View: 4553|Reply: 27
|
Mesrakah masjid dengan kanak-kanak? - Utusan 5/10/07
[Copy link]
|
|
Comment pls ..
Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID
RAMADAN adalah bulan rahmat sehinggakan remaja dan anak-anak kecil yang tidak selesa dipasak kakinya bersolat jemaah turut mesra dengan rumah Allah. Mereka rela menghabiskan masa perdana di masjid dan surau, walau tidak dinafikan adakalanya mereka turut menyulam solat dengan tawa dan gurau. Hakikatnya, itulah alam kanak- kanak.
Baru-baru ini, ketika memenuhi jemputan sebuah syarikat multinasional menyampaikan tazkirah Ramadan, saya diajukan dengan soalan yang cukup biasa kedengaran. Namun, minda saya tersentak dengan bunga dan buah yang diberi. Bayangkan, suatu insiden di sebuah masjid, seorang anak kecil dalam lingkungan usia tujuh tahun setia berdiri di sisi ayahnya.
Saat takbir mahu diangkat bagi memisahkan dunia dan akhirat (takbiratulihram), ketika itulah seorang lelaki berperawakan alim menegur. Si ayah dengan sopan menyatakan, dia mahukan anak itu berdiri di sisinya, kerana dengan cara itu hatinya lebih tenteram.
Bayangkanlah, jika si anak solat berjauhan beberapa saf di belakang, hatinya gusar tentang keselamatan anaknya. Rasa bimbang yang boleh membunuh khusyuknya dalam sembahyang.
Dalam suasana yang sepatutnya tenang menuju solat itulah, tiba-tiba lelaki yang berperawakan hebat itu menyerang. Dengan tegas dia menyatakan, saf kanak-kanak adalah di belakang. Dengan tegas juga dia menarik tangan si kecil ke belakang, sedang si ayah terkebil-kebil menyaksikan adegan.
Menurut pemuda yang bertanya kepada saya, dia amat terkejut dengan insiden berkenaan. Masjid yang sepatutnya menyaksikan ukhuwah bertautan, hampir terlerai dengan sebuah pertikaian.
Saya akur, majoriti masjid dan surau di negara ini kebanyakannya meletakkan tiga kategori saf. Saf paling hadapan adalah untuk golongan lelaki dewasa, saf pertengahan dikhaskan kepada anak-anak kecil (dalam jarak usia 5 tahun hingga 10 tahun) dan saf paling belakang adalah untuk wanita. Ada juga sesetengah masjid dan surau yang meletakkan saf wanita di sudut sebelah kiri atau di bahagian atas masjid mereka.
Saya pelik dengan ketetapan ini. Ada sesetengah masjid besar 択ian mengarut |
|
|
|
|
|
|
|
i pun penah kene tegur mcm nih ngan sorang makcik... mlm tuh terawih i bawak anak ssedare pompuan umo 7 tahun... mase kitorang org dah ready nak takbiratul ihram ade sorang maikcik tegur ngan TIDAK berhemahnya..."budak kecik takleh dok sini... dok tepi atau dok belakang! saf putus!..." tersentap le dak kecik nih.... masalahnye aku tahu yg bila saf putus hanya pahala saf je tak dapat kan...? tapi disebabkan 'makcik2' lain yg dtg tanak penuhkan saf di depan dan ditengah.... kami pun masuk le nak penuhkan saf tapi at the end kene tegur mcm nih....
mlm esoknye teros anak sedare kecik ni tanak dtg jemaah... :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by acmi||aNA- at 5-10-2007 07:46 AM
i pun penah kene tegur mcm nih ngan sorang makcik... mlm tuh terawih i bawak anak ssedare pompuan umo 7 tahun... mase kitorang org dah ready nak takbiratul ihram ade sorang maikcik tegur ngan TID ...
ILMU membedakan akhlak, tindakkan seseorg.....acmi
Dan Umat Melayu-cum-Islam ini sudah di didik dgn pelbagai bagai ADAB yg salah.
Di dalam Islam, kanak2 ada saf mereka tersendiri.
Yakni di antara saf lelaki dewasa dan saf wanita dewasa.
Agar mereka senantiasa dapat di awasi.
Ada mesjid/surau yg meletakkan PAPAN TANDA - KANAK2 UMUR 7 TAHUN KE BAWAH TIDAK DI BENARKAN MASUK :@
Nak di salahkan 100% Pihak Surau/Mesjid......tak bley gak.
Ia berlaku kerana ibu bapa TIDAK MENGAWAS/AJAR anak2 deme akan ADAB ADAB semasa berada di tempat ibadat.
So, sama sama lah kita ambil bahagian utk mengatasi masaalah ini.
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Risaunya solat kat masjid / surau kalau anak tak ada kat tepi. Entah mana-mana dia merayau. Tak khusyuk.
For me, kalau ada orang yang tak bertamadun tegur suruh anak I pegi belakang, I just change saf pegi belakang sekali if have too. Susah nak explain dengan orang yang IQ low ni. Baca Quran tak nak pastu pandai-pandai je keluarkan hukum-hakam tak tentu arah. |
|
|
|
|
|
|
|
patut ar remaja skrg liat nk pi masjid.... kecik2 dh kena halau..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 niceghost2005's post
yep betul
nak salah pihak masjid ....susah gak
sikap sambil lewa mak bapak....
aku penah tengok sorang budak laki da beasu gak lam 7 taun
mak denga ceramah masjid...anak dia dia biau tido
bila bangun terus budak tu nak tekencing takle tahan
abissss.....lantai.karpet
sape nak cuci????
bole bawak anak tapi siap pakaikan diapers yg betul2 elok
air kencing adalah najis walaupun setitik.... ingat |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya parents kena ajar anak2 adab bila berada di masjid..
n anak2 nie kena laa paham n akur bukan masjid nie
tempat bergurau,main mercun sedangkan jemaah lain sedang solat |
|
|
|
|
|
|
|
tiada hadis sahih yang mengkhaskan kanak-kanak di belakang orang dewasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 decrypt's post
ya betul... banyak pendapat tentang saf org dewasa-kanak2 nih... ini kes kecik yang dibesarkan je... malah di mekah n madinah byk berlaku... cuma org kita nih bile dah pegang satu pendapat tu dah tanak terima lagi pendapat lain.... dan claim pendapat yang dorang pegang tu betul dan yang lain salah. ini yang perlu diperbetulkan.
lagi satu hal kanak2 yang kurang adab ketika di surau/masjid... main mercun, buat bising, gelak ketawa sehingga mengganggu jemaah lain. pendapat saya, ini berlaku sbb adanya saf2 khas nih le... cuba kita benarkan dorang bersama dlm saf2 org dewasa... berani ke dorang buat bising? sedikit sebanyak dorang akan memerhati dan jadikan ADAB org2 dewasa nih sebagai ikutan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 yusrin's post
Najis boleh dibasuh, pernah tak saudara buat kerja amal dengan membersihkan masjid masa kecil dahulu..tanpa disuruh atau dipinta...saya dan rakan saya pernah sebab kitaorang tengok bahagian saf belakang yang berlantaikan marmar penuh dengan kotor bekas kaki...ambik air sembahyang pun x bersih camana nak sembahyang. idea dapat bila kami terfikir macamana nak dapat pahala lebih... Masjid Pok lare,Kg Beris Kubur Besar, Bachok ,Kelantan.
semangat cintakan masjid
cintakan ibadat
cintakan islam...sukar dipupuk
melentur buluh biarlah dari rebungnya
saya sendiri adalah orang bukan kaki masjid walaupun saya suka pergi kemasjid, ini kerana ayah saya amat jarang bawa kemasjid, saya ingat lagi orang pertama bawa saya ke masjid untuk terawih..bapa saudara saya!! Alangkah bagus kalau dalam kenangan saya adanya tangan seorang ayah menarik saya masuk kedalam saf untuk sembahyang bersama dengannya..akan saya kenang hal ini sampai bila-bila..tapi sayang cuma angan-angan je huh..
saya pun ada pengalaman macam ni, dengan sengaja saya membawa sepupu saya yang berusia 8 tahun kemasjid. hal sama berlaku ada mereka melarang dan mamaksa sepupu saya kebelakang...akhirnya saya dengan dia memenuhkan saf belakang walaupun saya berada di saf "kanak-kanak". saya kalau tak sama angin dengan saya saya protes secara senyap...lepas insiden itu kalau saya pergi dengan budak-budak saya akan penuhkan saf belakang. Biarlah pahala saya kurang asalkan ada satu legasi menjadi umat Islam yang unggul akibat daripada perbuatan saya itu.
alasan saya mengatakan sepupu saya ni dah bersunat langsung tak diterima, katanya biarlah orang tua dapatkan pahala lebih dengan berada saf paling depan maklumlah dah tua.... nak je cakap..."tu la mase muda lupa tuhan, dah tue baru terhegeh-hegeh nak cari pahala" (cuma dalam hati sahaja la mana berani saya nak cakap kurang hajar pada orang tua...walaupun dia yang salah).
Tapi....saya selalu ajar sepupu saya tu, cakap kat orang tua "saya ni muda lagi pahala saya kurang kalau saya mati esok saya takut tak dapat masuk syurga, pakcik dah lama hidup tentu pakcik dah banyak buat pahala bagi lah saya peluang pula buat pahala lebih". heheheheh saya bukan ajar dia senyap-senyap..dengan suara kuat saya cakap kat dalam masjid masa nak tunggu Isyak....supaya diorang dengar... ya saya tak sebulu dengan mereka... saya ni bukanlah jenis suka cakap sebarang (asal pendiam) tapi skill menyindir Muslim yang jenis bodoh sombong berbakat juga. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya ada 2 kategori kanak2 ...satu yg diam dan patuh...
satu lg yg jenis gile2 sket........yg mana ibubapa sendiri tak peduli langsung apa anak dia buat kat belakang...
yg ni yg masalah sket....
kdg2 time Jumaat, sebab mereka kanak2 maka tak da langsung org tua halang mereka buat masjid macam taman permainan...sampai tak dengar apa imam cakap....
padahal mereka patut dididik di masjid pada masa umur2 macam nilah....
rasanya ibubapa perlu lebih prihatin... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 soul's post
Tu yang aku pelik...Cuba tengok Solat Jumaat. Lex je pak cik aku ajak anak-abak dia yang kecil pergi sembahyang sebelah dia. Aku rasa bagus buat macam tu...Apa lagi bila saat-saat kes Nurin ni...lagilah kita kena pastikan anak kita berdekatan dengan kita bila kita buat apa-apa kat luar.
Tak ada pulak aku dengar dalam hadis atau dalam Quran yang bebudak ni patut diasingkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi saya tak ada masalah anak saya yang berusia lima tahun itu duduk kat belakang (saf kanak-kanak), mungkin kerana surau tempat saya pergi itu kecil saja, jadi anak tu nampak saya solat.
Selesai solat, saya akan panggil anak saya tu duduk di sebelah saya waktu wirid dan doa, kerana dia tu agak aktif sedikit, so kalau mari ke depan dia tak akan dok buat 'ultraman' kepada kawan sebelahnya tu masa wirid.
Saya masih ingat masa saya kecil-kecil dulu pun, kalau ayah bawa saya pergi solat di masjid, saya akan bersolat di belakang dengan budak2 lain. Yang nakal, yang bising, yang baik, yang kacau orang semua duduk sekali. Bukan masalah besar bagi saya, ketika itu kita belum lagi wajib sembahyang, dan kita pun masih dalam proses pembelajaran - bolehlah kenal kawan2 sebaya, macam mana depa solat, tahu nama depa dsbgnya. Belajar bergaul dengan rakan sebaya, kata orang. Apa masaalahnya?
Anak2 yang belum berkhatan ini selain daripada saf putus, mereka juga berpotensi untuk mengakibatkan solat batal kalau kita "menanggung" diri mereka ie mendukung atau mereka menumpang diri kita. Sebab itulah ramai orang yang berhati-hati tak suka mereka duduk dalam saf orang dewasa.
Sebagai ibubapa kita perlu prihatin perkara ini, adakah semata-mata kerana kita mahu anak duduk di sebelah kita, tanpa memperdulikan kebimbangan orang lain? Kalau anak di belakang, kita pandai kata bimbang la, apa lah, dan boleh mengganggu kekusyukan kita. Tapi kalau anak kita tu di sebelah kita, bagaimana pula kalau dia mengganggu kekhusyukan orang lain yang dalam saf kita tu, yang berada di sebelahnya dan lain-lain?
Sebab tu even kat Mekah pun, kerana keadaan dalam terpaksa orang berpusu-pusu terpaksa bercampur saf lelaki wanita kanak-kanak, orang yang pandai yang bawa anak akan mencuba sedaya upaya mencari kawasan di tepi tiang atau dinding utk meletakkan anak mereka di situ, agar anak mereka itu tidak berada di sebelah orang lain, hanya mereka sahaja. Golongan wanita pun saya lihat begitu juga. Saya cadang bagi mereka yang insist juga nak bawa anak2 kat sini cuba cari tempat tepi dinding atau tiang untuk mengelakkan orang lain susah hati nak solat sebab anak kita.
Bagi saya, kalau anak itu terlalu kecil sehingga kita risaukan dia yang berada di saf kanak2 dibelakang, tidaklah perlu dibawa ke surau / masjid. Cukup sekadar ajar mereka sembahyang di rumah dahulu bagi beradap dan reti. Tunggulah sebentar bagi dia besar sikit, agar kita boleh bagi dia pengalaman macam mana nak 'survive' dalam saf kanak-kanak.
Maaf, tapi mengikut pemerhatian saya, orang yang berkeras nak bawa anak mereka ke masjid / surau masa kecik-kecik ni dan tak reti nak kawal anak kat surau / masjid adalah orang yang jarang-jarang ke masjid / surau dan hanya nak pergi waktu bulan puasa sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 GasTrick's post
muslim sejati takkan gelar org lain muslim bodoh muslim sombong bagai...la bla bla
bole aje nak bawak anak ke masjid tapi pastikan anak2 beradab dan tau jaga kebersihan
parents kene bertanggungjawab
masalah yg timbul bila parents sendiri tak berapa nak jaga kebersihan dan tak amik tau adab di masjid
itu sbb ada ajk masjid yg larang kanak2 jenis camnih
bila ditegur mak pak yg terasa
patutnya mak pak pk la kenapa?mesti ada yg tak kene ngan anak dia............ |
|
|
|
|
|
|
|
pastikan diri sendiri terlebih dahulu betul sebelum mengatakan orang salah |
|
|
|
|
|
|
|
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Anas r.h. beliau berkata:
أنَّهُ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَم صَلَّى في بيتٍ أُمِّ سُلَيْمٍ فَقُمْتُ أَناَ وَيَتِيْمٌ خَلْفَهُ وَأُمِّ سُلَيْم خَلْفَنَا
Maksudnya:
Nabi s.a.w. bersolat dirumah Ummu Sulaim, Aku (Anas) dan seorang yatim mengikutnya bersolat dibelakangnya dan Ummu Sulaim dibelakang kami.
Ibn Abbas r.h. berkata:
تُّ عِنْدَ خَالَتِي مَيْمُونَةَ، فَقَامَ النَّبِي صَلَّى الله عليه وَسَلَّم يُصَلِّيبِ مِنَ اللَيْلِ، فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ، فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ، فَأَخَذَ بِرَأْسِي وَأَقَامَنِي عَنْ يَمِيْنِهِ.
Maksudnya:
Aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah, pada malam itu Nabi s.a.w. bersolat. Maka akupun bersolat bersamanya lalu berdiri di sebelah kirinya. Kemudian Nabi s.a.w. memegang kepalaku sambil menarik aku ke sebelah kanannya. Hadis riwayat al-Bukhari.
Kedua-dua hadis di atas dalil menunjukkan kanak-kanak yang belum baligh boleh bersolat bersama orang dewasa tanpa mencacatkan solatnya. Hadis yang pertama Anas bersolat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w. maka sudah tentu anak yatim tersebut seorang yang belum baligh, sekiranya sudah baligh tidak dipanggil anak yatim lagi. Semetara hadis yang kedua Ibn Abbas yang ketika itu masih kecil bersolat disebelah Nabi s.a.w.
Jelaslah bahawa tiada saf yang khusus dijadikan untuk kanak-kanak seperti yang dilakukan oleh sebahagian masjid. kanak-kanak boleh dimasukkan sekali ke dalam saf orang dewasa.
Di dalam kitab-kitab feqah dinyatakan susunan saf ketika solat berjemaah seperti yang dinyatakan oleh Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya "al-Mufassal" jilid 1, hal. 244-245, hendaklah saf dimulai orang dewasa kemudian diikuti oleh kanak-kanak kemudian khunsa seterusnya perempuan dan akhirnya kanak-kanak perempuan. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab hanbali, seperti yang dinyatakan di dalam kitab "al-Mughni" jilid 2 hal. 429. Pendapat ini juga diikut oleh mazhab syafiie. |
|
|
|
|
|
|
|
Imam Khatib al-Syarbini di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj ila Makrifati Ma抋ni alfaz al-Minhaj, jilid 1, hal. 492:
وَإِنَّمَا تُؤَخِّرُ الصِّبْيَان عَنْ الرِّجَالِ كمَا قالَ الأذْرَعِي إذَا لَمْ يَسعَهُم صَفَّ الرِّجَال وإلا كَمَلَ بِهِمْ.
Maksudnya:
Adapun dibelakangkan kanak-kanak daripada orang dewasa seperti yang diperkatakan oleh al-Azraie apabila saf orang dewasa telah penuh, tetapi sekiranya terdapat kekosongan pada saf orang dewasa maka ianya diisi dengan kanak-kanak. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak-anak I pun kengkadang kena tegur. Nak salahkan orang yang menegurpun tak bleh jugak sebab kengkadang anak-anak bawah umo 6 tahun ni tak diajar ataupun tak makan diajar tentang adab-adab dalam masjid. Ada yang tidur terlentang atas sejadah, ada yang merengek-rengek, kengkadang melintas depan jemaah, or tarik-tarik telekung orang or generally mengganggu khusyuk solat jemaah lain. What the masjid in my area did is, kalau ada kanak-kanak bawah umo 6 tahun dibawa ke masjid, pengurusan masjid menyediakan satu ruang untuk ibu-ibu bersolat dengan anak-anak mereka jauh sikit dari jemaah lain supaya tidak mengganggu ataupun jika ada jemaah perempuan yang uzur, mereka akan tolong tengok-tengokkan anak-anak ni. ada aktiviti khas untuk kanak-kanak seperti melukis, menulis, bercerita dsbnya untuk mengisi masa sementara menunggu ibubapa mereka selesai berjemaah. Dengan cara ini, kanak-kanak tidak sahaja akan melihat masjid hanya sebagai tempat bersolat tetapi jugak sebagai aktivity center. Masjid kawasan kami ada team bola, ada lapangan bola keranjang, library, etc. I want to suggest kaum wanita yang uzur to just drop by masjid eventhough tak boleh solat just to help take care of the kids. |
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah...
bagi saya anak kurang dari umur 7 tahun tak perlulah dibawa kemasjid
tapi pada awal usia 7 tahun keatas adalah sesuai sekali jika kita jinak-jinakkannya dengan masjid...
sebenarnya hal ini tak menjadi masalah jika kanak-kanak tersebut menjaga adab dan tata tertib kelakuan mereka di masjid. memang kebanyakkan ibubapa lepas tangan sahaja soal ini apabila membawa kanak-kanak kemasjid.
tentang soal sosial kanak-kanak agar bergaul dengan kanak-kanak lain itu memang bagus, tetapi sosial-soasial juga... kalau dah menganggu jemaah lain bersolat bukankah berdosa? berbual-bual..... kebanyakkan kanak-kanak bermain-main dengan kanak-kanak lain..apa boleh buat dah jumpa geng katakan.
saya lihat ramai kanak-kanak berbual-bual ketika Iman membaca kutbah.. aisey... sedangkan awal-awal lagi Iman pesan jangan bising ketika kutbah...sosiallah tu(tidakkah kita terfikir). walaubagaimanapun, hal ini tidak menjadi masalah dengan saya kerana saya ada cara sendiri nak harmonikan Masjid. tapi generasi muda..bagaimana? |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh dan sombong
terus terang yusrin..saya jarang guna perkataan bodoh dan sombong pada orang kecuali orang itu benar-benar layak diberikan....
memang benar perkataan itu amat kasar dan tidak beradab...tapi saya tidak mengatakan secara jelas orang tersebut... saya katakan secara umum sahaja. orang-orang yang beragama tetapi tidak memahami agama mereka.
lagipun lelaki tua tu saya amat kenal...dia memang banyak masalah, lagipun baru-baru ini dia berpakat dengan orang siam untuk membunuh anak perempuannya, nasib baik anak perempuannya itu buat laporan polis... hanya kerana anak perempuannya mahu b erlaku adil dan bersikap amanah.
Nabi Muhammad saw mengatakan sebahagian umatnya ada yang munafik...bukankah itu agak tak baik juga menuduh orang islam sebagai orang munafik, tapi untuk buat peringatan kepada golongan ini maka rasulullah saw terpaksa menjelaskan mereka yang munafik ini orang-orang yang mendapat kecelakaan dari Allah (orang islam tu)...cara dia buat adalah umum dan tidak menyatakan siapa secara jelas.
saya pun tak kata orang tersebut secara jelas..kamu kenal kah si tua itu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|