CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13962|Reply: 35

TIPS GODA PASANGAN ANDA...

[Copy link]
Post time 11-6-2009 01:35 AM | Show all posts |Read mode
Bilakita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazimkita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yanglama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukangerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harapanda akan berjaya.

1. Cuit-cuit
Yangini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dankelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikitrasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedangdibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ketidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untukmenambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankahnaya namanya.


2. Kenyit-kenyit.
Satulagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yangtersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik sidia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.
3. Ops, maaf terpegang.


Tidaksalah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudiansemasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 憃ps, maaf terpegang, taksengaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2009 01:39 AM | Show all posts

Balas #1 akeyron\ catat

dh ada post mcm ni..dlm bhgn tips/petua rumahtangga kalo x silap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2009 01:55 AM | Show all posts

Balas #2 bezita60\ catat

ye ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2009 02:01 AM | Show all posts
Originally posted by bezita60 at 11-6-2009 01:39
dh ada post mcm ni..dlm bhgn tips/petua rumahtangga kalo x silap


blum ade lg la bro...

yg tu version ln lee....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 03:31 AM | Show all posts
tips biasa sangat ni..
tak da ke tips luar biasa me tak tau
selain dr benda atas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 09:49 AM | Show all posts
Ku tambah sikit lagi....enjoy....


TIPS CINTA SUAMI ISTERI


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

____________________________________
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2009 10:13 AM | Show all posts
TIPS GODA PASANGAN ORANG LAIN, CEMANA?
SAMA KE
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 11:31 AM | Show all posts
aku rasa ada antara tips ni yg boleh menimbulkan kemarahan pasangan kalau tak kena gaya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2009 01:03 PM | Show all posts
no 11 tu takkan terpegang tangan jek.. tak brp thrill
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 01:52 PM | Show all posts

Balas #1 akeyron\ catat

bagus tips2 ni tapi ...

tips ke 21 kena ada .... be ready to follow up un the next action K .kalau goda jer tak habih2 bila hb/suami mintak  ehem kasi alasan mau meletup dia nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 02:26 PM | Show all posts

Balas #1 akeyron\ catat

dah selalu sangat buat semua... sampai tak rasa apa dah...

so nasihatku, jangan wat selalu sangat
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 02:30 PM | Show all posts

Balas #6 carold\ catat

dah buat juga...
ade yang dah lama tak buat...
tapi lagi best kalu dua2 pihak yang buat...
asyik sebelah pihak bosan gak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 07:01 PM | Show all posts
11. Nak masukkan gear卭ps, terpegang tangan.
--------------------

kalau laki me nak buat camni, jauh tangan kena jalan corner nak sentuh tangan sebelum ni masukkan ''gear''... benda alah yang nak pi parking drive reserve tu tepi steering.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 07:25 PM | Show all posts
aku terbaca "tips gado dgn pasangan anda"...tengok 2x...ooo goda pasangan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2009 11:37 PM | Show all posts
Originally posted by periakuning at 11-6-2009 14:26
dah selalu sangat buat semua... sampai tak rasa apa dah...

so nasihatku, jangan wat selalu sangat


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 11:55 PM | Show all posts
ngkorang kejam !!!!






sungguh kejam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2009 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by tokmanting at 11-6-2009 23:55
ngkorang kejam !!!!






sungguh kejam


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 07:53 AM | Show all posts
kenapa kalo kita buat seme tu nanti lama2 jadi BOSAN?

kenapa? why why why?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 09:18 AM | Show all posts
sebab tiap2 pasangan sukakan sesuatu yg baru..benda yg jarang2 diwat tp skali wat berkesan... impak maksima gitew..tp jgn plak sukakan isteri yg baru udah ler...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 09:24 AM | Show all posts
no 1, 8, 9 & 12 mai kdg2 wat gak..Dlm seminggu tu mesti ada ler..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.134211 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list