View: 4917|Reply: 46
|
Membayar Zakat/Zakat Fitrah Kepada Selain Pemerintah Satu Penyelewengan
[Copy link]
|
|
Zakat tidak sama dengan sedeqah. Sekiranya kita terlambat(membayar diluar waktu) membayar zakat fitrah maka itu tidak lagi dinamakan zakat fitrah tetapi sedeqah.
Zakat fitrah itu wajib dan sedeqah itu sunat. Sedeqah boleh diberi kepada sesiapa saje yang memerlukan dan lebih afdhal kepada kaum kerabat kita sendiri. Ini membolehkan kita mendapat 2 kebaikan iaitu pahala sedeqah dan pahala merapatkan hubungan kekeluargaan.
Zakat yang terkumpul ini wajib diagihkan kepada 8 asnaf. Untuk mengagihkan kepada 8 asnaf ini tentu sekali ada pihak yang bertanggungjawab. Siapakah pihak yang bertanggungjawab itu? Tidak lain tidak bukan ialah PEMERINTAH. Pemerintah le yang boleh menyampaikan kepada semua asnaf yang termaktub didalam AlQuran.
Jangan lupa! Duit zakat fitrah anda itu dituntut oleh 8 asnaf itu tadi. Bukan 1 bukan 2 dan tidak jugak 3....Oleh itu,apakah boleh kita memberi zakat fitrah kepada Amil yang tidak bertauliah (maksudnya tidak dilantik oleh Agong/Sultan) Ataupun kita memberi zakat kepada orang-orang tertentu seperti ustaz ke,ustazah ke atau kepada pengutip-pengutip duit zakat yang dilantik oleh puak-puak tertentu?
Perkara ini telah berlaku,dah lama dah dan ianya berterusan sehingga sekarang. Banyak jugak puak-puak yang dikatakan perjuang Islam ini tidak membayar kepada Amil yang dilantik tetapi membayarnya kepada amil lain. Apakah sah zakat fitrah mereka?
|
|
|
|
|
|
|
|
kutipan zakat (zakat fitrah, zakat harta, zakat perniagaan) di malaysia ni byk, mencecah jutaan ringgit.. tp kenapa masih ade org islam yg mengadu blm dpt sebarang bantuan sedangkan mereka layak.. cthnya seperti apa yg dipaparkan dlm program Bersamamu TV3..
pada sape2 yg aif, boleh tolong jelaskan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
wajib bayar zakat tu aku tau le..wajib bayar zakat kat amil, aku tak tahu lak...kebanyakan yg malas bayar kat amil dilantik ni sebab depa nampak dah yg orang yg layak terima tapi tak dapat...so depa bagi terus kat 8 asnaf tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 Amir's post
yela bang.. tp kalau nak bincang bab zakat pun boleh msk bab politik, kira menyeleweng dr tajuk gak kan.. psl zakat pun nak politik ke? yg penting ade badan yg uruskan hasil kutipan zakat (baitul mal), dan hasil tersebut betul2 sampai pada asnaf yg 8, baru la zakat tu sah.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg miskin tu pon kena dapat tauliah dulu ker baru layak dapat zakat? |
|
|
|
|
|
|
|
"Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) hamba sahaya, orang-orang yang berhutang untuk jalan Allah SWT dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah SWT, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(At-Taubah:60)
tang mana tu yang cakap ianya satu penyelewengan? adakah dengan itu, ayat al-quran ini satu penyelewengan?
setahu aku, pengurus zakat bertanggung-jawab untuk agihkan zakat kepada asnaf-asnaf. supaya yang layak terima akan menerimanya. tapi ayat tu tak kata pengurus zakat tu sebagai be all dan end all. jika anda tak dapat atau susah untuk mencari asnaf-asnaf, itulah fungsi pengurus zakat. itu salah satu tujuannya. untuk memudahkan kita. bukankah islam itu memudahkan? kenapa susahkan apa yang dimudahkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gemukkkkkkk at 20-9-2007 06:58 PM
"Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) hamba sahaya, orang-orang yang berhutang untuk jalan Allah SWT dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah SWT, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(At-Taubah:60)
...
apasal ada 7 asnaf aja? |
|
|
|
|
|
|
|
maaf. terimakasih terompah.
"Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) hamba sahaya, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah SWT dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah SWT, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(At-Taubah:60)
tertinggal satu koma boleh membawa misinterpretation. inilah salah satu risiko kalau tak merujuk ayat dalam bahasa asal.
kesilapan saya tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gemukkkkkkk at 20-9-2007 11:01 PM
maaf. terimakasih terompah.
"Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan ...
so far kat mesia orang2 yg berhutang ni pernah dpt zakat tak? apa kriterianya. sebab ramai sungguh umat sekarang ni yg berhutang keliling pinggang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 goldraja's post
pengurusan wang zakat tak efficient. ini takda kena mengena dgn agama. ini masalah pengurusan & ketidakcekapan manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi aku musykil, anak yatim nie termasuk kedalam asnaf juga ke? Selalu aku baca kat paper yang orang dok kasi duit zakat kat anak yatim.
Walaupun kita boleh masukkan anak yatim sebagai golongan miskin atau fakir, tapi aku rasa itu tak cukup kukuh untuk membayar zakat kat anak yatim, kerana bagi saya anak yatim adalah tanggungan penjaganya, tak kisahlah sama ada yang dijaga oleh sanak saudara mahupun rumah rumah kebajikkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 22-9-2007 04:07 PM
pengurusan wang zakat tak efficient. ini takda kena mengena dgn agama. ini masalah pengurusan & ketidakcekapan manusia.
tp mengikut pendapat tuan rumah ni, zakat yg dikeluarkan tak sah jika tak sampai kpd asnaf yg 8..
Originally posted by Amir at 20-9-2007 04:50 PM
Zakat yang terkumpul ini wajib diagihkan kepada 8 asnaf. Untuk mengagihkan kepada 8 asnaf ini tentu sekali ada pihak yang bertanggungjawab. Siapakah pihak yang bertanggungjawab itu? Tidak lain tidak bukan ialah PEMERINTAH. Pemerintah le yang boleh menyampaikan kepada semua asnaf yang termaktub didalam AlQuran.
jika pengurusan baitul mal tak efficient, org yg dah tunaikan zakat kpd amil yg dilantik, tp zakat yg mereka keluarkan masih lagi disimpan di baitul mal, zakat tersebut tidak akan sah selagi tak sampai ke tgn asnaf yg 8..
bagaimana pula jika kutipan zakat tersebut tidak diberi kpd yg berhak sebaliknya digunakan utk pembangunan (bina jln raya, bina jambatan, bila masjid)? adakah zakat tersebut tetap dikira tidak sah? mcm mana tuan rumah? kena bertanggungjawab terhadap pernyataan yg dikeluarkan.. tuan rumah sendiri dah lama tak bagi ulasan... |
|
|
|
|
|
|
|
goldraja
jangan la desak tuan rumah cam tu
kesian dia
tu dia sedang semak kitab-kitab-kitab-kitab nak jawab latu
[ Last edited by ianho at 23-9-2007 02:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
penjelasan lanjut dari ni pintasan [http://www.e-zakat.com.my/k%20zakat/agihan/asnaf.asp]
Laporan Kutipan Zakat Keseluruhan
TAHUN: 2007 JENIS ZAKAT BIL PEMBAYAR JUMLAH
EMAS 1358 RM 502,781.99
FIDYAH 1684 RM 542,536.58
HARTA 4229 RM 18,728,694.32
KWSP 2095 RM 2,632,000.01
PADI 965 RM 576,640.34
PADI MELALUI AMIL 82 RM 594,269.46
PENDAPATAN 92691 RM 81,133,794.90
PERAK 8 RM 2,808.00
PERNIAGAAN 2319 RM 27,539,535.90
QADHA 418 RM 565,484.94
SAHAM 1036 RM 1,174,454.50
SAHAM WAKAF 628 RM 165,270.00
SEDEKAH 125 RM 23,624.68
SIMPANAN 12425 RM 16,390,402.96
TANAMAN 80 RM 38,723.93
TERNAKAN 5 RM 2,630.00
ada maklumat tentang kutipan tapi tak jumpa maklumat tentang 8 asnaf yang terima |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by St.Yeepi at 22-9-2007 04:26 PM
Tapi aku musykil, anak yatim nie termasuk kedalam asnaf juga ke? Selalu aku baca kat paper yang orang dok kasi duit zakat kat anak yatim.
Walaupun kita boleh masukkan anak yatim sebagai golong ...
Mengikut Imam Syafe'i dalam kitabnya Ar-Risalah, yang berhak mendapat zakat fitrah cuma terdiri daripada 6 asnaf saja yang tidak termasuk amil dan muallaf. Zakat tersebut pula lebih utama jika diberikan terus kepada fakir-fakir miskin sebelum menjelangnya Aidilfitri dan lebih afdal diberikan kepada jiran-jiran tetangga yang berkeperluan. Inilah pendirian Imam Syafe'i manakala ulama-ulama Syafi'eyah pula telah membuat ketetapan lain pula.
Amalan yang dilakukan pula pada hari ini sudah menjadi campur aduk berbagai mazhab pula.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes zakat fitrah, bagi AJK surau yang agak aktif seperti di tempat saya dan juga tempat2 lain, selalunya imam melantik sendiri amil zakat fitrah, sorang atau dua orang. AJK surau kami memang selalunya dah ada senarai orang fakir dalam kawasan sekeliling tu, yang tiap-tiap tahun akan diupdate. Majlis ugama pun bagi kelepasan perkara ni, sebab mereka tahu org2 yang buat kerja ni orang2 yang jujur - mengaji dan beramal agama.
Amil berpengalaman kenal orang fakir/miskin personally dan memang dipercayai penduduk setempat kerana kejujuran dan kerja keras mereka. Perlu diingat, amil ni satu jawatan yang berharga dalam masyarakat, Amil yang proaktif dan niat ikhlas nak berkhidmat bukan saja berfungsi masa kutip zakat fitrah - even kalau ada event2 lain seperti keperluan kecemasan spt bumbung rumah dipukul ribut, kematian, etc etc, amil itulah juga yang dicari orang untuk organise kutipan derma.
Kalau fakir yang dah tak fakir tu, akan dibuang nama dari senarai.
Pembahagian zakat fitrah selalunya diadakan beberapa hari sebelum hari raya, dalam majlis ringkas di surau. Oleh kerana ada yang bagi dalam bentuk wang, ada yang bagi dalam bentuk beras, kenalah buat calculations sikit. Semua yang layak menerima zakat fitrah itu dipanggil ke majlis tu, dan wang/beras di kira dan dibahagikan sama rata.
Saya dapati semua proses amat transparent, MALAH LEBIH TRANSPARENT dari yang dibuat majlis agama, dan amil tak ambil seduit pun dari wang zakat fitrah tu.
Tang mana yang seleweng tu? Jangan main pukul rata macam tu tak baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 always_typo's post
bleh tanya
siapa yang beri kuasa kat imam untuk lantik amil tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ianho at 24-9-2007 05:26 PM
bleh tanya
siapa yang beri kuasa kat imam untuk lantik amil tu
Laaa..baca lah sampai habis dulu. Kan Majlis Agama dah bagi pelepasan so terpulanglah pada Imam untuk melantik amil yang boleh dipertanggungjawabkan. Tentulah Imam tersebut kenal siapa-siapa ahli qariahnya yang boleh dipercayai dan menjalankan tugas dengan ikhlas tanpa upah atau persen dari duit zakat tu sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|