CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87651|Reply: 530

Bela Cacing Tanah

[Copy link]
Post time 29-1-2008 06:15 PM | Show all posts |Read mode
ada sesiapa pernah try bela cacing tanah? saja nak tahu pasal bisnes ni, sbb baru2 ni tengok suratkhabar adalah cerita pasal cacing tanah. manalah tau ada sesiap kat forum ni boleh kongsikan pengalaman. modal pun kecik berbanding vanilla.

Hidup mewah ternak cacing

SHAH ALAM - Jika sebelum ini kegiatan penternakan lintah dijalankan secara besar-besaran, kini peluang mula terbuka luas untuk aktiviti pembiakan cacing tanah pula.

Walaupun cacing menyebabkan ramai berasa geli, penternaknya pula boleh meraih pendapatan bulanan mencecah lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik.

Ketua Pegawai Eksekutif AZR Agro Centre, Mustafa Abdul Wahab berkata, kegiatan itu hanya memerlukan modal rendah iaitu RM450 untuk sekilogram benih cacing selain kos penyediaan kandang mengikut keluasan.

Menurutnya, mereka yang berminat boleh memperoleh benih cacing daripada syarikatnya di samping mendapatkan bimbingan dan nasihat.

''Setakat ini kami telah menghasilkan 30 usahawan bumiputera dalam kegiatan penternakan cacing secara komersiol,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian seminar penternakan cacing secara komersiol yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Noorazimah Taharim di sini semalam.

Berhubung dari segi pemasaran pula, Mustafa menjelaskan, para petani yang mengeluarkan hasil produk masing-masing seperti baja organik boleh menjual kembali kepada syarikatnya atau wakil pemasaran yang dipilih sendiri.

Dalam pada itu, Noorazimah pula berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukkan sebanyak RM14 juta dalam sektor pertanian termasuk kegiatan penternakan cacing yang termasuk dalam sub sektor padi pada tahun ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2008 06:20 PM | Show all posts
ESI Agrotech akan mengadakan Seminar Ternakan Cacing Kompos & Pengeluaran Baja Vermikompos secara teori dan lawatan ladang di Kajang pada 01 Mac 2008.

Utk yg berminat sila e-mel: [email protected] atau [email protected] utk maklumat lanjut. TQ.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 01:34 AM | Show all posts
itu hari ada kuar dlm BU tv3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2008 02:57 PM | Show all posts

Reply #2 tamingSari's post

thanks ye. nanti aku try contact ESI tu. nak tau jugak prospek yang ada bela cacing ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 08:25 PM | Show all posts

Reply #4 dseries's post

kalau dah contact.. update la kat sini bole kongsi info???
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 12:56 PM | Show all posts
assalamualaikum
kepada sesiapa yg berminat dan ingin melihat sendiri tempat ternakan cacing saya, hubungi saya 012-9706846 (sheila) atau email [email protected] / [email protected] , kita boleh bincang tentang teknik2 nya skali ..

kedtgan anda sgt di alu2 kan, konsep saya buat adalah di dalam rumah kedai..ia berada di seri kembangan.

[ Last edited by  sheyzal at 27-5-2008 10:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2008 03:03 PM | Show all posts
hi saya dah gi tengok perusahaan cacing tanah ni kat teluk panglima garang, so sape2 yg berminat owner ni ada buat praktikal dengan kadar bayaran RM200.00 sahaja-satu hari. nanti saya bagi contact no ni cari tak jumpa plak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 03:33 PM | Show all posts
ada jual baja dari cacing ni tak.. nak try boh baja kat pokok cabai saya .. nak tgk keberkesanan bajanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2008 10:24 PM | Show all posts
http://www.topix.com/forum/world/brunei/TF22SELSCBBPN007J/p51

pegi ke link atas tu...ada hampir 2,000 posting pasal cacing.... rerajin le baca...

chok dee na ( gud lak )
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 03:07 PM | Show all posts
xpe, x salah kita bercerita di sini juga, mungkin boleh panggil otai2 yg dah berpengalaman untuk bercerita di sini pula, sebab di topix tu ramai yg main2, dah jadi pergaduhan pun ada di situ.

sesiapa yg ingin mengetahui tentang penternakan ini boleh la telepon saya di 012 3401016 sheila. tempat penternakan saya di seri kembangan selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by syamen at 19-3-2008 03:33 PM
ada jual baja dari cacing ni tak.. nak try boh baja kat pokok cabai saya .. nak tgk keberkesanan bajanya..


cik syamen boleh dtg ke tempat penternakan saya di seri kembangan atau call saya 012 3401016 sheila, saya akan berikan maklumat mengenai baja ini dan juga saya akan berikan sample baja kepada cik syamen.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 03:37 PM | Show all posts

Balas #11 sheyzal\ catat

saya pun berminat nak tahu ni...

berapa modal? Boleh ker ternak kat dalam kedai?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 04:25 PM | Show all posts

Reply #9 I-chi-ban's post

terima kasih ichiban memberi link - info yg sgt berguna
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 05:54 PM | Show all posts
thnx semua...
berminat juga nak mulakan ternakan cacing...
lgpun tak memerlukan tapak yg luas...
dan boleh dimulakan dgn modal minima...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2008 12:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2008 02:05 AM | Show all posts
Originally posted by don_quixote at 29-3-2008 03:37 PM
saya pun berminat nak tahu ni...

berapa modal? Boleh ker ternak kat dalam kedai?


saya dh pm cik don
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2008 02:09 AM | Show all posts
Originally posted by vantage at 29-3-2008 05:54 PM
thnx semua...
berminat juga nak mulakan ternakan cacing...
lgpun tak memerlukan tapak yg luas...
dan boleh dimulakan dgn modal minima...


cik vantage bleh ajer dtg ke kedai penternakan saya di seri kembangan..pm saya untuk dptkan no hp saya. kedtgan anda sgt di alu-alukan

kite bleh bertukar2 pendapat juga tentang business ini
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by sheyzal at 29-3-2008 03:09 PM


cik syamen boleh dtg ke tempat penternakan saya di seri kembangan atau call saya 012 3401016 sheila, saya akan berikan maklumat mengenai baja ini dan juga saya akan berikan sample baja kepada ...


nak sekilo jerk.. nak try test.. sekilo rega beraper.. klau bole hantar pos ok gak.. saya nak g seri kembangan tu jauh tu.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 05:50 PM | Show all posts
hari tu set depa ni ada buat ceramah kat uia kalau aku xsilap...org cakap mmg ok
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 05:51 PM | Show all posts
hari tu set depa ni ada buat ceramah kat uia kalau aku xsilap...org cakap mmg ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.126153 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list