CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9740|Reply: 53

Air panas tercurah dalam mulut bayi

[Copy link]
Post time 17-8-2007 02:28 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Gara-gara satu teko teh O panas, seorang bayi perempuan berusia setahun kini berjuang untuk hidup di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, selepas minuman itu tertumpah ke badannya, malam Isnin lalu.

Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam di rumahnya di Kampung Rimba Terjun, Pontian, ibu bayi berkenaan, Rosmawati Mohd Hadi, 23, baru menyediakan seteko minuman itu untuk suaminya, Mohd Radhi Hanis, 24, dan diletakkan di atas meja sebelum dia mencuci sinki membelakangkan meja.

Tanpa disedari, Nurul Lieyana Maisarah, yang bakal genap setahun pada 26 Ogos ini, mencapai teko itu menyebabkan minuman berkenaan tertumpah ke badannya.

Ketika mencapai teko itu, mulut anak kedua daripada dua beradik itu dalam keadaan terbuka menyebabkan minuman panas itu tercurah ke mulutnya, sekali gus menyebabkan dia berdepan risiko tidak boleh bercakap atau ketawa berikutan doktor mengesahkan peti suaranya tercedera, selain melecur 20 peratus badan termasuk pada muka serta mulut.

Rosmawati berkata, ketika membasuh pinggan di sinki, dia terdengar bunyi benda terjatuh sebelum menoleh ke belakang dan mendapati anaknya terbaring menangis kesakitan dengan keadaan mulutnya berbuih.

Dia yang sebelum itu tidak menyedari kehadiran anaknya di situ, terperanjat sebelum meluru ke arah Nurul Lieyana yang melecur di muka, badan dan paha, manakala lidah dan lelangitnya pula putih dipercayai terminum minuman panas itu.

揝aya tak menyangka Nurul Lieyana sudah kembali ke rumah kerana sebelum itu dia bersiar bersama neneknya.

揝elepas kejadian, saya cuba memberikannya susu badan dan meletakkan ais di bahagian yang melecur tetapi disebabkan mulutnya berbuih dan menangis tanpa suara, kami segera menghantarnya ke Hospital Pontian sebelum dirujuk ke HSA untuk rawatan kecemasan dan kemudian dimasukkan ke ICU,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2007 02:33 PM | Show all posts

Reply #1 famzr's post

aku kalo baca bab2 babetkan baby ke budak ke mule le aku rase tak sedap badan...adeihhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 02:33 PM | Show all posts
aduh sedihnya... semoga bayi tersebut segera sembuh sperti sediakala...:flower:
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 02:35 PM | Show all posts
Ya Allah,
jauhkanlah aku dan ibu2 yang lain dari kejadian seperti itu
takut betul la
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 02:35 PM | Show all posts
aku tak sanggup nak baca habis cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 02:38 PM | Show all posts
sedihnya.. aku tak dapat terima kisah ibu bapa cuai nih.... kenapa mesti cuai.. kalau ada anak kecil macamanapun kena berhati2.... jgn letak benda berbahaya sepah2.... ei... tu la .. paling selalu kisah bayi mati lemas dalam bilik air lah.. kolam lah.,. sedih tau dgar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2007 02:45 PM | Show all posts
minta2 kita smua dijauhkan mala petaka begini...aminnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 02:52 PM | Show all posts


sedih tol, hati2 semasa jaga anak2 kecil ni,

malang x berbau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2007 03:01 PM | Show all posts
ya Allah,sedihnya..me plak rasa milu..uikss..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 03:05 PM | Show all posts
kesiannya la baby tu... dah la kulit lembut lagi...
ya allah selamatkanlah budak berkenaan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 03:09 PM | Show all posts
alaa kesian nye...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 03:11 PM | Show all posts
tu la sedih sangat baca tadi..apsal la kecuaian ibu bapa, anak yg jadi mangsa..tapi kita tak bleh salahkan parents dia gak...diaorg pun tak nak benda nie jadi...ntahla..tapi kesian la baby tu...semoga Allah pelihara baby tu dan semoga sembuh seperti sediakala...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 03:12 PM | Show all posts
minta di jauhkan segala malapetaka daripada keluarga ku .... marilah kita semua sentiasalah beringat..... ya allah kesiannye baby tu.... kalau kita pun terminum air panas  dah tak tahan..inikan pulak budak yang baru 1 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 03:25 PM | Show all posts


sedih sangat.. bila mak dia kata nampak buih2 dari mulut anak dia...
tak sanggup nak baca abih..

semoga cepat2 sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 03:26 PM | Show all posts
ya Allah..kesiannya kat budak tu....meleleh air mata neisya ni....kesiannya....semoga Allah swt permudahkan utk dia sembuh...amin
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 04:12 PM | Show all posts
Dulu masa anak2 mac kecik, ramai geleng kepala with the way i take care of my children. I make sure that they are under 24 hr supervision. They are never out of my/hubby/grandparents sight.

I wont leave them out of my sight walaupun dia tengah tidur, bec boleh terjadi dia bangun without us realizing and do things that can be dangerous, eg pergi toilet sorang2.

We would only stop doing this after dia 6 yrs old.

PEnat mmg penat, but now bersyukur sangat buat macam tu.

Sememangnya, malang tidak berbau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2007 05:09 PM | Show all posts
siannya... apasal nenek dia x tgk? dah tentu balik sama2 dari jalan2... adui...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 05:16 PM | Show all posts
bukan salah mak dia...mak dia ingatkan dia p jln2 lg ngan nenek dia...
tp yg x bestnya, boleh pulak dia nk breastfed anak dia...sengal tul...or dia panik kot time tu..(sangka baik farie..sangka baik farie..)

pape pun, sian baby tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 05:17 PM | Show all posts
tp bila pk balik, org pontian...emmm...i am very bias with 'pontianers' :@   teringat2 kisah lalu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 06:30 PM | Show all posts
YaAllah...kesiannya baby ni...anak syidah pun baru jer setahun 7 ogos lepas...

tak dpt bygkan...sedihnyer...

semoga dia cpt sembuh...dan utk parents dia byk2 sabar...ujian dr Allah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.189347 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list