|
Assalamualaikum,
Nak tanya pasal apa soalan yang akan dikenakan didalam kubur? Yang I tau (dr bacaan talkin) diantara lain ialah:
- siapakah tuhan mu
- siapakah nabi mu
- apakah kitabmu
Disamping ni ada tak soalan lain?
Sebab I tanya ialah ada sorang ni (I rasa non-muslim), dia balas my posting dlm satu forum ni as:
" You can talk about all you want about being good muslim and believed in the Almighty Allah. When you Rest In peace three question will be asked by the Angel of Death;
1. What have you done with your wealth? Amal or otherwise....
2. What have you done with your youth? Good or otherwise
3. What have you done with your knowledge? To help educate others or being selfish..
So, look and judge a person by his deeds. That is the ultimate for every Muslim to achieve.
Defensive or otherwise put yourself in the other person's shoes. Ask around what xxxxx has done for others in term of AMAL as compared to others. I am sure Dato knows what he is doing, to do the best for the students."
My Questions:
1. Angel of Death tu Malaikat Maut kan and not Nungkar Nangkir
2. Ada ke pertanyaan sebelum nak ambil nyawa
3. Or pertanyaan tersebut didalam kubur.
Yang I tau memanglah segala apa yang kita buat akan disoal balik semasa di akhirat nanti iaitu semasa di Padang Mahsyar.
Adakah semua kenyataan 'sipolan' diatas tu benar belaka? So gamaknya I kena belajar agama dengan lebih dalam lagi.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
refer kat ustaz yg berpengalaman la. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata kalu jwb mcm ni, "sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula..."
bole tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by obelisk at 12-2-2009 01:57 PM
apa kata kalu jwb mcm ni, "sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula..."
bole tak?
Tak boleh sebab I tak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
1. Angel of Death aka malaikat maut aka Izrail. Munkar dan Nakir tanya soalan.
2. Tak ada kalau tak salah
3. Ada soalan tu tapi tak dapat dipastikan pasal kemungkinan hadith tu lemah.
Lagipun kalau hafal jawapan untuk soalan tu pun tak guna, pasal kita hanya boleh menjawapnya dengan menggunakan amalan kita.
Patut tanya ada tak azab kubur dan sila kemukakan bukti (ie Al Quran, hadith)
[ Last edited by slug at 12-2-2009 04:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
(وَقَالَ: وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ خَفْقَ نِعَالِهِمْ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ، حِينَ يُقَالُ لَهُ: يَا هَذَا، مَنْ رَبُّكَ ؟ وَمَا دِينُكَ ؟ وَمَنْ نَبِيُّكَ ؟ قَالَ هَنَّادٌ: قَالَ: وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ، فَيُجْلِسَانِهِ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَنْ رَبُّكَ ؟ فَيَقُولُ: رَبِّيَ اللَّهُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: دِينِيَ الْإِسْلَامُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ قَالَ: فَيَقُولُ: هُوَ رَسُولُ اللَّهِ، فَيَقُولَانِ: وَمَا يُدْرِيكَ؟ فَيَقُولُ: قَرَأْتُ كِتَابَ اللَّهِ، فَآمَنْتُ بِهِ، وَصَدَّقْتُ) [Abi Dawud/ 4753, sahih]
Dan dia berkata: «Dan sesungguhnya dia benar-benar mendengar hentakan kasut-kasut mereka apabila mereka berpaling membelakangkan, apabila dikatakan kepadanya: Wahai ini, siapa Tuan kamu? Dan apa agama kamu? Dan siapa Nabi kamu?». Berkata Hannad: Dia berkata: «Dan mendatanginya dua mala’ikat, maka mereka berdua mendudukkannya, dan mereka berdua berkata kepadanya: Siapa Tuan kamu? Maka dia berkata: Tuan saya Allah. Maka mereka berdua berkata kepadanya: Apa agama kamu? Maka dia berkata: Agama saya Islam. Maka mereka berdua berkata kepadanya: Apakah lelaki ini yang dibangkitkan pada antum?». Dia berkata: «Maka dia berkata: Dia ialah Rasulu Llah. Maka mereka berdua berkata: Dan apa yang kamu tahu? Maka dia berkata: Saya telah membaca Kitaba Llah dan saya beriman dengannya dan saya membenarkan». |
|
|
|
|
|
|
|
(عَنِالنَّبِيِّ، قَالَ: "الْعَبْدُ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ، وَتُوُلِّيَ،وَذَهَبَ أَصْحَابُهُ حَتَّى إِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ،أَتَاهُ مَلَكَانِ فَأَقْعَدَاهُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا كُنْتَ تَقُولُفِي هَذَا الرَّجُلِ مُحَمَّدٍ؟ فَيَقُولُ: أَشْهَدُ أَنَّهُ عَبْدُاللَّهِ وَرَسُولُهُ، فَيُقَالُ: انْظُرْ إِلَى مَقْعَدِكَ مِنَ النَّارِأَبْدَلَكَ اللَّهُ بِهِ مَقْعَدًا مِنَ الْجَنَّةِ"، قَالَ النَّبِيُّ:"فَيَرَاهُمَا جَمِيعًا، وَأَمَّا الْكَافِرُ أَوِ الْمُنَافِقُ،فَيَقُولُ: لَا أَدْرِي كُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ، فَيُقَالُ:لَا دَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ، ثُمَّ يُضْرَبُ بِمِطْرَقَةٍ مِنْ حَدِيدٍضَرْبَةً بَيْنَ أُذُنَيْهِ فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيهِإِلَّا الثَّقَلَيْنِ".)
[Al-Bukhariy/ 1338] Telah bercerita kepada kami `Ayyasy: Telahbercerita kepada kami `Abdu l-A`la: Telah bercerita kepada kami Sa`id,dia berkata: Dan telah berkata kepada saya Khalifah: Telah berceritakepada kami Yazid bin Zuray`: Telah bercerita kepada kami Sa`id,daripada Qatadah, daripada Anas, daripada Nabi, dia berkata: «Seseoranghamba apabila diletakkan di dalam kuburnya, dan berpaling dan pergisahabat-sahabatnya, sehingga dia sesungguhnya benar-benar mendengarhentakan kasut-kasut mereka, mendatanginya dua mala’ikat, maka merekaberdua mendudukkannya dan mereka berdua berkata kepadanya: Apa yang kamu telah katakan pada lelaki ini, Muhammad?Maka dia berkata: Saya bersaksi bahawasanya dia ialah hamba Allah danrasul-Nya. Maka dikatakan: Lihatlah kepada tempat duduk kami daripadaapi, Allah telah menggantikan untuk kamu dengannya suatu tempat dudukdaripada syurga». Berkata Nabi: «Maka memandang kepada mereka berduakesemuanya. Dan orang-orang kafir atau munafiq, maka dia berkata: Sayatidak tahu. Saya telah mengatakan apa yang dikatakan manusia. Makadikatakan: Tidak kamu tahu, dan tidak kamu ikut. Kemudian dipukuldengan pemukul daripada besi dengan satu pukulan di antara duatelinganya, maka dia menjerit dengan satu jeritan yang mendengarnyasesiapa yang dekat dengannya melainkan As-Saqalayn (jin dan manusia)». |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 kupia's post
nanti mai hujah org yg xcaya siksa kubur ada...
p/s: lama tak nampak abg kupia posting sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 kupia's post
masuk sini mmg rasa sihat sgt....
moga berkat doa abg gak, bertambah sihat lg....terimakasih banyak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 indah1285's post
sama-sama |
|
|
|
|
|
|
|
Sdr Kupia,
terima kasih. Jadi boleh tak saya simpulkan:
- kenyataan sipolan tu adalah salah.
- Angel of Death tu ialah Malaikat Maut
- Mana ada Malaikat Maut soal orang
- Soalan-soalan bukan soalan didalam kubur.
Tapi, memang kita akan ditanyakan apa yang kita buat didunia nanti semasa di padang Mahsyar.
I ni sebenarnya nak jawap balik apa yangsipolan tu tulis. Dia tu bukan muslim but pandai-pandai aje komen tentang orang Muslim.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by slug at 12-2-2009 04:16 PM
1. Angel of Death aka malaikat maut aka Izrail. Munkar dan Nakir tanya soalan.
2. Tak ada kalau tak salah
3. Ada soalan tu tapi tak dapat dipastikan pasal kemungkinan hadith tu lemah.
Lagipun ...
Slug,
Saya percaya akan soalan dan siksaan dalam kubur athough ada orang kata tiada hadith or ayat quran yang mengatakan demikian.
My soalan diatas adalah betul-betul nak reconfirmkan balik apa yang I tau sebab I yakin yang kenyataan sipolan ni adalah salah. Mungkin orang kristian percaya Angel of Death.
Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
ada tak malaikat tny adakah anda pnh menganiaya sesama manusia??.................. |
|
|
|
|
|
|
|
friday the 13th... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 kupia\ catat
Salaa,
Pada saya, saya tidak mempertikai mese-mesej yang terkandung di dalam kedua-dua yang dkatakan hadis nabi diatas, kerana mesejnya sangat baik untuk dijadikan renungan berkenaan bekalan kelak....
Apa yang sering saya persoalankan dan tanyakan agar dapat dijelaskan, siapa yang memberi tahu akan baginda nabi hal tersebut kerana baginda tidak tahu perkara ghaib kecuali yang diwahyukan sahaja.... saya tidak kisah dilabel sebagai membuat "kecoh" asal saja kemusykilan saya terjawab kerana selama ini saya tidak mendapat respon yang positif apabila saya bertanyakkan hal-hal seperti ini.... selagi saya tidak mendapat jawapan yang hakiki maka tiada kewajiban saya untuk menerimanya bersesuaian denga firman Allah dalam Al Quran, "jangan mengikuti jika kamu tiada pengetahuan mengenai sesuatu perkara...."
Contoh perkara ghaib yang dikhabarkan kepada baginda adalah kisah-kisah masa lampau selain masa-masa depan....
AQ 3:44. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami mewahyukan kamu; kerana kamu tidak berada dengan mereka, ketika mereka melemparkan pena-pena mereka, siapa antara mereka yang akan menjaga Mariam; kamu tidak berada di sisi mereka ketika mereka bertengkar.
Dan baginda nabi tidak mengetahui yang ghaib kecuali yang diwahyukan sahaja... dan semua wahyu telah termaktub dalam Al Quran yang kemudian Allah menjaganya (Quran) sampai hari kimata.
AQ 6:50. Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?"
AQ 7:188. Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak ada kuasa untuk memanfaatkan diriku atau memudaratkan, kecuali seperti yang Allah mengkehendaki. Sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentu aku mengambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan menyentuhku. Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang mempercayai."
Berpandukan ayat-ayat Allah diatas, sekali lagi saya bertanya... siapa yang memberi tahu akan baginda nabi berkenaan perkara-perkara ghaib tersebut (kisah alam kubur) ?
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Berpandukan ayat-ayat Allah diatas, sekali lagi saya bertanya... siapayang memberi tahu akan baginda nabi berkenaan perkara-perkara ghaibtersebut (kisah alam kubur) ?
Terima kasih.
Al-Qur'an [At-Tahrim: 3]
({وَإِذْ أَسَرَّالنَّبِيُّ إِلَى بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِوَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَن بَعْضٍ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنبَأَكَ هَذَا قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ } (3) سورة التحريم)
Maka apabila dia memberitahunya dengannya, dia berkata: Siapakah yangtelah memberitakan kamu hal ini? Dia berkata: Telah memberitakan sayaYang maha Mengetahui, yang maha Tahu.
Juga [An-Najm: 3-4]
(وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى) Dan tidaklah dia menyebut daripada hawa nafsu. Sesungguhnya ia tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.
nanti sambung... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 kupia\ catat
Salaam,
Terjemahan penuh At Tahrim ayat 3;
AQ 66:3. Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadis; dan kemudian, apabila dia (isteri) memberitahukannya, dan Allah memberitahunya kepada dia (Nabi), dia (Nabi) memberitahu sebahagian daripadanya, dan memalingkan sebahagian daripadanya; kemudian, apabila dia memberitahunya (isteri) daripadanya, dia (isteri) berkata, “Siapakah yang memberitahu ini kepada kamu?” Dia berkata, “Aku diberitahu oleh Yang Mengetahui, Yang Menyedari.”
Apa yang kita boleh fahami ayat diatas, tiada menyentuh berkenaan hal-hal kubur... ianya mengisahkan baginda nabi telah memberitahu sesuatu rahsia kepada salah seorang isterinya, isterinya itu pula memberi tahu kepada salah seorang madunya, Allah memberi tahu perkara itu kepada baginda bahwa isterinya telah membocorkan rahsia itu kepada isterinya yang lain.... ayat diatas juga memberi mesej bahwa baginda nabi tidak akan tahu perkara tersebut seandainya Allah tidak bagitau kat nabi.... ini membuktikan baginda nabi tidak tahu perkara yang dirahsiakan (tidak tahu yang ghaib) kepadanya walaupun dari isterinya sendiri, nasib baiklah Allah khabarkan.
Surah An Najm
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
53:1. Demi bintang apabila ia menjunam, 53:2. Teman kamu tidak sesat, dan tidak juga silap, 53:3. Dan tidak juga berkata-kata daripada keinginannya. 53:4. Ini tidak lain hanyalah satu wahyu yang diwahyukan, 53:5. Yang mengajar dia, yang sangat dalam kekuatan, 53:6. Sangat kuat; dia tegak mengambang, 53:7. Di horizon yang tinggi, 53:8. Kemudian mendekati dan turun, 53:9. Jarak dua ibu panah, atau lebih dekat, 53:10. Kemudian mewahyukan hamba-Nya, apa yang dia mewahyukan.
Mesej ayat Allah diatas berkenaan........ Al Quran diwahyukan kepada malaikat dan melaikat mewahyukan kepadabaginda dan baginda pula mewahyukan (menyampaikan) kepada kita, itulahyang disebut wahyu yang diwahyukan..... kalau yang dikatakan hadis nabi dari siapakepada siapa...?
Kedua-dua ayat diatas, tidak menceritakan perihal kubur..... terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kupia at 8-4-2011 14:42
Maaf ana kesuntukkan masa, ana bawa tulis Dr Abd Fatah Haron untuk rujukan:
**********************
Azab kubur - Menurut al-Quran dan hadis
Oleh ABDULFATAH HARON IBRAHIM,
Profesor di Jabatan Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Mati adalah akhir perjalanan hidup setiap insan di dunia ini. Dipenghujung jalan, setiap hidup yang berjiwa akan merasakan mati. Firman Allah, Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Ali Imran: 185). Mati adalah titik permulaan insan memasuki alam lain (alam lain dalam bahasa Arab di sebut Alam Akhirat). Alam Akhirat ini digelar juga Alam Balasan amalan seseorang semasa hidup di dunia. Amalan baik dibalas baik dan sebaliknya. Tulisan ini mengenai amalan jahat, dibalas jahat. Balasan ini bermula daripada memasuki liang kubur lagi.
1. Firman Allah, Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat pada waktu orang-orang yang zalim ( berada) dalam tekanan-tekanan sakrat (mabuk) mati, sedang para malaikat memukul dengan tangan mereka (sambil berkata) “keluarkan nyawamu. Pada hari itu kamu dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar. (Al-An’am:93). Di sini azab bermula dari saat kematian lagi, belum pun dikapankan dan dikebumikan. Ini adalah sebahagian daripada seksa yang berlaku sebelum kiamat. Ditambah dengan azab kubur kerana kebanyakan insan akan mengalaminya. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 600-601).
2. Firman Allah, Nanti akan Kami seksa mereka dua kali kemudian merekaakan dikembalikan kepada azab yang besar. (At-Taubah: 101). Maksud seksa dua kali ialah pertama tembelang orang munafik dan kedua seksa kubur. Atau seksa dunia dan seksa kubur. Semestinya salah satu daripada dua seksa itu ialah seksa kubur. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 601). Nanti akan Kami seksa mereka dua kali iaitu azab seksa di dunia dan azab seksa kubur. (Tafsir Ibn-Kathir bagi ayat ini).
3. Firman Allah, Dan Firaun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat sangat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang (sebelum hari bangkit dari kubur), dan pada hari terjadinya Kiamat, dikatakan kepada malaikat: “Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras. (Al-Mu’min: 45-46).
Roh Firaun dan orang-orangnya dalam (tembolok) burung hitam berulang alik ke neraka, begitulah ardhuha (ditunjukkan). Ditunjukkan ini bermula dari dunia ini lagi sebelum Kiamat. Ditunjukkan ini di alam barzakh. Inilah hujah bagi orang yang mengatakan bahawa azab seksa kubur itu memang benar. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 601). Dan pada hari terjadinya Kiamat, dikata kepada malaikat: “Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangatkeras.” Ayat ini merupakan dalil yang amat jelas bagi Ahli Sunah mengenai adanya seksa di alam barzakh dan dalam kubur. (Tafsir Ibn-Kathir bagi ayat ini).
4. Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang mukmin diletakkan dalam kuburnya, datanglah (malaikat-malaikat) kepadanya lalu dia mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Ini menepati firman Allah berbunyi Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut). Nabi s.a.w. menyebut mengenai azab kubur dengan sabdanya, Apabila seseorang Muslim mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Firman Allah, Allah mengukuhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut).
Diturunkan ayat ini mengenai azab kubur. Mengenai seksa kubur ini ada ulama mengatakan seksa badan dan roh kedua-duanya sekali. Allah Maha Kuasa mengembalikan sebahagian daripada jasad yang berkecai itu dicantumkan semula dan mengembalikan nyawanya ke dalam jasadnya itu. Tidak kurang pula, termasuk Ibn Hazm dan Ibn Hubairah yang mengatakan seksa kubur adalah seksa roh sahaja tanpa ia kembali semula kepada badan. Bandingkan dengan orang bermimpi merasa selesa atau seksa, sedangkan orang-orang yang ada bersamanya tidak tahu satu apa pun apa yang berlaku pada diri si tidur yang bermimpi itu. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599, 602 dan 603). Daripada keterangan ini masalah orang mati hancur badannya atau dimakan binatang buas tidak timbul.
5. Hadis Nabi s.a.w.: Rasulullah melihat mayat mereka yang dijatuhkan ke dalam perigi (sebuah perigi yang berisi dengan mayat-mayat orang musyrikin yang terbunuh dalam Perang Badar) seraya bersabda, Adakah kamu benar memperoleh apa yang Tuhan janjikan kepada kamu?” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, anda bercakap dengan orang-orang yang sudah mati.” Jawab Rasulullah, “Mereka lebih dengar daripada yang kalian dengar tetapi mereka tidak berdaya menjawabnya. Sesungguhnya simati itu diseksa dalam kuburnya. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan jilid 8 halaman 31).
6. Sabda Nabi s.a.w.: Sesungguhnya mereka tahulah sekarang bahawa segala apa yang aku katakan adalah benar. Allah berfirman, Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati itu mendengar. Maksud Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati itu mendengar, dengan erti kata dengar yang memanfaatkan mereka, atau anda tidak boleh mereka mendengar kecuali dengan izin Allah. Kenyataan iniada kaitan dengan pertanyaan “Wahai Rasulullah, anda bercakap dengan orang-orang yang sudah mati” yang tersebut di atas. Dengan ini bererti sama ada mereka dengar dengan telinga badan atau telinga roh. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 602 ).
|
|
|
|
|
|
|
| |
|