View: 8755|Reply: 25
|
Cleopatra - Pemerintah Egypt 2000 Tahun Dahulu -
[Copy link]
|
|
Wajah sebenar Cleopatra
IMEJ tiga dimensi ini menunjukkan wajah Cleopatra yang menawan.
LONDON - Wajah pemerintah Mesir kira-kira 2,000 tahun lalu, Cleopatra yang dikatakan jelita cuba dilakarkan menerusi imej tiga dimensi (3D), lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini watak Cleopatra yang menjadi legenda Mesir pernah dilakonkan oleh aktres Britain, Elizabeth Taylor dan Sophia Loren dari Itali.
Bagaimanapun, seorang pengkaji Mesir di Universiti Cambridge, Dr. Sally Ann Ashton percaya imej 3D yang dihasilkan menerusi komputer merupakan gambaran Cleopatra.
Imej itu dihasilkan berdasarkan lakaran-lakaran daripada artifak purba termasuk yang ditemui ketika Cleopatra memerintah kira-kira 2,000 tahun lalu.
Kajian itu dilakukan lebih setahun dan hasilnya adalah wajah seorang wanita muda yang jauh berbeza daripada versi Barat seperti lakonan Elizabeth pada 1961 dalam filem Cleopatra.
ELIZABETH Taylor pernah melakonkan watak Cleopatra di layar perak
Dr. Sally menyatakan imej itu akan disiarkan sebagai sebahagian daripada dokumentari mengenai Cleopatra yang menggambarkan warisan Greek termasuk Mesir.
"Dia (Cleopatra) tidak sepenuhnya berdarahkan Eropah. Anda perlu ingat bahawa keluarganya sudah tinggal di Mesir selama 300 tahun ketika dia berkuasa," katanya.
Gambar 3D itu adalah berbeza dengan imej yang diperlihatkan sebelum ini.
Sebagai contoh, sekeping duit syiling perak yang dipamerkan di Muzeum Sefton, Universiti Newcastle pada tahun lalu menunjukkan Cleopatra mempunyai dahi tidak luas, dagu runcing, bibir nipis dan hidung lengkung.
Wajah kekasih Cleopatra, Mark Antony yang merupakan seorang jeneral empayar Rom jauh lebih baik.
Imej terbaru Cleopatra itu menunjukkan dia mempunyai mata yang membonjol dan leher tebal.
Penampilan ratu itu telah menjadi perbahasan di kalangan ahli akademik.
Ketika tafsiran drama karya William Shakespeare menunjukkan wajah Cleoptara dan Antony yang muda dan pelbagai, kebanyakan pihak percaya ratu itu pendek, tidak kemas dan memiliki gigi rosak.
WAJAH Cleopatra ini dihasilkan melalui gabungan
lakaran purba yang ditemui sebelum ini.
Satu patung Cleoptara yang dipamerkan di sebuah muzium Britain pada 2001 menggambarkan tubuhnya sederhana, tinggi tidak lebih 1.52 meter dan tembam.
Cleoptara dilahirkan di Alexandra pada 69 Sebelum Masihi dalam sebuah dinasti Macedonia Greek yang memerintah Mesir selama tiga abad.
Dia berkuasa di Mesir ketika berumur 17 tahun.
Tiga tahun selepas berkuasa, dia menggoda pemerintah Rom, Julius Caesar dengan menyebabkan lahirnya seorang anak, Caesarion.
Selepas Caesar dibunuh, Cleopatra memikat Antony sebelum membunuh diri berikutan kematiannya.
Menurut legenda, Cleopatra meletakkan seekor ular kecil yang berbisa di payu daranya menyebabkan dia meninggal dunia. - Agensi
******************************************************************************
yang famous pasal cleopatra ni sebab kulit dia yang licin gebu sebab sokmo mandi
dengan susu kambing -
- macam besar pulak hidung cleopatra ni -
9 bahasa tu .. bahasa apa ye zaman tu.. - |
|
|
|
|
|
|
|
asal usul pembedahan caeseran daripada cleopatra ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk x lerr cantik sangat.. mungkin org dulu2 punya citarasa kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 wlakp's post
kita tak tahu wajah sebenar, tu cuma janaan imej 3d saja |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin cleopatra tu cute?<img src="images/smilies/loveliness.gif" smilieid="56" border="0" alt="" /> |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sangat versi rupa/gambaran cleopatra nih ..
dari lukisan nyer .. sculpture nyer .. memacam rupa adoooo |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 naen's post
macam hidung witch pulak -
mungkin sebab dia macam witch sikit2
so depa portrayed dia macam tu -
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 17-12-2008 09:25 AM
9 bahasa tu .. bahasa apa ye zaman tu.. -
- greek (cleopatra actually keturunan greek, so greek ni dia nyer 1st language)
- latin
- aramaic
- ethiopic & troglodyte
- hebrew
- arabic
- persian
- syrian
- egyptian
lain2 : medes, coptic, parthians, semetic
satu fakta pasal bahasa ngan cleopatra nih ..
walopon family & keturunan dia memerintah mesir for centuries,
cleopatra merupakan yg 1st & satu2 nyer (pada masa tuh) yg bleh cakap dalam bahasa egyptian ..
pelik & menarik, huh |
|
|
|
|
|
|
|
skrg nie, apa product kecantikan sure guna nama cleopatra segala..
skin dia la kot cantik, sbb mandi susu tiap2 hari..
sure merana lembu kambing kat mesir time tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 joyahglam's post
Bukan nyer ada patung wajah cleopatra kat Muzium Berlin... Tgk kat channel 555... Lawa tu, sampai smua pelawat tpegun n tpersona ngan patung tsebut... |
|
|
|
|
|
|
|
bleh bgtau detail x pasal cleopatra nie..cm menarik je.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa mmg lawa lar, klu tak takkan caesar leh terpikat dgn skali tengok |
|
|
|
|
|
|
|
definasi cantik dulu lain kot |
|
|
|
|
|
|
|
yang pasti kulit dia halus mulus tulus pulus.. semua -
sebab pakai goat's milk soap -
ha - kan bagus kambeng ni -
sebab susu dia buat kulit kita halus mulus tulus pulus -
cleopatra ni macam witch la juga --
tapi bukan bad witch yang naik broom tu -
tapi dia ada ilmu2 gak.. jangan nak main2 dengan
egyptian ni - kalau tak takkan depa boleh bina
pyramid tu... yang beribu2 tahun masih tersergam - |
|
|
|
|
|
|
| |
|