View: 30718|Reply: 61
|
Kewujudan Kerajaan Sultan Tertua di Dunia
[Copy link]
|
|
Semalam dgr brita katakan Sultan Kedah merupakan warisan kerajaan Kesultanan tertua di dunia. ..
Agak2 Kerajaan sultan neh termasuk King di Britain, raja di Thailand tu ke?
Garis masa Kesultanan Kedah
- 1136: Sultan Al-Mudzafar Shah I (1136 - 1179)
- 1179: Sultan Mu'adzam Shah (1179 - 1202)
- 1202: Sultan Muhammad Shah (1202 - 1236)
- 1236: Sultan Muzzil Shah (1236 - 1280)
- 1280: Sultan Mahmud Shah (1280 - 1321)
- 1321: Sultan Ibrahim Shah (1321 - 1373)
- 1373: Sultan Sulaiman Shah I (1373 - 1423)
- 1423: Sultan Ataullah Muhammad Shah I (1423 - 1473)
- 1473: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah I (1473 - 1506)
- 1506: Sultan Mahmud Shah II (1506 - 1547)
- 1547: Sultan Mudzaffar Shah II (1547 - 1602)
- 1602: Sultan Sulaiman Shah II (1602 - 1626)
- 1626: Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1626 - 1652)
- 1652: Sultan Muhyiddin Mansor Shah (1652 - 1662)
- 1662: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1662 - 1688)
- 1688: Sultan Ataullah Muhammad Shah II (1688 - 1698)
- 1698: Sultan Abdullah Mu'adzam Shah I (1698 - 1706)
- 1706: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I (1706 - 1710)
- 1710: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 - 1778)
- 1778: Sultan Abdullah Mukarram Shah II (1778 - 1797)
- 1797: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (1797 - 1804)
- 1804: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 - 1845)
- 1845: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1845 - 1854)
- 1854: Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II (1854 - 1879)
- 1879: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1879 - 1881)
- 1882: Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1943)
- 1943: Sultan Badlishah (1943 - 1958)
- 1958: Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah (1958 -)
[ Last edited by cak! at 16-7-2008 04:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
yup,merong mahawangsa memeluk Islam dulu baru sultan melaka |
|
|
|
|
|
|
|
TP DGR KATA DEPA BUKAN KETURUNAN PEWARIS YG SAH.
BETOI KA X |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cak! at 16-7-2008 04:20 PM
Semalam dgr brita katakan Sultan Kedah merupakan warisan kerajaan Kesultanan tertua di dunia. ..
Agak2 Kerajaan sultan neh termasuk King di Britain, raja di Thailand tu ke?
Owh yeke? Kalau dikatakan sebagai KESULTANAN tertua di dunia, mungkin benar... Di dunia kini hanya tinggal 10 Kesultanan yang masih wujud iaitu:-
1) Malaysia - Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu,
2) Oman,
3) Brunei, dan
4) Indonesia - Yogyakarta.
Di antara semua 10 kesultanan tersebut, Kesultanan Kedah adalah yang tertua (masih berdaulat)...
Jenis kerajaan yang diperintah oleh Raja / Ratu Britain dan Raja Thailand dikenali sebagai KERAJAAN (Kingdom) manakala jenis kerajaan yang diperintah oleh Maharaja Jepun pula dikenali sebagai EMPAYAR (Empire)... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukankah monarki yang tertua di dunia sekarang ni adalah Jepun dan Jordan?
Ada sesiapa leh confirm? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jkkkj at 16-7-2008 07:20 PM
Bukankah monarki yang tertua di dunia sekarang ni adalah Jepun dan Jordan?
Ada sesiapa leh confirm?
Pembetulan! Sebenarnya Jepun - 11 Februari 660 SM!
Sistem pemerintahan beraja atau sistem monarki ada banyak jenis. Contohnya seperti kesultanan (sultanate), empayar (empire) dan kerajaan (kingdom). Contohnya:-
- Kesultanan yang masih wujud di dunia - Kesultanan Perak, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Yogyakarta (Indonesia). Ketuanya menggunakan gelaran 'Sultan'.
- Empayar yang masih wujud di dunia - Jepun sahaja. Ketuanya menggunakan gelaran 'Maharaja' (Emperor).
- Kerajaan yang masih wujud di dunia - Kerajaan Perlis, Kerajaan Thailand dan Kerajaan Britain. Ketuanya menggunakan gelaran Raja (King).
Jika kita perhatikan bahagian kesultanan, semestinya Kesultanan Kedah adalah yang tertua di dunia... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 cokodokpisang\ catat
Memang betoi...Dengar kata orang dulu2 nenda sultan kedah sekarang iaitu Sultan Abdul Hamid asalnya merupakan Sultan/raja Kota Kuala Kedah..Baginda dilantik menjadi Sultan Negeri Kedah setelah sultan Kedah yg sebenar (nama lupa) dibunuh oleh British....
Generasi sultan Kedah yang sebenar masih lagi hidup sekarang tetapi tidak mendapat keistimewaan apa2 pun oleh kerajaan negeri... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 shawbrother's post
mya ader dngr mcm tu jugak
sejarah ditulis oleh orang yang menang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ijad_adiputera at 16-7-2008 07:36 PM
Pembetulan! Sebenarnya Jepun - 11 Februari 660 SM!
Sistem pemerintahan beraja atau sistem monarki ada banyak jenis. Contohnya seperti kesultanan (sultanate), empayar (empire) dan kerajaan ...
Ketua bagi Negeri Sembilan bergelar Yang Dipertuan Besar.
So monarki di negeri tersebut disebut sebagai apa?
Kesultanan,kerajaan atau empayar?
Harap dapat beri penjelasan.Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jkkkj at 18-7-2008 02:47 AM
Ketua bagi Negeri Sembilan bergelar Yang Dipertuan Besar.
So monarki di negeri tersebut disebut sebagai apa?
Kesultanan,kerajaan atau empayar?
Gelaran 'Yang di-Pertuan Besar' di Negeri Sembilan adalah setaraf dengan gelaran raja (king)...
Maka, jenis monarki di negeri tersebut adalah berbentuk kerajaan - Kerajaan Negeri Sembilan...
Sama juga seperti sistem Yang di-Pertuan Agong bagi seluruh Malaysia...
Gelaran 'Yang di-Pertuan Agong' juga setaraf dengan gelaran raja (king)...
Itulah sebabnya mengapa Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai King atau King of Malaysia di dalam bahasa Inggeris...
Tambahan, empayar terakhir di Malaysia ialah Empayar Johor-Riau-Lingga.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapakah pemerintah tertinggi di Perlis dan Negeri Sembilan tidak bergelar Sultan seperti di negeri-negeri Melayu yang lain?
Ada apa-apa penjelasan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jkkkj at 26-7-2008 02:52 AM
Kenapakah pemerintah tertinggi di Perlis dan Negeri Sembilan tidak bergelar Sultan seperti di negeri-negeri Melayu yang lain?
Perlis pada asalnya adalah sebahagian dari negeri Kedah. Pemerintah Perlis menggunakan gelaran 'raja' kerana gelaran tersebut dianggap sedikit rendah dari Sultan Kedah. Pendek kata, kedudukan Sultan Kedah lebih tinggi berbanding Raja Perlis....
Negeri Sembilan yang wujud pada hari ini adalah hasil gabungan 9 buah negeri Minangkabau yang kecil. Selepas kesemua 9 buah negeri tersebut digabungkan, maka seorang pemerintah iaitu Raja Melewar telah dipilih bagi mengetuai kesemua 9 buah negeri tersebut dengan menggunakan gelaran 'Yang Di-Pertuan Besar' atau dalam Bahasa Inggerisnya, "He Who Is Made Great" atau "Great Ruler". Kedudukan 'Yang Di-Pertuan Besar' adalah lebih tinggi dari pemerintah-pemerintah 9 buah negeri kecil yang asal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesultanan tertua didunia?
adakah itu bermaksud kesultanan yang masih kekal berkuasa..?
apa beza sistem kesultanan dalam empayar seperti turki uthmaniah dan yang lain2 yang wujud lebih awal? |
|
|
|
|
|
|
|
Shah Rezza Palavi semasa memerintah Iran menggunakan gelaran apa?
Dan kalau tak salah,dalam banyak-banyak monarki di Timur Tengah,hanya pemerintah Oman saja yang menggunakan gelaran sultan,kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jkkkj at 30-7-2008 01:03 PM
Shah Rezza Palavi semasa memerintah Iran menggunakan gelaran apa?
Dan kalau tak salah,dalam banyak-banyak monarki di Timur Tengah,hanya pemerintah Oman saja yang menggunakan gelaran sultan,kan?
Shah Iran |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shawbrother at 16-7-2008 08:37 PM
Memang betoi...Dengar kata orang dulu2 nenda sultan kedah sekarang iaitu Sultan Abdul Hamid asalnya merupakan Sultan/raja Kota Kuala Kedah..Baginda dilantik menjadi Sultan Negeri Kedah setelah su ...
Dibunuh Oleh pihak Thai Dan melantik Sultan Boneka selepas menakluk kedah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 shawbrother's post
Kat dalam blog tu Sultan Abdul Hamid bukan ditulis sebagai Sultan Kuala Kedah tapi Sultan Sungai Petani.Banyak mengelirukan dari segi persamaan tarikh dengan moghul yg dikatakan bersatu dengan empayar Kedah.Tiada catatan dari pengembara atau sejarawan Islam.Perlu juga ditemubual waris-waris Ngah Ibrahim yang merupakan anak kepada Long Jaafar yang dikatakan berkaitan dengan Kerajaan Kedah Pasaima.Perkataan Kedah Pasaima itu sendiri diambil dari batu Nesan seorang Puteri Pasai yang dikatakan anak kepada sultan Muhammad(Sultan Kedah) yang menjadi menantu raja pasai.Tapi walaubagaimanapun kajian penting bagi keadilan untuk semua pihak. |
|
|
|
|
|
|
|
Merong mahawangsa plak xtermasuk dlm kesultanan kedah ek..dah terputus ke susur galur dr merong mahawangsa? |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah apa-apa kaitan di antara Raja Bersiong dengan Kesultanan Kedah pada hari ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|