View: 6669|Reply: 66
|
Spiritual Intelligence..
[Copy link]
|
|
IQ works on reference and comparison. Mind always needs two points to process, to compare which one is more right than another. Mind doesnt know the absolute right or wrong. When it comes to life, mind will always serve it's master, as it's master is always right. It will choose the best for YOU, go to hell with others.
EQ (emotional intelligence) works on the mind and body environment, what we call emotion. EQ at heart encompasses its master's mind, and the others' mind. The feeling of being loved and to love. When it comes to life, it serve it's master while considering other's master. This gives birth to popular term win win situation, or Buddha called it "The middle way" principle, it is not my way, not your way, but it is our way.
But, How middle is the middle way?
When a resourceful party meet with an unresourceful party, how would you expect the middle way is exactly at the middle? Which the win win situation at the first place perceived like win win but in long term it is actually a win loose situation? When the wise can manipulate the dumb! Or both are dumbs!
What can control this wise guy not to make his own middle way for his own sake?
It is SQ, spiritual intelligence. To see the creation as a whole, to believe in God and serve Him to give the best for His creation and whatever he does, he does the best for the whole population, and creation.
It is a strength to drive the win win situation into the true win win situation as exact as possible. It is vision to inspire others to believe that the religion suggest the best for the future, while there is nothing your IQ, EQ can do about it except to surrender to the creator.
SQ comes first to think of a choice in front, therefore, RIGHT OR WRONG is certainly NOT A CHOICE and will never come to the MIND. it is just either GOOD OR BETTER.
You need this SQ to purify your heart, and then to follow the heart voices. Where the natural law (fitrah) is embedded on it since you were born. They are the voices of God. When you always know what is right to do, but for some REASONS, you just do otherwise. And the Mind knows that GOD deserves to know WHY, while SQ clearly tells you that GOD deserves everything!
Islam is the truth, but the truth is useless if you perceive it with your distorted mind, dirty heart, and zero FEELING towards the religion. So, please, use your brain to think of AYAAT Allah, don't chew it and swallow blindly, it is to carve the feeling onto the heart, when the time you just open the door and taste "halawatul iman".
If you have time to read --> Spiritual Intelligence
[ Last edited by kubakoya at 9-8-2008 11:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Spread my words..
truth is foul when you DONT KNOW,
truth can be anything as you wish,
The Book is truth as it is,
The Book is foul as how you see,
look at us,
Why can't we think properly?
About our religion.. |
|
|
|
|
|
|
|
Khairi,
Masaalah sekarang adalah ramai yg tidak mahu berfikir, mereka sebenarnya lebih menggunakan memori dr menggunakan akal, daripada berfikir.... berapa ramai yg sembahyang? dan yg sembahyang pulak berapa ramai yg khusyuk? if most part of the brain is not active especially the frontal cortex, manusia sebenarnya tidak berfikir, tiada free choice. Mereka sebenarnya hanya menjadi robot yg diprogramkan oleh tv, media, berita, radio, rakan2 dan termasuklah AF 1/2/3/4 dan banyak lagi... mereka hidup tanpa "free will" sebenarnya, that why gomen control giler 2 media bcoz they know itu yg kebanyakan org percaya dan akan ikut.
That's why 1st ayat quran Iqra... baca, kita semua kena membaca, belajar benda2 baru, something that can make out brain start thinking, bukan membaca gossip2 artis bila dia nak kawin, bila dia nak beranak etc, baca apa sahaja yg membina minda, termasuklah baca alquran itu sendiri tetapi amat baik jika difahamkan maknanya sekali.
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Baca dgn niat untuk mengagungkan diriNya.. Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
They don't have the free will,
They are bounded,
to the scripts,
Why?
They are afraid of themselves,
because they know they can think,
but they are afraid to think,
so they refuse,
they are afraid to be too smart,
as if they can breach the scripts,
That they don't know the scripts are unbreakable,
by the mind,
but yet,
they are just blinded by illusions,
Illusion that show them the flaws,
then they hide the flaws,
without thinking of it..
Then Allah asked,
Why are you running away from the war?
What is your answer then? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kubakoya at 9-8-2008 11:34 PM
IQ works on reference and comparison. Mind always needs two points to process, to compare which one is more right than another. Mind doesnt know the absolute right or wrong. When it comes to life ...
Bahasa cendikiawan aku tak paham...boleh berikan dalkam bahasa yang mudah difahami orang kampong macam saya nih tak? Terimakaseh........
|
|
|
|
|
|
|
|
KITA HENDAKLAH MERUJUK KEMBALI KPD WAHYU ILAHI YAITU ALQURAN, AS SUNNAH DAN ULAMAK KERANA KONSEP DAN TANGGAPAN TAUHID MEREKA ADALAH BERDASARKAN DARI WAHYU ILAHI.
APA SAHAJA YG DI KETAHUI MELALUI EQ, SQ, KASYAF DLL ADALAH SEMATA2 HANYA PANDANGAN ATAU PENGALAMAN DIRI SESEORG ITU SAHAJA ( SUBJEKTIF ) DAN TIDAK ADA KEBENARAN LANGSUNG DARI SEGI PANDANGAN LUAR DARI DIRI ( OBJEKTIF ). PENDEK KATA, ALLAH SWT ITU TIDAK DAPAT DI KETAHUI MELALUI PENGALAMAN ATAU PANDANGAN KEROHANIAN.
OLEH YG DEMIKIAN, BERIMAN KPD YG GHAIB ITU TIDAK BOLEH DI ELAKKAN. IMAN ITU WAJIB DI ADAKAN. KEIMANAN SEPERTI ITU HANYA MUNGKIN BILA FIKIRAN DAN KHAYALAN TELAH PENAT DLM USAHANYA UTK MENCARI ALLAH SWT. MAKA TIMBULLAH KESEDARAN ( MAKRIFAT/SELF REALISATION ) BAHAWA ALLAH ITU TIDAK DAPAT DI CAPAI, DI ALAMI DAN DI KETAHUI. ITU LAH YG SEBENAR2 NYA KERANA JANGKAUAN FIKIRAN DAN KASYAF KITA INI ADALAH TERHAD DAN TERBATAS. SEDANGKAN ALLAH SWT ITU MAHA TINGGI LAGI MAHA SUCI.
JIKA ADA KEMUNGKINAN BAGI KITA UTK MENGETAHUI APA SAHAJA DI SAMPING ITU BERKENAAN ALLAH SWT, MAKA ITU ADALAH MELALUI WAHYU ILAHI DAN AS SUNNAH. OLEH ITU , KITA MESTILAH MENGIKUT PENDAPAT ULAMAK TAUHID KRN MEREKA MENDAPAT KONSEP TENTANG ZAT DAN SIFAT2 ALLAH ITU SEMATA2 MELALUI WAHYU ILAHI DAN AS SUNNAH.
MAKRIFAT YG SEBENARNYA IALAH MANUSIA ITU HENDAK LAH MENYEDARI BAHAWA DIA TIDAK SANGGUP DAN BERDAYA UPAYA UTK MENGETAHUI ALLAH SWT.
KATA SAYYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ RA : " MENYEDARI KE TIDAK SANGGUPAN DAN KETIDAK UPAYAAN SENDIRI UTK MENGETAHUI ATAU MENGENAL DIA, ITULAH YG SEBENAR NYA " MAKRIFAT " ( self realisations ). MAHA SUCI DIA YG TIDAK MEMBUKA JALAN KPD HAMBA NYA UTK MENEMUI DIA, KECUALI MELALUI " KESEDARAN " TENTANG TIDAK UPAYA DAN TIDAK SANGGUP HAMBA ITU MENGENAL ATAU MENGETAHUI DIA DGN SEBENAR2NYA " .
WALLAHU A'LAM ...
[ Last edited by sirri_khafi at 13-8-2008 09:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 manakautau's post
Thanks sirri khaffi..
Ilmu itu betul2 meninggikan manusia dari yg lainnya. Dan ilmu dan amal akan membuka lembaran baru dalam pemikiran yg memberi satu perasaan kepada hati untuk mempercayai.
Ilmu perlu dicari di dalam sempadan yg termampu, bukan menyerahkan kepada iman tanpa ilmu.
iman tanpa ilmu adalah buta dan membutakan.
melahirkan generasi muslim yg hipokrit dalam beragama. buih2 yg nampak berkilauan byknya tetapi kosong dan takde harga.
muslim yg berdoa tetapi tidak tahu sepatah pun apa yg didoakannya, dan membiarkannya begitu sekadar menunaikan bukan memahami.
keimanan itu merupakan lapisan pencapaian ilmu di paras yg tinggi.. jangan sangka dapat cuma beriman tanpa mencari seperti Nabi Musa, Nabi Ibrahim, dan Nabi Muhammad sendiri di gua Hirak.
Sedangkan kita, baca dan percaya, baca dan percaya.. adakah benar begitu?
siapa yg boleh beritahu keimanan anda itu betul orientasinya atau salah kalau bukan hati anda sendiri?
Dengarlah suara hati anda..
Jawablah persoalannya bersungguh2, jgn dibantah, dan dicantas dengan iman tanpa ilmu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 kubakoya's post
ALLAH SWT itu AL HADI ( penbimbing ). dia membimbing manusia yg jahil melalui rasul2 NYA ...
DIA yg memberitahu kpd kita apa yg di redhoi NYA dan apa yg tidak di redhoi NYA, apa yg memberi manfaat dan apa yg memberi mudharat, dlm dunia dan di akhirat kelak ...
kemudian, ketahui lah ...
suatu ilmu yg tidak di ketahui dlm bentuk " KEYAQINAN ", maka ia adalah ilmu yg tidak menjadi pegangan dan tidak mempunyai unsur2 keselamatan dan seterusnya setiap ilmu yg tidak mempunyai unsur2 itu, maka ia bukanlah ILMU YG YAQIN ( ILMUL YAQIEEN ) ....
jahil tentang ALLAH SWT sebagai racun yg membinasakan. derhaka pd ALLAH SWT dgn cara mengikuti hawa nafsu adalah penyakit yg sungguh menderitakan. makrifat kpd ALLAH SWT adalah penawar yg menyegarkan. taat kpd ALLAH SWT dgn menahan hawa nafsu adalah ubat yg sangat mujarab.
keistimewaan ubat2 dapat menambahkan kesihatan tubuh, dimana ahli cerdik pandai tidak dapat mengesan dgn daya pemikiran shj kecuali dgn menurut pendapat para doktor ...
begitu juga dgn golongan para nabi AS, mereka adalah golongan yg terpilih ...
oleh itu teranglah kpd kita secara pasti bahawa PENAWAR IBADAT itu serta batas dan ukuran nya adalah di tentukan oleh para nabi AS melalui WAHYU ILAHI. dan tidak dapat di fikir kan oleh daya pemikiran bijak pandai shj, bahkan WAJIB menurut para nabi AS yg dapat mencapai BIDANG YG KHUSUS ini dgn UNSUR KENABIAN, bukannya dgn hujjah2 akal ...
seperti ibadat2 yg menjadi ubat kpd hati, ianya terdiri berbagai cara lakuan, jenis serta ukuran2nya. di sebalik perkara2 ini, terdapat rahsia2 tertentu yg telah di pilih khusus yg ianya dapat di selidiki melalui unsur kenabian. adalah bodoh sesiapa yg cuba utk buat kesimpulan tentang rahsia2 tadi dgn hanya melalui kebijaksanaan akal fikiran semata2. ataupun dia menyangka sesuatu itu berlaku secara kebetulan shj, bukannya dari rahsia2 ketuhanan yg ada pd nya dan berlaku mengikut jalan yg telah di tentukan oleh NYA.
ringkasnya para nabi AS merupakan tabib2 kpd penyakit2 hati. sesungguhnya pemikiran dan amalan para nabi AS lah yg menerangkan kpd kita tentang perkara tadi serta mengakui kebenaran setiap nabi AS. kita menyerah kpd para nabi AS seperti menyerahnya org2 buta kpd org2 yg celik.
maka, terimalah kata2 para nabi AS, kerana mereka lah yg lebih tahu hakikat KEBENARAN.
ALQURAN dan AS SUNNAH adalah ILMU YG PASTI yg sudah sampai ke peringkat yg tidak dapat di capai oleh akal dan pancaindera . perkara ini tidak dapat di capai oleh org2 awam kecuali org2 yg mendapat taufik dan petunjuk NYA.
WALLAHU A'LAM ...
[ Last edited by sirri_khafi at 14-8-2008 03:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
manakautau,
ketaksuban itu hanya dapat ddihindari dengan ilmu..
di dalam mana2 agama pun, ketaksuban itu wujud oleh akal2 pendek yg menurut..
yg merasa iman yg ada sudah cukup tanpa perlu dilapik oleh pemahaman,
pemahaman akal, hati dan ruh..
lalu selain yg ada di akalnya, semua salah.. maka byklah yg salah,
tidak hairanlah fikiran muslim sekarang yg begitu sempit sesempit sempitnya,
Maka kerana itu Islam memandang tinggi kepada org yg berilmu bukan org yg menurut..
ilmu yg kekal ialah ilmu yg difahami, bukan yg dihafal.
Janganlah menurut seolah2 rasulullah masih ada di depan mata..
tidakkah kita tahu bhw rasulullah meninggalkan kita dengan ilmu bukan dengan iman,
iman itu datangnya dari ilmu, dan ilmu itu memberi jawapan kepada persoalan2 hati,
maka jgnlah kamu byk mempersoalkan soal2 remeh dalam agama,
kerana itu menunjukkan lemahnya aqal kamu di dalam berfikiran, dan malasnya kamu untuk memahami ilmu.
Bukan kah kejadian Allah ini bukti untuk org2 yg berakal dan mahu menggunakan akalnya?
maka bangunlah,
akal yg sihat dibimbing dengan hati,
hati yg sihat dibimbing dengan ilmu,
dan ilmu yg sihat dibimbing oleh ruh yg mahu mengenal tuhannya, dan menyedari hakikat hidupnya,
dan menyedari hakikat matinya, ruh yg sihat dan didengari, bukan ruh yg mati dengan ikutan2 buta.
maka ketahuilah akal itu seperti pedang,
salah tempat digunakannya mudharatlah hasilnya, betul tempat digunakannya eloklah hasilnya,
Ingatlah kwn,
otak ini dibuat oleh material dunia,
gunakan ia sebaiknya untuk dunia,
ruhani ini asalnya dari luar litupan dunia,
gunakan ia sebaiknya untuk akhirat,
dunia ini terbatas maka akal juga terbatas,
ruhani lebih tahu apa yg ada diluar batasan itu,
BERFIKIR ITU BUKAN FUNGSI AKAL SEMATA-MATA,
[ Last edited by kubakoya at 14-8-2008 11:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 kubakoya\ catat
In suka membaca tulisan kamu, dan turut mmbenarkannya....
jazakallah, dgn tulisan2 yg bguna ini.... |
|
|
|
|
|
|
|
sesiapa yg bergantung kpd intelek, pertimbangan akalnya dan kepandaiannya utk mengetahui hubungan antara dunia ini dgn TUHAN, KUDRAT, ILMU dan RAHMAT NYA, pasti gagal walaupun dia bijak dan berpengetahuan luas dlm bidang ilmu lain. kejayaannya pasti tidak dapat lari dari salah faham dan fakta2 yg tidak benar. org2 seperti ini dinyatakan oleh ALLAH SWT dlm FIRMAN NYA :
" BEGINI LAH KAMU, KAMU INI ( SEWAJAR NYA ) BANTAH MEMBANTAH TENTANG HAL YG KAMU KETAHUI, MAKA KENAPA KAMU BANTAH MEMBANTAH TENTANG HAL YG TIDAK KAMU KETAHUI ?, ALLAH MENGETAHUI SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI. "
SURAH ALI 'IMRON AYAT 66 ...
menurut seorg ulamak, mujaddid alf thaniy syeikh ahmad al faruqi RAH , beliau menulis : " sekiranya akal manusia mampu menyelesaikan masaalah ini, ahli2 falsafah greek yg mempercayainya tentu tidak akan terpesong ke lembah kejahilan. mereka mungkin akan lebih sedar mengenai zat agung, tetapi mereka adalah org2 yg keras kepala dan menganggap TUHAN sebagai satu zat yg lemah dan tidak berfungsi".
para rasul AS bukan shj menyampaikan ILMU YG HAQ, tetapi KEIMANAN TERHADAP ILMU itu sendiri. ilmu memanglah satu perkara yg besar tetapi KEIMANAN TERHADAP ILMU itu sendiri LEBIH BESAR.
TANPA IMAN, ILMU HANYALAH SEKADAR MAINAN KATA2, SATU KEMEWAHAN DLM KHAZANAH 'AQAL, SUATU KEBATHILAN DAN KEKUSUTAN HATI SEMATA2.
para rasul memberikan ILMU YG SOHEH kpd pengikut mereka dan juga KEIMANAN YG TEGUH AKAN ILMU TERSEBUT.
di pihak pengikut pula, mereka MEYAKINI AKAN APA YG DI PELAJARI DAN TELAH MENGORBANKAN NYAWA MEREKA SENDIRI DEMI KEYAKINAN INI. 'AQAL MEREKA DISINARI DGN CAHAYA ILMU KENABIAN DAN HATI MEREKA DI PERKUKUHKAN DGN KEIMANAN.
bacalah kisah2 yg memancarkan IMAN mereka ( para2 sahabat RA) di dlm buku2 sejarah islam, dan cubalah anda cari kesan2 yg di timbulkan oleh KEIMANAN mereka ke atas dunia di sekeliling anda.
seandainya iman bersama2 kita hari ini, kenapakah nilai2 akhlaq begitu rendah sekali, kelalaian amat berleluasa dan penyelewengan begitu bermaharaja lela ? adakah ini semua berlaku kerana tiada ilmu ? tidakkah manusia tahu bahawa mencuri itu satu kesalahan, bahawa rasuah tidak di benarkan dan menyeluk saku juga salah ?
sebaliknya, apa yg kita saksikan adalah di tempat yg berlimpah ruah dgn ilmu, kemungkaran juga membiak. org2 yg menulis buku tentang rasuah lebih bersalah dlm hal ini. merekalah pencuri2 yg cekap lantaran mereka tahu natijah2 buruk dari amalan rasuah ini.
perhatikan shj penyeluk2 saku. anda akan lihat sudah ramai diantara mereka yg di penjarakan. siapakah yg lebih " sedar dan tahu " akan akibat2 amalan menyeluk saku ini ? kalau ilmu semata2 sudah memadai, tiada seorg pun yg akan mengulangi perbuatan tersebut selepas di hukum.
biarlah kita ambil ilmu atas kedudukannya sendiri. akan tetpi, dimanakah jaminan bahawa satu keazaman yg bersungguh2 utk beramal di atas ilmu tersebut akan turut menyusul ? ramai org tahu bahawa meminum arak adalah satu maksiat tetapi merekatetap meneruskan amalan ini. ramai doktor yg mengetahui bahawa berlebih2an dlm makan minum tidak baik, tapi masyarakat tetap melakukannya.
hakikatnya adalah, dorongan dari dlm ( iman ) utk beramal begitu kosong sekali di jiwa mereka dan hasrat utk memelihara kesihatan begitu rapuh sekali.
[ Last edited by sirri_khafi at 15-8-2008 02:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
FIRMAN ALLAH SWT :
" SESUNGGUHNYA YG MEWAJIBKAN ATAS MU ( MELAKSANAKAN HUKUM2 ) ALQURAN BENAR2 AKAN MENGEMBALIKAN KAMU KE TEMPAT KEMBALI. KATAKANLAH : " TUHAN KU YG MENGETAHUI ORG YG MEMBAWA PETUNJUK DAN ORG YG DLM KESESATAN YG NYATA ".
" DAN KAMU TIDAK PERNAH MENGHARAP AGAR ALQURAN DI TURUNKAN KPD MU, TETAPI IA ( DITURUNKAN ) KERANA SUATU RAHMAT YG BESAR DARI TUHAN MU, SEBAB ITU JANGAN LAH SEKALI2 KAMU MENJADI PENOLONG BAGI ORG2 KAFIR ".
SURAH ALQOSOS AYAT 85 & 86 ...
ALLAH SWT BERFIRMAN :
" DAN DEMIKIAN LAH KAMI WAHYUKAN KPD MU WAHYU ( ALQURAN ) DGN PERINTAH KAMI. SEBELUMNYA KAMU TIDAKLAH MENGETAHUI APAKAH ALKITAB ( AL QURAN ) DAN TIDAK PULA MENGETAHUI APAKAH IMAN ITU, TETAPI KAMI MENJADIKAN ALQURAN ITU CAHAYA, YG KAMI TUNJUKI DGN DIA SIAPA YG KAMI KEHENDAKI DI ANTARA HAMBA2 KAMI. DAN SESUNGGUHNYA ENGKAU BENAR2 MEMBERI PETUNJUK KPD JALAN YG LURUS ".
SURAH ASY SYUUUROOO AYAT 52 ...
ALLAH SWT BERFIRMAN :
" DAN TIADALAH YG DI UCAPKAN NYA ITU ( ALQURAN ) MENURUT KEMAHUAN HAWA NAFSU NYA ".
" UCAPAN NYA ITU TIADA LAIN HANYALAH WAHYU YG DI WAHYU KAN ( KPD NYA ) ".
SURAH AN NAJM AYAT 3 & 4 ...
FIRMAN NYA :
" DAN APABILA DI BACAKAN KPD MEREKA AYAT2 KAMI YG NYATA, ORG2 YG TIDAK MENGHARAPKAN PERTEMUAN DGN KAMI BERKATA : " DTGKANLAH ALQURAN YG LAIN DARI INI ATAU GANTILAH DIA ". KATAKANLAH : " TIDAKLAH PATUT BAGI KU MENGGANTINYA DARI PIHAK DIRI KU SENDIRI. AKU TIDAK MENGIKUT KECUALI APA YG DI WAHYU KAN KPD KU. SESUNGGUHNYA AKU TAKUT JIKA MENDERHAKAI TUHAN KU KPD SIKSA HARI YG BESAR ( KIAMAT ) ".
SURAH YUNUS AYAT 15 ...
FIRMAN NYA LAGI :
" MAKA JANGAN LAH KAMU IKUTI ORG2 YG MENDUSTAKAN ( AYAT2 ALLAH ) ".
" MAKA MEREKA MENGINGINKAN SUPAYA KAMU BERSIKAP LUNAK LALU MEREKA BERSIKAP LUNAK ( PULA KPD MU ) ".
SURAH AL QOLAM AYAT 8 & 9 ...
DIA BERFIRMAN :
" MAKA AKU BERSUMPAH DGN APA YG KAMU LIHAT ".
" DAN DGN APA YG TIDAK KAMU LIHAT ".
" SESUNGGUHNYA ALQURAN ITU ADALAH BENAR2 WAHYU ( ALLAH YG DI TURUNKAN KPD ) RASUL YG MULIA ".
" DAN ALQURAN ITU BUKANLAH PERKATAAN SEORG PENYAIR. SEDIKIT SEKALI KAMU BERIMAN KPD NYA ".
" DAN BUKAN PULA PERKATAAN TUKANG TILIK ( BOMOH, DUKUN DLL). SEDIKIT SEKALI KAMU MENGAMBIL PELAJARAN DRPD NYA".
" IA ADALAH WAHYU YG DI TURUNKAN DARI TUHAN SEMESTA ALAM ".
" SEANDAINYA DIA ( MUHAMMAD ) MENGADA2KAN SEBAHAGIAN PERKATAAN ATAS ( NAMA ) KAMI ",
" NESCAYA BENAR2 KAMI PEGANG DIA PD TANGAN KANAN NYA ".
" KEMUDIAN BENAR2 KAMI POTONG URAT TALI JANTUNG NYA ".
" MAKA SEKALI2 TIDAK ADA SEORG PUN DARI KAMU YG DAPAT MENGHALANGI ( KAMI ), DARI PEMOTONGAN URAT NADI ITU ".
" DAN SESUNGGUHNYA ALQURAN ITU BENAR2 SUATU PELAJARAN BAGI ORG2 YG BERTAQWA ".
" DAN SESUNGGUHNYA KAMI BENAR2 MENGETAHUI BAHAWA DI ANTARA KAMU ADA ORG YG MENDUSTAKAN ( NYA ) ".
" DAN SESUNGGUHNYA ALQURAN ITU BENAR2 JADI PENYESALAN BAGI ORG2 KAFIR ( DI AKHIRAT ) ".
" DAN SESUNGGUHNYA ALQURAN ITU BENAR2 KEBENARAN YG DI YAKINI ".
" MAKA BERTASBIHLAH DGN ( MENYEBUT ) NAMA TUHAN MU YG MAHA BESAR ".
SURAH AL HAQQOH AYAT 38 HINGGA 52 ...
WALLAHU A'LAM ...
[ Last edited by sirri_khafi at 15-8-2008 02:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks indah,
Thanks sirri khaffi juga di atas ayat2 yg telah dibaca,
Walaupun pendapat aku dan kamu nampak bertentangan percayalah, semua kita menuju ke tempat yg sama,
cuma di lane yg berbeda, dan menentukan jauh dekat perjalanannya.
Perbincangan insyaAllah dapat mencari jalan tengah yg optimum untuk kita masing2 muhasabah balik apa yg terukir di fikiran kita samada benar atau tidak.
Islam itu tetaplah benar, tetapi ingat, PERSEPSI terhadap Islam yg mudah terpesong,
Truth is truth as it is, but it can be foul as how you see it..
kerana budaya memperturunkan ibadat tanpa ilmu yg difahami oleh akal dan hati yg tunduk..
Hadith dan Quran tidak berbeza dari dulu dan sekarang, mengapa mentaliti muslim begitu berbeda?
PERSEPSI.
Allah di zaman Rasulullah dan Allah di zaman sekarang sama saja, mengapa penganut ugama Allah sekarang begitu berbeza?
PERSEPSI.
persepsi bukan keimanan, tetapi medium untuk meletakkan iman itu sendiri. Itulah aku, kamu dan mereka.
Islam itu seperti air yg jernih, tetapi dituangkan di dalam bekas yg berdebu. Apa gunanya?
Sebelum anda meniupkan ruh keimanan ke dalam pewaris anda iaitu anak2, isteri2, perelokkan dulu bekas itu,
perelokkan dulu cara berfikirnya, perelokkkan rasionaliti nya,
maka ilmu dan iman yg anda akan sampaikan akan masuk terus ke dalam lubuk hatinya.
Tanpa BANGKANGAN senyap, meletup bila tiba masa matangnya.
Aku mampu membacakan ayat2 dan hadith2 untuk menyokong aku, tetapi biarlah aku tetap berdiri sendiri di sini,
kerana aku percaya, hati kita semua sama, aku perlu mencuitnya supaya kamu merasai apa yang aku rasa.
Ketahuilah,
IMAN ITU IALAH AKAL YG TUNDUK.
Akal yg buntu memikirkan penciptaan Allah, tatkala hati merasai "sesuatu" di sebalik kebuntuan akal.
Maka tunduklah ia berdua dengan rela menyedari kelemahan diri.
Tapi awas,
Jangan tundukkan akal dengan paksaan,
Kerana ia akan membantah, dan selamanya kamu akan berada di dalam penipuan diri sendiri.
Lantaran hati yg tumpul di dalam melihat kehidupan dari sudut yg LUAS.
Tatkala itu,
Iman menjadi seperti penjara, sedikit saja berlobang,
ramailah akan memboloskan diri keluar.. [seperti yg berlaku,brader tak puasa tipu pegawai penguasa degan rupanya yg mirip cina, berita tahun lepas]
Sedangkan iman itu syurga [halawatul iman]
sepatutnya akan dibolosi masuk segenap penjuru.
Ketahuilah!
Agama bukan penjaga kelakuan kamu,
Agama mengajar kamu untuk menjaga perlakuan kamu sendiri..
Maka beruntunglah org yg takut kepada Allah di saat dia bersendirian,
Tetapi sekarang...
Mengapa jadi yg tidak sepatutnya?
kerana dia merasai agama adalah sesuatu yg memaksa,
kewajipan itu sesuatu yg memaksa,
solat itu sesuatu yg memaksa,
Kerana di hatinya berlegar satu huruf,
Y... Y... Y.. Why?
YG TIDAK PERNAH DIJAWAB dengan jawapan yg boleh DIHORMATI, dan DIKESAN OLEH HATI.
Maka tidakkah mereka berjalan di muka bumi melihat kejadian Allah dan dengan itu mereka berfikir akan kebesaran Allah dan dengan itu mereka beriman?
Maka hendaklah kita mencari ilmu logik Allah untuk persembahkan keserasian logik dengan agama Allah, agama yg tidak logik adalah tahyul seperti agama yg mengharamkan seks.
Allah ciptakan hukum graviti, Allah juga yg ciptakan hukum hudud. Semuanya harmoni dengan kehendak manusia. Bagaimana harus kamu mengatakan Islam itu tidak logik?
Maka cabarlah akal mereka, dan tundukkan ia, insyaAllah iman akan dpt mereka rasai di hati.
Seperti kurniaan mukjizat Allah kepada Rasulullah untuk mencabar logik puak arab, supaya mereka lihat dengan mata mereka sendiri [logic reasoning], Allah maha kuasa dan hendaklah kamu beriman kerana akal kamu tidak mampu memikirkan hal ini. Di saat itu akal mereka lantas tunduk dan berserah.
Nah Quran di tangan kita, fahaminya dan cabarlah akal2 mereka yg mencabar Islam. Bukan membacanya untuk diikut BUTA. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 kubakoya's post
FIRMAN ALLAH SWT :
" DAN DEMIKIANLAH KAMI BANGUNKAN MEREKA ( ASHABUL KAHFI ) AGAR MEREKA SALING BERTANYA DI ANTARA MEREKA SENDIRI. BERKATA LAH SALAH SEORG DI ANTARA MEREKA : " SUDAH BERAPA LAMA KAH KAMU BERADA ( DI SINI ? ) ", MEREKA MENJAWAB : " KITA BERADA ( DISINI ) SEHARI ATAU SETENGAH HARI ". BERKATA ( YG LAIN LAGI ) : " TUHAN KAMU LEBIH MENGETAHUI BERAPA LAMANYA KAMU BERADA ( DI SINI ) ....... ".
SURAH AL KAHFI AYAT 19 ....
FIRMAN NYA LAGI :
" NANTI ( ADA ORG YG AKAN ) MENGATAKAN : " ( JUMLAH MEREKA ) ADALAH TIGA ( ORG ) YG KEEMPAT ADALAH ANJING MEREKA ", DAN YG LAIN MENGATAKAN : " ( JUMLAH MEREKA ) ADALAH LIMA ( ORG ) YG KEENAM ADALAH ANJING MEREKA " SEBAGAI TEKAAN TERHADAP PERKARA GHAIB, DAN ( YG LAIN LAGI ) MENGATAKAN : " ( JUMLAH MEREKA ) TUJUH ( ORG ) DAN YG KELAPAN ADALAH ANJING MEREKA ". KATAKANLAH : " TUHAN KU LEBIH MENGETAHUI JUMLAH MEREKA, TIDAK ADA ORG YG MENGETAHUI ( BILANGAN ) MEREKA KECUALI SEDIKIT ". KERANA ITU JANGANLAH KAMU ( MUHAMMAD ) BERTENGKAR TENTANG HAL MEREKA, KECUALI PERTENGKARAN YG ZAHIR SAHAJA DAN JANGAN KAMU MENANYAKAN TENTANG MEREKA ( PEMUDA2 ITU ) KPD SEORG PUN DI ANTARA MEREKA ".
SURAH ALKAHFI AYAT 22 ...
FIRMAN NYA LAGI :
" KATAKAN LAH : ALLAH LEBIH MENGETAHUI BERAPA LAMA NYA MEREKA TINGGAL ( DI GUA ) .... ",
SURAH ALKAHFI AYAT 26 ....
DIA BERFIRMAN :
" DAN MEREKA BERTANYA KPD MU TENTANG ROH. KATAKANLAH : " ROH ITU TERMASUK URUSAN TUHAN KU, DAN TIDAKLAH KAMU DI BERI PENGETAHUAN KECUALI SEDIKIT " .
SURAH AL ISRO' AYAT 85 ...
menurut ulamak, ALLAH mengajarkan manusia, bahawa setinggi mana pengetahuan dan kefahaman manusia itu sekalipun, hendaklah manusia itu selalu menyandarkan diri mereka kpd ALLAH SWT, kerana ALLAH itu MAHA MENGETAHUI, inilah " iman " ....
ilmu, kefahaman, pengalaman akal, hati dan roh itu terhad ....
sedangkan ILMU NYA MAHA LUAS ....
oleh itu, asas keimanan kita ialah beriman dgn perkara yg ghaib ....
FIRMAN ALLAH SWT :
" ( YAITU ) MEREKA YG BERIMAN KPD YG GHAIB, ... "
SURAH ALBAQOROH AYAT 3 ....
kedudukan iman di dlm islam sangat penting kerana IMAN ITU ASAS AQIDAH UMMAT ISLAM ...
oleh itu rujuklah kpd ALQURAN dan ASSUNNAH dan alim ulamak ...
WALLAHU A'LAM ...
[ Last edited by sirri_khafi at 15-8-2008 06:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam mencari ilmu, jangan lupa dan jemu merayu Allah mengurnia taufiq dan hidayah. Mungkin itulah spiritual intelligence yang dicari-cari tu. Ada orang ilmu agamanya berkitab-kitab, hujahnya berkoyan-koyan, tapi tiada "rasa" beragama padanya.
Bak kata seorang tokoh ilmuan - Dalam belajar ilmu agama, janganlah berasa pandai, tapi hendaklah pandai merasa.
Bagi saya, perbuatan yang paling baik yang boleh menyebabkan terdetiknya hati ke arah taufiq dan hidayah atau "berasa" dalam agama itu di samping terus2an mencari ilmu, adalah perbuatan membaca Al Quran secara konsisten. Itulah satu mukjizat peninggalan Nabi kita yang masih ampuh sehingga ke hari ini. Kerananya ramai yang memeluk agama Islam, tak hairanlah, golongan kafir Quraisy zaman dahulu memanggil Nabi Muhammad s.a.w seorang "Mashuuraa" (si pandai sihir).
Rugilah orang yang tidak mahu mencari mukjizatnya. Basahkan lidahmu dengannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 kubakoya's post
apakah dia itu HALAWATUL IMAN ?
HALAWATUN itu maknanya " kemanisan " ....
menurut AS SUNNAH IALAH :
dari anas RA, dari nabi SAW sabdanya :
" ada tiga perkara, barangsiapa yg tiga perkara itu ada di dlm diri seseorg, maka org itu dapat merasakan HALAWATUL IMAN ( kemanisan iman ) :
1)" bahawa ALLAH dan rasul NYA lebih di cintai olehnya drpd yg selain kedua nya ".
2) " dan bahawa mencintai seseorg dan tidak ada ( sebab ) kecintaan nya itu kecuali ALLAH ",
3) " dan bahawa seseorg itu membenci ( utk ) kembali pd kekafiran selepas bahawa telah menyelamatkan nya oleh ALLAH drpd ( kekafiran ) seperti mana dia membenci kalau dia di lemparkan ke dlm neraka ".
muttafaqun alaih .... riyadhus soooliihieeen ...
[ Last edited by sirri_khafi at 15-8-2008 06:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 kubakoya's post
agama itu ialah " cara hidup " ...
dan cara hidup yg di redhoi oleh ALLAH SWT ialah CARA HIDUP BAGINDA NABI SAW AKA AS SUNNAH ....
sunnah nabi saw itu membawa kejayaan di dunia dan di akhirat ...
sedangkan carahidup @ lifestyle lain tidak ada kejayaan di sisi ALLAH SWT ...
itu lah 'itiqod kita ... akidah kita ...
KEIMANAN ITU ADALAH MEYAKINI HANYA SUNNAH NABI SAW YG MEMBAWA KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT ....
meyakini sunnah perlukan IMAN, oleh itu USAHA LAH ATAS IMAN ....
WALLAHU A'LAM .. |
|
|
|
|
|
|
|
ADALAH LEBIH BAIK MENGKAJI TENTANG " KISAH2 KEIMANAN PARA SOHABAH RA " ...
BAGAIMANA KISAH KEIMANAN ABU BAKR RA YG MENDAPAT GELARAN " AS SIDDIQ " ...
CUBA KAJI KISAH BELIAU KETIKA PERISTIWA ISRO' MI;ROJ ...
IMAN ITU SANGAT PENTING TUAN ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 sirri_khafi's post
Sodaqta ya akhi,
Wallah, we are on the same track, but different dimension of thinking,
SQ is the faith,
Aku tidak pernah menafikan kepentingan iman,
Malah SQ memang ialah IMAN,
namun aku mahu menggubal pemikiran kamu
yg terlalu bergantung kepada agama tanpa berfikir,
Trust me,
Truth is truth as it is, but it is a foul if we see it through wrong angle.
Islam itu perfect way of life,
But short minded muslim make it distorted to the view of nonmuslim,
yang mahu menangani masalah dengan emosi meluap2,
halawatul iman sungguh akan kamu rasa bila kamu berfikir,
menelan buta bukan caranya..
Ruh itu di luar pencapaian akal,
Siapa yg mampu menimbang berat ruh?
Tiada siapa mampu buktikan adanya ruh,
perlukah aku bertahu berkali kali akal itu terhad?
Adakah yg terhad itu tidak perlu diguna?
Hatta kutu di kepala pun mempunyai tujuan diciptakan,
Bertebaran kemusnahan kerana akal yg disalah guna,
dan akal muslim yg langsung tidak diguna utk nyatakan perkara itu,
cuma mengangguk perintah2 kurun ke sebelas ke dua belas yg lampau
sebelum perisa anggur diciptakan oleh ester,
tidakkah kamu sanggup berusaha utk merealisasikan Islam,
dikurun ke 21 ini?
Yg meletakkan keagungan Allah itu pada tempatnya?
Sungguh hujah2 mereka itu diperlukan,
tetapi fikiran kamu juga diperlukan utk MEREALISASIKANNYA.
hikmah itu utk real time story,
Sungguh Allah mampu menidurkan kamu seberapa lama yg Dia mahu,
Mahukah aku ceritakan pada teori quantum?
teori rembatan ruang dan gravity pada paksi masa?
general unifying teori yg membenarkan qada dan qadar Allah pada setiap ruang dan waktu?
getaran2 atom yg memberikan objek walaupun ia cuma getaran?
akal siapa yg mampu mengukur partikel terkecil semesta?
dan
akal siapa yg mampu mengukur partikel terbesar di dunia?
perlukah berkali kali aku nyatakan akal itu terbatas?
adakah yg terbatas itu tidak perlu digunakan?
Demi Allah,
Waktu itu mampu dihentikan utkmu,
apabila Allah mahukan,
ia cuma berada pada dua perkataan shj,
teori dunia ialah hukum Allah, bukan mainan akal,
diselitkan dicelah2 komposisi alam semesta yg perlu kamu pelajari,
supaya kamu teliti akan kekuasaan tuhanmu,
sungguh,
untuk "merasai" sesuatu yg tidak tercapai akal
ialah dengan cara mengenali apa2 yg tercapai akal..
maka berfikirlah akan kejadian ciptaan Tuhanmu,
insyaAllah, kamu akan menyayangi Nya dengan halawatul iman, aqidah, dan taqwa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|