CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3870|Reply: 25

Program baru usahawan untuk siswazah - Dato Nuh baru umum pada 10 jan 09

[Copy link]
Post time 9-1-2009 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Program baru usahawan untuk siswazah09/01/2009 12:03pm

utusan Meloya, SINTOK 9 Jan. — Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) akan melaksanakan satu program baru keusahawanan untuk siswazah yang tidak memerlukan jaminan atau penjamin bagi mendapatkan pinjaman.
Menterinya Datuk Noh Omar berkata konsep baru yang sedang dirangka itu berbeza dengan program keusahawanan siswazah sedia ada dan dijangka dapat dilaksanakan pada tahun depan.
Bercakap kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa (Karniawan) ke-6 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini malam tadi, katanya beliau yakin program itu mampu melahirkan usahawan siswazah tulen yang mempunyai daya ketahanan.
“Ini adalah kerana mereka perlu memenuhi kriteria antaranya menamatkan kursus mengikut silibus yang ditetapkan atau berjaya dalam latihan penempatan di syarikat-syarikat terpilih yang mana MECD menanggung dan membayar elaun mereka,” katanya.
Beliau berkata modul lengkap program perintis itu yang dirancang dengan kerjasama syarikat dan universiti tempatan dijangka siap menjelang akhir tahun ini. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2009 12:40 PM | Show all posts
Nasihat daripada otai:


Budak2 ni baik berniaga dahulu secara kecil-kecilan selama 6 bulan, kemudian baru apply bantuan beratus-ratus ribu. Jangan dimanjakan sangat suap duit berpuluh ribu secara membabi buta. Even otai macam aku pon kekadang rugi juga jatuh tersungkur, inikan pulak budak hingusan yang umpama berlari dengan mata tertutup. Korang tengok lah dalam The Apprentice, even budak Havard pon ada yang tak boleh perform in business   Bila masuk dalam dunia bisnes, tak kira ada MBA sekalipon, anda dikira satu sama rendah aja dengan budak lulusan SPM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2009 12:52 PM | Show all posts
Aku juga bekas siswazah, tapi aku tak pakai duit kerajaan untuk berniaga. Beberapa kali aku gagal. Mula-mula rugi ribu-ribu, kemudian rugi belas-belas ribu. Tapi aku survive dan setiap kali gagal boleh naik semula. Reason? Sebab aku tak pinjam duit orang dan NAMA TAK BLACKLIST. Budak2 ni kalau pertama kali bisnes dan gagal, muda-muda umur 24 tahun sudah bankrupt   Lepas tu dah tak boleh buat loan lain

Modal besar berpuluh-puluh ribu ringgit ni umpama kereta enjin besar. Enjin V8. Kalau bagi budak lesen L bawak kereta besar, terbabas lah kereta itu sebab tak reti nak kawal walaupon instructor ada kat sebelah untuk memberi arahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2009 01:09 PM | Show all posts
  Kerajaan seharusnya memberi full grant kepada usahawan muda below 30s yang terbukti boleh buat sales berjuta-juta setahun dan sudah banyak tahun dalam bisnes secara tegar  Biar mereka ni jadi mentor kepada junior yang nak jadi usahawan.

Biar kami yang jadi mentor kepada budak2 lepasan universiti yang minat berniaga :victory:  Bagi budak-budak ni duit untuk berdiri sendiri bukanlah cara yang betul. Skim ini akan gagal. Saya cabar Datuk Noh, saya boleh naik ke tingkat 9 jumpa pegawai khas Dato. Jumpa En. Khir?En. Saiful? En. Budi?  Saya boleh explain why skim ini akan turut gagal.

Setarusnya budak2 yang baru grad ni kena jadi apprentice kami dahulu. Biar mereka di bawah kami selama 2-3 tahun, kemudian mereka bebas buat group sendiri on their own. Biar kami ajar mereka. Pegawai MECD dan MARA tu cakap aja lebih, nak isi dokmen tender pon belum tentu pandai . Cakap teori aja pandai.

Aku ada ilmu, ada pengalaman luas dalam supply, service dan tender,  aku ada kontek, aku ada direct access kepada manufacturer. Aku ada peluang yang tak berbaloi aku buat seperti job below RM10K. Aku boleh forward job kecik2 ini kepada usahawan muda yang baru grad dari university. Aku boleh ajar mana nak amik barang. Nak kontek Cina mana untuk dapat harga murah. Syarat mereka kena bayar kat aku 10% daripada profit mereka. Itu aja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 01:33 PM | Show all posts
uishhh...won bin ni membalas dgn penuh perasaan...takkan emo kot???rilek arr...maybe dah rezeki "budak hingusan" ni utk dpt pertolongan ni dr kerajaan...tp rasenye dengan ade nye program ni pun x bermakna otai-otai mcm won bin x ditolong kan???ade sesetgh org lebih suka hard way dlm bisnes sbb setiap kegagalan itu akan memberi pengajaran dan pengalaman mungkin dpt dibyr dgn harga loan yg x yg beribu2 tu...

p/s : nasihat aku, org bwk keta ikut jln kampung lg power dr org bwk keta ikut h/way...walaupun lambat tp penuh dgn perhatian...lu pikir la sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 01:37 PM | Show all posts
ermss.... sy anggap ini berita baik.. sbbnya dgn pertolongan modal nih.. budak2 graduan nih bleh joint biz sy..
dgn modal yg depa ader.. berapa sgtla nak kena bayarkan joint MLM Avon sayakan??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2009 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by hanim_rosli at 9-1-2009 01:37 PM
ermss.... sy anggap ini berita baik.. sbbnya dgn pertolongan modal nih.. budak2 graduan nih bleh joint biz sy..
dgn modal yg depa ader.. berapa sgtla nak kena bayarkan joint MLM Avon sayakan??


bagus kan idea anda....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 05:56 PM | Show all posts
den nak masuk bawah bro Wonbin boleh??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 06:02 PM | Show all posts
En wonbin saya pon berminat nak belajar dari tuan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 06:04 PM | Show all posts

Balas #8 scotjr\ catat

ni MLM ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 9-1-2009 01:09 PM
  Kerajaan seharusnya memberi full grant kepada usahawan muda below 30s yang terbukti boleh buat sales berjuta-juta setahun dan sudah banyak tahun dalam bisnes secara tegar  Biar mereka ...



dan encik khir akan sekadar mengangguk2 kepala sambil tersenyum2 kambing, dengan membetul2kan talilehernya yg selalu melepasi perutnya yg sempo itu... ko terus jer jumpa dato hashim...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 06:25 PM | Show all posts
kat msia ni kalau nak meniaga bukan kena ada modal besar tapi...SIAPA YANG NKO KENAL...camtu baru senang nak meniaga dan survive...aku dah rasa dahhh...ngabiskan duit kerajaan je tu...percayalahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 06:26 PM | Show all posts
lagi pun kalau bagi geran...bukan nye boleh dapat penuh...kalau mintak 50k...dapat 20k...kos pun tak dapat...tu yang meniaga lingkup terus...kalau nak bagi biar cukup...macamcina..kalau nak pinjam...pinjam sekalu ganda modal..baru betulll...lebihan tu masuk semula 50% dalam akaun bank untuk ansuran...camtu baru boleh survive..pe daaa

[ Last edited by  tok^dalang at 9-1-2009 06:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 06:36 PM | Show all posts
geran tu ... utk kroni jer...hantar profile jgn lupa tulis Ahli UMNO cawangan sekian2.... lagi elok kalau cover profile tu warna biru tua.. yg pompuan lak, kalau dtg, jgn lupa pakai PINK..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 12:04 AM | Show all posts
politik la pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 03:19 PM | Show all posts

Reply #4 WonBin's post

uishhh.. kena bayar 10% dr profit.. nie profit per month ka per year...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 03:23 PM | Show all posts
Originally posted by pink_lavender at 14-1-2009 03:19 PM
uishhh.. kena bayar 10% dr profit.. nie profit per month ka per year...



ni profit after tax....   back to back... :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:17 PM | Show all posts

Balas #4 WonBin\ catat

Setuju dengan encik wonbin...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 06:18 PM | Show all posts
aku nak ikut jejak wonbin gak ler kalau mcm tu.....

ada untung maaaaaaaa...


huuhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 07:55 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 9-1-2009 11:40 AM
Nasihat daripada otai:


Budak2 ni baik berniaga dahulu secara kecil-kecilan selama 6 bulan, kemudian baru apply bantuan beratus-ratus ribu. Jangan dimanjakan sangat suap duit berpuluh ribu secara membabi buta. Even otai macam aku pon kekadang rugi juga jatuh tersungkur, inikan pulak budak hingusan yang umpama berlari dengan mata tertutup. Korang tengok lah dalam The Apprentice, even budak Havard pon ada yang tak boleh perform in business   Bila masuk dalam dunia bisnes, tak kira ada MBA sekalipon, anda dikira satu sama rendah aja dengan budak lulusan SPM.
.

Business   ni  kena   banyak  pengalaman   ...ada   degree  bukan   satu  jamin   utk  berjaya   .......
dan   ada  time    senang  dan  time   susah   .......
aku  pun  nak  belajar  dari  encik   wonbin   .....
aku  pun  usahawan  muda   siswazah   gak  .....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.145643 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list