|
Kasar dan tahan lasak
Oleh HADLEY FREEMAN
Jean asli Amerika, Levi's, cukup digilai pada suatu ketikadahulu. Namun jenama ini terpaksa bersaing dengan rangkaian jenamapereka lain atau tawaran murah di pasar raya.
KETELITIAN merupakan salah satu aspek yang membezakan tahap ketahanan sesebuah jenama dalam dunia fesyen.
Poket belakang pada jean Levi's yang dihiasi lengkungan bersilangdengan satu label kain ringkas yang merupakan identiti Levi'sbagaimanapun telah ditiru oleh jenama denim yang lain.
Perincian khususnya berukuran kira-kira 12 sentimeter dan 10sentimeter itu kini menjadi perbalahan undang-undang dalam industrifesyen.
Sejak tahun 2001, syarikat tersebut telah mengemukakansekurang-kurangnya 100 saman pencabulan cap dagangan terhadapsyarikat-syarikat pengeluar jean yang lain. Antaranya termasuk syarikatVon Dutch, Fossil dan Rock & Republic yang kesemuanya bertumpukepada peniruan rekaan poket belakang.
Setakat ini, ribuan jean yang tidak terjual telah dimusnahkan dan nilai bayaran pampasan dijangka mencecah enam angka.
Namun, wang bukan isu utamanya sekarang. Hakikatnya, ia bukan isuyang sukar. Salah satu kes hanya diselesaikan dengan AS$5,000(RM16,000) yang tidak sedikit pun mencukupi untuk menampung kostindakan perundangan.
"Kami cuma menguatkuasakan harta intelektual syarikat. Prosedursyarikat kami adalah seiring dengan mana-mana syarikat yang memilikicap dagangan yang dikenali global," kata Thomas M. Onda selaku peguamharta intelektual antarabangsa Levi's.
Pihak lain bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza. Merekamenyifatkan tuntutan mahkamah itu sebagai satu tindakan terdesak olehsebuah syarikat yang berada di ambang kejatuhan.
Levi's merupakan jenama denim asli. Pada tahun 1873, tukang jahit,Jacob Davis telah bekerjasama dengan Levi Strauss untuk mereka sepasangseluar panjang untuk seorang pemotong kayu. Rekaan itu asalnya cukupkuat untuk menampung perut si pemotong kayu yang kembung.
Namun, banyak perubahan yang berlaku dalam tempoh tersebut dan ramaipemerhati industri berpendapat jenama Levi's gagal menyaingi pasarandenim masa kini.
Sejak tahun 1996, jualan syarikat Levi's telah mengalami kemerosotanmendadak. Berbilion dolar hilang dalam jualan manakala berdozen-dozenkilangnya terpaksa gulung tikar. Separuh daripada tenaga pekerjanyajuga hilang punca rezeki ekoran kegagalan Levi's untuk berubah denganpasaran denim apabila pemakaian jean kini bukan lagi sekadar pakaianbekerja tetapi fesyen berunsur stail.
Ketua Eksekutif Von Dutch, yang merupakan salah satu jenama yang disaman Levi's, Jonny Sorensen memberitahu agensi berita, New York Times: "Levi's telah ketinggalan dalam dunia fesyen denim. Itu sebabnya mereka membuat bising untuk menakutkan orang."
| LEVI'S mempunyai pengaruh ke atas jenama-jenama denim yang telah berkembang sejak kebelakangan ini.
|
Onda sebaliknya menafikan perkara ini sekeras-kerasnya. Katanya:"Kita sememangnya melindungi cap dagangan kita sepanjang prestasi kitayang baik sekitar tahun 1980-an. Adalah tidak benar jika hanya sekarangkita dituduh mula berbuat demikian. Tidak adil juga kes-kes inidikaitkan dengan prestasi jualan kita."
Baru-baru ini, The New York Times menyifatkan Levi's sebagai'peneraju dalam tuntutan mahkamah'. Berdasarkan laporan syarikatpenyelidikan Thomson West, Levi's dikatakan telah mengemukakan lebihbanyak saman dalam tempoh lima tahun lalu berbanding syarikatprolitigasi seperti Nike, Walt Disney dan General Motors.
Bagaimanapun, kebanyakan kes telah diselesaikan di luar mahkamah.Sekitar tahun 1970-an, Levi's telah memfailkan saman ke atas Wranglerkerana menggunakan tab merah pada poket belakang jean jenama itusebagaimana yang dilakukan oleh Levi's.
Industri denim telah berkembang sejak beberapa dekad lalu danperkembangannya adalah di luar jangkaan. Menurut laporan seorangpenganalisis pengguna, Mintel, jualan jean di Britain telah meningkatsebanyak 40 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.
Mintel juga meramalkan sebanyak 86 juta pasang jean laris di Britaintahun lalu bersamaan dengan kira-kira tiga pasang jean yang dijualdalam sesaat.
| DENIM bukan lagi jenama pakaian yang sinonim dengan selekeh atau kolot, sebaliknya ia fesyen berunsur seksi.
|
Calvin Klein memperkenalkan denim berkonsepkan jenama pereka sekitartahun 1978 manakala dua dekad kemudian, Helmut Lang pula meletakkanharga pereka pada rangkaian jenama jeannya.
Namun, ia bukan sehingga lewat 90-an apabila kemunculan jean jenamaEarl dari California telah mengubah sepenuhnya minat terhadap denim.
Jenama ini telah mengubah persepsi orang tentang jean yang kinibukan lagi pakaian untuk pekerja kasar tetapi fesyen berunsur seksiyang mendedahkan bentuk badan seseorang wanita.
"Seperti juga kasut, wanita kini memerlukan jean berlainan untukmajlis berbeza. Adakalanya anda memerlukan sepasang jean yang seksi,lain hari pula jean yang lebih merilekskan," kata pembeli pakaianwanita untuk Harvey Nichols, Suzanne Pendlebury.
Rekaan poket belakang identiti Levi抯
DENIM adalah satu perniagaan yang serius. Jualan jean berjenama olehHarvey Nichols di London mencatatkan jualan lebih daripada 700 pasangseminggu manakala Selfridges pula menjual lebih daripada 1,000 pasang.
Malah, jenama-jenama denim generasi baru seperti Citizenz ofHumanity, 7 for All Mankind, True Religion, Earnest Sewn dan 18thAmendment juga menunjukkan betapa seriusnya mereka terhadap perniagaanini.
Ia kini menjadi satu perniagaan yang serius kerana tiada satupekedai pun yang dihubungi oleh Guardian bersedia mengulas tentangkes-kes mahkamah terbaru yang melibatkan denim kerana bimbang akanmenyinggung perasaan pemain seindustri.
Namun, penekanan kini diberikan kepada 憄enjenamaan semula |
|
|
|
|
|
|
|
Jean Baxter dari kedai Britain terkemuka, Topshop misalnya, berjaya menjual 18,000 pasang setiap minggu.
Semua lapisan pemain dalam pasaran ini telah memberi tumpuan kepadaimej fesyen denim yang baru ini. Jenama Lee dan Wrangler bagaimanapuntelah mengalami tahap jualan yang tidak pernah berubah.
Dua tahun lalu, Levi抯 menamatkan kejatuhan jualannya sejak lapantahun lalu tetapi masih berusaha untuk bangkit daripada tempoh yangdisifatkan oleh Onda sebagai 慿emerosotan mendadak |
|
|
|
|
|
|
|
levi
kehebatan pelopor dan cara berniaga bangsa yahudi yg perlu kita contohi ..
bermula dgn mencipta seluar utk pekerja lombong emas di USA
sampai skg ... masih digunakan |
|
|
|
|
|
|
|
setuju... daripada complain jangan pakai 2 beli. baik belajar macam mana cara taktikal diaorang supaya jadi
bangsa yang dikagumi dan disegani... |
|
|
|
|
|
|
|
Levis mahal lah bandingkan dgn Lee.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nazlinda04 at 3-3-2008 09:17 AM
Levis mahal lah bandingkan dgn Lee....
memang mahal, tapi gals tmpak cantik dgn levi's taw Naz...... lee dedulu tak brani paki.....cam indon yerk.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu yang Import USA punya agak tahan lasak Jeans Levis ni.Sekarang yang underlesen punya nampak kureng sikit.Mudah koyak dari yang import.Tapi Levis tetap pilihan ku |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm sumer org me'levis'kan diri, aku sorang jer la yg pakai Romp, PDI and Applemints |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by benefit at 8-3-2008 07:10 PM
hmmm sumer org me'levis'kan diri, aku sorang jer la yg pakai Romp, PDI and Applemints
ada gak orang yang tak pakai levi's... romp wokey aper.. besides levi's and edwin.. aku pakai gak guess jeans and armani.. okay gak jeans depa.. |
|
|
|
|
|
|
|
kita suke jean Lee,LV,Calvin Klein dgn PDI sbb selesa di pakai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Levis ni kalau pakai mmg rasa selesa, tak macam jeans lain.
Masa 1st time beli 501 dulu simpan sampai sebulan sayang nak pakai. |
|
|
|
|
|
|
|
501 the best.... aku penah jual yg reject UK dulu... mmg laris... aku pakai paul smith, replay,, tapi best pakai levis... boxer pun levis... awal tahun 2000 aku jual levis... tapi kejap je.. stok abis... pastu skrng jual balik... hehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Denim selesa, tahan lasak, tidak lapuk dek hujanOleh Nor Afzan Mohamad Yusof
FABRIK denim mula diperkenalkan golongan petani. Lasak dan tahan lama, ia dikatakan paling sesuai untuk kerja pertanian termasuk mengembala ternakan.
Denim sebelum ini lebih menjadi sekadar pakaian santai atau kembara kerana ia tahan lasak dan boleh dipadan suai dengan apa saja top, blaus atau kemeja-T.
Fabrik murah ini bagaimanapun menerima evolusi yang hebat, malah hingga kini menjadi fabrik kegemaran ramai. Saya pasti setiap orang memiliki paling kurang sepasang seluar atau jaket denim dengan jenama dan potongan pelbagai.
Menarik mengenai fabrik ini kerana ia tidak dimakan musim. Tidak musim panas, bunga atau dingin, denim adalah fabrik yang mengisi sepanjang musim, sepanjang zaman.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, denim kembali mengisi rentak fesyen apabila pereka antarabangsa di Milan, Hong Kong dan Amerika Syarikat mula menggunakan fabrik biru ini untuk menghasilkan ilham kreatif mereka.
Rekaan juga tidak terhad kepada seluar semata-mata malah diubah kepada gaun, jaket dan idea funky untuk remaja. Pereka Adnan Hassan antara pereka tempatan tersohor menjadikan denim rekaan hebat bergaya
Katanya, keunikan denim bukan saja kerana fabrik berkenaan tahan lasak, sebaliknya boleh kelihatan ranggi atau santai.
揟ambahan aksesori seperti reben, kerongsang, taburan manik, fabrik tampal dan kilauan permata boleh mengubah penampilan sederhana kepada memukau mata, |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pakai Lois n Giordano. The last pair of Levi's I had was a SilverTab buttonfly. Aku gantung kat ampaian hostel. sekali last day form 5, aku terlupa amik. Tahun 1997 dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak suka pakai seluar jean, tak suka pompuan yg pakai seluar jean |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba tengok salasilah tu....Levi tu rupanya nama keturunan nabi Yaakub......klik kat salasilah tu untuk lebih jelas...
[ Last edited by Pengembara at 25-4-2008 02:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 Pengembara's post
ape kaitan nyer??? tak paham?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|