View: 12410|Reply: 23
|
pemain bola sumbang setahun income-nya selamatkan mesjid di Spain
[Copy link]
|
|
Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.
Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan "PALESTINA" setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville. Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.
Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan "PALESTINA". Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.
Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Deportivo La Coruna; Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau; Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau; Pada saat ribuan pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri. Sungguh pandai dan sungguh bijak. Alhamdulillah... .
Hasil dari perbuatan tersebut, beliau telah dilayangkan dengan kad kuning. Namun, beliau menerimanya dengan redha dan bertanggungjawab dengan tindakannya itu.
Adakah itu sahaja sumbangan beliau?
Beliau malah telah menyelamatkan sebuah bangunan yang dijadikan masjid oleh penganut ISLAM di Seville. Bangunan tersebut telah dibuat keputusan untuk dijual kerana kontrak penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat solat telah tamat. Namun, Frederic Kanoute telah tampil menyelamat dengan membeli bangunan tersebut dengan harga 510,860 euros (iaitu $700,000 USD). Harga tersebut menyamai setahun pendapatannya. (Baca lanjutan di Islamonline.net)
Beliau juga telah membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak melemahkan ummat ISLAM. Frederic Kanoute telah dimahkotakan dengan penjaring gol terbanyak liga iaitu 20 gol, mengalahkan Ronaldinho. Bukan setakat BOLEH bermain bolasepak di arena profesional, malah CEMERLANG walaupun sedang berpuasa. Semenjak itu, kelab yang beliau wakili tidak lagi memberi tekanan kepada beliau untuk menjalankan rutin sebagai seorang muslim. (Baca lanjutan di Islamonline.net)
Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian. Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.
Beliau juga telah mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu anak-anak yatim di Mali dan lain2 kebajikan agama yang saya percaya ia menjadi dambaan setiap muslim.
SubhanALLAH, insan seistimewa Frederic Kanoute ini telah membuat suatu yang sangat bernilai di sisi ISLAM. Walaupun baru 10 tahun memeluk ISLAM, sumbangan beliau telah mengalahkan sebahagian kita, terutama saya...aduh, cemburunya.
Semoga kisah Frederic Oumar Kanoute ini bisa memberikan kita keinsafan dan dapat kita ambilnya sebagai iktibar.
wAllahu ta'ala a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
suke cara Kanoute ni meraikan gol,rilek je,tak over,
tgk tu,20 gol,lebih banyak dari Ronaldinho... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus dia ni,
org islam malaysia kita ni asal train bola je ramai tak posa
goal nya tidak alasan? posaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ctredzuan at 15-2-2009 08:48 PM
bagus dia ni,
org islam malaysia kita ni asal train bola je ramai tak posa
goal nya tidak alasan? posaaaaaa
main kerana duit..sebab tu lee... |
|
|
|
|
|
|
|
ya allah.. ya tuhan ku .. semoga sumbangan kanute utk agamamu di beri ganjaran pahala dan keberkatan ... amin.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tobby's post
Wow syukur syukur
Ramai lagi pemain bolasepak terkenal Muslim yang berbangga dengan agamanya seperti Frank Ribery dan Kolo Toure
Tapi aku harap lepas ini janganlah ada suara2 yang mengatakan seperti sumbanagn Freddie ini adalah haram kerana
dia tak tutup aurat ataupun dia berkecimpung dengan permainan ciptaan orang Yahudi dan sebagainya. Suara2 sebegitu memang membantutkan perkembangan kemajuan umat Islam..
[ Last edited by Neraka Bulan at 16-2-2009 12:14 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 Neraka Bulan\ catat
semuga rezeki murah lah bro nie..... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang buat lagi aku tambah respect kat dia ni...dia bukan lahir sebagai penganut Islam...umur 20an baru start memeluk Islam tapi pengertian Islam bagi diri dia lebih dari sesetengah kita yg celik2 mata lahir dalam keluarga Islam...according to several reports...dia ni solat puasa pn x tinggal...ada dlm satu interview tu tanya player Islam kt Europe pasal bulan puasa...dia nye respon cm ni lebey kurang la dlm BM "Bagi yang mengenali Islam pasti tau yg puasa ni menguatkan bukan melemah kan umat Islam." |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 digitalgunner\ catat
pergh! mane korang tau nie....ade artikel/link....aku ketinggalan arr....
bukan senang nak ada player bola yg boleh jadi model nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 ussopp's post
Yang interview BBC psl puasa tu URL dia da x de da...ada yg spanish media nye website pn da x jumpa sbb aku x reti bahasa spanish...aritu member yg kasik pakai online translator je baca psl interview dia mengenai bulan puasa ni..tp kalo search kt google pasal mamat ni...mmg byk ar blog2 yg cite psl dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah!...sebenarnya, ramai pemain2 bolasepak utama dalam Liga Perdana Inggeris yang beragama Islam. Seperti penjaring terbanyak EPL sekarang Nicolas Anelka, Robie Van Persie, Ahmad Mido dan Amr Zaki daripada Mesir dan ramai lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 satriamerah's post
Van Persie tu memang Muslim ke??
Aku pun ada dengar desas-desus mengenai status agamanya tapi aku tak pasti samada ianya benar atau tidak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Neraka Bulan at 16-2-2009 12:16 AM
Mamat ni kurang menyerlah semasa dia bermain untuk kelab Tottenham di liga perdana inggeris. Tetapi setelah bermain untuk Sevilla, perghhh memang meletup
Actually, masa kat Spurs dia banyak kat bangku simpanan sebab Martin Jol tak puas hati dia mewakili pasukan Mali kat Piala Juara Juara Afrika.
Tapi pada aku dia ni adalah pemain yang bagus. West Ham tersingkir ke Divisyen Satu sebab dia tercedera. Dia seorang penyerang prolifik. Buktinya, masa di Sevilla, dia berjaya bantu Sevilla jadi juara UEFA dua kali berturut-turut... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tobby's post
terharu baca kisah dia nie...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Acong at 16-2-2009 09:57 PM
terharu baca kisah dia nie......
Acong pun pemain bola gak. Bola poket... |
|
|
|
|
|
|
|
pemain kebangsaan xnak contohi frederic ke?
xbleh coz dorang byk arak nak kene beli dan jugak pakai banyak duit untuk renew membership kat kelab2 malam dan kelab2 sosial, serta byk wang nak kene pakai untuk belanja awek dan berfoya foya...
bukan semua ye, sebagian besar je... |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur masih ada orang yang sanggup berkorban demikian rupa untuk ugamanya. Kita kat sini nak boikot barang Yahudi pun payah! |
|
|
|
|
|
|
| |
|