CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6175|Reply: 25

MUSIM BANJIR - PANTAI TIMUR SEMENANJUNG -

[Copy link]
Post time 22-10-2006 08:04 AM | Show all posts |Read mode
Banjir lumpur di Georgetown


GEORGETOWN: Kehadiran Deepavali yang ditunggu-tunggu dua keluarga India, semalam bertukar muram apabila rumah mereka di Jalan P Ramlee, di sini, dibanjiri lumpur.


Mereka antara 80 keluarga yang tinggal di kawasan itu dan terpaksa membersihkan banjir lumpur selepas rumah masing-masing dinaiki air sehingga paras pinggang, malam kelmarin.

Seorang mangsa, K Tamilseni, 29, berkata perayaan Deepavali kali ini pastinya tidak dapat dilupakan dalam hidupnya kerana rumahnya dinaiki air sehingga menyebabkan semua perabot musnah dalam sekelip mata.

揌ujan lebat dua jam bermula jam 9 malam semalam (kelmarin). Tiba-tiba rumah kami dinaiki air,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2006 08:05 AM | Show all posts
Lebih 45 rumah ditenggelami banjir
Oleh Azmi Md Deros


PENDANG: Lebih 45 rumah dan kedai di pekan Kubur Panjang serta beberapa kampung berhampiran dinaiki banjir sedalam kira-kira satu meter sejak jam 1 pagi semalam berikutan hujan lebat selama enam jam petang kelmarin.


Penduduk berkata, hujan lebat turun sejak jam 2 petang menyebabkan Sungai Lubuk Batu di situ melimpahi tebing.

Antara kampung yang dinaiki air, termasuk Kampung Bendang Raja, Kampung Kayu Bangun, Kampung Kubur Panjang dan Kampung Lubuk Batu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, Suraya Yaacob, bagaimanapun berkata setakat ini tiada penduduk dipindahkan kerana air mula surut sejak jam 3 petang semalam.

"Kita sudah menyediakan pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh di sini jika keadaan semakin buruk, tetapi setakat ini penduduk enggan berpindah kerana keadaan dijangka pulih malam ini jika tiada hujan lebat turun.

"Rumah dan peralatan penduduk tidak begitu terjejas, tetapi banjir itu merosakkan sawah mereka kerana petani di sekitar kawasan ini baru saja menabur benih.

"Mereka terpaksa menabur benih sekali lagi kerana ia sudah dihanyutkan air," katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir berkenaan di sini, semalam.

Suraya berkata, pihaknya sedang mendaftarkan penduduk terbabit bagi membolehkan bantuan sewajarnya disalurkan kepada mereka.

Katanya, banjir itu mungkin berpunca daripada penambakan tanah dan pembinaan Balai Polis Kubur Panjang yang baru di pekan itu kerana ia menyebabkan longkang besar di situ tersumbat.

"Longkang di situ akan dibesarkan sedikit masa lagi sebaik kerja pembinaan balai polis siap," katanya.

Sementara itu, Naziah Ramli, 54, dari Kampung Kubur Panjang berkata, air naik sehingga paras pinggang sejak jam 1 pagi semalam dan berikutan itu dia dan empat anaknya segera mengangkat perabot, peralatan elektrik, pakaian dan dokumen penting untuk diletakkan di tempat tinggi.

"Semua persiapan raya, termasuk pakaian anak dan dua cucu dan beberapa jenis kuih yang baru dibuat selamat.

"Bagaimanapun, kami terpaksa bekerja lebih sempena menyambut Aidilfitri ini untuk mencuci rumah dan perabot yang dipenuhi lumpur apabila banjir surut," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2006 08:06 AM | Show all posts
Hujan diramal berterusan hingga raya


KUALA LUMPUR: Hujan di seluruh negara diramal berlarutan sehingga Aidilfitri, Selasa ini berikutan pertukaran atau peralihan monsun dari monsun barat daya kepada monsun timur laut.


Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, berkata kebiasaannya dalam tempoh peralihan monsun ini, cuaca di negara ini pada sebelah pagi cerah tetapi keadaan pembentukan awan perolakan yang kuat akan berlaku pada lewat pagi dan petang.

Katanya, negeri di pantai Barat dan kawasan pedalaman Pahang, Terengganu dan Kelantan mengalami hujan panas dan ribut petir di kebanyakan tempat membabitkan 60 hingga 80 peratus kawasan pada lewat petang dan senja.

揔eadaan cuaca ini biasanya diiringi hujan lebat dan ada ketika dilanda angin langkisau (gusting) yang kuat. Tempat lain di Semenanjung pula lazimnya mengalami hujan panas dan ribut petir di satu-dua tempat pada sebelah petang dan senja.

揚ada amnya, Sabah dan Sarawak mengalami peningkatan jumlah hujan dalam tempoh dua bulan ini berbanding tiga bulan sebelumnya kecuali di kawasan tenggara Sabah,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2006 07:57 AM | Show all posts
Dua negeri dilanda banjir
Oleh Johari Ibrahim dan Basri Basir


120 keluarga dipindah apabila air beberapa sungai meningkat selepas hujan

JITRA: Kira-kira 120 keluarga di Kedah dan Perlis dipindahkan ke penempatan sementara apabila kampung mereka dinaiki air selepas hujan lebat sejak malam kelmarin.

Kampung yang dinaiki air di Kedah ialah Kampung Tok Keong, Kampung Paya Tok Teh dan sekitar Kodiang, membabitkan 40 keluarga, manakala di Perlis kawasan yang terbabit ialah di sekitar Guar Sanji, Arau dan Pauh, membabitkan 80 keluarga.

Di Kampung Tok Keong dan Kampung Paya Tok Teh, 27 keluarga membabitkan 175 mangsa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai dan surau Kampung Lahar, Mukim Malau, dekat sini, sejak awal pagi semalam apabila rumah mereka dinaiki air sedalam lebih 0.9 meter.

Sehingga petang semalam, beberapa daerah di Kedah seperti Kubang Pasu dan Pendang masih dilanda hujan lebat yang turut menyebabkan air Sungai Pendang meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Lahar, Ahmad Ishak, berkata mangsa daripada kedua-dua kampung berkenaan dipindahkan mulai awal pagi selepas kawasan itu menerima limpahan air Sungai Changlun.

Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid melawat dan menghulurkan bantuan kerajaan negeri kepada mangsa banjir berkenaan petang semalam.

Sementara itu, 20 keluarga lagi membabitkan 80 mangsa terpaksa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Kodiang Lama apabila kediaman mereka dinaiki air sejak pagi semalam.

Seorang mangsa, Sarjan Ismail Ibrahim, 40, berkata banjir menyebabkan niatnya untuk berhari raya di rumah ibunya di Kampung Tok Keong terpaksa dibatalkan.

揝aya pulang dari Taiping sejak 20 Oktober lalu dan bercuti hingga 30 Oktober. Nampaknya saya terpaksa berhari raya di rumah mentua di Tunjang,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2006 07:08 AM | Show all posts
Banjir di Kota Star, Pendang buruk
Oleh Johari Ibrahim


ALOR STAR: Keadaan banjir di daerah Kota Star dan Pendang bertambah buruk semalam dengan 331 keluarga membabitkan 1,340 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di kedua-dua daerah

Di Kota Star, jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan bertambah kepada 1,132 semalam daripada 611 kelmarin.

Jumlah mangsa di daerah itu yang dipindahkan semalam adalah daripada 284 keluarga berbanding 162 keluarga kelmarin.

Sementara itu, di Pendang, 47 keluarga membabitkan 208 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di Kompeks Rakan Muda Pendang semalam berbanding 16 keluarga dengan 124 mangsa kelmarin.

Sebanyak 17 pusat pemindahan dibuka di daerah Kota Star semalam berbanding 16 kelmarin.

Petugas Bilik Gerakan Banjir Negeri Kedah di Wisma Darulaman berkata keadaan di Kubang Pasu semakin pulih.

Banjir di Kota Star dan Pendang dijangka bertambah buruk apabila paras air di Sungai Pendang semalam melebihi paras bahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 01:43 PM | Show all posts
Tak dptlah dibayangkan kalau Melaka kena banjir time nak raye ari tue huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-11-2006 07:27 PM | Show all posts
Ancaman banjir luar biasa


KUALA TERENGGANU: Terengganu dijangka mengalami banjir luar biasa tahun ini berikutan cuaca tidak menentu dan kehadiran beribu timun laut di Pantai Batu Burok sejak petang Rabu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata persiapan lebih besar berbanding tahun lalu perlu dilakukan selepas mengambil kira keadaan cuaca dan petanda kehadiran timun laut atau gamat itu.

Katanya, kerajaan negeri mengambil kira putaran banjir besar setiap 40 tahun yang dijangka berulang seperti banjir yang dikenali 慴ah merah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2006 08:04 AM | Show all posts
Banjir landa empat negeri selepas hujan 24 jam

KUALA LUMPUR: Empat negeri di Semenanjung - Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang, dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan dalam tempoh 24 jam sejak kelmarin.

Banjir di Johor dilaporkan paling teruk apabila hampir seluruh negeri itu dinaiki air dalam fenomena hujan luar biasa menyebabkan 10,000 mangsa daripada 2,000 keluarga di semua daerah, kecuali Mersing dipindahkan ke pusat pemindahan semalam.

Hujan lebat juga menyebabkan kejadian tanah dan tebing runtuh di sembilan lokasi di seluruh negeri itu, termasuk di Jalan Rambutan, Kolam Air dan hadapan Aloha Tower Jalan Kolam Air, Jalan 4/3 Taman Bukit Kempas dan Taman Larkin Jaya.

Berikutan bencana itu, hampir semua jabatan kerajaan di Wisma Persekutuan dan Kompleks Mahkamah Johor Bahru tidak dapat beroperasi sepenuhnya semalam.

Ribuan pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut tergendala, manakala 20 jalan termasuk di Johor Bahru utara dan selatan, Batu Pahat, Segamat, Kluang dan Kota Tinggi terpaksa ditutup untuk laluan kenderaan ringan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata empat sungai utama dilaporkan mencapai paras bahaya, iaitu Sungai Segamat, Sungai Lenih di Chaah, Sungai Mengkibol di Kluang dan Sungai Skudai di Johor Bahru.

Katanya, pasukan tentera darat sudah diarah bersiap sedia dengan logistik 20 bot dan pesawat Nuri bagi menghantar bekalan makanan dan pakaian sekiranya banjir semakin buruk.

Setakat ini, 3,741 mangsa daripada 561 keluarga di Johor Bahru dipindahkan ke 35 pusat pemindahan, manakala di Muar (1,651 mangsa, 325 keluarga, 13 pusat pemindahan); Pontian (170 mangsa, 48 keluarga, dua pusat pemindahan); Segamat (697 mangsa, 138 keluarga, 14 pusat); Batu Pahat (542 mangsa, 90 keluarga ); Kluang (2,949 mangsa, 689 keluarga, 24 pusat pemindahan) dan Kota Tinggi (85 mangsa, 20 keluarga, dua pusat pemindahan).

Di MELAKA, beberapa kawasan di Durian Tunggal, Alor Gajah serta Chohong dan Simpang Bekoh di Jasin turut dinaiki air.

Pengerusi Bilik Gerakan Banjir Peringkat Daerah yang juga Pegawai Daerah dan Tanah Alor Gajah, Hasim Ismail, berkata 26 keluarga dipindahkan dari dua kawasan pentadbirannya berikutan air Sungai Melaka melimpah dari Tampin hingga ke Durian Tunggal.

Beliau berkata, 16 keluarga dari Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, manakala 10 keluarga di Gadek ke balai raya berhampiran.

Di NEGERI SEMBILAN, hujan berterusan sejak lewat petang kelmarin menyebabkan beberapa kawasan di daerah Tampin dinaiki air, termasuk Kampung Gedok, Kampung Air Gelugor Tenai dan Keru.

Sembilan penduduk daripada tiga keluarga di Kampung Keru Hilir dipindahkan ke pusat penempatan sementara dan polis menjangka keadaan akan bertambah buruk jika hujan berterusan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Harun, berkata beberapa laluan seperti Jalan Gemencheh-Batang Melaka ditutup kepada kenderaan akibat dinaiki air lebih satu meter.

Laluan di Kilometer 5 Jalan Gemas-Tampin berhampiran simpang ke Kem Tentera Syed Sirajuddin pula hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Di KUANTAN, 15 kedai dan beberapa kemudahan awam termasuk pejabat pos mini dan sebuah pondok polis di Bandar Baru Selancar 2 dekat Muadzam Shah ditenggelami air sedalam lebih semeter berikutan limpahan air dari Sungai dinosorn. Bagaimanapun, belum ada penduduk dipindahkan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat 憄eringkat merah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2006 08:06 AM | Show all posts
Amaran banjir di Terengganu kerana air pasang besar
19-12-2006

KUALA TERENGGANU:  Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu meramalkan banjir akan berlaku di negeri ini jika air pasang besar yang melanda pesisir pantai ketika ini bertembung dengan hujan lebat dalam minggu ini.

Jurucakap bilik gerakan JPS Terengganu berkata sekarang ini berlaku fanomena air pasang besar di Terengganu dan keadaan itu dijangka akan berterusan sehingga Sabtu ini.

"Kita bimbang jika berlaku hujan lebat dalam masa air pasang ini, memungkinkan air sungai melimpah dan berlaku banjir di negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata keseluruhan paras air sungai utama di negeri Terengganu masih lagi di bawah paras waspada namun JPS sentiasa memantau keadaan paras air sungai secara keseluruhannya.

Beliau berkata bilik gerakan banjir JPS negeri akan dibuka apabila paras air sungai mencapai paras amaran.

Jurucakap itu berkata paras air Sungai Dungun di Pasir Raja pada bacaan pukul 10 pagi ini sedang meningkat secara perlahan-lahan dan semakin menghampiri paras waspada.

Bacaannya pada pukul 10 pagi ialah 34.30 meter (normal 34 meter/waspada 35.50 meter).

Sungai Besut di Kruak juga dilaporkan paras airnya sedang meningkat yang kini bacaannya 29.13 meter (normal 28.50 meter/waspada 33 meter).

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa buah kampung di Batu Buruk, Tanjung dan Kuala Ibai dalam keadaan terancam berikutan hakisan ombak ekoran fenomena air pasang besar di negeri ini.

Malam tadi, orang ramai yang berehat di pantai peranginan Batu Buruk terpaksa menyelamatkan diri apabila air melimpahi jalan.

BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 02:45 AM | Show all posts
agak2 kalau lah kl kena banjir besar cam tahun 1971 camana eh
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 31-10-2006 01:43 PM
Tak dptlah dibayangkan kalau Melaka kena banjir time nak raye ari tue huhuhuhu



razifah, aku rasa by this time, ko dah dapat bayangkan...sbb Melaka betul2 dah dilanda banjir!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2006 07:23 AM | Show all posts
source : m-online -
23-12-2006

Di KELANTAN, paras air di semua tempat menyukat banjir di negeri itu hampir mencecah paras bahaya, kecuali Sungai Galas di Dabong.

Semua mangsa yang dipindah ke beberapa pusat pemindahan banjir semalam dibenarkan pulang ke rumah masing-masing lewat petang ini.

Jurucakap itu juga berkata angin kencang dan ombak besar dikatakan memusnahkan sekurang-kurangnya 13 buah rumah nelayan -- lima di Pantai Mek Mas di sini dan lapan di Pantai Irama Bachok.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di Kuala Terengganu dan Kemaman menurun kepada 239 orang malam ini berbanding 492 pada sebelah petang.

Paras air di beberapa sungai utama di seluruh negeri seperti Kemaman, Setiu dan Dungun dilaporkan sedang naik malam ini.

Di PAHANG, jumlah mangsa di pusat-pusat pemindahan banjir kini seramai lebih 4,000 orang, dengan Kuantan 2,502 orang di 12 pusat pemindahan, dan Rompin 1,632 orang di 15 pusat pemindahan.

Sementara itu di Maran, keadaan banjir semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 16 orang berbanding 58 orang petang tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2006 01:36 PM | Show all posts
latest from m-online
23/12/2006 - 11.30am --


Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir di pusat-pusat perpindahan sementara di Pahang terus meningkat kepada 5,113 orang, dengan penambahan 471 mangsa terbaru dari daerah Pekan.

Di KUALA TERENGGANU, seramai 222 mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu dan Kemaman masih berada di pusat pemindahan sehingga pukul 8 pagi berbanding 239 orang Jumaat malam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Polis negeri di sini berkata 191 daripada jumlah itu ialah penduduk kampung Kuala Ibai Kuala Terengganu, manakala selebihnya dari Kampung Teladas Kemaman.

"Kita jangka ramai akan dibenarkan pulang, terutamanya di Kemaman jika keadaan terus bertambah baik hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 04:45 PM | Show all posts

AMARAN HUJAN LEBAT

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang sedang berlaku di Johor dan Pahang Tenggara dijangka
berterusan sehingga hari Ahad (31 Disember 2006).  ~JMM 26/12/2006
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by redCeri^cet at 26-12-2006 04:45 PM
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang sedang berlaku di Johor dan Pahang Tenggara dijangka
berterusan sehingga hari Ahad (31 Disember 2006).  ~JMM 26/12/2006


emmm... tak da amaran lagi ke ???
rasanya weekend nie... cold surges betul-betul solid
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 03:40 PM | Show all posts
Nie teman copy dari board CI

PETALING JAYA: Northern Malaysia and the east coast of the peninsula will experience worsening weather over the weekend.

Heavy rains are expected to hit Perlis, Kedah, Penang and northern Perak from Saturday to Monday, while areas in Kelantan, Terengganu and northern Pahang will see weather ranging from extremely cloudy to downpours from tomorrow to Monday.
The Meteorological Department said in a statement the weather conditions expected were due to strong northeast monsoon winds from the South China Sea that would pass through north Peninsular Malaysia during the weekend with a speed of 65kph.
揑n case of floods, the people are advised to follow the instructions given by the authorities, and to be on alert at all times by listening to, or reading, announcements over the radio, newspapers and television,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2007 08:16 AM | Show all posts
Originally posted by rudz at 4-1-2007 02:44 PM
emmm... tak da amaran lagi ke ???
rasanya weekend nie... cold surges betul-betul solid


not exactly solid....still just mild surge, pump in from previous surges and the easterly wind feeding to the system...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by redCeri^cet at 5-1-2007 08:16 AM


not exactly solid....still just mild surge, pump in from previous surges and the easterly wind feeding to the system...


r u sure ?... do u know thut lower level convergence reaching 40 unit somewhere in perairan kelantan and reaching 30 unit upper level divergence juga tak jauh dari situ (jam 2100UTC this morning). If this thing maintain for this two..three days.... Kelantan and terengganu will Kaboomm... High pressure over China also not bad...rasanya more than 1030hPa... cuma mungkin keadaan kat sana tak begitu sejuk lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by rudz at 4-1-2007 03:40 PM
Those who live in the afore mentioned areas do be careful and start keeping your valuables in banks if possible.
Learn from what happened in Johor. take cae and my prayers are with you

;)

Speed yg teman bold tu speed apa ??? .. rasanya ada vortex akan terwujud di Peninsula M'sia...
Kalau speed tu speed vortex tadi...emmm ...itu dah jadik tropical storm tu

huih...soalan PTK ke?...mcm vamei, yg juz in between tropical depression n tropical storm..
not exactly wujud  di Peninsular, juz crossing....
and there's another one waiting in SE of Phillipines...
monsoon kali ni mmg satu m'sia kena yek, banjir di Johor, S'wak n Sabah next, ribut di utara.....

so adalah lebih baik depa menyelamatkan bumbung-bumbung rumah depa  

nak selamatkan bumbung? so kena tanggalkan la ye, sbb nk simpan.....hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by rudz at 5-1-2007 08:37 AM
r u sure ?... do u know thut lower level convergence reaching 40 unit somewhere in perairan
kelantan and reaching 30 unit upper level divergence juga tak jauh dari situ (jam 2100UTC this mornin ...


is it 40 knot? never heard 40 unit......mcm ne tgk wind exactly at 2100UTC (5am) ?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.986619 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list