CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6125|Reply: 26

Penduduk asal Nusantara

[Copy link]
Post time 16-10-2008 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Hormati penduduk asal NusantaraOleh MOHD. ARIF ATAN



SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu,asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami olehsegenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.


Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitanorang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negaraini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.

Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orangMelayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalahsebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayahkebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)

Oleh hal demikian, kenyataan 'buta' sejarah hanya mengguris hati danperasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsepDunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologiantropologi oleh sarjana antarabangsa.

Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitikseperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki olehorang Melayu secara total. Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago)yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyakpersamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segiasal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya. Ini semua berbezabenar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China danIndia hari ini.

Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagiorang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dariKerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalahke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.

Pemerintahan



Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.


Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.


Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanyayang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkanrakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayubahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri. Tokoh kebanggaanFilipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.


Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudutyang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantaraini. Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjanaterdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang samaseperti kaum Cina dan India.


Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlulebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka danmenghormati sensitiviti orang Melayu. Mereka perlu 'belajar' untuktidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orangMelayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.

Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagaiperkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidakpula dianggap begitu?


Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?


Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebihdahulu sebelum melontarkan kata-kata. Paling penting, mereka juga harusmemahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asaldan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesukahati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2008 07:27 PM | Show all posts
Hahahaha ..... Tahukah anda bahwa konsep Bangsa Melayu, Dunia Melayu (Malay World), Ketuanan Melayu dan Malay Archpelago hanya diakui dan dikenal di Malaysia ..... tapi tidak dipahami dan dikenal sama sekali di Indonesia ...

Kami juga di Indonesia heran ... mengapa konsep/definisi orang melayu di Malaysia selalu dikaitkan dengan agama Islam .... ?

Why .. ?

[ Last edited by  jf_pratama at 16-10-2008 06:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 09:10 PM | Show all posts

Reply #2 jf_pratama's post

sebab hanya orang melayu yg beragama islam, tiada org melayu yg tak islam. ini diakui sendiri dlm perlembagaan malaya 1948, karangan 4 hakim2 komanwel
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 01:38 AM | Show all posts
berlainan di indon...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 01:42 AM | Show all posts

Reply #3 sekngucing's post

itu cuma perlembagaan negara....hakikatnya muka orang melayu ni sama dengan rupa orang myamar,kemboja,thailand,indonesia,filipina......semuanya orang asia tenggara.kita mungkin berlainan bahasa atau agama tp kita share mitos yg sama dan kita share cara hidup yg sama.tak dinafikan yg kita ni penduduk asal nusantara tapi jangan lupa yg kita ada hubungan saudara dengan tanah besar asia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 01:43 AM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 16-10-2008 09:10 PM
sebab hanya orang melayu yg beragama islam


Eh? Adakah maksud engko, di Malaysia ni, semua yg beragama islam tu melayu?
Bagaimana klu cina or india masuk islam, maknanya diorg dah jadik melayu?  



Originally posted by sekngucing at 16-10-2008 09:10 PM
tiada org melayu yg tak islam.


Hmm... kes Lina Joy, hartini kamaruddin, erk, sapa lagik... beratus ribu lagik la melayu yg menunggu utk murtad...


ini diakui sendiri dlm perlembagaan malaya 1948, karangan 4 hakim2 komanwel


Mgkn perlembagaan tu kena ubah kot...     
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2008 01:59 PM | Show all posts

Reply #2 jf_pratama's post

ko ni jawa totok..mmg la.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 02:09 PM | Show all posts
Perbetulkan fakta sejarah Melayu

Oleh Ahmad Khalib Md. Ibrahim

Fakta sejarah yang menyamakan orang Melayu sebagai kaum pendatang dari Nusantara ke bumi Malaysia seperti juga orang Cina dari tanah besar China dan orang India dari benua India perlu diperbetulkan.

Kenyataan sebenarnya mengenai Melayu sepatutnya ialah: Melayu itu berasal dari Nusantara.

Negeri-negeri seperti Tanah Melayu, Patani, Indonesia, Kalimantan, Sulawesi, Brunei, Mindanao, Palawan, Riau dan Singapura adalah sebahagian daripada Nusantara.

Melayu penduduk asal Nusantara.

Pada asalnya mereka semua Melayu dan bertutur bahasa Melayu yang berpaksi pada bahasa Melayu Nusantara. Mereka mungkin bercakap dalam dialek Jawa, Tagalog, Bugis, Minangkabau, Aceh, Banjar dan banyak dialek lagi. Seperti orang Cina menggunakan dialek Hakka, Hokkien, Taucho tetapi mereka tetap berbahasa Cina.

Melayu yang berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain dalam lingkungan alam Nusantara. Di mana juga mereka berada, mereka mengamalkan kebudayaan yang berakar umbi dari negeri-negeri alam Nusantara. Mereka berinteraksi dalam bahasa Melayu Nusantara.

Kajian arkeologi membuktikan orang Melayu sebagai penduduk asal Nusantara termasuk di Malaysia.

Bahan bukti artifak arkeologi dari kawasan perkuburan, bahan budaya dan kesenian menunjukkan ia dimiliki orang Melayu.

Kajian antropologi menunjukkan persamaan struktur atau hampir sama keseluruhan penduduk asal Nusantara. Struktur Melayu sangat berbeza dengan orang Cina dan orang India.

Kebudayaan

Di Malaysia, Melayu itu mesti berasal dari Nusantara, beragama Islam dan berbahasa Melayu. Melayu itu pengamal kebudayaan dan adat istiadat Melayu yang berpaksi dari Nusantara. Kebudayaan dan istiadat Melayu termasuklah istiadat keagamaan dan istiadat menjunjung duli. Sultan dan raja-raja Melayu adalah pemegang kuasa adat istiadat Melayu di Malaysia.

Kedatangan bangsa Melayu atau perpindahan orang Melayu dari pulau-pulau persekitaran Nusantara adalah ibarat perpindahan dalam perkampungan sendiri.

Perpindahan orang Cina dan orang India ke Malaysia adalah akibat desakan ekonomi. Mereka terpaksa atau dipaksa ke mari kerana kepentingan ekonomi.

Orang Melayu adalah pribumi Malaysia.

Perjuangan mereka mempertahan Malaysia bukan baru. Orang Melayu di Malaysia telah mempertahankan negara ini sejak lebih lima ratus tahun lalu. Mereka mempertahankan Malaysia daripada serangan Siam sejak zaman kesultanan Melaka.

Orang Melayu mempertahankan Melaka. Pada tahun 1511, Melaka adalah sebuah empayar yang menguasai keseluruhan Tanah Melayu termasuk sebahagian Sumatera. Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis.

Orang Melayu juga bangun menentang Inggeris yang menjajah satu persatu negeri-negeri di Tanah Melayu. Ingatlah dan kita jangan lupa perjuangan Datuk Maharaja Lela di Perak, Penghulu Dol Said Pahlawan Naning, Datuk Kelana di Negeri Sembilan, Datuk Bahaman di Pahang, pahlawan Mat Salleh di Sabah, Tok Janggut dari Pasir Putih, dan Datuk Abdul Rahman Limbong dari Terengganu.

Mereka hanyalah sebahagian daripada orang Melayu yang berjuang mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2008 02:15 PM | Show all posts
sesape yg tak suka ngan ketuanan Melayu boleh blah balik ke tempat ketuanan memasing
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 02:12 AM | Show all posts

Reply #9 Sly's post

yup...kalau dah melampau sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 02:50 AM | Show all posts
MELAYU itu ISLAM.....

sesapa yang nak join melayu kena ISLAM...MELAYU tu bangsa-bangsa bersatu ISLAM.Sesapa yang duduk indon tu cuba tanya orang-orang lama atau tua kat ACEH tu.Tak pon boleh gi jumpa kiyai kat demak tu...kiyai tu selalu berbaju melayu dan berserban kaler biru.....kiyai tu orang lama.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 02:52 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 17-10-2008 02:09 PM
Perbetulkan fakta sejarah Melayu

Oleh Ahmad Khalib Md. Ibrahim

Fakta sejarah yang menyamakan orang Melayu sebagai kaum pendatang dari Nusantara ke bumi Malaysia seperti juga orang Cina dari ...


diorang pon mempertahankan ISLAM jugak...kalau penjajah dah masuk tanah melayu memang banyak yang jadi kafir melayu ni...bumi nusantara ni ramai wali-wali Allah...lebih ramai dari tanah arab.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 06:50 PM | Show all posts
apa kebodoh penulis utusan dan juga pengarang perlembagaan negara kita...fahamlah kita mungkin TAR nak menyelamatkan kedudukan islam di malaysia selain survival politik parti Umno..

tp menurut jf pratama itu tepat, istilah Bangsa Melayu itu x diterima hampir 60% org yg dikategorikan melayu, hanya 40 % (melayu malaysia, filipina (ya filipina seramai 90 juta org mengaku mereka bangsa melayu), singapore dan brunei SAHAJA)...istilah yg paling tepat utk bangsa kita mungkin BANGSA NUSANTARA yang bercakap dalam BAHASA MELAYU PIAWAI RIAU secara baku.

Bangsa x boleh ditentukan mengikut agama...x semua melayu beragama islam...sedangkan tak semua arab pun beragama islam..

bangsa boleh ditentukan dengan fizikal..

Nusantara (yg kita faham sebagai Melayu)
1) tinggi bawah 6 kaki
2) kulit tanned . sawo matang
3) rambut ikal mayang, ada yang kerinting juga lurus, kebanyakan ikal mayang
4) mengamalkan cara hidup tropika
5) bercakap dalam bahasa austronesia - melayu (contoh paling tepat - nombor LIMA (5) digunakan di semua bangsa melayu, org aceh pun sebut lima tau.
6) makan dgn tangan
7) duduk rumah kayu
8) makanan ruji - nasi
9) sifat sopan santun, budi bahasa, budaya keluarga yg kuat dimana yg tua didahulukan
10) mendiami kawasan kepulauan panjang dari madagaskar ke hawaii, dari taiwan ke selandia baru (new zealand)...

istilah ini diakui oleh USA. malah filipina menganggap mereka bangsa Melayu.

jadi perbetulkan dulu perlembagaan malaysia...bangsa dan agama x boleh bersatu...faham, mungkin TAR buat gitu utk kukuhkan org islam...tp hakikatnya, bangsa bukan milik satu2 agama saja...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 01:21 AM | Show all posts

Reply #13 makhluk's post

setuju tu....kalau orang melayu ni dari asalnya nusantara,sila ceritakan camne dinusantara ni ada kaum peribumi lain macam austraaloid....mereka ada gak kat nusantara ni,dari semenanjung sampai ke australia.cuba ceritakan camne orang melayu yg lain rupa beentuknya boleh share satu kawasan dengan kaum astaloid ni.....kalau dilihat di tempat lain misalnya afrika,semua orgnya sama bentuk dan wajah,begitu gak dgn china..........satu lagi betul ke bumi nusantara ni banyak wali?pernah pergi merantau di tanah arab tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 10:05 AM | Show all posts
bangsa-bangsa lain kahwin dgn melayu, anak adalah melayu.

kala cina kahwin india, anak ?

Pendapat aku, melayu terdiri dari kacukan pelbagai bangsa. Tp syarat nak jadi melayu kena amalkan adat melayu dan semestinya islam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 10:08 AM | Show all posts
ada teori mengatakan...melayu ialah kacukan monggoloid & negroid dalam kapal bahtera nabi nuh, ketika banjir besar, mereka sampai di Sundaland (gabungan benua besar melayu, di mana pulau jawa, sumateria, semenanjung, borneo bergabung (sekarang dikenali sbgai pentas sunda)

teori mengatakan org melayu pertama berasal dari bukit tinggi sumatera,org minangkabau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2008 10:15 AM | Show all posts

Reply #16 makhluk's post

heheh
waden ughang minangkabau

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 10:11 AM | Show all posts
Sejarah tidak tipu fakta

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
(WARTAWAN UTUSAN)


Dr. RAIS Yatim menerima tepukan gemuruh selepas menyampaikan ucaptama yang bertajuk Hak-Hak Pribumi Dalam Perundangan Dan Perlembagaan Negara di Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

SESUNGGUHNYA fakta sejarah tidak dapat menafikan kewujudan kaum Melayu dan kegemilangan tamadun serta budayanya di kepulauan Nusantara terutama di Semenanjung Tanah Melayu.

Justeru kata-kata yang seakan-akan menidakkan asal-usul orang Melayu di Kepulauan Nusantara sememangnya telah mengguris perasaan kaum itu.

Lantas, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang terkenal sebagai pejuang budaya terutama dunia keMelayuan dengan lantang menangkis segala cemuhan dan penghinaan terhadap orang Melayu itu dengan menghidangkan fakta sejarah yang tidak mungkin dapat disangkal sesiapapun.

Ketika menyampaikan ucaptama pada Program Wacana Isu Perundangan dan Hak-hak Pribumi Dalam Perlembagaan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Memorial Tun Hussein Onn baru-baru ini, Rais penuh bersemangat berkata, orang Melayu dan pribumi kini seharusnya meneliti semula kedudukan dari dua aspek iaitu sejarah dan perundangan kerana kedua-duanya amat berkait rapat.

Ujarnya, fakta sejarah boleh dianggap faktor utama yang meneguhkan hujah bahawa orang Melayu atau stok Melayu itulah yang mula-mula mendiami Semenanjung Tanah Melayu.

"Ini seperti mana India adalah negeri orang berketurunan bangsa India yang stok asalnya berunsur Dravidian, orang Arab di Timur Tengah. Bangsa Cina yang bertamadun 5,000 tahun lalu mendiami dan mewarisi negara China atau seperti mana England didiami Anglo-Saxon," katanya.

Tambahnya lagi, seperti Christoper Colombus menemui Red Indians di benua Amerika pada abad ke-15 sebagai penduduk asal benua Amerika, begitulah juga I-Tsing, seorang sarjana Cina yang menetap lama di Palembang sekitar 671 Masihi, menggunakan istilah 'Moloyu' sebagai merujuk kepada orang Melayu yang tinggal di kepulauan Melayu termasuk Semenanjung Tanah Melayu.

Menyebut

Kewujudan awal orang Melayu di kawasan itu diperkuatkan lagi apabila pengembara dan peniaga Arab pada abad ke-7 juga ada menyebut beberapa kawasan negeri Melayu seperti Pahang, Temasik, Terengganu, Jambi dalam catatan mereka.

Jelas Rais, pedagang India mula intim dengan Melaka selang beberapa tahun selepas Parameswara membuka Melaka pada 1403, pedagang Cina mula pesat di negeri itu selepas pelayaran Cheng Ho manakala masyarakat Nyonya Baba dipercayai mula bertempat selepas 1413.

"Tetapi apa yang harus diambil sebagai kenyataan ialah Melayu merupakan penduduk hakiki berkurun-kurun sebelum Melaka dibuka. Melayu sebagai warga asal Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara sudah difaktakan sejarah.

"Jika ini masih dikhuatiri sebagai kurang cukup bukti, 'Sejarah Melayu' penulisan klasik Tun Sri Lanang amat memadai sebagai bukti bahawa orang Melayu dan raja mereka adalah bangsa asal di kepulauan Melayu," katanya.

Di zaman Inggeris bertapak di Semenanjung antara 1874 hingga 1957, tenaga buruh dari India dan China dibawa masuk bagi memenuhi kehendak politik dan ekonomi mereka.

Buruh India dibawa masuk untuk melakukan kerja di sektor kerja raya, perladangan getah dan perkeranian manakala kaum Cina pula untuk memenuhi sektor perlombongan, perniagaan runcit dan keperluan pentadbiran negeri-negeri Selat.

"Jadi untuk menyamakan kedudukan orang Melayu di Semenanjung dan pribumi di Sabah dan Sarawak dengan asal-usul keturunan kaum pendatang amatlah menyeleweng dan bersifat tidak jujur," kata Rais lagi.

Menyentuh mengenai hak orang Melayu, Rais berkata, mujur kaum itu masih mempunyai satu aset yang tidak berjaya dihapuskan penjajah Inggeris iaitu hak-hak keistimewaan dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Menurutnya, apa yang sebenarnya dianggap sebagai ketuanan Melayu itu ialah kedaulatan dan keistimewaan institusi tradisional tersebut yang sentiasa rapat dengan 'psyche keMelayuan' dan secara tradisi, pentadbir Inggeris seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford, Mubin Sheppard dan lain-lainnya sering memperlihatkan sifat simpati mereka terhadap orang Melayu.

"Ini adalah kerana mereka menyedari kedudukan dan hak orang Melayu sebenar. Swettenham pernah berkata orang Melayu mempunyai hak mereka dalam pewaris kepada tanah ini," katanya.

Manakala dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, pegawai-pegawai tinggi Inggeris terus bersedia dan bersimpati terhadap kepentingan orang Melayu sebagai penduduk dan pewaris asal ketika Bintang Tiga dan penjahat komunis cuba merampas Malaya.

"Perkara pokok seperti hak keistimewaan orang Melayu, hak kedaulatan dan kebesaran raja-raja Melayu, hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diberi peruntukan di dalam perjanjian tersebut," katanya.

Tambahnya, perjanjian itu sah mengatakan bahawa kepentingan orang Melayu dan kaum-kaum lain tidak akan disia-siakan dan ia menjadi asas rujukan Suruhanjaya Reid sembilan tahun kemudian yang merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Ini diperkuatkan lagi dengan laporan Suruhanjaya Reid yang terkandung ayat: "Pihak Pakatan dalam memorandum mereka berkata, Perlembagaan seharusnya memperuntukkan bahawa Yang Di Pertuan Besar (Agong) perlu mempunyai tanggungjawab khas bagi mengawal kedudukan istimewa orang Melayu".

Kata Rais, ungkapan rasmi tersebut membuktikan bahawa kontrak sosiol atau ikatan kemasyarakatan adalah persetujuan yang mengiktiraf kedudukan khas orang Melayu di sisi kaum-kaum lain di Malaya ketika itu.

Maka, hasrat politik itu lantas dijadikan Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan walaupun ia telah dipinda sebanyak 45 kali, peruntukan itu tetap kekal sehingga kini di bawah perkara yang sama, ujar Rais.

Sebagai seorang yang arif mengenai undang-undang, Rais menerangkan lagi, setiap perlembagaan sesebuah negara mengandungi apa yang diiktiraf sebagai peruntukan-peruntukan yang tidak boleh diubah atau dipinda melalui proses biasa tetapi hanya melalui kelulusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat yang hadir bermesyuarat.

Menyelusuri fakta-fakta sejarah itu, Rais menegaskan satu rumusan perlu difikirkan bagi pihak orang Melayu dan kaum pribumi supaya masa depan anak cucu tidak diganggu gugat serta mereka tidak tercari-cari tentang haluan dan kedudukan bangsa sendiri.

Di satu sudut, Perlembagaan negara dengan kontrak sosiol juga perlu diperjelaskan dengan lebih mendalam supaya erti kata sebenarnya tidak lagi dipersoalkan seolah-olah menolak isi kandungan yang telah sedia dibentuk.

Penasihat Perundingan Kebangsaan Melayu, Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman memperjelaskan bahawa konsep kontrak sosiol memberi pengertian tertentu terutama hubungan antara negara dengan rakyat dan warganegara serta tiada kaitan dengan hubungan antara kaum.

Keistimewaan

"Dalam konteks falsafah politik, perkataan kontrak sosiol berkait rapat dengan tolak ansur berhubung pertukaran tanggungjawab masyarakat sivil dengan jaminan keselamatan dan keistimewaan oleh negara atau kerajaan.

"Konsep ini adalah suatu teori yang lama dan telah diguna pakai oleh tokoh-tokoh falsafah Barat seperti Plato, Hocker, Hobbes dan lain-lain," katanya.

Bagaimanapun, Abd. Aziz berkata, konsep tersebut nampaknya telah diberi pengertian berlainan di negara ini di mana ada sesetengah orang mengatakan perkataan itu ada kaitan dengan tolak ansur yang dicapai dalam perundingan kemerdekaan dalam tahun 1956 dan 1957 antara kaum Melayu, Cina dan India.

Katanya, ada juga pihak mengatakan perkataan kontrak sosiol mula timbul dan diguna pakai dalam tahun 1980-an dan diberi erti oleh mereka sebagai isi persetujuan yang dicapai oleh UMNO, MCA dan MIC semasa mereka mula-mula berunding dengan pihak British dan Raja-Raja Melayu untuk mencapai kemerdekaan.

Walau apa pun pengertian kontrak sosiol, apa yang penting adalah isi kandungan Perlembagaan negara yang seharusnya difahami rakyat serta menghormati segala peruntukan di dalamnya dan tidak mempertikaikannya, ujar Abd. Aziz.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali pula memperkuatkan lagi perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu pada wacana itu dengan menggariskan beberapa agenda yang akan diberi perhatian oleh pertubuhan itu.

"Perkasa meletakkan lima asas dalam Perlembagaan negara yang akan menjadi perjuangan berterusan pertubuhan ini bagi memastikan hak orang Melayu dan pribumi dipertahankan," katanya.

Perkasa mencadangkan supaya kedudukan tanah rezab Melayu diberi perlindungan di bawah kuasa raja-raja Melayu melalui pindaan Perkara 159 fasal 5, menyarankan hal-hal berkaitan melibatkan kuasa mahkamah syariah pada Perkara 121 (1A) diperjelas, diperkasakan serta terus dilindungi.

Tidak cukup dengan itu, Ibrahim juga menuntut supaya dilaksanakan penggunaan sepenuhnya bahasa Malaysia dalam segala urusan dan kehakiman negara melalui Perkara 163 dan 167 dan menggesa pihak kerajaan sentiasa memandang serius serta memperkasa hak-hak orang Melayu dan pribumi seperti yang terkandung dalam Perkara 153.

Kuasa raja-raja Melayu juga akan turut menjadi agenda pertubuhan itu yang mahu kerajaan memastikan Perkara 66 itu kekal mutlak dan tidak dipertikaikan.

Seperkara yang patut menjadi kebanggaan orang Melayu dan pribumi mengenai Perkasa adalah pertubuhan itu cukup bersemangat dan penuh yakin bahawa masih belum terlambat untuk kaum itu bangkit memperjuangkan hak yang sudah termaktub.

"Kita masih belum terlambat untuk berjuang demi hak kita. Apa yang berlaku sejak kebelakangan ini amat menginsafkan kita dan seharusnya perjuangan ini diteruskan kerana Melayu akan hilang dunianya jika tiada yang mempertahankannya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 03:36 PM | Show all posts
org melayu mmg wujud dekat nusantara lah...sbb tuh nama sini kepulauan melayu..tapi melayu kat malaysia semestinya islam mengikut perlembagaan, bukan sbb survival UMNO, tapi sbb org melayu ada raja dan sultan...
byk org silap  konsep...
okeis camnieh,
kat uk ada rajanyer..
sama kat jepun..
pernahker raja uk tuh org ciner..
dan raja kat jepun tuh org india
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:35 PM | Show all posts
pada pendapat aku bangsa melayu x bernasib baik mcm bangsa cina sbb ada maharaja shih huang ti yg menyatukan bangsa & negeri2 di china lantas seterusnya membuat penyeragaman bahasa & tulisan

klu ada, x wujudlah fenomena org2 jawa yg x mengaku melayu

[ Last edited by  junkredish at 28-11-2008 04:38 PM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.069755 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list