CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32141|Reply: 106

Kisah Bagaimana Menyelamatkan Bisnes Yang Hampir Bankrupt & Tenat

[Copy link]
Post time 16-11-2008 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Entah kenapa tangan aku gatal untuk menulis. Mungkin kerana aku tidak berpuas hati apabila membaca buku yang orang lain tulis. Buku di pasaran terlalu sedikit yang bagus. Untuk rujukan usahawan, memang susah nak dapat. Buku Donald Trump bukanlah untuk usahawan Malaysia. Robert Kiyosaki cuma bercakap teori, tapi tak ajar bagaimana nak buat, nak jumpa siapa. Most of them terlalu bersifat akademik dan terlalu banyak theory sedangkan orang yang tulis buku itu bukan lah seorang usahawan. Cerita saja pandai tapi praktis nya tak pernah


Ok, now aku nak bincang pasal bagaimana nak selamatkan perniagaan yang nak bankrupt. Pernahkah anda di dalam situasi:

- Akaun bank anda dah takda duit.
- Kereta anda 3 bulan tak bayar, kad kredit tak bayar, handset dah kena potong sehingga anda kena pakai prepaid.
- Anda mula jalan kaki dan naik bas kerana takda duit untuk petrol.
- Kereta dah kena tarik.
- Anda sebagai owner perniagaan tapi anda sendiri cuma dapat duit sedikit sahaja kerana bisnes tak untung dan hutang banyak.
- Hutang makin banyak tak bayar kepada supplier sehingga mereka tak mahu hantar barang baru kepada kita.
- Sewa kedai/office tak bayar 2-3 bulan.
- Gaji pekerja tak bayar.
- Duit masuk sikit sahaja, duit keluar lebih besar daripada duit masuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2008 01:49 PM | Show all posts
Pandangan aku yang pertama:

Bagi sebuah perniagaan yang tenat tunggu masa nak bankrupt, janganlah anda inject modal tambahan dengan harapan bisnes akan naik kembali. Percayalah ia umpama mencurah air ke atas daun keladi.


Kedua:

Jika melibatkan bisnes dan produk yang lemah kerana NO SALES, cepat-cepatlah anda TUTUP KEDAI sebelum hutang semakin bertimbun dan sebelum duit cash sisa saki baki semakin licin. Barang tersebut orang memang tak mahu beli walaupon anda buat promosi.


Ketiga:

Cuba buat PERUBAHAN DRASTIK terhadap produk dan marketing
- Jika anda ada restoran yang tak laku dan takda orang masuk makan, mungkin ada beberapa faktor. Jika faktor lokasi yang takda orang, baik tutup sahaja. Anda cat kedai dan buat interior design pon orang tetap tak mahu masuk. Saya ada jumpa satu restoran mamak yang TAK LAKU kerana orang tak masuk. Di situ ada 3-4 restoran mamak yang sungguh cantik dan selesa siap plaster syiling. Maka mamak yang tak cantik ni orang tak masuk. Hampir tutup kedai. Tetiba mereka ubah menu. Mereka jual 'Chinese food' pada waktu lunch !!! Dan mereka buat mee kung fu, char kuew teow dan lain2 mee Chinese style 24 jam sehari !! Apa lagi, orang pon mulalah datang sebab mamak lain semua jual nasi dengan kari mamak sahaja. Muntah hari2 makan kari

Daripada restoran kembali menjaja di tepi jalan
- Memang ada owner restoran Melayu yang kembali berniaga di tepi jalan pakai Van dan di pasar malam kerana dia tak mampu nak maintain kos restoran. Jual kat tepi jalan lagi laris dan lagi banyak untung dik !!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 02:14 PM | Show all posts
pandang langit. nampak apa? langit kan.. ada kepulan awan gelap? belakang dia.. still langit kan...

kalau kita nampak halangan, kita akan jumpa halangan. kalau kita ketepikan halangan, kita akan nampai jugak dipuncaknya.

kebanyakan usahawan berjaya dah pernah mengalami keadaan tu.. dan selaluya bila mereka naik semula, mereka tak kan jatuh kerana dah belajar dari pengalaman mereka.

ayat akhir surah al baqarah - tuhan tidak membebankan hambanya dengan dugaan yang tidak terpikul oleh hamba tersebut (not exactly the translation - something like that)

so bila terduga tu, memang sakit, tapi itu maknanya tuhan sayang kat kita, tapi look at the bright side - BILA KITA HILANG SEGALA-GALANYA, PALING TIDAK KITA MASIH ADA ALLAH -

.. bila tgh tension - aku baca buku "JANGAN BERSEDIH" and it alwiz works.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 03:21 PM | Show all posts

Reply #3 hazel23's post

hazel, suka kata2 yang hazel bagi ni.. buku "JANGAN BERSEDIH" ni sape penulis nya yer?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 03:32 PM | Show all posts

Reply #1 WonBin's post

ilmu menyelamatkan business yang hampir bankrupt ni, try usha buku "   Petunjuk jalan kekayaan  " - oleh Dr Rusly Abdullah. penulis buku ni dulu dah bankrupt. rumah beliau di datangi oleh APK (agensi pinjaman kerajaan) untuk membuat taksiran harta benda. masa tu beliau merayu rayu, anak2 baru pulang dari sekolah terpinga pinga dan tidak faham dengan situasi yang berlaku.
    Pada masa tu, semangat beliau hampir luntur. Keperkasaan jiwa usahawan hampir punah! Keupayaan utk berdiri pun tiada. Time tu juga, tiada rakan taulan yang memberi bantuan. Adik beradik apatah lagi...
    Korang tau kemana dia melarikan diri buat seketika? Dia hanya berbasikal menuju ke kuala selangor, klang dan kemudian ke morib untuk mencari ketenangan.... bermacam macam kisah berlaku sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang kiai dari indonesia...
    aku nak cerita kat sini panjang sgt 300 helai tu.... tapi kepada sesiapa yang ade masalah serupa Dr  Ruly ni di harap anda tabah jalani kehidupan. try beli buku ni... macam mana  cara dia keluar dari kepompong bankrupt dan sekarang beliau berjaya... salute aku!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 03:38 PM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 16-11-2008 03:32 PM
ilmu menyelamatkan business yang hampir bankrupt ni, try usha buku "   Petunjuk jalan kekayaan  " - oleh Dr Rusly Abdullah. penulis buku ni dulu dah bankrupt. rumah beliau di datangi oleh APK (ag ...


Kamu enggak merdeka
Kamu enggak 'in control'

Itu macam kah Elle?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2008 03:42 PM | Show all posts

Reply #6 WonBin's post

hahaha... hang dah baca ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 04:06 PM | Show all posts
elle buku jangan bersedih ni atau la' tahzan ni by dr aidh bin abdullah al-qarni -dulu i beli yg jilid tebal... sekarang i beli yg kecil punya warna kuning about 10.90$... antara petikan yg i suka....

An-Nahl, ayat 1, ... sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, janganlah kalian minta untuk disegerakan....

ketika diri diliputi kesedihan, berbuat baiklah sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati!...al-araf 56. sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yg berbuat baik.

saat paling berbahaya bagi akal adalah apabila pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa2...

ujian itu ibarat penyakit, memerlukan masa untuk sembuh, kewajipan orang yang mendapat ujian adalah bersabar, menunggu datangnya jalan keluar, dan sentiasa berdoa

al baqarah 216... boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..

dan banyak lagi

i ada kawan, memang keter dah kena tarik, rumah dah nak kena lelong rumah... so dia bwk diri duduk dalam masjid sebab tension sangat the next thing we know - he got million punya projek. terus dia cashkan rumah, keter, pergi haji dan sebagainya.

bukankan Allah itu Maha lembut terhadap hamba2NYA... berbaik sangka terhadapNYA kerana pada setiap akhir ujian ada kebaikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 06:07 PM | Show all posts
kadang2 kita pikir bisnes kurang jalan dan jalan penyelesaian belum berakhir tapi dah nak tutup kedai... ada bebrapa cara lagi...

tapi kerana anggapan tu salah.. terus tutup kedai...

nak tutup ke tak.. kalau tutup kot2 bisnes ni bleh jalan lagi... kalau tak tutup kot2 bisnes ni dah mmg tak leh jalan.... konfius....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 06:08 PM | Show all posts
seolah2 menakutkan ramai peniaga dlm situasi skrng... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 06:35 PM | Show all posts
Kadangkala usahawan masuk dalam forum ni untuk mencari ubat bagi perniagaan yang dah nak bankrupt


Dalam banyak2 buku aku pernah baca, buku yang Elle cakap tadi memberi nasihat yang paling lain daripada apa yang pernah terfikir dalam logik aku. Pendekatannya ringkas tapi tepat.


JIka kamu sendiri buat bisnes semata-mata kerana dapat peluang daripada kawan atau family, dan kamu didapati tiada keserasian dengan perniagaan itu, nasihatnya, baik kamu cepat2 tutup. Tanpa keserasian, kamu tidak mampu pergi jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 07:05 PM | Show all posts
ada betoi jugak cakap wonbin tu.. kalo nampak dah tak boleh pegi business tu.. better lagi cepat bungkus atau pindah.. baru boleh selamat byk benda..

tp sebelum nak ambil keputusan tu.. seseorang tawkey tu mmg dah fikir semasak2nya smpai hangit kepala hotak baru boleh buat keputusan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 07:23 PM | Show all posts

Balas #11 WonBin\ catat

i think we should have thread ' a must read' book for usahawan - besok nak gi mph cari buku yg elle cakap
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 08:05 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 16-11-2008 06:35 PM
Kadangkala usahawan masuk dalam forum ni untuk mencari ubat bagi perniagaan yang dah nak bankrupt


Dalam banyak2 buku aku pernah baca, buku yang Elle cakap tadi memberi nasihat yang paling ...


mula2 aku konfius jugak dgn bisnes yg aku buat ni..mmg betul keserasian tu penting...tanpa keserasian..connection antara jiwa kita dgn bisnes yg kita lakukan tak begitu smooth....

mula2 aku rasa mcm x serasi dgn jiwa aku..tapi aku paksa jugak..paksa dan terus paksa...lama2 nmpk keserasian dia...

tp skrg aku masih lagi konpius kenapa aku pilih bisnes ni..wlpn aku yakin terhadap apa yg aku buat...tp sentuhan dr jiwa x begitu tajam terhadap bisnes yg aku lakukan ni...erkkk...konpius
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 08:28 AM | Show all posts

Reply #9 sinar_inspirasi's post

pada pendapat aku la, ble dlm situasi mcm ni, u hv to do a bit of calculation. numbers dont lie. klu based on calculation tu, rasa2 mcm boleh truskan, truskan and vice versa. jgn just buat anggapan y hanya bersandarkan pada instinct. even sometimes insinct tu bagus, but for me numbers tu lebih konkrit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by faridali at 17-11-2008 08:05 AM


mula2 aku konfius jugak dgn bisnes yg aku buat ni..mmg betul keserasian tu penting...tanpa keserasian..connection antara jiwa kita dgn bisnes yg kita lakukan tak begitu smooth....

mula2 ak ...


keserasian tu penting farid.. elle pun ade masalah yang lebih kurang sama.
mmg elle tak nafikan elle tak serasi dgn business yang elle buat skg ni.
elle berdepan dengan benda2 kotor. pekerja2 indonesia yang takde pemikiran tajam.
hari2 asyik nak kena marah. elle takde kepuasan dalam business tu..
hari2 hati malas kalau nak survey site.
hari2 hati malas kalau dapat maklumat ttg masalah pekerja.
hari2 hati malas kalau asyik nak kena bagi arahan yang berulang kali.
pada elle.. sebenarnya pekerja elle yang menyebabkan elle rasa tertekan.
pekerja2 elle yang menjadi tuan sebenarnya..
elle kena buat baik dgn mereka..
elle kena layan mereka elok2 supaya mereka tidak berhenti..
on day bila business butik elle dah ok.. serius elle cakap.. elle nak bagi je business ni kat sesiapa kaum melayu yang elle percaya.
elle tak minat dengan semua ni.. bukan dunia elle.
kepuasan tu tak ada. elle byk bergantung pada mereka untuk business terus berjalan.
kalau mereka ok. maka oklah nama company.
kalau mereka tak ok. maka buruk lah nama company.
kadang kala bukan tak di ajar. tetapi dah ditegur naik berbuih buih mulut.
penat tak hingat... stress   
Tapi, hati berkata... masih belum terlambat untuk mencari sesuatu kepuasan dalam hidup..
hati berkata.. jiwa sesuai dengan sesuatu yang baru yang sedang elle cuba usahakan sekarang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2008 09:20 AM | Show all posts
ADAKAH BADAN KERAJAAN SEPERTI MARA AKAN BANTU KITA BILA BISNES KITA NAK GULUNG TIKAR?

Atau mereka hanya bantu bisnes yang berpotensi dan untung besar sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 10:35 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

masa belajar dulu, pensyarah saya ada kata waktu mana kita patut tutup firma. Kalau tak salah bila kita tak dapat lagi tanggung kos tetap yang perlu dikeluarkan setiap bulan. Contoh macam sewa kedai, gaji dan lain-lain.

Sebagai langkah keselamatan agar barang2 kita tak disita jika berlaku bankrap, aset2 peribadi kita kena letak nama ahli keluarga. Ini terutama untuk syarikat enterprise.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 10:38 AM | Show all posts
Farid dan Elle...korang berdua bertukar2 jer la bisnes hehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 17-11-2008 09:20 AM
ADAKAH BADAN KERAJAAN SEPERTI MARA AKAN BANTU KITA BILA BISNES KITA NAK GULUNG TIKAR?

Atau mereka hanya bantu bisnes yang berpotensi dan untung besar sahaja?


Mara lebih berminat bantu bisnes yg berkembang jer..sebab mereka nak tumpang nama gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.123425 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list