View: 35919|Reply: 317
|
Perang: Georgia vs Russia - Update - Russia Isytihar Undur Tentera
[Copy link]
|
|
Georgia, Russia berperang
PERANG BERMULA: Tentera Georgia melancarkan
serangan roket ke atas puak pemisah di Ossetia Selatan
dari satu lokasi rahsia berhampiran Tskhinvali, semalam. - AFP
Tbilisi, Moscow hantar tentera untuk tawan wilayah Ossetia Selatan Selatan
DZHAVA: Beratus-ratus terbunuh selepas Georgia melancarkan operasi tentera besar-besaran bagi menawan semula wilayah yang keluar daripada pemerintahannya, Ossetia Selatan, menyebabkan Russia menghantar unit kereta kebalnya bagi melindungi wilayah pro-Moscow itu, semalam.
Pertempuran meletus antara tentera dua negara itu ketika dunia memberi tumpuan kepada sukan Olimpik di Beijing dengan ramai pemimpin termasuk Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, menghadirinya.
Tindakan Tbilisi itu dianggap idea Presiden Georgia Mikhail Saakashvili melakukan kejutan bagi memenuhi ikrarnya untuk menawan semula Ossetia Selatan yang dianggap faktor utama untuk beliau terus berkuasa.
Saakashvili bersetuju tindakan itu memang dirancang tetapi menuduh Russia sebagai pihak yang bertanggungjawab.
"Kebanyakan pemimpin (dunia) sedang bercuti. Saat terbaik untuk menyerang sebuah negara kecil," katanya. Pemimpin pemisah, Ossetia Selatan, Eduard Kokoity, pula mendakwa beratus-ratus orang awam maut.
KENA SERANG: Stesen televisyen Russia, Channel One
menyiarkan rakaman kereta kebal Georgia terbakar di Tskhinvali. - AFP
Konflik terbaru dianggap yang terburuk sejak perang wilayah itu mencapai kemerdekaan tidak rasmi selepas berperang dengan Georgia hingga 1992. Saksi berkata, ibu kota Ossetia Selatan, Tskhinvali, musnah.
"Saya nampak mayat bergelimpangan di jalan raya, sekitar bangunan rosak dan dalam kereta. Mustahil untuk mengira mereka sekarang. Kebanyakan bangunan sudah musnah," kata Lyudmila Ostayeva, 50, yang lari bersama keluarganya ke Dzhava, sebuah kampung dekat sempadan Russia.
Sepuluh askar pengaman Russia turut terbunuh dan 30 lagi cedera apabila berek mereka kena bedilan askar Georgia, kata jurucakap tentera darat Ossetia, Kolonel Igor Konashenkov.
Pegawai Ossetia Selatan pula berkata, tentera Georgia melancarkan serangan udara, kereta kebal dan artileri berat.
Askar Georgia juga melancarkan peluru berpandu ke arah Tskhinvali menyebabkan banyak bangunan terbakar. Hospital utama turut kena bedilan, lapor agensi berita Interfax.
Kementerian Luar Georgia melaporkan, pesawat Russia mengebom pangkalan udara tentera Georgia . Ia juga mengakui serangan udara Russia turut memusnahkan pangkalan udara Georgia. � AP
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pagi tadi dengar dah lebih seribu orang awak georgia mati akibat peperangan ni -
orang dok sebok2 dengan olympic dan bersatu padu -- masih lagi nak perang dan
membunuh sesama manusia --
[ Last edited by amazed at 2-9-2008 08:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Bandar Zugdidi di Georgia dibom tentera Russia
TBILISI: Bandar Zugdidi di Selatan Georgia kini sedang dibom tentera Russia, kata Menteri Perpaduan Georgia, Temur Yakobashvili, di sini.
揨ugdidi kini dibom," kata Yakobashvili dalam sidang akhbar ini di sini. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
AS amaran kepada Russia henti serangan
BEIJING: Rumah Putih hari ini memberi amaran keras kepada Russia supaya menghentikan serangan ke atas Georgia atau berdepan risiko retaknya hubungan kedua-dua negara.
Russia semakin menggandakan serangan bom ke atas negara yang disokong Amerika Syarikat, Georgia.
Awal hari ini, Georgia memerintahkan askarnya berundur dari ibu negara Ossetia Selatan apabila Russia melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas negara itu.
Penolong Penasihat Keselamatan Kebangsaan kepada Presiden George W. Bush, Jim Jeffrey, berkata Rumah Putih menyatakan dengan jelas sekiranya negara itu terus menggunakan cara kekerasan dan merbahaya, ia bakal memberi impak buruk terhadap hubungan AS-China. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
Armada Rusia tiba di Laut Hitam
seorang anggota tentera Rusia melintasi sebuah kereta kebal
Georgia di Tshinvali, Ossetia semalam.
MOSCOW - Tentera Rusia semalam menafikan ia menguatkuasakan sekatan laut ke atas Georgia selepas satu laporan menyebut kapal-kapal perang negara berkenaan digerakkan untuk menghalang penghantaran senjata ke pelabuhan-pelabuhan Georgia di Laut Hitam.
"Rusia tidak pernah mengambil tindakan sedemikian keatas Georgia," kata jurucakap tentera Rusia, Anatoly Nogovitsyn ketika berucap dalam satu sidang media.
Terdahulu, agensi berita Interfax, memetik satu sumber tentera laut Rusia sebagai berkata, kapal-kapal perang Rusia bergerak hampir ke perairan Georgia untuk menghalang senjata dan lain-lain bekalan tentera daripada sampai ke negara itu.
"Sekatan laut akan juga membantu menghalang peningkatan aktiviti ketenteraan di Abkhazia," tambah sumber itu.
Agensi berita RIA Novosti pula melaporkan seorang pegawai kanan tentera laut Rusia menafikan sekatan laut sedang dikuatkuasakan ke atas Georgia.
"Laporan-laporan itu bertentangan dengan realiti. Sekatan laut bermakna Rusia mengisytiharkan perang ke atas Georgia. Kita tidak berbuat demikian," kata sumber RIA Novosti.
Bagaimanapun, sumber berkenaan mengesahkan beberapa kapal perang dari Armada Laut Hitam Rusia sudah tiba di timur Laut Hitam, berhampiran Georgia.
Sumber berkenaan memberitahu, tugas kapal-kapal perang itu adalah untuk bersiap sedia membantu pelarian-pelarian perang yang terdiri daripada rakyat Rusia.
Kebenaran laporan itu disahkan apabila kerajaan Georgia semalam menyatakan bahawa 4,000 askar Rusia telah mendarat di pelabuhan Ochamchire di Abkhazia. - AFP
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
russia ni apa hal ye... orang nak beraman damai kat dunia ni ...
dia masih lagi nak perang sana sini... --- harap sangat PBB
ambil tindakan or do something -- ramai la nanti civilian yang
tak ada kena mengena yang jadi mangsa - |
|
|
|
|
|
|
|
Rusia kerah 10,000 lagi askar serang Georgia
KEMUSNAHAN DAN TANGISAN... Peperangan antara Rusia
dan Georgia yang memasuki hari ketiga semalam, telah
mengakibatkan lebih 2,000 terbunuh, puluhan ribu penduduk
menjadi pelarian dan banyak harta benda musnah. Gambar kiri
menunjukkan seorang wanita melihat kesan kemusnahan
di bandar Gori dekat Tbilisi. - AFP
TBILISI, Georgia 10 Ogos – Rusia menghantar 6,000 askar tambahan ke Georgia melalui jalan darat dan 4,000 lagi dengan kapal sebagai persiapan untuk menggempur wilayah bekas Kesatuan Soviet itu.
Ketua Jabatan Penerangan Kementerian Dalam Negeri Georgia, Shota Utiashvili berkata, Rusia menghantar askar tambahan itu beberapa jam lalu setelah menawan South Ossetia semalam.
Katanya, pesawat pejuang Rusia turut mengebom sebuah lapangan terbang tentera di luar bandar ini awal hari ini menyebabkan berlaku letupan kuat yang menggegarkan ibu negara Georgia itu.
Utiashvili berkata, tiga butir bom digugurkan ke atas lapangan terbang tentera milik kilang Tbilaviastroi, yang mengeluarkan jet pejuang Sukhoi Su-25 sejak zaman Kesatuan Soviet.
Sejak perang antara Georgia-Rusia itu meletus pada Jumaat lalu, seramai 2,000 telah terbunuh dan 30,000 yang lain menjadi pelarian.
Utiashvili juga berkata, Rusia telah memulakan operasi ketenteraan untuk menyerang gaung Kodori dalam wilayah Abkhazia, tetapi dinafikan oleh pihak Rusia.
Sementara itu, pihak pemisah di Abkhazia berkata, mereka telah menghantar 1,000 tentera ke kawasan itu yang dikawal oleh tentera Georgia sebagai kawasan strategik menghadap Laut Hitam.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempunyai pasukan pemantau antarabangsa di kawasan itu memberi amaran kemungkinan berlaku pertempuran kedua di barisan hadapan antara tentera Georgia dan Rusia.
“Operasi ketenteraan Rusia telah bermula. Pemindahan penduduk sedang dilakukan,” kata jurucakap kerajaan Raul Kiria.
Sementara itu, pihak pemisah Abkhazia mengisytiharkan wilayah itu diletakkan dalam keadaan berperang.
Abkhazia seperti South Ossetia telah keluar daripada pentadbiran Georgia pada awal tahun 1990-an.
– Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
gajah belasah kancil. bila geng2 NATO nak masok?....... |
|
|
|
|
|
|
|
Russia vs Georgia..
awat x ramai org discuss ekk..? x karen isu ke mende ni, huhu..
mcm dah dasyat je, nak2 time org dok berdamai kat olimpik, dorg g perang betul lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Russia vs Georgia adalah seakan Amerika Syarikat vs Puerto Rico |
|
|
|
|
|
|
|
macam tak jadi je US nak serang IRAN... |
|
|
|
|
|
|
|
Georgia mintak tolong kat US
dan Euro.
US buat tak reti
tapi Russia dah masuk dalam wilayah Abkhazia
macam nak ambik balik Georgia pulak ni ... |
|
|
|
|
|
|
|
gila ko Russia 345, 000 tentera lawan 12,000 tentera Georgia
russia dengan jet heli semua , Tblisi dengan AK cabuk
terpaksa panggil 2000 tentera yang bersekongkol dengan US kat Iraq suruh balik |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by budakjawa at 11-8-2008 09:04 PM
gila ko Russia 345, 000 tentera lawan 12,000 tentera Georgia
russia dengan jet heli semua , Tblisi dengan AK cabuk
terpaksa panggil 2000 tentera yang bersekongkol dengan US kat Iraq suruh balik
pejuang chechen lagi kurang pada tu...mampu buat russia perit.
actually..head to head battle sah sah rusia menang.
georgia memang atas kertas..takleh menang punya....
hanya perang gerilla dapat menangani masalah ni..tapi tak dpt menangani masalah yg bakal penduduk hadapi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by budakjawa at 11-8-2008 09:06 PM
nampak tak tak ikhlasnya negara yang tolong US dgn UK kat Iraq
semua pasal duduk bawah ketiak Bush Yuk
tu pasai sekarang Georgia melolong mintak tolong US
pasal dah tau nak kalah
Georgia m ...
georgia ada minyak tak? |
|
|
|
|
|
|
|
sebenatnya pasal ape diorg bole perang tu???
siap ramai yg terbunuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PutraMarhaen at 11-8-2008 13:06
pejuang chechen lagi kurang pada tu...mampu buat russia perit.
actually..head to head battle sah sah rusia menang.
georgia memang atas kertas..takleh menang punya....
hanya perang geri ...
kesian rakyat marhain
depa kata tentera Georgia tuang ayor kat basement
seksa bagai
suruh rakyat keluar jadik tentera Georgia
biasalah propaganda kata Georgia buat pembunuhan etnik
mengharapkan US masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Konflik Georgia-Rusia semakin meruncing
Oleh ISMAIL HASHIM YAHAYA
KETEGANGAN yang berlarutan antara Rusia dan negara bekas Kesatuan So- viet, Republik Georgia telah mencetuskan perang pada Jumaat lepas. Laporan berita Barat menyebut bahawa peperangan ini telah mengakibatkan ratusan orang awam mati dan ribuan lagi menjadi pelarian menyelamat nyawa mereka.
Daripada laporan media juga dapat ditanggapi bahawa tumpuan utama peperangan ialah usaha daripada pihak Georgia ingin menguasai lingkungan atau enklaf kawasan Ossetia Selatan, yang sedang berusaha membebaskan diri daripada penguasaan pusat (Georgia) dan telah berjuang mencapai kemerdekaan sejak 16 tahun lalu.
Tindakan Georgia ini mengundang campur tangan Rusia bagi menangkis serangan tersebut. Laporan juga mengehadkan kepada liputan peperangan antara Rusia dan Georgia dan tidak mendalami isu besar konflik daripada persengketaan yang berlaku.
Secara kritikalnya konfrantasi berdarah di Ossetia Selatan berpunca daripada dasar Amerika Syarikat (AS) yang imperialis mewujudkan hegemoninya ke atas sumber tenaga besar yang tidak diterokai secara meluas di Kaukasus dan Asia Tengah.
Biasanya penonjolan dasar luar AS sering diperlihatkan melalui kekuatan tenteranya atau melalui diplomasi kapal perang (gun boat diplomcy).
Keadaan ini tentunya mencabar elit berkuasa di Moscow yang ingin mencengkam kuasa mereka di rantau tersebut setelah runtuhnya kekuasaan empayar Kesatuan Soviet pada 1991.
Ketegangan antara Washington dan Moscow - kuasa utama nuklear dunia - mencetuskan suasana tegang di Kaukasus.
Keadaan antara dua negara ini diperhebatkan lagi melalui usaha-usaha pentadbiran Presiden AS, George W. Bush yang ingin memasukkan Georgia ke dalam perikatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), langkah yang di- anggap Moscow sebagai suatu cubaan pengepungan ketenteraan ke atas Rusia.
Rejim Georgia pro-AS, President Mikheil Saakashvili telah menghantar unit ketenteraan ke Ossetia Selatan pada pagi Khamis lalu selepas mendakwa bahawa pemisah Ossetian Selatan telah melanggar gencatan senjata unilateral yang diisytiharkan Tbilisi, ibu negara Georgia.
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menuduh Georgia menjalankan keganasan dengan tujuan memaksa penduduk Ossetia melarikan diri. "Kami menerima laporan bahawa dasar pembersihan etnik dikendalikan di Ossetia Selatan, dengan meningkatkan kebimbangan, jumlah pelarian sedang meningkat kerana menyelamatkan nyawa," kata Lavrov.
Menurut Moscow, antara yang mati adalah sepuluh orang tentera pengamannya sementara 30 lagi tercedera daripada serangan ke atas berek tentera oleh tentera Georgia. Tentera pengaman dihantar sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dimeterai antara Moscow, Tbilisi and Ossetia Selatan bagi menamatkan peperangan yang tercetus berikutan pembubaran negeri-negeri atau wilayah-wilayah di bawah Kesatuan Soviet dan usaha-usaha penduduk Ossetia Selatan dan Abkhazia yang ingin memisahkan diri daripada Georgia.
Penduduk di kedua-dua kawasan tersebut bimbang regim Georgia yang baru merdeka akan menghapuskan status autonomi yang dinikmati mereka.
Maka sejak itu Tbilisi menuduh tentera Rusia menyokong tentera Ossetian Selatan. Rusia beranggapan kematian tenteranya dan penduduk awam sebagai justifikasi untuk menghantar tenteranya ke Ossetia Selatan.
Mereka pun bertempur dalam peperangan sengit dengan unit tentera Georgia yang dibawah kawalan Tskhinvali.
Campur tanganBayangkan daripada konflik pemisah di Georgia telah bertukar menjadi peperangan antara dua negara Georgia dan Rusia yang mungkin akan membawa campurtangan AS pula.
Kepentingan AS di Georgia dilihat sebagai penghubung dan pembuka laluan utama kepada sumber minyak dan gas berharga di Lembangan Kaspia dan sebagai laluan strategik bagi menyalurkan minyak ke luar rantau tersebut dengan memintasi Rusia atau pun Iran.
Saluran paip Baku-Tbilisi-Ceyhan (BTC) sejauh 1,770km (1,100 batu) yang siap tahun lalu mengepam sehingga 1 juta tong minyak sehari dari Baku di Azerbaijan ke Yumurtalik, Turki dan akan dipunggah ke kapal tangki untuk dihantar ke Eropah dan AS. Sekitar 249km laluan melalui Georgia, dengan bahagian 55km melalui Ossetia Selatan. Ia tentunya akan mempengaruhi harga minyak di pasaran dunia.
Bagi mengukuhkan hubungan dengan rejim Georgia, Washington telah menyediakan ratusan juta dolar dalam bantuan ketenteraan sementara menghantar sejumlah besar pelatih tentera AS ke sana.
Sejumlah 2,000 kontinjen tentera Georgia di Iraq dan ia merupakan kontijen tentera ketiga besar di sana. Tbilisi juga mengharapkan bantuan sejumlah 1,000 tentera AS bagi membantu mereka menentang Rusia di Ossetia Selatan.
Bulan lalu, Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice semasa membuat lawatan ke Tbilisi telah menyelar sikap Rusia terhadap Georgia dan mengulangi sokongan AS yang menjadikannya sebagai ahli NATO.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal menyokong resolusi Rusia supaya menghentikan segala peperangan kerana penentangan Washington terhadap klausa yang menggesa semua pihak "menghentikan segala penggunaan kekerasan".
Ini dengan jelas menunjukkan sokongan AS ke atas tindakan ketenteraan yang diambil Georgia.
Cetusan perang melalui hasutan dan dasar provokasi AS sejak runtuhnya Empayar Kesatuan Soviet 17 tahun lalu telah mengakibatkan berlakunya banyak konflik dalam negeri bekas Kesatuan Soviet itu. AS telah berjaya memanipulasi keadaan untuk tujuan ketenteraan dan hegemoni ekonomi kapitalis mereka dan ia dapat dilihat dengan perang saudara di bekas Republik Yugoslavia.
Persoalannya sekarang adakah ini bermakna AS akan campur tangan dalam konflik dan perang terbuka antara Georgia dan Rusia? Jika AS campur tangan ia akan membawa kepada konflik terbuka di wilayah Kaukasia ini.
Ia juga merupakan ketegangan terbuka antara AS dan Rusia yang sedang pun berada dalam perang dingin khususnya dalam isu AS dan Iran |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by budakjawa at 11-8-2008 09:08 PM
kesian rakyat marhain
depa kata tentera Georgia tuang ayor kat basement
seksa bagai
suruh rakyat keluar jadik tentera Georgia
biasalah propaganda kata Georgia buat pembunuhan etnik
me ...
aku teringat masa pejuang chechen yg desperate masuk dlm wilayah russia..tawan 1 sekolah..(aku sebenarnya tak sokong pun tindakan ni..namun mereka sebenarnya nak attention dunia je)..
masa ni tawanan banyak terbunuh sebab tentera russia menyerbu secara lansung....tanpa mengira nyawa tahanan didalamnya....
georgia memang memerlukan perhatian dunia....dan malangnya....tumpuan dunia tertumpu pada olimpik kini.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|