View: 3201|Reply: 4
|
Bengkel, ceramah, kursus etc
[Copy link]
|
|
Bengkel menjana minda kanak-kanakTERDAPAT di kalangan ibu bapa yang kadang kala hilang sabar dengan karenah dan tingkah laku anak-anak yang hiper aktif, kurang minat belajar dan sukar dikawal kenakalannya.
Biarpun beberapa kali di nasihati, dihukum dan diberi peringatan namun golongan ini masih degil dan tidak mendengar kata.
Paling sedih, apabila dipanggil tidak menyahut kerana leka menonton televisyen, disuruh tidak bergerak, digertak lari pula dari rumah.
Pelbagai cara dan teknik dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut kerana kedegilan anak-anak bukan sahaja menjejaskan tingkah laku tetapi mereka tidak fokus dalam pelajaran.
Anak-anak umpama kain putih dan terserah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya. Sehubungan dengan itu, pengasas Mindtech Resouces, Dr. Zulkifli Alias bakal mengadakan bengkel Alpha Learning untuk menjana minda kanak-kanak lebih fokus pada pelajaran di samping menajamkan minat kepada aktiviti yang memberi manfaat.
Menurut Dr. Zulkifli, golongan kanak-kanak secara semulajadi memang suka belajar dan tidak timbul istilah malas.
揃agaimana pun tumbesaran mereka dipengaruhi persekitaran, misalnya anak kepada pengawal keselamatan yang tinggal dalam kawasan kampus, selalunya bila besar mereka akan berjaya dalam pelajaran dan karier.
揃ukan kita memperkecilkan kerjaya bapanya tetapi azam dan semangat sejak kecil sudah dipengaruhi oleh persekitaran yang sentiasa melihat para pelajar berlumba-lumba menuntut ilmu,拻 ujarnya.
Namun katanya, jika kanak-kanak sudah mempunyai tingkah laku yang negatif, ibu bapa masih mempunyai peluang untuk memperbaikinya melalui teknik hipnoterapi.
揃engkel tersebut akan menggunakan formula yang dinamakan sistem Mindtech iaitu kaedah yang dipelajari akan serta merta meningkatkan kepintaran anak-anak ke tahap paling maksima dan berkekalan.
揂ntara modulnya, pelajari teknik rajin belajar dan menjadikan pelajaran itu sebagai tabiat seharian. Sebenarnya tidak ada kanak-kanak yang malas tetapi jika tingkah lakunya bertentangan, selalunya kawan-kawan atau guru yang menjadi penyebabnya.
揕antas kita akan kenal pasti masalah kanak-kanak tersebut dan rungkaikan agar belajar menjadi tabiat yang diamalkan,拻 katanya.
Beliau turut menjelaskan, bengkel juga akan memperkenalkan teknik menghilangkan gementar menghadapi peperiksaan, meningkatkan kecepatan dan kelajuan membaca serta memahami apa yang telah dibaca.
揗elalui sistem ini, kanak-kanak akan lebih yakin, bersedia, fokus terhadap sesuatu perkara dan tiga hingga empat kali lebih baik daripada sebelumnya,拻 ujarnya.
Selain kumpulan kanak-kanak, di kalangan orang dewasa juga memerlukan pencerahan dan penjanaan minda untuk memantapkan kehidupan.
揇i dalam bengkel yang menggunakan kaedah dan teknik melalui sistem Mindtech, produktiviti akan meningkat, karier lebih mantap dan kreativiti menyerlah.
揑lmu yang dipelajari bukan sekadar untuk kebaikan diri sendiri tetapi bermanfaat dan boleh digunakan untuk kesejahteraan keluarga,拻 katanya.
Selain Dr. Zulkifli, bengkel yang bermula jam 9 pagi itu turut dikendalikan oleh Rozita Zulkifli, jurulatih bertauliah dari Mindtech yang memiliki kemahiran dalam bidang berkaitan kanak-kanak.
Bagi yang mempunyai anak-anak yang kurang minat belajar, berubah tingkah laku kerana ibu bapa bercerai dan anak-anak terlalu nakal, penyertaan amat dialu-alukan kerana bengkel akan diadakan pada 24 Jun 2007 untuk kanak-kanak dan 1 Julai 2007 untuk bengkel dewasa di Pusat Belia Antabangsa Cheras, Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut boleh hubungi Mazlan (016 3224223) dan Nabila (019- 2191202).
[ Last edited by Syd at 26-2-2008 09:43 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Forum penjagaan bayi 14 Julai
MENJAGA anak bukan perkara yang mudah. Pelbagai cabaran dihadapi sebelum dan selepas melahirkan cahaya mata boleh menyebabkan bakal ibu mengalami masalah terutama membabitkan kesihatan. Lebih-lebih lagi wanita yang pertama kali bakal menimang cahaya mata.
Ada wanita yang melalui tempoh kehamilan dengan selesa dan tidak kurang juga yang mengalami pelbagai masalah. Mehamai keperluan itu, Pusat Perubatan Pantai Cheras akan menganjurkan forum awam kesihatan percuma kepada orang ramai mengenai kehamilan dan penjagaan bayi pada 14 Julai ini.
Forum terbuka kepada orang ramai itu bermula dari jam 2 hingga 5 petang bertempat di Hotel Maluri, Jalan Permaisuri, Taman Maluri, Cheras Kuala Lumpur. Bakal ibu juga berpeluang menikmati pemeriksaan percuma tahap glukosa, tekanan darah dan tahap hemoglobin.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 03-9132 2022 sambungan 2119/3123. |
|
|
|
|
|
|
|
Elak kes Nurin: MLA anjur ceramah perlindungan kanak-kanak
23-10-2007 03:11:47 PM
PETALING JAYA: Sebuah persatuan wanita menjemput ibu bapa menyertai forum Sabtu ini bagi membantu menjaga anak-anak daripada menjadi mangsa keganasan seks, antaranya seperti yang dialami allahyarham Nurin Jazlin Jazimin baru-baru ini.
Menurut penganjurnya Persatuan Wanita Pelbagai Budaya (MLA), program utama dalam forum separuh sehari itu adalah ceramah-ceramah bertajuk 'Kesedaran Mengenai Akta Perlindungan Kanak-kanak' dan 'Langkah-langkah Keselamatan di Tempat Awam'.
Topik pertama disampaikan peguam Rasamani Kandiah, manakala topik kedua diutarakan oleh seorang wakil dari ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman.
Presiden MLA Patricia Lum berkata, orang ramai perlu menghadiri program itu yang akan diadakan di Bangsar Seafood Restaurant, Bangsar Baru kerana tidak ramai yang mengetahui tanggungjawab sebenar menjaga keselamatan kanak-kanak.
"Sebagai contoh, tidak ramai yang tahu bahawa mereka boleh didakwa sekiranya mengabaikan penjagaan kanak-kanak sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kejadian buruk," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.
"Kita sering dengar orang merungut bahawa pihak polis lamat menyelesaikan kes jenayah melibatkan kanak-kanak, sedangkan kejadian seperti itu boleh dielakkan sekiranya ibu bapa mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka."
Tambahnya lagi, pakar psikologi Paul Jambunathan akan turut menyampaikan ceramah mengenai pengurusan stres di forum itu, yang akan dikendalikan oleh Datuk Ramani Gurusamy, timbalan presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO).
Lum berharap kumpulan yang berminat untuk menyertai program berkenaan, yang dihadkan kepada 1,000 orang peserta, boleh menghubunginya di talian 012 372 1131 untuk mengesahkan kehadiran. |
|
|
|
|
|
|
|
oooo....ingatkan ceramah utk anak2...nie ceramah utk mak/ayah
i duk fikir, anak2 nie paham ke kalo dengar ceramah... |
|
|
|
|
|
|
|
KDH anjur Bengkel Ibu Bapa
KOLEJ Dar Al-Hikmah (KDH) mempelawa orang ramai mengikuti Bengkel Keibubapaan sebagai salah usaha bagi menambah dana untuk projek pembinaan surau baru bagi kegunaan pelajar di kolej berkenaan.
Bengkel setengah hari anjuran Kumpulan Pelajar semestar akhir 2007 KDH itu akan diadakan di Dewan KDH, Kompleks Dar al-Hikmah, Sungai Ramal, Kajang pada 1 Mac bermula pukul 9 pagi.
Bengkel itu membincangkan secara khusus mengenai tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam pembinaan insan. Ia akan dikendalikan oleh perunding keibubapaan yang juga pengasas dan pengurus Pasukan Sukarelawan Dakwah serta penasihat Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim), Jaafar Muhammad.
Serentak dengan program tersebut akan turut diadakan majlis pelancaran Dana Surau Kompleks KDH.
Yuran RM15 dikenakan kepada setiap peserta. Untuk maklumat lanjut hubungi Abdul Hamid Baba (019-3228288) dan Azman Kasim (017-8790111) atau melalui e-mel: nasura@ gmail.com |
|
|
|
|
|
|
| |
|