View: 385916|Reply: 967
|
MASAKAN BERASASKAN IKAN
[Copy link]
|
|
Lagi satu lauk mudah dan cepat untuk disediakan.
IKAN LEMAK CILI PADI
Bahan-bahannya
5 keping ikan tenggiri
1/2 biji nenas, dipotong kecil
1 liter santan pekat
1/2 cawan air
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
3 batang lada merah
10 batang cili padi thailand
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
2 cm belacan
Cara-caranya
1. Nenas, serai dan daun kunyit dimasukkan kedalam periuk dan dimasak sebentar bersama rempah yang telah dikisar dan 1/2 cawan air.
2. Kemudian masukkan ikan dan bila ia telah masak masukkan santan dan garam, gula dan serbuk perasa jika suka. Setelah kuah mendidih matikan api dan boleh dihidangkan.
[ Last edited by DianaA at 6-1-2006 01:16 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
IKAN GORENG BERCILI
Bahan-bahannya
6 ekor ikan bawal putih, dibersihkan
2 biji bawang besar, dipotong dadu
12 biji cili padi Thailand, dibelah dua
1 sudu makan kicap
serbuk kunyit secukupnya
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Ikan digaul bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang telah didadu sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili padi, gaul rata sehingga ia setengah layu dan masukkan kicap. Gaul rata dan kemudian tuang diatas ikan sewaktu menghidang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PAIS IKAN
Bahan-bahannya
4 ekor ikan selar besar
daun pisang, disalai
toothpick
Bahan untuk dikisar
8 batang lada merah
8 batang cili padi thailand
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 cm belacan
1 helai daun kunyit sederhana besarnya
6 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 1/2 sudu makan gula
garam secukup rasa
serbuk peras jika suka
Cara-caranya
1. Bahan-bahan dikisar dengan sedikit air. Digaul dengan ikan dan diperap 1 jam.
2. Letakkan ikan diatas daun pisang bersama rempahnya. Balut rapi dan disemat hujung daun pisang dengan lidi.
3. Kemudian boleh dibakar atau dikukus pais ikan sehingga masak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
GULAI IKAN [SIAM]
Bahan-Bahan:
500 gm ikan tengiri/merah/tbala atau kembung
3 cawan santan [1 biji kelapa]
Sedikit terung pipit
sedikit buah belimbing buloh
5 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
10 biji cili api
1 s/k lada hitam
5 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
4. Masukkan ikan, terung dan daun limau purut. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah belimbing buloh dan cili hijau. Perlahan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Bila kuah telah pekat tutup api dan hidangkan dengan nasi putih. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
yusnina This user has been deleted
|
Sedap sedapnya resepi Kak Diana ngan Kak Liza.....nanti nina nak cuba le... |
|
|
|
|
|
|
|
IKAN BAWAL BERLADA
Bahan
1 ekor ikan bawal
1 labu bawang besar [mayangkan]
3 s/b tomato sos
garam
kunyit
minyak
Bahan Kisar
8 biji cili merah
5 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cara
1. Ikan bawal dibersihkan dan dilumurkan garam dan kunyit.
2. Gorengkan ikan dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehing ga wangi dan naik minyak.
4. Masukkan tomato sos dan bawang besar dan kacau rata.
5. Bila nampak bawang dah layu tuangkan atas ikan bawal yg digoreng tadik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DianaA at 24-12-2005 08:32 PM
Lagi satu lauk mudah dan cepat untuk disediakan.
IKAN LEMAK CILI PADI
Bahan-bahannya[/b ...
baru je dua hari lepas masak ikan tenggiri masak lemak ni...
urmm.. nak tanya kat forumer yg lain... ikan kerisi selalu nya korang buat masak apa selain dr goreng makan panas2, masak taucu... lain pd tu..masak ape ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nano at 2-3-2006 12:59 PM
baru je dua hari lepas masak ikan tenggiri masak lemak ni...
urmm.. nak tanya kat forumer yg lain... ikan kerisi selalu nya korang buat masak apa selain dr goreng makan panas2 ...
boleh juga buat sweet-sour..goreng berlado..singgang/asam rebus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by LEMON at 3-3-2006 10:57 AM
assalamualaikum sumer!!
sementelah nampak nama kak Liza kat sini nak mintak tolong akak tepekkan resepi ikan masak padag .Boleh ker, saya dah cuba cari sampai kat no.10 tak jumpa2 gak, ari tuh dah salin masa amik resepi Kak Liza kat MDC tu then dah buat pun resepinyer,menjadi dgn jayanyer, tu la yg rasa nak buat sekali lagi nie, cari2 resepi dia hilang lak pulak...
bolehkan Kak Liza yek!!!
kak liza jumpa resepi ni kat Archive Food n Recipes.. so kak liza tepek semula...
IKAN MASAK PADANG
bahan
4 keping ikan tenggiri atau merah [taburkan sikit garam halus]
4 cawan santan [1 biji kelapa]
3 biji tomato keras [belah 4]
1 labu bawang besar [belah4]
5 biji cili hijau
5 biji cili api merah
1 keping asam keping
5 keping daun limau purut [koyakkan]
3 s/b minyak
garam
bahan mesin
5 biji cili merah
7 biji ciliapi
1 inci kunyit hidup
2 batang serai [hiris halus]
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
3. Masukkan ikan, garam dan asam keping dan biarkab reneh sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan pula bahan sayuran dan renehkan sehingga naik minyak dan pekat.
5. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan dengan nasi putih atau roti.
|
|
|
|
|
|
|
|
IKAN SWEET SOUR
BAHAN-BAHANNYA
* 1 ekor ikan bawal atau kerapu
* 5 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 labu bawang besar ( untuk hiasan)
* 1/2 inci halia
* 4 sudu besar sos cili
* 4 sudu besar sos tomato
* 2 biji tomato
* sedikit air asam jawa
* garam dan serbuk perasa
* beberapa helai daun salad
* 1 tangkai daun bawang
* 1/2 sudu cilibo
CARA MEMBUATNYA
* Ikan dibersihkan dan disapu garam, serbuk kunyit dan cilibo dan digoreng hingga masak
* Bawang (merah dan putih) ditumbuk kemudian ditumis dengan 4 sudu minyak sehingga garing
* Masukkan sos cili dan sos tomato
* Apabila sudah digaul, masukkan air asam jawa
* 1 biji tomato dilenyek sehingga lumat dan masukkan ke dalam kuah yang telah disediakan
* Masukkan serbuk perasa
* Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng dan bawang besar yang telah dipotong bulat bulat.
* Biarkan mendidih selama 2 - 3 minit, kemudian angkat dan hidangkan
* Hiaskan dengan hirisan buah tomato yang dipotong bulat bulat serta daun salad dan daun bawang.
[archieved]
[ Last edited by Kacip_Fatimah at 13-2-2007 06:04 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TENGGIRI MASAK ASSAM
Bahan
4 keping ikan tenggiri [boleh gunakan ikan selar atau merah]
[bersihkan..gaulkan dngan kunyit dan garam..goreng saperti biasa..]
1 cawan air asam jawa [boleh gunakan cuka..3 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam
Bahan Mayang /hiris
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia 1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dimayangkan.
2. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
3. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
4. Hidangkan dengan nasi putih.
NOTA:
Kak liza selalu makan masa dalam pantang..cuma tambahkan lada hitam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tadi dalam Nona ada resepi yg Dayang Nurfaizah masak tu.Simple jer.Isi ikan bawal putih,cili yang ditumbuk,perahan limau kasturi,bawang besar,garam.Gaul rata je,tak perlu masak.Masakan Sarawak kot. |
|
|
|
|
|
|
|
me masak salmon letak cheese tabur atas ikan dan pudina. kemudian bakar, kira best jugaklah dan simple. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nano at 2-3-2006 12:59 PM
baru je dua hari lepas masak ikan tenggiri masak lemak ni...
urmm.. nak tanya kat forumer yg lain... ikan kerisi selalu nya korang buat masak apa selain dr goreng makan panas2 ...
...masak asam pedas pon sedap...taruk lady's fingers... |
|
|
|
|
|
|
diknur This user has been deleted
|
gulai ikan
assalamualaikum akak2 semua...
saya ni org baru....nak mintak resepi sikit..boleh?
saya ni kurang pandai memasak tapi berminat nak belajar..boleh tak akak2 ajarkan saya camana nak masak
gulai ikan..saya dah selak kat tread yg lepas2..tp takde pulak resepi yg cam sy nak ni...gulai ikan ni tak lah
berempah sgt dan bkn kari..sy pernah makan kat satu kedai tu..best betul gulainya,diorg pakai ikan yg
besar cam ikan merah/jenahak gtu ..tp lupa nak mintak resepinya pulak..tu lah nak ty ktsini kut2 akak tau
gulai yg saya maksudkan itu...kalo ada ..kasilah saya resepi nya ye..
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanieliza at 2-3-2006 02:08 PM
boleh juga buat sweet-sour..goreng berlado..singgang/asam rebus..
kak hani... ade resepi asam rebus utara tak?
yg letak daun kesom tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blackmore at 6-3-2006 12:28 AM
...masak asam pedas pon sedap...taruk lady's fingers...
yup... sedap kan?
tgh cari resepi asam pedas utara nih |
|
|
|
|
|
|
|
nano, asam rebus ke asam pedas? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidaaziz at 7-3-2006 01:26 PM
nano, asam rebus ke asam pedas?
dua-dua pon boleh...
so far nano ader resepi asam pedas johor/melaka...
nak yg belah utara punya |
|
|
|
|
|
|
|
nano, kalau asam rebus tu, lebih kurang singgang. biasa mak shida buat macam ni
2 ekor ikan kembung
3 bawang merah
1 bawang putih
sedikit belacan
sedikit kunyit hidup
1 serai dititik
1 sudu cili blender
2 asam keping
segenggam daun kesum
1. Tumbuk bawang, kunyit hidup & belacan
2. Masukkan bawang dah ditumbuk dan cili blende dalam periuk.
3. taruk air secukupnya
4. masukkan asam keping, daun kesum & serai titik. didihkan
5. bila dah mendidih masukkan ikan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|