View: 43416|Reply: 83
|
nk pegang/baca quran kena ada wudhuk ke?
[Copy link]
|
|
salam,
aku musykil sikit bab yg satu nie..kalo kiter nk baca or even pegang al-quran yg xde terjemahan (means bukan tafsir quran la), kiter mmg kene ada wudhuk ke? pastu, kalo xde, xleh ek pegang or baca?
lagi satu persoalan aku, kalo sorg wanita tu tgh dtg haid, die mmg xleh baca or pegang quran jgk ke? kenapa yer? sbb die di anggap x suci ke? ada ustaz aku tu penah ckp, boleh, sbb kalo ikut logic, time2 wanita tgh period la, syaitan lagi nak kacau sbb die x leh solat kan, so, baca quran dibolehkan sbg benteng die dari godaan syaitan..
erm..aku just bertanya..sape2 yg arif tlg la jawab ek..kalo leh kasi la skali dgn dalil2 yg sahih, thanx |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu yang arif menjawab...teman pun nak tau juga |
|
|
|
|
|
|
|
Ulamak berselisih pendapat tentang sentuh Quran dalam hadath besar atau dalam haid. Mazhab syafie tidak membenarkannya.
Disertakan hujah-hujah kedua-dua pihak. Mula-mula hujah yang kata tak boleh sentuh mushaf Quran, kemudian di bawah hujah-hujah kata boleh sentuh mushaf dan baca Quran.
Ulasan dari Ustaz Abdul Kadir dari IQ. Kamu baca fahamkan dan pilih sendiri. Jangan takut, keluar kejap dari mazhab syafie tak jatuh murtad... janji kena tau pokok persoalannya...
Saya memilih pendapat kedua mengatakan boleh...
**************************************
Tak Boleh:
Dr. 'Umar bin Muhammad al-Sabil, dariUniversity Umm al-Qura, di dalam tulisannya (حكم الطهارة لمس القرآن الكريم)mendakwa ijmak ulama tidak boleh memegang al-Quran bagi orang yang berhadathbesar. Melainkan Daud al-Zahiri dan pengikut-pengikutnya dari ahli Zahir.
- Para ulama berbeza pendapat bagi orang yang berhadath kecil.
1- Tidak boleh :
Inilah pendapat para sahabat seperti Alibin Abi Talib, Abdullah bin Mas'ud, Said bin Abi Waqqas, Ibn Umar, Said binZaid, Sulaiman al-Farisi dan selain mereka.
Di kalangan para Tabi'in pula seperti 'Ato'bin Abi Robah, Ibn Syihab al-Zuhri, al-Hasan al-Basri, Towus bin Kaisan, Salimbin Abdullah bin umar, al-Nakhaie'dan para Fuqaha' yang Tujuh. Inilah jugapendapat mazhab yang empat.
Dalil Ulama Yang Tidak Membenarkan.
1- Ayat al-Quran surah al-Waqi'ah : 77-80
إنه لقرآن كريم في كتاب مكنون لا يمسه إلاالمطهرون تنزيل من رب العالمين
Maksudnya : Bahawa sesungguhnya (yangdibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalamKitab yang cukup terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan olehmakhluk-makhluk yang suci. yang diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
2- al-Sunnah
- لا تمس القرآن إلا وأنت طاهر
Maksudnya : "Jangan kamu menyentuhal-Quran melainkan kamu suci." (Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakatioleh al-Zahabi)
- لا يمس القرآن إلا طاهر
Maksudnya : "Tidak menyentuh al-Quranmelainkan orang yang suci." (Daruqutni di dalam Sunannya. Di dalam Majma'al-Zawa-id disebut rijal hadith ini Mauthuq.)
3- al-Ijma'
- Ijmak di kalangan para sahabat tidakbolehnya memegang al-Quran bagi orang yang berhadath. Diriwayatkan pendapat inidari kalangan para fuqaha' sahabat, dan para sahabat yang masyhur. Tidakdiketahui pula ada yang berbeza di zaman mereka. Ini termasuk di dalam IjmakSukuti. Pendapat ini juga diakui dengan riwayat yang menyebut kisah pengislamanUmar, ketikamana beliau masuk menemui adiknya dan suami adiknya yang sedangmembaca al-Quran. Lalu Omar berkata : "Berikan kepadaku kitab yang kamubaca yang berada disisi kamu berdua." Lalu adiknya berkata :"Sesungguhnya engkau najis, tidak menyentuhnya melainkan orang-orang yangsuci, Bangun dan pergilah bersuci..." (Riwayat Daruqutni dan al-Baihaqi)
- Daripada 'Alqamah : "Kami bermusafirbersama Sulaiman al-Farisi, lalu dia menunaikan hajatnya (buang air). Kamiberkata kepadanya : "Berwudhu'lah supaya kami boleh bertanya kepada mutentang ayat al-Quran." jawabnya : "Bertanyalah kepada aku, dalamkadaan aku tidak menyentuhnya." Lalu kami baca (tanya) apa yang kami kehendaki."Di dalam riwayat yang lain Sulaiman al-Farisi berkata : "Tanyalah kepadakudan aku tidak memegangnya (al-Quran), sesungguhnya al-Quran tidak menyentuhnyamelainkan orang-orang yang suci." (Musnaf Ibn Abi Syaibah)
---------------- |
|
|
|
|
|
|
|
2- Boleh :
Diriwayatkan pendapat ini dari Ibn 'Abbas,al-Sya'bi, al-Dohhak, al-Hakam In 'Utaibah, Hammad bin Abi Sulaiman, Daudal-Zahiri dan ianya dari mazhab al-Zahiri.
Dalil Ulama Yang Membenarkan
1- Thabit di dalam Sahih al-Bukahri danMuslim bahawasanya Nabi s.a.w. telah mengutus Dehyah al-Kalbi (دحية الكلبي )menemui Herakle (هرقــل) maharaja Rom, dengan surat yang terkandung di dalamnyaayat al-Quran seperti yang saya sebutkan di dalam posting di atas.
Ibn Hazm berkata : "Ini perbuatan Nabis.aw. yang telah mengutuskan surat yang mana di dalamnya ada ayat ini kepada Nasara. telah diyakinibahawasanya maharaja Rom tersebut menyentuhnya. Jika dibolehkan seorang kafirmenyentuhnya. Maka harus pula bagi seorang muslim yang berhadath menyentuhnyadari bab keutamaan."
2- Tidak thabit larangan menyentuh al-Quranbagi orang yang berhadath samada dari al-Quran ataupun al-Sunnah. Maka jadilahhukumnya sebagai harus.
3- Apabila membaca al-Quran harus bagiorang yang berhadath, maka menyentuhnya lebih utama untuk dibolehkan tanpahukum haram.
4- Dibolehkan kepada kanak-kanak membawaal-Quran sedangkan mereka itu berhadath. Ini menunjukkan bolehnya menyentuhal-Quran bagi orang yang berhadath.
Jawapan Golongan Kedua Kepada GolonganPertama :
1- Ayat al-Quran (لا يمسه إلا المطهرون )adalah jumlah Khabar/prediket (tidak menyentunya). Ianya bukanlah jumlah arahan(jangan menyentuh) dan bukan juga tuntutan untuk mesti suci apabila hendakmenyentuh al-Quran.
Maksud tidak menyentuhnya (al-Kitab) didalam ayat di atas ialah kitab yang ada di langit (Luh Mahfuz). Maka yangdimaksudkan dengan al-Mutahharun (makhluk-makhluk yang suci) itu ialah paraMalaikat yang suci daripada Syirik dan dosa.
2- Semua hadith yang menunjukkan laranganmenyentuh al-Quran bagi orang yang berhadath adalah lemah.
3- Dakwaan wujudnya ijmak tidak kuat keranaterdapat bukti yang menunjukkan adanya perbezaan pendapat di kalangan Tabi'iendan generasi selepas mereka.
Bantahan Golongan Pertama Kepada GolonganKedua :
1- Hadith penghantaran surat kepadaHerakle itu menunjukkan bolehnya menyentuh risalah atau buku yang mengandungisatu ayat dari al-Quran atau seumpamanya. Benda seumpama ini tidak dinamakanMushaf. Nabi s.a.w. juga hanya menyebutkan satu ayat al-Quran sahaja denganmemaksudkannya sebagai dakwah. Maka perbuatan seumpama ini adalah harus.
2- Dakwaan lemahnya semua hadith yangmelarang menyentuh al-Quran bagi orang yang berhadath adalah tidak benar. Makahukum asal harus itu tidak boleh digunakan lagi.
3- Kebenaran bagi orng yang berhadathmembaca al-Quran adalah untuk orang yang berhadath kecil sahaja jika adakeperluan, disebabkan wujudnya kesukaran untuk berwudhu pada setiap kali hendakmembaca al-Quran. Jika wujudnya kesukaran, maka datanglah keringanan keranaالمشقة تجلب التيسير .
4- Kebenaran kanak-kanak membawa al-Quranadalah atas sebab keperluan untuk belajar. Bahkan kanak-kanak bukanlahmukallaf.
Jawapan Golongan Pertama Kepada GolonganKedua :
1-(لا يمسه إلا المطهرون) adalah jumlahKhabar/prediket yang merangkumi larangan.
Dakwaan pengkhabar "Tidak menyentuhnya(al-Quran)", adalah al-Quran yang berada di Luh Mahfuz adalah tidak benar,kerana selepas ayat tersebut ALLAH menyebut : "Yang diturunkan daripadatuhan sekelian alam. " Ini menunjukkan al-Quran yang dimaksudkan ialahmashaf al-QUran yang berada di tangan manusia.
2- Dakwaan kelemahan semua hadith tentanglarangan menyentuh al-Quran bagi orang yang berhadath adalah tidak benar. Jikasekalipun setiap satu hadith tersebut tidak sunyi dari kecacatan, namun denganhimpunan kesemua jalan-jalannya menaikkkannya kedarjat Hasan. Maka ia bolehdijadikan hujah dan wajib beramal dengannya. Kata al-Albani : "Bahawasanyahadith tersebut jalan-jalannya tidak sunyi dari kelemahan, akan tetapikelemahan yang ringan. Dimana tidak ada (rawinya) yang dituduh berbohong,sebaliknya kelemahannya disebabkan Irsal dan hafalan yang lemah. Maka sepertiyang diakui di dalam ilmu mustalah, bahawasanya jalan-jalan hadith menguatkanantara satu sama yang lain, sepertimana yang diakui oleh al-Nawawi di dalamTaqribnya, kemudian al-Suyuti di dalam Syarahnya. Maka berdasarkan ini diriku(al-ALbani) merasa tenang untuk mensahihkan hadith ini. Terutamanya telahberhujah dengannya Imam al-Sunnah Ahmad bin Hanbal... dan telah mensahihkannyaoleh sahabat Imam Ahmad al-Imam Ishak bin Rahuwiah."(Irwa' al-Ghalil).
Rumusan :
Hukum menyentuh al-Quran bagi yangberhadath ini adalah sesuatu yang diperselisihkan di kalangan ulama, bahkan dikalangan para sahabat. Buktinya Dr. 'Umar bin Muhammadal-Sabil sendiri menyebut pendapat Ibn 'Abbas yang membolehkan menyentuhal-Quran bagi yang berhadath. Jika ianya ijmak mustahil wujud perbezaanpendapat di kalangan Tabi'ien. Dr. Husamuddin 'Ifanah pula mendakwa antaraulama mazhab Syafie yang mengharuskan wanita Haid memegang al-Quran ialahal-Muzani.
Jika meliihat kepada hujah-hujah kedua-duapihak, kita akan mendapati kedua-duanya mendatangkan hujah dan dalil mereka.Maka jawapan kepada persoalan yang dilontarkan adalah seperti berikut :
1- Harus bagi wanita yang berhaid untuk diamembaca al-Quran dari hafalannya berdasarkan pendapat yang paling kuat dari duapendapat ulama. Inilah pendapat Imam Malik, dan satu riwayat dari Imam Ahmad,Ibn Taimiyyah memilih pendapat ini. Demikian juga al-Albani dan al-Syaukanijuga merajihkan pendapat ini berdasarkan ketiadaan dalil secara jelas yangmelarangnya.
2- Tidak boleh wanita haid menyentuhal-Quran. Inilah pendapat keempat-empat Imam Mazhab. Dalil utama dalam masaalahini ialah hadith :
لا يمس القرآن إلا طاهر
Maksudnya : "Tidak menyentuh al-Quranmelainkan orang yang suci (daripada hadath kecil dan besar)."
Ulama yang mengharuskan wanita haid darimenyentuh al-Quran beralasan kalimat Tohir (طاهر = Suci/bersih) di dalam hadithdi atas boleh membawa berbagai maksud antaranya ; suci daripada syirik, sucidaripada hadath kecil atau besar dan suci daripada najis. Jadi merekaberpendapat kalimat ini boleh mewujudkan beberapa maksud. Maka ia tidak bolehdijadikan hujah dalam melarang wanita yang berhaid dari menyentuh al-Quran.Namun maksud Tohir di dalam hadith ini yang lebih kuat ialah suci dari hadathkecil dan besar. Ini berdasarkan ayat al-Quran :
وما يريد الله أن يجعل عليكم من حرج ولكنيريد لطهركم
Maksudnya : "dan ALLAH tidakmenghendaki menjadikan kesusahan atas kamu, akan tetapi DIA menghendakimenbersihkan kamu." Ayat ini berbicara tentang wudhu dan tayammum.
Selain itu bukan menjadi tabiat Nabi s.a.w.menisbahkan orang mukmin sebagai Tohir yang membawa maksud suci/bersih daripadasyirik (seperti yag difahami oleh ulama yang menharuskan wanita haid menyentuhal-Quran). Sebaliknya Nabi s.a.w. biasanya menisbahkan mereka dengan Iman. Inimenunjukkan kalimat Tohir di dalam hadith tersebut membawa maksud bersih/sucidaripada hadath kecil dan besar. Inilah yang disebut oleh al-Syeikh al-Uthaimindi dalam al-Syarh al-Mumti'.
3- Sebagai langkah berhati-hati adalah baikuntuk mengambil pendapat kempat-empat Imam Mazhab yang melarang wanita haidmenyentuh al-Quran.
wallahu a'lam.
abdul_kadir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 kupia's post
Salam ...
Di sini mungkin ada kesilapan teknikal:
وما يريد الله أن يجعل عليكم من حرج ولكنيريد لطهركم
Ayat yg sebenarnya ialah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
[Surah al-Ma'idah : 6]
3- Sebagai langkah berhati-hati adalah baikuntuk mengambil pendapat kempat-empat Imam Mazhab yang melarang wanita haidmenyentuh al-Quran.
Saya lebih suka menerima pendapat yg mengatakan wanita berhaid boleh menyentuh dan membaca al-Quran.
Terlalu banyak kebaikan yg diperolehi daripada keharusan ini terhadap golongan wanita yg ingin menghafaz dan mendalami al-Quran.
Turut berpendapat begini (wanita berhaid boleh memegang dan membaca al-Quran) ialah Imam al-Bukhari.
Sekian,
Wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salaam,
Pada saya, isteri dan anak sulung perempuan saya yang dah baliq tiada masalah untuk menyentuh/memegang/membaca Al Quran.... malah mereka sholat dan puasa dalam keadaan haid... sebab yang jelas tiada larangan Allah dalam Al Quran bahwa wanita haid tidak boleh beribadah sama seperti mereka dalam keadaan tidak haid. Malah Sholat wajib dikerjakan walau dalam keadaan apa sekalipun, wajib ditunaikan tak kira darurat atau sakit dsbnya.... tiba-tiba bila mereka datang haid, mengapa mereka dihalang pula untuk sholat dan lain-lain ibadat... yang wajib tetap wajib dikerjakan tak kira apa alasan sekalipun.
Terima kasih........ dan maaf mingkin menyingung perasaan sesetangah pihak tapi itulah hakikatnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pooh83 at 13-2-2009 07:42 AM
thanx for yg bagi pendapat n dalil2 skali
btul jgk ckp Tie_Nan_Aima, kalo hafizah yg menghafal al-quran, susah jgk kalo die x leh pegang or baca quran sepnajnag haidnya...nanti lupa pulak. ...
Kalau ikut dalil yang lebih rajih salam dengan husband tak batal wuduk.
Ada dalil yang kuat untuk baca Quran tanpa wuduk.
Wallahu'alam... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anakmacho at 13-2-2009 10:26 AM
Salaam,
Pada saya, isteri dan anak sulung perempuan saya yang dah baliq tiada masalah untuk menyentuh/memegang/membaca Al Quran.... malah mereka sholat dan puasa dalam keadaan haid... sebab ya ...
kamu anti hadis ke?
larangan orang perempuan dalam haid SOLAT, PUASA DAN TAWAF itu jelas lagi terang.
Dalil dari Al Quran nak kena chek dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 kupia\ catat
Salaam,
Apasal yea... asal saja tidak sama pendapat terus label anti hadis..... ?
Ada ke dalam Al Quran larangan itu semua kat wanita datang haid.....? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anakmacho at 13-2-2009 10:26 AM
Salaam,
Pada saya, isteri dan anak sulung perempuan saya yang dah baliq tiada masalah untuk menyentuh/memegang/membaca Al Quran.... malah mereka sholat dan puasa dalam keadaan haid... sebab ya ...
xde sape yang arif nak jelaskan ke? xpenah dengar ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry kalo lari sikit daripada tajuk thread. Just nak tanya, kalo suami isteri bersentuh (bersalaman) ketika mempunyai wuduk, mmg batal ke wuduknya? Ada tak dalil2/hadis2 berkaitan? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 bacteria82\ catat
Salaam,
Takda masalah punya...... batal wuduk hanya pergi tandas membuang..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 anakmacho's post
err...bcos..sumber rujukan kiter bukan hanaya Al-Quran semata...Hadith yg sohih jgk adalah sumber rujukan kiter..so, walau ada certain perkara yg x mentioned dlm al-quran, tapi ada di sebut dlm hadith sohih, ia di anggap sah dan boleh diguna pakai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 kupia's post
yup..dulu pernah jgk husband ckp ada dalil yg kata bersentuhan husband n wife x batal wudhuk...tapi aku x ingt la pulak, nape ye tetiba satu hari tu kitorg dh x pegang mende (x batal wudhuk tu) dah..i think sbb terdgr satu ceramah agama kot..pastu dah jadik confius, so, kitorg pk, better amik hukum yg lebih tegas or ketat just to be safe..huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 pooh83\ catat
tapi orang yang blajar agame memang lain sikit..
membe aku blaja pondok, dia memang concentrate kat Al- Quran dan Sunnah je..
Rokok n Ganja x haram bagi bagi dia sebab xde mention dalam kedua2nya..
Ustad dia yang cakap, bukan dia yang pandai2 tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SeNGet at 13-2-2009 04:26 PM
tapi orang yang blajar agame memang lain sikit..
membe aku blaja pondok, dia memang concentrate kat Al- Quran dan Sunnah je..
Rokok n Ganja x haram bagi bagi dia sebab xde mention dalam ked ...
Ustad dia pun isap ganja kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 supernova79's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 pooh83's post
kaka pooh...
In berpegang boleh memegang/membaca Quran bkn saja tanpa wuduk tp dlm hadas sekali pun... bgitu juga dalam bab bsentuhan dgn lelaki ajnabi, tidak batalkan wuduk. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anakmacho at 13-2-2009 10:26 AM
Salaam,
Pada saya, isteri dan anak sulung perempuan saya yang dah baliq tiada masalah untuk menyentuh/memegang/membaca Al Quran.... malah mereka sholat dan puasa dalam keadaan haid... sebab ya ...
pelik.....
setahu saya kalo pempuan dtg haid mana boleh solat, baca Al-Quran
kita kan mazhab shafi'e
anakmacho ni mazhab mana pulak?
sapa2 yg arif pls jelaskan kat sini............konpius pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|