View: 7946|Reply: 25
|
Berita Terkini Jai Network - Dr Jai telah dihadapkan ke Mahkamah
[Copy link]
|
|
Berita Terkini Jai Network - Dr Jai telah dihadapkan ke Mahkamah
berita terkini Jai Network - sumber dr Utusan Msia; http://http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm
Suami isteri didakwa gubah wang haram RM170 jutaOleh shamsiah zulkafli
KUANTAN 23 Julai - Pasangan suami isteri hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana menghadapi 189 pertuduhan terlibat dalam penggubahan wang haram bernilai hampir RM170 juta.Tertuduh, Dr. Jailani Jabar, 48, dan isterinya, Dr. Latifah Taib, 47, yang tinggal di Jalan Kubang Buaya di sini didakwa melakukan perbuatan tersebut antara bulan Februari 2006 dan Oktober tahun lalu.Jailani didakwa atas 106 pertuduhan melibatkan nilai RM98.7 juta, sementara Latifah atas 89 pertuduhan membabitkan nilai RM71.3 juta.
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan yang dibacakan di tiga buah mahkamah di hadapan Hakim Jagjit Singh Bant Singh, Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain dan Hakim Habibah Mohamed Yusof.Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad dan Saifuddin Hashim Musaini, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.
Sebutan kes itu berlarutan selama lebih enam jam yang bermula pada pukul 3 petang sehingga 9.30 malam.
Mengikut pertuduhan, kes-kes melibatkan pembayaran deposit dan ansuran bulanan sembilan buah kereta termasuk jenama BMW, pembelian empat buah rumah, dua buah lot rumah kedai, satu lot kilang selain transaksi kemasukan wang menggunakan akaun syarikat ke akaun peribadi masing-masing.
Kedua-dua pasangan itu didakwa menggunakan nama syarikat Jailani, Jai Network System Sdn. Bhd. dan Bagai Wangsa Sdn. Bhd. bagi menjalankan kegiatan tersebut.Mereka didakwa mengikut Syeksen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang dibaca bersama Seksyen 87(1)(b) akta yang sama.
Selepas pertuduhan dibacakan, Dzulkifli mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.
Syed Azimal Amir bagaimanapun meminta mahkamah mempertimbangkan jumlah jaminan memandangkan harta pasangan suami isteri itu telah dibekukan sejak setahun lalu selain Jailani yang mempunyai tiga isteri lain dan 13 orang anak.
Mahkamah kemudian memutuskan Jailani diikat jamin sebanyak RM848,000, sementara Latifah sejumlah RM415,000 masing-masing dengan seorang penjamin, dengan dokumen perjalanan mereka juga perlu diserah kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan bagi sebutan kes di hadapan Jagjit Singh. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai tul yg terpedaya dgn jai network ni termasuk abg aku..:@
sib baik abg aku dah insaf join benda2 mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
cam kenal jew.. ha..ha.. memang kaki klentong paling besar la dia tu.. kenal sesangat.. gatal nak mampus bini dh 4 pun gatal lagi.. kesian bini2 die.. umah dia dpn hostel ikip. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 mama_ain's post
abg ko buat bisnes ape ngan die.. stormberg ke mlm |
|
|
|
|
|
|
|
jai dia buat ape bisnes?jual emas ker atau uptrend |
|
|
|
|
|
|
|
RM170 juta......perghhhhhh....byk betul dia kutip....dah tu pi gubah masuk akaun sendiri plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 sharx's post
satu lagi...
simpan kat bank persatuan pun dah slamat dapat dividen.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 sharx's post
walaupun aku tak join benda2 mcm ni, tapi aku selalu baca update isu ini kat blog semut, kesian aku tengok org2 kene tipu. masalahnye ader yg pinjam duit ah long. tak campur lagi yg ajak satu family kat kampung untuk invest beribu-riban.
tak salah aku, agreement, lawyer tak sain dan tak bagi ke pembeli, jadi kira takde SnP agreement, lawyer pun sama songlap duit la tu
[ Last edited by batu_bergolek at 30-7-2008 10:35 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok muka Dr Jai tu asyik senyum jer walaupun kena tangkap. senyum orang kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 sharx's post
ya...dapat diveden & re-invest lagik.... |
|
|
|
|
|
|
|
pegi je kat topik bank persatuan tu...
ramai otai2 BP sedia membantu anda
thread ni khusus utu mengutuk, mengumpat, mengeji, menghina dini Jai Network |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 sharx's post
penipu2 duit org ramai ni memang patut dihina & dikeji krn makan duit haram.
rezeki yg haram dikongsi bersama. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|