara hadith dan Quran ? Bila ini terjadi....yang manekah seharusnya kita ikuti ?
...
29:49 - "Sebenarnya AQ itu adalah ayat2 nyata di dalam dada org2 yg diberi ilmu. Dan tidak ada yg mengingkari awat2 Kami kecuali orang2 yg zalim"
Seperti yg kita tahu Rasul telah meninggalkan Kitab dan Sunnah, taklah kita sesat selama2nya. Ini bermakna kalu ada percanggahan antara Hadith dan AQ dah confirm2 la kita wajib merujuk kepada Kitab itu sendiri. Hadith diriwayatkan setelah kewafatan Rasul sedangkan AQ adalah wahyu yg diturunkan kepada Baginda semasa hayatnya dan ia dipelihara.
Itu pendapat sy yg cetek ilmu ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 24-9-2006 09:52 AM
Al Quran disampaikan kpd kita melalui riwayat yg mutawatir & dgn jln penulisan dari sisi Rasulullah saw sehingga ke hari ini. Ketetapannya adalah diyakini, tidak diresapi oleh pengubahan atau ...
Firman Allah swt,
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
(Al Hijr 9)
SALAM untuk semua.............
Dengan sebegitu jelas ALLAH menggariskan bagaimana Ia 'compile n maintained' kenapa harus ada keraguan lagi?
Bukankah AQ sudah lengkap semasa di LUH MAHFUDZ lagi? Sejak AZALI lagi? Cuma ia diturunkan dengan berperingkat-peringkat, juga atas HIKMAHNYA jua, kerana ALLAH tidak akan menzalimi orang-orang yang mahu beriman denganNYA!
Al-Baqoroh:[2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan tentangnya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang hendak bertakwa
Ali Imraan:[3] Dia menurunkan kepadamu Kitab Suci yang mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
Al-Araaf:[2] Ini sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu . Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.
Al-Araaf:3] Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah;amatlah sedikit kamu mengambil peringatan
Al-Anfaal:[2] Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Yunus:[1] Alif, Laam Raa': Ini ialah ayat-ayat Kitab yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran dari Yang MAHA BIJAKSANA.
Hud: [1] Alif, Laam, Raa': Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. Adalah dari sisi Yang MAHA BIJAKSANA, lagi MAHA MENDALAM pengetahuanNya.
Yusof: [1] Alif, Laam, Raa':Ini ialah ayat-ayat Kitab yang menyatakan kebenaran.
Ar-Raad: [1] Alif, Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak mahu beriman.
Ibrahim: [1] Alif, Laam, Raa': Ini ialah Kitab yang Kami turunkan ia kepadamu, supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
Al-Hijr: [1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab didalam Al-Quran yang memberi penjelasan.
Al-Kahfi: [1] Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya, Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok.
Tho Ha: 1] Tho Haa. [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan.
[3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah.
An-Nuur: [1] Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat.
Al-Furqan: [1] Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya, untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
Asy-Syuraa': [1] Taa, Siin, Miim. [2] Ini ialah ayat-ayat Kitab yang jelas nyata.
[3] Jangan-jangan pula engkau, membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.
An-Naml: [1] Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata,
[2] Menjadi hidayat petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman,
Al-Qosos:[1] Taa, Siin, Miim. [2] Inilah ayat-ayat Kitab yang memberi penjelasan
Luqman:[1] Alif, Laam, Miim. [2] Ini ialah ayat-ayat Kitab yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, [3] Menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
As-Sajdah: [1] Alif, Laam, Miim. [2] Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yasin:[1] Yaa Siin. [2] Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
Ar-Rahman: [1] (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[2] Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[3] Dialah yang telah menciptakan manusia.
[4] Dialah yang telah membolehkan manusia memberi dan menerima kenyataan.
Lihatlah betapa Allah memerintahkan kita jangan ragu, jangan bimbang,jangan syak kerana ia ayat yang amat jelas dan amat nyata. Berulang-ulang ALLAH menerangkan pada permulaan beberapa surah, kenapa masih ragu? Kenapa masih ada persoalan?
Dan saya amat tertarik dengan satu dakwaan pada satu topik dalam satu forum dalam MM ini mengenai penurunan ayat AQ, yang mana satu individu mendakwa bahawa jika ayat itu diterjemahkan secara lateral maka akan berlaku salah faham seolah-olah ianya diturunkan sekali gus! Maka perlulah penerangan mengenai tatacara AQ diturunkan dibuat oleh orang-orang terdahulu! Nah! Disinilah yang sepatutnya kita perhatikan, iaitu jika kita sabar menyelusuri secara holistik ayat-ayat yang ada dlm AQ akan terjumpa pula ayat-ayat bagaimana AQ itu diturunkan iaitu secara berperingkat-peringkat. Lagi sekali ALLAH membuktikan Al-Quranlah yang menerangkan Al-Quraan bagi sesiapa yang mahu beriman kepadaNya. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
bukan nak jawab dr saudara bateesa
tapi sekadar utk difikirkan bersama
1. Siapa yg compile al-quran ni ?
YANG TERTULIS TU KAH??? kalau yg tu, manusialah
YANG SEBENARNYA MUNGKIN ADA DALAM DIRI SAUDARA SENDIRI
(mungkin aje tuuuuuu)
2. Knp dlm al quran , cerita2 atau contentnya mcm x ada kesinambungan
AGAK AGAK SAUDARA boleh tak saudara bayangkan dr ISI AL QURAN itu
di RANGKUMKAN jadi JANTUNG AL QURAN, dan diRANGKUMKAN lagi
jadi SEPERTIGA AL QURAN, dan diRANGKUMKAN lagi
jadi INDUK AL QURAN???????????
betoiiii ka lagu tu??? atau saya sendiri yg MASIH PENING
2.1 Adakah ia brlaku krn kesalahan manusia yg compile al quran tu ( mcm masa kumpul tu dorang ada buat silap ke atau apa ke?
memang MANUSIA ADA BUAT KESILAPAN DAN SENTIASA LALAI
agak agak saudara, TUHAN CAM TU JUGAK KAH????????
2.2 Mmg susunan al-quran mmg mcm tu ?
SUDIKAH SAUDARA MERANGKUMKANNYA SENDIRI
DAN MENGATUR SUSUN SEBAIKNYA MENGIKUT KEMAMPUAN SAUDARA??????
dgn apa yg telah dianugerahkan kepada saudara........
3. Jika jawapan bg soalan 2 , ialah 2.1 , knp al-quran begitu ? I mean manusia akan sukar menafsirkan kandungan al quran tu
gamaknya kalau SEORANG DIRI memang sukar saudara
tapi kiranya BERJEMAAH?????????
4. Nak tanya mengenai ayat2 yg kekal dlm al-quran masa dikumpulkan tp HUKUMNYA MANSUH. Bgt jg mengenai AYAT2 YG DIMANUSKHKAN dalam al-quran ttp HUKUMNYA KEKAL
HUKUMNYA TAK DIMANSUHKAN TETAPI DITURUNKAN AYAT YANG LEBIH BAIK DARI ITU
BAGI MU AGAMAMU BAGI KU AGAMAKU???
JANGANLAH SOLAT TIKA KAMU SEDANG MABUK???
CELAKALAH ORANG YANG SOLAT???
Ada silap ke soalan2 aku tu
TAK TAHU?????
HANYA JAWAPAN SEBENAR ADA PADA DIRI SENDIRI |
|
|
|
|
|
|
|
Salam..............
Mungkin inilah antara yang paling muhakamat untuk menggambarkan kejituan Kalamullah:
Yunus:
[61] Dan tidaklah engkau dalam menjalankan sesuatu urusan dan tidaklah engkau membaca dalam sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam untuk semua...........
Sekadar buat pertimbangan. Mungkin ilmuan terdahulu telahpun melakukannya, namun saya sebagai layman juga telah membuktikan pada diri sendiri, yang jika saya kerap membaca ayat-ayat ALLAH, akan ditunjukkan bukti oleh ALLAH bahawa KalamNya adalah 'hidup'
Saya telah mencantumkan 5 ayat pada surah Al-Qadr dengan 5 ayat pertama surah Al-Fajr untuk mendapat kepastian sendiri mengenai kelebihan Lailatul Qadr, yang pada suatu ketika saya percaya ia hanya berlaku sekali sahaja, namun ternyata, melalui rangkuman ayat-ayat ini, Lailatul Qadr bukanlah penantian yang sia-sia bagi sesiapa kerana ia mempunyai kebenaran kepada yang telah bersumpah lagi berakal sempurna! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 3-11-2006 01:50 AM
Salam untuk semua...........
Sekadar buat pertimbangan. Mungkin ilmuan terdahulu telahpun melakukannya, namun saya sebagai layman juga telah membuktikan pada diri sendiri, yang jika saya kerap ...
Salam...
Ilmu saudara didalam bab bab agama ini mesti tinggi hingga boleh mencantumkan ayat ayat tersebut. Tapi bagi mereka yang hanya tau membaca Quran itu seadanya (termasuk dengan ertinya)....pada mereka ini....seperti ada yang tidak betul......bercampur aduk. Kerana itulah....kemusykilan timbul di hati.......bukan kerana sangsi bahawa ALLAH itu segalanya....tapi samada QURAN itu yang sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yusmar at 15-11-2006 10:58 PM
Salam...
Ilmu saudara didalam bab bab agama ini mesti tinggi hingga boleh mencantumkan ayat ayat tersebut. Tapi bagi mereka yang hanya tau membaca Quran itu seadanya (termasuk dengan ertin ...
Salam kepada yusmar dan semua.
Denga penuh insaf, saya mengatakan ilmu saya tidaklah setinggi mana, yang MAHA TINGGI ILMUNYA ialah ALLAH. Tetapi saya sentiasa berdoa kepada ALLAH agar ditunjukkan bukti bahawa Al-Quran itu benar-benar kalamNya kepada semua manusia hatta kepada saya yang layman ini. Maka itulah antara bukti-bukti yang ALLAH tunjukkan. Dan saya hanya sekadar membentangkan disini hanya untuk pertimbangan. Tidak perlulah tuan memikirkan hal saya, sebab sifat saya sentiasa baharu. Yang KEKAL sifatNya ialah ALLAH MAHA HIDUP. Lebih baik Tuan meneliti ayat-ayatNya dari meneliti siapa saya yang hanya bertaraf hamba kepadaNya. Sehingga respon kepada post saya ini, adakah anda sudah selesai meneliti ayat-ayat keteranganNya yang tiada keraguan itu atau masih teraba-raba penuh sangka-sangkaan mengenai siapa sebenarnya orang ini membentangkan nukilannya pada post #17
Jika anda tidak berniat sebaliknya, baiklah anda lihat sendiri bagaimana ayat-ayat itu berperanan sebagai saling kait-mengait, dan bukan niat saya mencantumkan ayat itu untuk membuat satu surah baru, tetapi hendak menjelaskan bahawa ayat-ayat itu menerangkan sejelas-jelasnya mengenai Lailatul Qadr. Ma'afkan saya jika saya pula yang tersilap sangka terhadap maksud sebenar saudara. Ya ALLAH ampunkan dosa kami semua disini...............terutamanya saya yang masih merangkak-rangkak dalam menuju JalaMu yang Lurus. Jadikan kami semua Tunduk dan Patuh pada Mu.:pray:
Mengenai
Kerana itulah....kemusykilan timbul di hati.......bukan kerana sangsi bahawa ALLAH itu segalanya....tapi samada QURAN itu yang sebenarnya.
Kemusykilan yang timbul dihati........ Hati siapa yang Musykil dengan Quran ini?
Tidak cukupkah jaminan ALLAH bahawa tiada sebarang keraguan padanya, seawal surah Al-Baqoroh, hanya berkedudukan nombor 2!. Lalu jaminan siapa lagi yang hendak diyakini? Makhluk tidak berkuasa.
ALLAH MAHA KUASA.
Al-Baqoroh.....
2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa;
Tidak cukupkah Al-Fatihah sebagai pembuka Kalam, dimana didalamnya telahpun diarahkan kita terlebih dahulu bermula dengan IsmiNya yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIHANI, kemudian, bagi mengujudkan atau mengadakan rasa tawaddu' kita lalu ALLAH mengkehendaki kita memuji hanya kepada Dia, yang pada saya tujuannya supaya kita dapat membuang segala rasa ria' dan sombong diri(bukankah ini sikap Iblis terhadap Adam?) Dan, ruang hati dan aqal kita akan terbuka dalam memahami ayat-ayat seterusnya. Dan bila hati serta aqal kita telah fokus kepada apa yang hendak dibaca serta difahami seterusnya, Dia mengingatkan kita sekali lagi, bahawa hanya Dia yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIHANI, yang juga PEMILIK HARI KEMUDIAN. Jadi bukankah kita mengaku selepas daripada itu, HANYA DIA yang kita TA'BUD dan HANYA DIA kita mohon Pertolongan(Inilah antara doa-doa saya setiap kali mula membaca Al-Quran). Kerana hanya dengan Pertolongan dari ALLAH sahaja JalanNya Lurus itu akan ditunjukkan, dimana Jalan itulah jalan yang penuh ni'mat yang diberikan kepada orang-orang terdahulu dari saya. Dan saya juga memohon dari ALLAH agar dijauhkan dari melalui Jalan yang orang-orang yang dimurkai lagi sesat oleh ALLAH. Diakhirnya saya bermohon kepada ALLAHagar memakbulkan doa ini dengan kalam Istajib Doa Ana atau Istajibullah atau Kau makbulkanlah permintaanku ini ya ALLAH!
Mengapakah ALLAH menyusun ayat ini ditempat yang sebegitu? Tidak mungkin Dia sengaja-ngaja. Dan semasa Qori atau Qori'ah lunak meliuk-lentokkan suaranya dan kita terhangguk-hangguk dan termanggu-manggu mendengarnya dengan penuh syahdu(INSAF?), tidak pula timbul keraguan, namun bila kita faham tiap-tiap terjemahan yang kita baca, bagaimana pula kecurigaan sebegini boleh timbul? Tapi sayang anda tidak nyatakan hati siapa yang musykil itu. Tetapi pada saya, bila melihat susunan ayat-ayat itu, seolah-olah seluruh tubuh dan jiwa saya cair bersama-sama setiap ayatNya setiap kali dibaca. Tunduk dan sujud saya seboleh-bolehnya ingin serendah dan serapat yang mungkin, tidak hairanlah sehingga ada yang mendagu ketika sujud kepadaNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bateesta at 6-9-2006 09:54 PM
Aku jg ada bbrp soalan mengenail al-quran ,mungkin ada kaitan dg soalan2 yusmar
1. Siapa yg compile al-quran ni ?
2. Knp dlm al quran , cerita2 atau contentnya mcm x ada kesinambungan:hmm ...
Salam...
1. Memang manusia yang compile al-quran ni...
2. Susunan dalam quran tu juga Orang-orang Islam Zaman dahulu yang susunan, mungkin ada kesilapan dalam menyusun bukannya Kesilapan dari ALLAH SWT. Apa yang penting dalam Al-quran bukannya susunan yang dibuat oleh manusia sendiri tetapi mesej atau peringatan yang disampaikan oleh ALLAH kepada semua Umat Islam dan yang pasti semua peringatan tersebut tidak ketinggalan atau tercicir kerana ALLAH berjanji untuk menjadi isi al-quran tersebut bukan susunan mesej yang disampaikan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|