CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17061|Reply: 171

Susu Bayi DiJangka Naik 10 Peratus

[Copy link]
Post time 10-10-2007 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Pengeluar dakwa harga bahan mentah meningkat

KUALA LUMPUR: Harga runcit semua produk susu tepung terutama susu bayi dijangka naik sehingga 10 peratus bermula 1 November depan berikutan kenaikan kos bahan mentah produk tenusu di pasaran dunia.

Nestle (Malaysia) Berhad dalam kenyataannya di sini, semalam berkata, kenaikan 100 peratus kos bahan mentah produk tenusu dunia sejak tahun lalu menyebabkan harga produk berasaskan tepung susu terpaksa dinaikkan.

"Semua produk tepung susu keluaran Nestle termasuk produk susu bayi seperti Neslac dan Nespray akan mengalami kenaikan harga sehingga lapan peratus, tepung Milo naik lima peratus dan minuman cecair lain antara tujuh hingga lapan peratus berkuat kuasa November ini," katanya.

Kenyataan itu menyebut, Nestle tidak mampu lagi menyerap kos kenaikan yang berlaku sejak tahun lalu selain kenaikan pada kos pembungkusan beberapa bulan lalu.

Katanya, walaupun harga bahan mentah utama mencatatkan peningkatan tahun lalu, syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan kos yang ditanggung pelanggan ketika itu.

"Syarikat lebih bimbang terhadap tekanan kos yang dijangka kekal tinggi sehingga akhir tahun ini. Justeru, kenaikan bahan mentah memaksa syarikat mengkaji semula harga dengan peningkatan paling minimum bergantung kepada kos bahan utama yang digunakan dan perkara ini sememangnya memberi kesan kepada seluruh industri," katanya.

Peserta pasaran lain seperti Mead Johnson Nutritionals bagi produk susu Enfagrow dan Dutch Lady Milk Industries Bhd juga dijangka mengikut tekanan pasaran dan syarikat pengendali di Malaysia masih menunggu kenyataan dari ibu pejabat masing-masing di luar negara.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahu syarikat pengeluar susu bayi tidak menjual produk mereka melebihi Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP) bagi mengurangkan beban pengguna.

Pegawai Penguat kuasa Bahagian Bekalan KPDNHEP, Siti Fatimah Mohamed, berkata kenaikan harga produk tenusu dunia antara sebab pengeluar terpaksa menaikkan harga, namun kenaikan itu diharap tidak melebihi RRP ditetapkan.

"Setiap produk mempunyai RRP yang berbeza mengikut jenis produk sama ada import atau keluaran tempatan. Jadi sekiranya kenaikan 10 peratus berlaku, ia diharap tidak melebihi RRP kerana tidak mahu pengguna terus dibebankan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman pula menyarankan pengguna membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu produk susu bayi.

"Biasanya harga di pasar raya besar jauh lebih murah berbanding kedai biasa kerana mereka membeli barang secara pukal," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2007 11:13 AM | Show all posts
naik lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 11:20 AM | Show all posts
Malaysia Boleh!
Kena pam susu banyak-banyak ni sampai stok 2 tahun. Lebih pun tak apa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 11:21 AM | Show all posts
naik lagi belanja rumah aku...gaji aku gak yang tak naik..naik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 11:25 AM | Show all posts
x guna gaji naik.. pas ni rege brg pe lak yg naik.. :@
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 11:29 AM | Show all posts
bertambah lah plak bajet aku next month
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2007 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by sha_n at 10-10-2007 11:11
"Biasanya harga di pasar raya besar jauh lebih murah berbanding kedai biasa kerana mereka membeli barang secara pukal," katanya.

Mana ada lagi murah. Beli kat kedai cina jual ubat lagi murah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 11:32 AM | Show all posts
naik gaji, harga barang pun naik.. tak de makna kenaikan gaji yg kerajaan beri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2007 11:40 AM | Show all posts
mmg gitu lah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 11:54 AM | Show all posts
kesian kat org2 miskiin yg masih ade anak kecik2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 12:00 PM | Show all posts
mana june tulis tadi ni :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 12:02 PM | Show all posts
baru beberapa bulan lepas dah naik masa harga tepung naik.. ni nak naik lagi..:@ :@
beberpa bulan lepas.. susu ashraf naik 7 hinggit..
june beli kat pasaraya je. murah berbanding kat kedai cino kat rumah june ni. klu ada less.. june beli byk2 buat stok..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 12:06 PM | Show all posts
errrr....

sib baik bb still bresfeed...
beli 1.4 kg pun bleh lah 2 bln
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by Oshin at 10-10-2007 11:20 AM
Malaysia Boleh!
Kena pam susu banyak-banyak ni sampai stok 2 tahun. Lebih pun tak apa.


yup.. me pun keje asik pam susu je.. alhamdullillah dah 6 bulan still survive ngan susu badan lagi.. tgk stok rasa bole smpi 1 tahun.. InsyaAlllah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 12:43 PM | Show all posts
semuanyer nak naik...:@
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 12:45 PM | Show all posts
cancel lah aku nak stop bf....
sambung selagi ada.....
tp my doter dah 2 yrs ++....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2007 12:45 PM | Show all posts

Reply #15 reenz013's post

air hujan jer yg turun
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 12:49 PM | Show all posts
air hujan jer yg turun
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 01:14 PM | Show all posts

Reply #14 an324's post

Stok EBM untuk SETAHUN?! WOW! Hebat
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 01:16 PM | Show all posts
    asyik naik je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.054654 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list