View: 6350|Reply: 37
|
BACA HOROSKOP, SOLAT TAK DITERIMA 40 HARI
[Copy link]
|
|
BACA HOROSKOP, SOLAT TAK DITERIMA 40 HARI
{Pada sesiapa yg suka baca, mulai ari ni x yah la buat...}
Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku..
Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama. SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal. Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain. "Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari." Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.
Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca. Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. "Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. "Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. "Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya. Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata,
Allah swt. sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka. "Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya. Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif sep erti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali. Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah. Mengulas mengenai sejarah Bintang 12,
Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang. "Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. "Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. "Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya. Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..
Ditulis oleh rsuha drpd http://halaqah.net/v10/index.php?page=81
Sama2 kite ambil iktibar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 indah_iman's post
baca je pun..kena ke?.
Kita bukan nak caya pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 18-3-2009 16:42
baca je pun..kena ke?.
Kita bukan nak caya pun...
seriusly kalau kita baca kita tak rasa macam terjebak?Justeru itu, orang yang ada ilmu agama ini hendak meletakkan supaya kita tidak terbabas sebenarnya.Bayangkanlah, jika horoskop tersebut kena pada diri kita pada hari tersebut..Terdetik sikit pun di dalam hati kita,"Oh betullah horoskop nie..." tu dah kira terbabas lah tu.Jadi orang2 agama nie mengambil langkah berhati-hati sebenarnya.Penjelasan telah dijelaskan dengan details.Tapi terpulanglah kan kalau orang agama dah cakap A, kita nak pertahankan B..Terpulanglah...Kalau kita rasa kita suka dengan penjelasan orang yang suka buat hukum dengan kepala sendiri daripada orang yang membuat hukum berdasarkan apa yang telah di syariatkan...
Masaaku tengah berjalan di Kuantan, aku telah melihat sebuah artikel didalam surat khabar Bacaria mengenai pengharaman mempercayai horoskopyang di buat oleh seorang Pensyarah kanan di fakulti Syariah danundang-Undang.Stelah aku mengetahui tentang pengharaman tersebut,rasanya aku kena lebih berhati-hati di masa akan datang mengenaisebarang ramalan.
ORANG Islam tidak bolehterpengaruh dengan horoskop walaupun sedikit pun kerana ia bolehmenjejaskan akidah. Malahan, mereka yang membacanya tidak kira percayaatau tidak adalah sama perbuatannya dengan berjumpa dengan tukang tilikdi mana solat mereka tidak diterima Allah selama 40 hari.
Menurutpensyarah kanan di fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti SainsIslam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, perkara itu adalahberdasarkan kepada penyelidikannya ke atas ulasan ulama Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang atau horoskop.
“Adayang berpendapat boleh membaca dan ada yang kata tidak boleh membacawalaupun sekadar suka-suka. “Ulasan Yusuf al- Qadrawi memberi maksudbahawa perbuatan membaca walaupun hanya suka-suka sama seperti pergimenemui tukang tilik atau tukang ramal.
“Jadi, amalan meramal,membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang ituperlu dijauhkan. Nik Salida seterusnya memberitahu, ramai yang membacaramalan bintang itu sekadar suka-suka tetapi perbuatan itu tetapdipandang salah. Ini kerana katanya, daripada perbuatan suka-sukaitulah yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi takjub seterusnyamempercayai apa yang dibaca oleh mereka.
Nik Salidabagaimanapun memberitahu, membaca dengan tujuan untuk mempelajari samaada halal atau haram, membantah, menjelaskan sesuatu perkara ada perludan menjadi wajib untuk tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
Boleh sebabkan syirik – Dr Zahazan
MEMPERCAYAIramalan bintang atau horoskop jelas bertentangan dengan ajaran Islamdan boleh menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah. Perkara itudisuarakan oleh pensyarah di Pusat Bahasa Al-Quran, Universiti IslamAntarabangsa Malaysian (UIAM), Dr Zahazan Mohamed yang bersetuju bahawahoroskop tidak boleh dibaca walaupun sekadar untuk bersuka-suka.
“Bintangdijadikan Allah dengan tiga tujuan iaitu menjadi perhiasan di langit,petunjuk kepada ahli musafir atau pengembara dan untuk merejam syaitan.“Sekiranya tujuan bintang itu disalah gunakan, dikhuatiri ia akanmembawa kepada perkara-perkara syirik,” kata Dr Zahazan.
DrZahazan juga memberitahu perkara itu sudah dibincangkan sebelum ini dansudah dikeluarkan fatwa mengatakan ramalan bintang itu adalah haram.Namun katanya, perkara itu terus berlaku disebabkan tiada pemantauanyang dibuat secara bersungguh-sungguh dan kesedaran yang secaramenyeluruh di kalangan penguat kuasa dan para media itu sendiri.
“Jelasdi sini, orang Islam tidak boleh terpengaruh dengan perkara iniwalaupun sedikit kerana ia boleh menjejaskan akidah,” tegas Dr Zahazan.
http://doden.blogdrive.com |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg masih lagi baca horoskop? i tak der masa pun ..keh keh keh |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Originally posted by indah_iman at 18-3-2009 16:30
BACA HOROSKOP, SOLAT TAK DITERIMA 40 HARI
{Pada sesiapa yg suka baca, mulai ari ni x yah la buat...}
Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan ...
Perlu diingat bahawa ilmu bulan bintang ni datang dari Islam juga... Tidak boleh dinafikang bahawa setiap sikap manusia itu termasok jugak binatang ada hubong kaitnya dengan bila dia dilaherkang... Bukannya daripada 'bapa borek anak rintek' semata mata...
Bila dilahirkang pong bergantong gak pada faktor... Waktu dilaherkang tu... Siang atau malam... Siang tu pagi ke tengahari ke petang... Waktu gerhana ke... Kecondongang matahari atau bulan... Pasang surut air laut... Tahun hapa... Tahun lompat atau tidak... Anak yang ke berapa... Bla bla bla... Banyak lagi yang perlu diambel kira... Bukannya sekadar zodiak hapa dan tahun hapa saja... Semer faktor ada ada hubong kaitnya tu...
Bukanglah aku nak galakkang percaya memenda ni... Aku sendiri pong tak berani bagi jaminang pasal menda ni semer... Tapi aku percaya jika dikaji ilmu bulan bintang ni secara mendalam... Pasti akang jumpa jawapangnya... Aku pong ada gak lar buat kajiang sesiket pasal menda ni... Siket jer lar sebab tak ada masa... Sekadar nak tahu saja... Jumpa gak lar persamaan sesetengah tu... Kebetolan ke hapa tu wallahualam lar... Ilmu belom cukop gak...
Kalau kita sebagai worang Islam asyik menolak saja ilmu 'itu ini' atas alasan khurafat tanpa melakukang pepe 'perubahang' atau iktibar... Sampai bila worang Islam nak ke depan...? Menjadi Islam bukan hanya sekadar tahu halal haram... Contohnya cam "arak itu haram"... Tapi adalah ramai yang tahu kenapa arak itu haram...? Kerana kandungan alkohol di dalamnya atau pong kerana ia memabukkan...? Kenapa anjing itu haram dipegang...? Bla bla bla hapa semer... Contoh lar ni...
Pendek kata... Usahlah kita cepat melatah ngan hapa yang kita dengar... Siasat dulu... Ambek iktibar... Yang tak boleh tidak semestinya haram... Yang tahyul itu tak semestinya khurafat... Jangan kerana terlalu ingin 'Islamkan' worang lain kita 'menyesatkang' pula worang lain... Tak ke menambah dosa lak tu namanya...? Sesunguhnya sejahil jahil manusia itu adalah worang Islam itu yang 'buta hatinya'...
Errr... Ini pong bleh ambek iktibar gak yer... Bukan dari email memana pong ni... Ada kepala hotak bleh piker sendiri jer... Heh! Heh! Heh!
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 AceHand's post
Perlu diingat bahawa ilmu bulan bintang ni datang dari Islam juga... Tidak boleh dinafikang bahawa setiap sikap manusia itu termasok jugak binatang ada hubong kaitnya dengan bila dia dilaherkang... Bukannya daripada 'bapa borek anak rintek' semata mata...
mungkin hang konpius astroloji dengan astronomi.
kalau zaman pakai cawat besi, perisai besi, topi besi, pedang besi, memang ler astroloji=astronomi. tapi lepas islam dah ajar orang eropah tu, astronomi jadi astronomi, astroloji tinggal astroloji. mari tengok astro. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 indah1285's post
nie yg bekas mufti perlis tu kata dgn mentaliti org melayu, asyik memikirkan cara utk membatalkan sesuatu yg nak dimudahkan..... |
|
|
|
|
|
|
|
contohnya, korek telinga batal posa....... kalu dah ada serangga masuk, takan laa takmo korek? nak tunggu sampai berbuka? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Originally posted by ibnur at 18-3-2009 22:13
mungkin hang konpius astroloji dengan astronomi.
kalau zaman pakai cawat besi, perisai besi, topi besi, pedang besi, memang ler astroloji=astronomi. tapi lepas islam dah ajar orang eropah t ...
Memang astrologi dan astronomi adalah 2 cabang ilmu yang berlainang... Tapi ia tetap maseh di bawah daripada asas yang sama...
Worang dedulu buat ramalan guna ilmu falak gak... Bila waktu sesuai nak bercucok tanam... Tanamang hapa yang membuahkang hasel yang lebih banyak tahun tu... Waktu belayar... Bila waktu nak menyerang musoh... Bla bla bla hapa semer... Semernya rujuk bulan bintang gak tu...
Jadi secara rengkasnya semernya aku anggap related antara satu sama laing walaupong cabangnya laing...
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 AceHand's post
yg haram adalah menilik nasib dgn anak panah gitu kan?! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 AceHand's post
eh dear
lainlah
astronomy ni pasal bulan bintang, dan berkembang sebab depa masa ancient civiilisation nak tahu ttg peredaran musim etc etc
astrology ni like syirik ler ..yg nak you know something tilik nasib lah like fortune teller tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 AceHand's post
kalau u nak kata asasnyer sama tu i think u must be thinking on the fact that both of these two bidang ni based on peredaran jasad samawi tapi setakat tu jer lah kot.....edepa tak campoq adokkan dgn ntah apa apa...
tapi astronomy yes....depa nak tahu kedudkan kapal ketika pelayaran, astrolab, waktu solat..guna keadah maths ( trogonometri) etc etc....tapi astronomy lebih berlandaskan ttg keinginan makhluk zaman ancient / purbakala ( ee bhs aku ) nak tahu ttg alam..sebab depa kan bercucuk tanam etc etc... |
|
|
|
|
|
|
|
:@ :@ :@
baca batol2 biar paham nih bace pon x dah nak buat konklusi dah!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AceHand at 18-3-2009 09:53 PM
Perlu diingat bahawa ilmu bulan bintang ni datang dari Islam juga... Tidak boleh dinafikang bahawa setiap sikap manusia itu termasok jugak b ...
dale isle tadak ilmu ramal meramal masa depang ni. tapi ilmuan islam banyak yg terjebak dengan ilmu kaji bintang blan dan matahari bagai untuk maslahat sejagat. untuk kegunaan kemudahan hidup. bukan lah islam itu jenis menolak mentah mentah ilmu itu ilmu ini. hatta org yg memelopori ilmu ini beberapa kurun yg lepas adalah orang islam. sifat manusia kalau tak dak law yg mengawal tindak tanduk manusia, apa saja boleh jadi. sbb itu adanya law in islam. law inilah yg mengawal kita dari terkeluar dari landasan . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Acong at 18-3-2009 22:32
contohnya, korek telinga batal posa....... kalu dah ada serangga masuk, takan laa takmo korek? nak tunggu sampai berbuka?
lah itu kena faham konsep berpuasa betul-betul.Dah memasukkan sesuatu ke dalam anggota tubuh badan mestilah batal puasa.Dah itu salah satu syarat berpuasa.Lainlah kalau buat hukum ikut kepala sendiri.Semuanya pun boleh...Makan minum masa puasa tetapi masih lagi mengaku "eh saya masih puasa" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Acong at 18-3-2009 22:43
yg haram adalah menilik nasib dgn anak panah gitu kan?!
bukan ini sahaja, banyak lagi yang saudari kena tahu..Sebab itu kalau kita nak faham benda2 macam nie eloklah buku tebal Sejarah Umat Islam tulisan Prof Dr Hamka.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|