|
Korang biasa tak dengan Channel 15 Astro? Aku berpendapat bahawa Channel 15 atau lebih dikenali sebagai @15 wajar dihentikan sahaja. Kenapa? Ada banyak sebab, antaranya
i. Kebebasan mengutuk dan menghina. Sejak ada @15, sesiapa sahaja yang ada handphone lebih bebas untuk mengutuk, mengata, menghina dan mendiskriminasi orang lain terutama sekali para pelajar AF. Tak kira siapa dia, tahap pendidikannya, dan tahap moralnya. Dari orang yang paling berdisiplin dan baik hinggalah kepada orang yang paling biadab boleh menyertainya. Cuba bayangkan je perasaan ahli keluarga orang yang dikutuk tu?
ii. Ia hanya akan menimbulkan lebih banyak permusuhan dan benci-membenci. Ini boleh menjurus kepada perpecahan masyarakat. Paling jelas adalah semangat kenegerian. Kerajaan kita berusaha untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di sini, ada pula channel ni yang ternyata memberikan ruang luas kepada orang untuk menebalkan kembali semangat kenegerian. Sikap sesetengah peminat fanatik yang menggunakan channel ni untuk memaparkan kefanatikan mereka juga adalah merupakan faktor timbulnya kebencian kepada pihak lain. Bagi peminat fanatik, mungkin itu merupakan hak mereka untuk meluahkan sokongan mereka, tapi perlu diingat, bagi pihak lain itu selalunya adalah suatu bentuk provokasi. Ini jelas akan menimbulkan permusuhan.
iii. Merosakkan imej dan masa hadapan pelajar/orang yang dikutuk atau difitnah. Selalunya pelajar-pelajar tu semua ok je hubungan mereka. Tapi disebabkan peminat-peminat fanatik yang dok berkelahi di @15, mereka jadi mangsa. Cuba lihat Felix dan Mawi, sampai sekarang peminat kedua2nya tak ngam. Felix dan pelajar AF yang lain adalah penyanyi-penyanyi yang berbakat besar dan mempunyai suara yang berkualiti. Sepatutnya mereka boleh mendapat kejayaan yang lebih dari itu. Tapi hingga sekarang, peminat mawi terus memusuhi felix dan pelajar AF yang lain kerana masih dianggap sebagai lawan kepada mawi. Rasanya keadaan ini tidak seteruk ni jika tiada @15 yang menjadi medium utama kepada pertelingkahan antara para penyokong-penyokong mereka.
iv. Pengaruh negatif kepada generasi muda. Generasi muda sepatutnya didedahkan kepada sesuatu yang baik agar menjadi contoh dan teladan kepada mereka. Ini tidak. @15 banyak memaparkan kata-kata yang kurang baik dan dalam masa yang sama, sesiapa pun boleh melihat dan membacanya. Bayangkan, apa akan terjadi kepada generasi yang dibesarkan dengan melihat permusuhan dan kata-kata kesat? Berapa peratuskah kemungkinan kanak-kanak itu akan membesar menjadi orang yang bersopan-santun dan berbudi-bahasa?
Kita sepatutnya mencari jalan kearah persahabatan, perpaduan , persefahaman antara sesama kita, bukannya menimbulkan bibit permusuhan dikalangan sebegitu ramai orang semata-mata menjadi punca keuntungan lumayan bagi satu pihak.
Kalau tak sesuai kat sini tolong move je la kat mana2 yg sesuai. Thanks
[ Last edited by enzo at 16-5-2007 10:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan patut kat board af ker....
anyway, pada aku @15 tu tak bersalah, tp org yg hantar msg tu yg bersalah..
[ Last edited by buiscasey at 16-5-2007 06:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
@15 tu tempat fanataik AF lepas geram kat memana peserta AF yg diorg tak suka...bab melalut dan melampaui had tu terjadi bila sorg start make komen yg berbaur kenegerian or else...yg lain pun ikut ngok ngek gak balas pantun yg sama gak...so mentaliti fanataik AF ni mmg sejenis dgn peserta2 AF gak....rasanya sapa yg untung dlm hal ni?????
ASTRO gak..... |
|
|
|
|
|
|
|
tutup je la...mengabehkan duit rakyat mesia jerk...gi la sedekah kat org yg memerlukan...lg baik...dpt pahala lak tuh...kebanyakan nye yg lepak kat @15 tuh budak2 sekolah.....ngabehkan duit mak bapak jer |
|
|
|
|
|
|
|
astrok menipu remaja melayu yang rela dicempedakkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
tutup jela
dhla astrok nk naikkan bil :@ |
|
|
|
|
|
|
|
No, let Astro keep that channel. The last thing we need is more of those idiots coming to CARI forum to brag about themselves. |
|
|
|
|
|
|
|
tak aptut dihentikan kerana ia menjana pendapatan kepada astro dan sykt telekominikasi |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak tambah...
org yg suka masuk @15 tu..kira2nya tak betui la.... nape buang2 kdit post msg kat situ....
dah banyak sangat duit.... buat amal sedekah lebih baik.....ada gak pahala... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 tautakpa's post
jgn langgan astro...lagi berpekdah |
|
|
|
|
|
|
|
pada aku channel @15 tu adalah satu bentuk pembaziran kepada pelanggan astro yg tidak menonton (setakat menayangkan the same programme as Astro Ria).
Plus kepada golongan yg suka berchatting plak, since diorang2 ni probably bukan org yg jadi tukang bayar bill bulan2 mungkin sebab tu x rasa.
kesimpulan @15 ni macam AF gak la, medan utk maestro and astro menambah duit, dan paling sedih org2 melayu yg aku tengok suka 'bersedekah' (AF la kan) tang mende2 camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya jugak :setuju: sbb x de faedah langsung...Bkn budaya kita, malu kat org luar klu mereka bukak channel ni...asyik dok kutuk org je...Patut dihentikan x pun x yah ada chat kat sebelah tu...tunjuk je ulangan siaran2 langsung yg pernah ditayangkan di Astro Ria. |
|
|
|
|
|
|
|
Ttp je lah..kdg2 2 ngutuk x hingat dunia...mod pun same gok jd batu api.. |
|
|
|
|
|
|
rinishi This user has been deleted
|
patut dihentikan..membazir jer noksss |
|
|
|
|
|
|
|
setuju ditutup saja channel tu... (tp bagi 'chatters' kat sana mesti ada yg akan cakap, "suka hati akulah... duit aku..."
tp sebenarnya ia lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan... Sudah terang lagi bersuluh! |
|
|
|
|
|
|
|
memang pembaziran pada kita tapi keuntungan pada Astro. Tak mungkin dorang akan hentikan . Duit maa? |
|
|
|
|
|
|
|
ia tak patut dihentikan..sbb bosan2 aku leh baca ayat2 budak tak cukup umur kat situ..buat penghibur hati..muahah
tutup je la..mengkayakan asteroooo je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|