CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7562|Reply: 29

Tentang Horoskop!!!

[Copy link]
Post time 12-9-2008 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Pagi semalam aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya..

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.

Petikan dari e-mail...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2008 06:27 PM | Show all posts

Reply #1 maiadiba's post

kalau baca je..tapi tak percaya camana?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 06:31 PM | Show all posts
best baca horoscope..

mmg apa yang dibaca tak tepat.. tapi kalau ada perkara baik diramalkan, kita boleh la bersedia, berusaha, ada HARAPAN.. kalau tak baik plak, kita boleh jadi berhati2.


like.. kawan aku cakap ' bos ko cakap ko bengap '
sampai esok la budak tu ingat dia bengap..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 10:35 PM | Show all posts
HAIRAN !
      
MUSLIM LEBIH YAKIN DGN HOROSKOP YG LANGSUNG TIDAK ADA KEBENARAN DAN BUKTI YG NYATA MALAH TIDAK ADA PUN PENJELASAN DARI TUHAN ...
      
SEDANGKAN SABDA2 NABI SAW MENGENAI AKHIRAT, ALAM GHAIB, PAHALA & DOSA LANGSUNG MUSLIM X ENDAHKAN PDHAL SABDA2 NABI SAW ITU " BENAR " ....  
         
INILAH MASAALAH IMAN, IMAN YG DAH ROSAK ...
      
JADI, PENTINGNYA KITA USAHA  ATAS IMAN ...
      
BILA IMAN ROSAK, ROSAKLAH AMAL & YAQIN KITA ..  

BILA IMAN & YAQIN ROSAK, MAKA SEGALA AMALAN KITA TIDAK AKAN DITERIMA WALAU SEBESAR ZARAH ....

[ Last edited by  sirri_khafi at 12-9-2008 10:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 11:10 PM | Show all posts

Reply #4 sirri_khafi's post

whatever org nak kata.. yg pentingnya kat hati..
org tak tau.. tapi Tuhan tau..

aku slh sorang yg suka baca horoskop.. numerology..
tiap2 hari aku akan baca..
tp bukan utk percaya.. dan bukan utk ramalan..
kdg utk mengkaji pelbagai jenis n gelagat manusia.. karektor seseorang..
itu kan kire ilmu..
bukan ke kite dituntut utk menuntut ilmu..
dan sume ilmu adalah ilmu Tuhan..
tak de yg salah, asalkan kite tau gunakannya..
masing2 Tuhan dh bg fikiran..
so fikir sendiri la.. mana btl mana slh..

itu bg aku la.. lain org lain pndpt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 01:27 AM | Show all posts
hati2 dgn horoskop murahan.........

depa buat memang pandai.....

apa yg diramalkan tentang perangai manusia tu tiada yg istimewa...

tak percaya cuba padamkan bulan horoskop tu dan try satu2.....

anda akan dapati kebanyakkan bulan2 tu sesuai dgn anda.....


contohnya.....bulan satu dia kata kuat berusaha....

bulan dua dia akan kata tak putus asa...(sama maksud dgn kuat berusaha)

bulan ketiga dia kata rajin mencapai matlamat....

bulan keempat dia akan kata...benci malas.....kesemuanya sama maksud....

ini semua contoh....dalam setiap bulan, dia akan sediakan ciri2 yg hampir2 setiap manusia ada....

contoh lain ialah "anda melalui kesedihan tapi anda pasti bangkit"....ciri2 sebegini semua orang akan perasan mereka lalui sebab semua org lalui perkara nie setiap hari....

mcm2 lagi ciri2 yg diketengahkan yg mana setiap manusia pasti akan lalui perasaan tu...

akibatnya,
bila kita baca, kita kata laa...."  oooooo....betulla horoskop ni" kih3....

mungkin la bukan semua bulan sesuai ngan kita tapi kebanyakkan pasti sesuai, sebab setiap bulan ada ciri2 kebanyakkan manusia.....


itu berkenaan dgn horoskop murahan....

horoskop yg establish pula, sy percaya sebagaimana cuaca boleh diramalkan, begitu jugak perangai manusia....tentu ada rumusnya....Allah lebih mengetahui
namun, sebagai mana ramalan cuaca boleh tidak tepat. begitu juga horoskop.....

horoskop tentang perangai semulajadi manusia mungkin ada kaitannya, namun jika membaca horoskop utk ramalan masa depan, maka itu bukan perangai orang yg berusaha....itu perangai org malas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2008 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by XoXo at 12-9-2008 06:31 PM
best baca horoscope..

mmg apa yang dibaca tak tepat.. tapi kalau ada perkara baik diramalkan, kita boleh la bersedia, berusaha, ada HARAPAN.. kalau tak baik plak, kita boleh jadi berhati2.

...


ish, takut gak ngan statemen ni, mcm 99% mempercayai ramalan horoskop...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 02:07 PM | Show all posts
aku tgk rancangan halaqah tv9 tuh...ustzah nik salidah tak silap aku kate...kalu kite bace ramalan zodiak nih, 40 hari solat kite tak diterima....sbb tuh umat islam kene jauhkan diri dgn bende2 tahyul cenggini...ustazah tu kate, mmg ramai yg kate bace utk suke2, bkn nak percaya...tp kekadang bile bende tuh cam betul kene kat kite, kite pon cam rase betul plak....itu akan merosakkan akidah kite...cepat2 beristighfar & mengucap...

moral of the story...jgn bace langsung walaupon kite tak percaye pon bende2 cenggitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2008 06:14 PM | Show all posts
sama tak dengan ramalan/nukilan/ kitab yang orang melayu duk pegang... Tajul Muluk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 08:54 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 13-9-2008 06:14 PM
sama tak dengan ramalan/nukilan/ kitab yang orang melayu duk pegang... Tajul Muluk.


Gaya-gayanya gitu lah gamaknya kot In
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 09:10 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 13-9-2008 01:27 AM
horoskop yg establish pula, sy percaya sebagaimana cuaca bolehdiramalkan, begitu jugak perangai manusia....tentu adarumusnya....Allah lebih mengetahui
namun, sebagai mana ramalan cuaca boleh tidak tepat. begitu juga horoskop.....

horoskop tentang perangai semulajadi manusia mungkin ada kaitannya,namun jika membaca horoskop utk ramalan masa depan, maka itu bukanperangai orang yg berusaha....itu perangai org malas.


Hmm.. saya pun tertanya-tanya tentang the established horoscope ni... samada the interpretation of perangai semulajadi seseorang ni (bukan ramal masa depan) is acceptable in Islam....

hubby ada belajar tentang astrologi nih, jadi dia belajar juga the relation of each stars to physical and perangai semulajadi ni.. sekadar sebagai ilmu... dia ada juga software kedudukan bintang-bintang ni (pernah juga guna buat mencari  tarikh raya dan puasa for planning purpose sebelum waktu ru'yah )

Established horoscope ni, setiap orang ada different birth chart.. bukan seperti horoscope dalam akhbar yg general mengikut 12 zodiak.. the birth chart of each individual depends on tarikh lahir, waktu lahir, dan koordinat tempat lahir... jadi kebarangkalian untuk somebody's birth chart to be similar to another adalah sangat tipis, jadi interpretation tentang perangai seseorang tu lain compared to another, walaupun lahir pada tarikh sama.. seorang piesces misalnya tak sama dengan another piesces... macam my birth chart, kedudukan bintang time saya masa lahir rupanya cenggini :



Ni in the context of explaining perangai manusia... bukan ramalan masa depan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 09:23 PM | Show all posts
Zodiac ni diestablish masa zaman orang sembah matahari. Contoh macam Zodiak Scorpio tu masa matahari kalau dilihat dari hemisfera utara bumi, ia berada dalam lingkungan buruj scorpio.  Tapi dah tentunya tak nampak buruj tu sebab hari siang.  Ni kena ikut kiraan ahli falak astronomer zaman dulu.  Masa zaman dulu, matahari dan buruj bintang ni satu yang hebat.  Matahari tu dia orang nggap macam tuhan.  Zodiak macam dewa.  Kalau musim panas, semua zodiak yang baik.  Kalau musim winter, semua zodiak jahat.  Tu masa zaman 2000-4000 tahun dulu.  Sekarang orientation dia dah lari sikit, mungkin dah lari beberapa bulan shamsiah.

Horoskop sekarang ni sebenarnya main bantai jer.  Satu buktinya sebab zodiak dah tak sama macam zaman dulu, jadi rujukan bintang-bintang tu dah tak betul.  Kalau entik ingat entik punya zodiak pieces, sebenarnya buruj pieces tu bukan berada pada kedudukan matahari ikut jadual zodiak masa zaman sekarang.  Zaman dulu yer.  Dan asalnya juga ialah concept utk mengenal character manusia.  Tapi pada satu ketika dia dah jadi macam ramalan.  Mungkin masa zaman jin dan shaitan boleh dengar berita langit.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 09:32 PM | Show all posts
Maknanya apa tu bang? That the astronomer now is unable to determine the location of each stars relative to the buruj at certain dates?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 10:12 PM | Show all posts

Balas #13 antiQue\ catat

bukan tu.  astronomer sekarang tau.  tapi sebab astroloji dah jadi satu adat bukan astronomi lagi, tu pasal dia orang tak ubah apa-apa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 10:20 PM | Show all posts
jumlah panjang nya waktu siang dan panjangnya malam ni ada kesan pada adat ugama orang sembah matahari.  Bila musim bunga bermula, masa tu la hari siang mula semakin pendek.  Jadi orang ni anggap matahari ada di tabir dewa jahat macam scorpio (scorpion) atau kena kepit dengan scorpion.  Saya tak tahu susunan bintang tapi cuba tengok dari June sampai December aganya semua zodiak ganas.  Masa winter soltices tu kira paling suwei sebab malam paling panjang.  Lepas dari soltice, iaitu lebih kurang 22-25 December, waktu siang mula bertambah.  macam tuhan dia orang baru lahir.  jadi dia orang sambut 25 december sebagai hari kelahiran tuhan.  bila keristian datang, dia orang pi pinda jadi hari lahir nabi isa sebab dia kata nabi isa a.s. anak tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 05:41 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 13-9-2008 08:54 PM


Gaya-gayanya gitu lah gamaknya kot In


In dgr tunku dulu masa pilih tarikh merdeka rujuk kat kitab Tajul Muluk gak...


ramai sungguh yg percaya... sampai ada gak yg tolong tilikkan jodoh In.... adeh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2008 05:42 AM | Show all posts

Reply #11 antiQue's post

tak reti ler pulak nk tengok....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 05:45 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 13-9-2008 10:20 PM
jumlah panjang nya waktu siang dan panjangnya malam ni ada kesan pada adat ugama orang sembah matahari.  Bila musim bunga bermula, masa tu la hari siang mula semakin pendek.  Jadi orang ni anggap ...


kalo cam tempat kita yg xde 4 musim neh cmne lak.... tade masuk dlm horoskop gamaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 05:51 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 13-9-2008 10:20 PM
jumlah panjang nya waktu siang dan panjangnya malam ni ada kesan pada adat ugama orang sembah matahari.  Bila musim bunga bermula, masa tu la hari siang mula semakin pendek.  Jadi orang ni anggap ...


Tadi ada borak-borak ngan amorist pasal ni.. dia ada bagitau yg western punya ada yg dah lari around 20 degrees... and dia kata Indian punya je yg take into consideration of the changes tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 14-9-2008 05:41 AM


In dgr tunku dulu masa pilih tarikh merdeka rujuk kat kitab Tajul Muluk gak...


ramai sungguh yg percaya... sampai ada gak yg tolong tilikkan jodoh In.... adeh..


Tunku guna Tajul Muluk nak pilih tarikh eh? Ada gak baca sapa ntah tulis, the reason why Pak Lah tak lawan Tun M sebab Pak Lah cucu Abdullah Fahim, seorang pakar Tajul Muluk.. dia tau kalau dia lawan dia akan kalah.. katanya..  

Dah main telek-telek tu yg tak tau nak cakap tu In My friends, an Indian, cakap kalau diorang, memang diorang akan gi telek kat the learned one, to see the compatibility
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.193589 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list