CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6760|Reply: 20

Tentera British Malaya

[Copy link]
Post time 6-8-2007 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Ingat peranan Tentera British MalayaOleh NORAINI ABDUL RAZAK (WARTAWAN UTUSAN)


SEGALA-GALANYA bermula apabila Mejar (B) Mohamed Shariff Nordin berkunjung ke Singapura pada 2003. Kekesalan di hatinya amat menebal kerana tempat-tempat yang menjadi nostalgia semasa beliau berkhidmat sebagai tentera British Malaya di republik itu lenyap.

Yang tinggal cuma sebuah masjid kecil yang menjadi kebanggaan tentera-tentera British Malaya. Hanya itu.

Manakala tempat-tempat lain yang pernah menjadi identiti pasukan tentera berkenaan seperti Britanian Club dan Union Jack Club telah dirobohkan bagi memberi ruang kepada pembangunan.

憫Ada tempat yang sekarang ini menjadi National University, manakala kelab yang menjadi tempat kami berhimpun dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang dan bilik sukan sudah tiada lagi,拻 katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Rasa kesal itu mendorong Mohamed Shariff untuk mencadangkan penubuhan Kelab Tentera British Malaya supaya peranan pasukan itu memperjuangkan kemerdekaan negara ada dalam pengetahuan generasi muda. Beliau tidak mahu nama tentera British Malaya terkubur begitu sahaja.

憫Saya fikir mati tanpa kubur jauh sekali batu nisannya, di sinilah semangat yang disuntik kepada saya untuk mengusahakan kewujudan kelab ini,拻 katanya.

Penubuhan kelab tersebut diluluskan pada April baru-baru ini dengan Mohamed Shariff dilantik sebagai Setiausaha Agung dan kini masih mencari penaung untuk memastikan semua urusan kelab tersebut berjalan lancar.

Mengimbau kembali sejarah penubuhan Tentera British Malaya, beliau yang memulakan kerjaya pada tahun 1954 menyaksikan tiga era berbeza sepanjang 10 tahun tempoh perkhidmatannya - pra merdeka, pasca merdeka dan era Singapura keluar dari Malaysia.

Katanya, Tentera British Malaya ditubuhkan pada tahun 1938 dan dipelopori oleh Sarawak Ranger. Beliau berkata, sebanyak 13 anak muda berketurunan Iban menjadi kumpulan pertama dilatih dalam pasukan tersebut yang diwujudkan untuk membantu tentera-tentera British sedia ada. Pada mulanya tiga pasukan ditubuhkan mewakili kaum-kaum di Malaysia iaitu Malay Other Rank, Indian Other Rank dan Chinese Other Rank.

Bagaimanapun, oleh kerana majoriti anak Melayu yang menyertai pasukan tersebut, maka namanya ditukar menjadi Malayan Other Rank dan kesemua mereka tertakluk di bawah undang-undang dan peraturan tentera British.

Mohamed Shariff turut menyingkap layanan British terhadap anak-anak tempatan termasuk dari segi pendedahan latihan ketenteraan serta penggunaan senjata yang amat terhad ketika itu.

憫Kita sekadar mengetahui tatatertib, undang-undang macam mana nak tabik orang dan diajar menggunakan senjata secara terhad,拻 katanya.

Katanya, anak-anak tempatan juga langsung tidak dilibatkan dalam pertempuran sebaliknya British sanggup membawa komando dari negara mereka serta askar-askar dari New Zealand dan Fiji sebagai barisan pertahanan.

Ditanya apa puncanya anak tempatan yang menganggotai pasukan tersebut tidak diberi kepercayaan untuk diletakkan di barisan tempur, Mohamed Shariff berkata, sehingga sekarang beliau gagal mencari jawapan.

Begitu juga dari segi kebajikan anak tempatan yang ternyata jauh berbeza jika dibandingkan dengan tentera British yang mempunyai sekolah sendiri untuk anak-anak mereka.

Ketika itu anak tempatan juga hanya terbatas kepada pangkat mejar, itu pun seorang sahaja yang dilantik ke jawatan itu.
Beliau berkata, banyak tempat menjadi pangkalan tentera British Malaya antara Universiti Sains Malaysia, Kem Terendak, Taiping dan Fraser Hill dan Cameron Highlands.

Pihaknya kini sedang mengumpulkan anggota sebanyak mungkin untuk mencari identiti tentera British Malaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


dempol This user has been deleted
Post time 6-8-2007 09:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 10:48 AM | Show all posts
Good article thank you Syd, but to say that local troops were not used in operations is incorrect.
"On 31 July 1960, the Malayan government finally declared that the Emergency was over. During the conflict security forces killed 6,710 MRLA guerrillas and captured 1,287. Of the total number of guerrillas, 2,702 surrendered during the conflict another 500 when it was over. A total of 1,346 Malayan troops were killed, 519 British military personnel and 2,478 civilians. There were 810 civilians recorded missing. "

http://www.thelincolnshireregiment.org/malayemerg.shtml

The Emergency occured at a time when new units and regiments had to be formed very quickly and that is one reason why some of our own native soldiers were not used for small scale unit actions/patrols intially.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 11:10 AM | Show all posts
woopsss.. ayah aku salah sorang dari British Army tersebut... skrang dia dah berumur 72 tahun.  Dia balik Malaya bila konfrontasi Msia tamat... signature ayah aku pun dia gunakan no tentera

thn 1964 dia balik Malaya... masuk Askar Melayu di PD
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 12:06 PM | Show all posts

Reply #3 taiaha's post

t,

ceritalah lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 12:07 PM | Show all posts

Reply #4 Cint@'s post

kongsi pengalaman ayah awak dgn kami semua.
cerita lah lagi.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2007 06:17 PM | Show all posts
org british takut org melayu lg terer....kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2007 09:34 AM | Show all posts
Askar veteran British dirai
Oleh AISHAH ALI

MEREKA datang sebagai anggota askar muda 50 tahun dahulu tetapi kini mereka akan berada di Malaysia sebagai veteran perang dan mereka akan diraikan semasa perayaan Hari Kemerdekaan.

Penulis sempat menemu bual beberapa anggota ini di London baru-baru ini.

Bagi kebanyakan mantan anggota tentera British yang telah dihantar ke Malaysia pada zaman darurat dan masa Konfrontasi Indonesia pada lewat tahun 1940-an sehingga 1960-an, pengalaman mereka berada di hutan belantara dan bandar-bandar di sempadan, akan kekal dalam ingatan mereka.

Daripada 30,000 orang anggota angkatan keselamatan yang telah berkhidmat di Malaya, hampir 19,000 daripada mereka tinggal di United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada dan Eropah. Kira-kira 4,000 berada di United Kingdom.

Alangkah terkejut dan gembiranya mereka apabila kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk menganugerahkan setiap seorang daripada mereka sebuah pingat peringatan yang digelar Pingat Jasa Malaysia (PJM).

Anugerah ini adalah khusus bagi warganegara dan tentera British dan Komanwel yang telah berkhidmat dalam polis dan jabatan-jabatan kerajaan di Malaysia di antara 31 Ogos 1957 dan 12 Ogos 1966.

Selain daripada itu, veteran-veteran ini akan bersama kita meraikan perayaan ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 pada bulan Ogos ini. Mereka yang sanggup membuat perjalanan ke Malaysia, telah dijemput bersama menyertai lakonan semula saat-saat bersejarah kemerdekaan pada tahun 1957 di Dataran Merdeka pada 30 dan 31 Ogos ini. Mereka akan menyertai perbarisan khas yang merupakan sebahagian daripada perayaan besar di Stadium Merdeka anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Seramai 250 orang warga Britain yang terdiri daripada Persatuan Rakyat Malaysia dan Britain serta angkatan tentera veteran dijangka akan datang. Kira-kira 150 orang mantan anggota tentera telah mengesahkan kehadiran mereka.

Salah seorang daripada mereka ialah Fred Burden, 72, yang merupakan Setiausaha Keahlian Persatuan Veteran Malaya dan Borneo (NM & BVA).

Menurut Burden, persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1994 apabila sekumpulan veteran yang telah bercuti di Malaysia mengadakan majlis perjumpaan semula apabila mereka kembali dari Malaysia. Daripada situ kumpulan ini berkembang menjadi 26 cawangan di merata United Kingdom dan kini pengerusinya ialah Ian Hone.

Menurut Burden, ramai yang ingin menyertai persatuan ini yang matlamat utamanya adalah untuk menyatukan mereka yang telah berkhidmat di Malaya, Singapura, Borneo dan Brunei semasa zaman yang penuh konflik itu.

揚ersatuan ini seperti sebuah kelab sosial dan kami sering berjumpa dan berbual tentang betapa baiknya orang Malaysia. Kami sangat besar hati menerima PJM ini daripada kerajaan Malaysia,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2007 10:16 AM | Show all posts
I'll try and post more here when I have time, thanks Syd.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-8-2007 12:07 PM
kongsi pengalaman ayah awak dgn kami semua.
cerita lah lagi.



Syd.. nanti cinta balik kampung.. tanya ngan ayah cinta..
nanti cinta nak juga pinjam gambor2 dia time dalam tentera.. leh tempek kat sini

cinta pernah tgk gambar ayah cinta time 'tragedi nathrah'...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2007 12:17 PM | Show all posts
Veteran perang British ingin menetap di Pahang
Oleh Ahmad Ghazali Musa





SEJARAH: Waters menunjukkan gambar sewaktu berkhidmat di di Balai Polis Sungai Siput, Perak, di rumahnya di Kampung Puyu, Sungai Lembing.

Waters lebih selesa suasana Kampung Puyu berbanding London

KUANTAN: Seorang veteran perang Britain berusia 86 tahun yang pernah berkhidmat dalam pasukan polis British di Malaya ketika menentang komunis, mahu menghabiskan saki baki hidupnya di sini kerana sudah serasi dengan cuaca serta budaya masyarakat setempat.

Arthur Albert Waters yang pernah ditugaskan di Balai Polis Sungai Siput, Perak, serta mempunyai taraf penduduk tetap, menyewa sebuah rumah kayu usang di Kampung Puyu, Sungai Lembing, di sini, bagi merealisasikan hajatnya untuk terus tinggal di negara ini.

Beliau yang pulang ke England beberapa kali sejak bersara, berasa tidak selesa untuk meneruskan kehidupan di negara asalnya itu. Malah beliau yang pulang ke London untuk menjenguk adiknya dua tahun lalu, hanya mampu bertahan selama dua minggu sebelum kembali semula negara ini.

"Di sini, saya boleh nikmati cuaca yang bagus, tanpa pencemaran, tinggal di kawasan tanah tinggi dan hutan belantara yang nyaman dengan landskap cantik selain menghabiskan masa dengan rakan lama.

"Pasal rumah buruk ini saya tidak kisah. Lagi pun ia bukan milik saya. Yang penting, saya ada tempat berlindung,” katanya ketika Berita Harian berkunjung ke rumahnya bersama rakan lama Waters, Omar Abu Bakar, 69.

Waters ditugaskan ke negara ini ketika Darurat pada 1948 sebagai anggota polis bagi menentang Komunis. Pada ketika itu, beliau berusia 28 tahun dan ditugaskan di Balai Polis Sungai Siput Utara dengan pangkat Leftenan.

"Keadaan agak gawat ketika itu kerana pengganas Komunis bersungguh-sungguh menyebar fahaman mereka dalam usaha mengambil alih pemerintahan negara selepas Jepun berjaya dihalau keluar.

"Sepanjang bertugas di Balai Polis Sungai Siput, saya membunuh sekurang-kurangnya 16 pengganas yang bagi saya satu kejayaan dalam membebaskan negara ini daripada pemerintahan Komunis," katanya dengan bangga.

Sebagai bukti kejayaannya itu, Waters menunjukkan beberapa keping gambar lama dan keratan akhbar The Straits Times sepanjang bertugas di Sungai Siput termasuk dikurniakan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) oleh Sultan Perak.

Berdasarkan sejarah perkhidmatannya sebagai anggota polis, Waters mempunyai banyak kisah menarik ketika Perang Dunia Kedua antara 1939 hingga 1945.

Sebelum ditugaskan ke negara ini, beliau berkhidmat di Greece dan Palestin serta antara 10 tentera British yang terselamat dalam serangan besar-besaran payung terjun Jerman terhadap Greece.

"Ketika itu, saya sudah membayangkan kematian. Namun, saya bernasib baik kerana sempat berenang ke laut bersama beberapa rakan lain sebelum diselamatkan Tentera Laut Amerika Syarikat," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 12:38 PM | Show all posts
jom makan pisang
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 08:23 AM | Show all posts

Reply #4 Cint@'s post

Mungkin ayah kamu juga salah seorang yang ikut perang membela Inggris wktu perang dengan Indonesia di Surabaya. :@
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:47 AM | Show all posts
Oh yeah another Indon idiot trying to start a flame war. Piss off and may Suharto rot in hell.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 12:47 PM | Show all posts
Apasal ye..saya tengok avatar awak muka dia macam Ramli  M.S,awak ke tu! Syd??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 03:03 PM | Show all posts

Reply #15 miftahuljamilah's post

hehehe

dah off topic nih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2008 04:11 PM | Show all posts

Reply #16 Syd's post

sorry la ,saja masuk jap thread ni,tiba2 tgk avatar tu,saja  nak tanya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 07:36 PM | Show all posts

Reply #14 taiaha's post

Hahahaha...         













































































































Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 14-1-2008 03:03 PM
hehehe

dah off topic nih



Maaf ye ganggu topic ilmiah ni..!selingan je.. cuba bukak topi tu,serupa tak!!!?

[ Last edited by  miftahuljamilah at 14-1-2008 08:34 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2009 10:48 AM | Show all posts
Suka duka tentera British

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
[email protected]



Apakah memori yang masih kekal dalam ingatan tiga warga emas ini yang pernah berkhidmat dalam tentera British?


'MASA mula-mula dulu, pak cik hanya bekerja sebagai operator telefon, tetapi selepas dua orang kawan baik pak cik mati dibunuh oleh Bintang Tiga (komunis), perasaan marah dan ingin menuntut bela meluap-luap.

"Selepas itu, pak cik nekad masuk tentera British," kata bekas anggota tentera British, Abdul Manap Kamis, 86, ketika ditemui wartawan Kosmo! di Wisma Pahlawan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Abdul Manap, beliau diterima masuk tentera ketika berusia 21 tahun. Kemudian beliau dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Tang Ling, Singapura selama enam bulan. Selepas itu, beliau ditugaskan sebagai pemandu kereta tentera British dan ditempatkan di unit Royal Signals.

Bagaimanapun, Abdul Manap yang menaruh harapan untuk menyertai unit bertempur telah ditugaskan ke Mindef, Kuala Lumpur untuk memenuhi kekurangan anggota tentera di unit tersebut.

"Nama saya tidak tersenarai, tetapi saya menawarkan diri bagi menggantikan rakan saya yang takut untuk menyertai unit tempur tersebut," kata bapa kepada dua anak itu.

Lelaki yang berasal dari Pulau Pinang itu kemudian dihantar ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di 19 Air Formission Signal Regimen sebagai budak penghantar makanan.

"Setiap hari pada pukul 2 pagi saya akan diambil oleh kakitangan untuk menghantar makanan kepada anggota tentera yang bertugas," katanya yang bersara pada usia 34 tahun. Mengapa beliau bersara awal? "Masa itu negara sudah merdeka," ujarnya yang memilih menyertai tentera British kerana kebajikan yang diperolehnya.

Antaranya adalah berpeluang belajar di sekolah Inggeris, menerima pelbagai latihan ketenteraan walaupun seseorang tiada kelayakan dan sebagainya.



"KETIGA-TIGA warga emas ini menyimpan pelbagai memori manis dan pahit sepanjang mereka menyertai pasukan tentera British. "

Abdul Manap mengakui dia banyak belajar mengenai selok-belok perang. Antaranya, cara-cara anggota tenteta British bertempur dengan komunis, memasang jerangkap samar, mencari kubu komunis dan sebagainya.

Selepas beberapa bulan menyertai pasukan itu, akhirnya beliau diberi kepercayaan. Senjata pertama yang beliau pegang ialah brain gun. "Senjata itu beratnya tak dapat nak digambarkan. Panjangnya lebih kurang sedepa tangan lelaki dan beratnya umpama tong gas kosong 16 kilogram.

"Ketika itu, kami mendapat tahu seramai 150 anggota komunis hendak menyerang, sedangkan kami hanya mempunyai 30 orang anggota. Kami meminta bantuan daripada askar Melayu untuk bergabung tenaga dan akhirnya kami dapat mengalahkan komunis," katanya yang bertempur dengan pengganas komunis di hutan Batu Arang, Rawang, Selangor.

Menceritakan pengalaman ketika bertempur dengan komunis, Abdul Manap memberitahu dia hampir-hampir terkena jerangkap samar. Namun, umurnya masih panjang kerana beliau hanya terkena serpihannya. Jerangkap samar itu berbentuk bulat seperti piring dan ia menggunakan bateri. Alat tersebut juga akan berbunyi sekiranya seseorang terpijak. Ia boleh mengakibatkan kematian jika meletup. "Saya masih ingat lagi peristiwa kami mengesan satu jerangkap samar semasa bertempur. Seorang tentera British cuba mematikannya. Bagaimanapun, dia tidak sempat kerana alat tersebut meletup dan mengakibatkan sebelah kakinya hancur," ujar Abdul Manap yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Beliau juga memberitahu, pengalaman berperang dengan komunis dan melihat mayat komunis bergelimpangan masih segar dalam ingatan.

"Telinga ini masih terngiang-ngiang lagi bunyi dentuman bom dan peluru. Malah, bunyi peluru dan darah terpercik yang mengenai tentera kami juga tak dapat pak cik lupakan," katanya yang memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM95 ketika itu.



Menurut Abdul Manap, ketika menjadi rekrut beliau hanya dibayar sebanyak RM10 sebulan.

Beliau menceritakan pertempuran di dalam hutan menjadi insiden yang sangat mengerikan kerana ia berlaku dalam jarak yang cukup dekat.

"Kita tidak dapat mengagak musuh yang datang kerana mereka datang dalam pelbagai arah. Apa yang penting, kita sentiasa kena bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Saya sentiasa berdoa dan mohon perlindungan daripada Tuhan ketika itu," katanya yang mengahwini Fatimah Ibrahim, 73, seorang Koperal Polis.

Selepas 14 tahun berkhidmat bersama tentera British, Abdul Manap mengambil keputusan untuk bersara. Beliau menerima pampasan sebanyak RM1,500. Dengan wang tersebut, beliau membeli sebuah bas mini dan bekerja sebagai pemandu bas sepenuh masa.



"SEMANGAT juang mereka tidak akan dilupakan walaupun berdekad sudah berlalu. "

Bagi Mat Amin Abdul Majid, 72, pula beliau yang hanya berkelulusan darjah enam sanggup lari dari rumah untuk menyertai tentera British walaupun dihalang keras oleh ibu bapanya.

"Emak saya, Ramlah Mat Damin cakap masuk tentera ibarat menempah maut, tetapi saya tetap dengan keputusan saya. Sebagai anak Melayu saya nak buktikan yang saya boleh berjuang untuk tanah air saya. Saya diterima menyertai tentera British di Taiping pada 22 Oktober 1954," katanya yang masih mengingati tarikh bersejarah itu.

Mat Amin dihantar mengikuti latihan ke Singapura selama enam bulan dan ditempatkan di Singapore Grand Regimen sebagai pembantu perhubungan di bilik pembedahan.

"Mana-mana tentera yang tercedera semasa berperang akan ditempatkan di sebuah bilik pembedahan. Ketika itu, tugas saya memberitahu ibu pejabat apa yang berlaku. Tugas ini penting, kerana apabila kita salah maklumat, bekalan ubat-ubatan yang diterima juga salah," katanya yang menyertai pasukan tersebut kerana pengambilan baru sentiasa dibuka.

Meskipun Mat Amin tiada pengalaman berperang, namun beliau memperoleh banyak pengalaman.

Pernah satu ketika semasa unitnya masuk ke sempadan Johor melalui hutan mereka terserempak dengan kubu komunis. Namun, nasib menyebelahi kerana kehadiran mereka tidak dapat dihidu oleh pihak komunis.

"Bayangkanlah ketika itu, walaupun terpijak ranting kayu sekali pun mereka akan dengar. Kami perlahan-lahan bergerak menyusuri sungai.

"Kami bawa bekalan ubat-ubatan dan hanya berbekalkan biskut kering. Apabila menyusuri sungai melebihi paras dada, habis ubat-ubatan dan biskut kering basah. Walau bagaimanapun, kami terpaksa makan kerana itu sahaja sumber makanan yang kami ada," katanya yang menerima pendapatan sebanyak RM14 seminggu.

Beliau bersara pada tahun 1968 dan menjadi guru sementara selama dua tahun. Selepas itu, beliau memasuki Jabatan Perhutanan Malaysia dan bekerja selama lapan tahun di sana. Kini, Mat Amin bahagia dengan tiga orang anak dan 10 orang cucu.

Seorang lagi pejuang tanah air, Zainal Aris, 72, sebelum menyertai tentera British beliau hanya bekerja sebagai pelayan di Flag Staff House bertempat di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur sekarang. Berkat kerajinannya, Zainal ditawarkan oleh Ketua Angkatan Tentera British, Jeneral Borne mencuci bot dan peralatan pakaian.



"TINGGAL KENANGAN... Mat Amin (dua dari kiri) bergambar dengan Ketua Angkatan Tentera British. "

Akhirnya, sebelum merdeka beliau memasuki tentera British pada usia 18 tahun dan ditempatkan di Unit Pengangkutan Tentera Diraja (RASC) sebagai pemandu tentera. Beliau ditugaskan untuk membawa mayat-mayat tentera dan juga tahanan perang.

"Suasana perang memang menakutkan. Mayat bergelimpangan merata-rata. Saya ditugaskan mengangkat mayat-mayat tersebut ke dalam trak. Bau darah tak usah cakaplah. Menusuk sampai ke hidung," katanya yang menyertai pasukan tentera British kerana kebajikan yang diperolehnya.

"Tugas membawa tahanan pula amat bahaya kerana trak-trak kami sentiasa menjadi sasaran pihak komunis. Kawan saya pernah ditahan dan dibunuh semasa bertugas," katanya.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana tiada pengalaman ditahan oleh pihak komunis semasa menjalankan tugas. Lebih-lebih lagi ketika beliau membawa tahanan perang.

Bagaimana dengan kebajikan yang diterima sebagai bekas tentera British? Ketiga-tiganya menjelaskan, mereka tidak mendapat sebarang pencen walaupun lebih satu dekad berkhidmat.

"Kami berharap pihak Kementerian Pertahanan dapat menyalurkan pencen kepada bekas tentera British sepanjang lebih sepuluh tahun kami berkhidmat," kata Mat Amin mewakili bekas tentera British lain.

Bagaimanapun, mereka berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.182501 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list