View: 2613|Reply: 0
|
pewarna tiruan jejas minda budak!!
[Copy link]
|
|
Pewarna tiruan jejas minda budak
LONDON: Penggunaan pewarna tiruan dalam beratus-ratus produk makanan akan dihentikan tidak lama lagi selepas sekumpulan penyelidik universiti mendapati bahan itu memberi kesan buruk kepada pertumbuhan minda kanak-kanak.
Penyelidik Universiti Southampton yang melakukan kajian terhadap tujuh bahan tambahan dalam makanan itu mendapati tahap kecerdikan kanak-kanak merosot akibat penggunaan bahan berkenaan.
Selepas memperoleh hasil itu bulan lalu, pegawai Agensi Standard Makanan (FSA) mengemukakan cadangan kepada pengarah agensi itu supaya enam bahan tambahan untuk makanan yang dikaji itu, dihentikan daripada diguna dalam industri makanan sebelum tahun hadapan.
Cadangan itu akan dibincangkan lembaga FSA minggu depan, bagaimanapun pengeluar dijangka menerima baik cadangan itu dan menukarkan bahan tambahan berkenaan dengan sumber bahan semula jadi.
Sesetengah pengeluar dilaporkan sudah bersetuju untuk menghentikan penggunaan bahan pewarna makanan itu selepas mengetahui bukti saintifik berkenaan.
FSA yang membiaya kajian bernilai |
|
|
|
|
|
|
| |
|