CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6036|Reply: 23

SAHKAH NIKAH DI THAILAND?

[Copy link]
Post time 25-6-2009 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Saya ingin bertanya mengenai pernikahan di Thai adakah sah dari segi undang2...

Permasalahannya adalah... saya dalam proses menuntut fasakh dari suami kerana dia merupakan seorang penagih dan sudah 3 tahun saya berpisah dengannya tetapi kes saya  di mahkahmah masih tidak selesai lagi.... masalahnya adalah seorang hamba Allah ini yang ingin memperisterikan saya... pada mulanya memang saya menolak tapi setelah anak2 saya semakin rapat lagipun dia merupakan anak angkat keluarga ibubapa saya dan saya pula anak angkat kuarga ibubapa dia.... jadi dia sarankan untuk ajak saya berkahwin saja di Thai kerana adalah kawan dia yang mempunyai masalah macam saya tapi setelah diaorang kahwin di Thai dan daftar kat sini terus jatuh fasakh.

Kalau ikutkan dari segi Agama Islam saya ni dah kira dah lama dah dapat fasakh tapi dari segi undang2 je x lulus lagi.... tapi saya cuma nak tanya pendapat sesiapa yang lebih arif kalaulah saya buat macam tu tapi masalahnya boleh tau x sebab status dari segi undang2 saya ni masih isteri orang.... kalu ikutkan ati dari sebelum berlaku maksiat baik nikah aje kat thai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2009 03:06 PM | Show all posts
Pertamanya pasti ke talak dah dilafaz dulu? kalau tidak pun dah lebih 3 tahun awak ada hak menuntut keadilan... inilah kelemahan pejabat agama yang ditegur oleh bekas SS Mufti Perlis dulu...

Nikah di Thailand tu kalau ikut syarat2nya memanglah sah di sisi hukum syarak, depa pun orang Islam macam kita jugak, tapi masalahnya pada undang-undang pejabat agama Malaysia, kemudian nanti macam-macam masalah yang timbul terutamanya tentang urusan anak-anak...

lebih baik berunding dengan pejabat agama berhampiran, benda yang elok kenapa perlu berselindung? kalau keluarga tak setuju pun bincang dan mintak nasihat pejabat agama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2009 03:17 PM | Show all posts
mmmm..... keluarga merestui... tapi status fasakh yang lambat sangat hakim nak jatuh hukum.... anyway... saya ingat macam tu jugak nak rujuk pada ustaz dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 03:39 PM | Show all posts
fasakh belum selesai tu.  baik selesaikan dulu.  proses tu lambat mungkin awak tak guna peguam.  nak cepatkan proses, cari peguam shari'e atau pergi ke Biro Bantuan Guaman.  InshaAllah, kebanyakan kes, walaupun peguam guna peguam Biro Bantuan Guaman, kes selesai cepat sikit.  

lepas tu, nikah ler kat mana-mana pun, kat england, kat jerman, kat USA.....  semuanya sah kalau ikut peraturan syarak.  Tapi jangan lupa...  balik daftar semula perkahwinan.  Yang selalu jadi kes, ialah kes nikah di Narathiwat, jadi saya cadangkan supya nikah di Australia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2009 03:55 PM | Show all posts
saya sudah lantik Biro Bantuan Guaman... tapi dah last2 minit saksi2 saya dah siap bagi statement suami lantik peguam swasta... pastu peguam dia selalu tunda kes... dan dia kadang2 x hadir.... tu yang jadi masalah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 01:23 AM | Show all posts
dari nak tanya sahkah nikah di thailand.... siap ada yg nak buat bisnes lagik.....  hah!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2009 06:37 PM | Show all posts
tu dia... elmyda dh mulakan tugas dia..arap tuan rumah jgn email la sapa2 lagi..hahahah..takut kang makin teruk...cba mintak pandangan sesiapa y bekenaan supaya kes fasakh tuan rumah tak panjang
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2009 01:59 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 11:53 PM | Show all posts
saya cadangkan saudari lantik peguam, cari peguam yang company nya besar, company lawyer syariah yang besar biasanya ada banyak network, senang nak 'pressure' orang pejabat agama yang slow tuh....
saudara saya pun cam tu gak dulu, bila dia lantik jer peguam syariah yang handal, pejabat agama pun urus cepat jer...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 12:10 PM | Show all posts
macam ni kak...selesaikan masalah fasakh ni dulu...
saya nak tanya suami akak dimana sekarang?di dalam pusat,jell atau masih bersma akak?
klu masih bersama akak,saya nasihatkan akak bawa berbincang cara baik.
Nak cerai cara baik ke atau fasakh?Suami bersetuju atau tidak nak cerai cara yg mcmna?
klu cerai cara baik senang cerita.suami akak akan lafaz talak didepan hakim.
dan sy nak bgtau akak ye...pr0ses fasakh mmg mengambil masa yg lama utk diselasaikan.
bukan salah pjbt agama yer tuan2 dan puan2 sekalian.harap maklum!
Kes yg dibawa ke mahkamah itu dinamakan pengesahan penceraian.
Pjbt agama tidak ada kena mengena lgsg tntg cerai-berai ini.fungsi pjbt agama hanya utk mendaftar penceraian selepas perbicaraan pasangan yg bercerai itu selesai di mahkamah.Ini bertujuan bagi mendapatkan surat/sijil penceraian selepas mendaftar.
Bagi menjawab pertanyaan akak diatas,nikah di thailand memang sah jika Kadhi yang menikahkan itu mestilah di iktiraf oleh pejabat agama disana dan hanya institusi agama yang di iktiraf juga perlu diambil kira.Antara nya ialah Pjbt agama di Yala,narathiwat dan songkla.
Saya nasihatkan akak juga dapat bersabar sehingga kes fasakh akak selesai.
kalau akak rasa kes ini terlalu lmbt,cuba bincang dgn suami adakah dia rela untuk melepaskan akak secara baik.Akak byk2kan berd0a kepada ALLAH supaya melembutkan hati akak dan permudahkan segala urusan utk akak.Jangan ditambah dosa yang sedia ada kak.Wanita tidak boleh bersuamikan 2 0rang.
Akak sendiri maklum,yang peguam suami akak selalu tangguh kes kan?jadi akak merayu pada hakim ttg masalah ini.saya pasti akak pasti akan menang dalam perbicaraan ini.akak mesti kuat.Kalau mengikut pada kata2 akak diatas,akak ada bukti yang kuat utk akak fight dimahkamah bagi menuntut cerai ini.
Dan satu lagi saya nak ingatkan,lupakan dulu tentang lelaki yg singgah dihati akak skrg ini.
Saya takut kalau dapat diketahui oleh suami akak,dia akan dijadikan modal lain untk dibawa kepada hakim.nanti dikata akak ini curang dibelakang dia,sedangkan akak masih isteri dia.Disitu nanti akak akan rasa xberapa selesa kan?jgn sampi si suami nmpk kelemahan kita pada masa ini.tnjkkan yg kita ini kuat.
semoga akak mendpat ape yg akak mahukan.
selalu lah berdoa kepada ALLAH.
insya allah..."ANDA BUAT,ANDA DAPAT..!."
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 12:31 PM | Show all posts
uish, kalau nikah kat Thailand tak sah cammana la orang Thailand nak bernikah. sian dorang.
perhaps the title of the thread should have been worded differently.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 06:49 PM | Show all posts
if nikah tu cukop syarat n rukun nikah mang sah la kan... just pernikahan tu x d daftarkan kat malaysia jerk.. susah kalau terjadi kes sepnjang berkahwin spt bercerai dll....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 12:26 AM | Show all posts
Pastu orang jaqbatan agama perli...
Oooooo...sebab tuh nak mintak fasakh...
Dah ada yang menunggu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 12:42 AM | Show all posts
jika mengikut hukum syarak, sah jika bernikah di Thai yg cukup dgn syarat2 pernikahannya. akan tetapi tidak sah mengikut undang2 keluarga Islam Malaysia. undang2 keluarga Islam ini diwujudkan bg melindungi hak2 wanita, kanak-kanak dan keluarga Islam dari terus di aniaya. jd, pd pandangan sy, lebih baik puan merujuk kepada pejabat agama dan peguam syarie. mereka lebih pakar dalam hal-hal berkaitan undang-undang keluarga Islam nie.

bg mengelakkan berlakunya maksiat, adalah lebih baik puan tidak selalu berjumpa dgn si dia terlebih dahulu. walau bagaimana kasih dan sayang pun, puan masih lg ada kaitan dengan suami puan yg dahulu. oleh yg demikian, puan boleh menuntut cerai di mahkamah atau mendapatkan nasihat peguam terlebih dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 02:13 AM | Show all posts
Pastu orang jaqbatan agama perli...
Oooooo...sebab tuh nak mintak fasakh...
Dah ada yang menunggu....
rdzaccess Post at 20-10-2009 00:26
tak patut perli camtu....... depa akal kat lutut kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 09:23 AM | Show all posts
Apakah syarat sah nikah? Kalau tahu, baru boleh jawab soalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2009 11:44 AM | Show all posts
Tak kira sesiapalah... kalau ada yg berhajat nak menikah di Siam... pertama, dia kena mohon keizinan bernikah di luar kawasan dpd pejabat khadi... (pejabat agamalah)... kedua-dua pasangan kena mohon kebenaran ini... bagi yang perempuan, kena ada surat izin wali untuk menikahkannya... surat biasa sahaja dengan dicop pejabat pesuruhjaya sumpah... kalau wali tak boleh ikut sama semasa pernikahan dijalankan... kalau yg nak berpoligami, kena dapatkan surat izin berpoligami dpd pejabat kadhi...

kalau terus pergi menikah di Siam tanpa dokumen yg saya sebutkan tadi... tuan/puan akan berhadapan dgn masalah apabila hendak mendaftarkan perkahwinan tuan/puan nanti di pejabat agama... tuan/puan akan dikenakan pertuduhan bernikah di luar kawasan, jika tuan/puan berpoligami, tuan akan dikenakan pertuduhan berpoligami tanpa izin, sementara yg perempuan pula akan dikenakan pertuduhan bersubahat berpoligami tanpa izin... nah tuan/puan... kena naik mahkamah syariah... kena bayar denda... kalau tak cukup duit nak bayar denda pada hari tu... naya kena masuk jel...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 03:57 PM | Show all posts
Pastu orang jaqbatan agama perli...
Oooooo...sebab tuh nak mintak fasakh...
Dah ada yang menunggu....
rdzaccess Post at 20-10-2009 00:26


pastu org jabatan agama suruh bersabar. sejahat mana pun suami dia tetap suami.  walhal muka dah lebam2 kena tinju.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 09:34 PM | Show all posts
Pastu orang jaqbatan agama perli...
Oooooo...sebab tuh nak mintak fasakh...
Dah ada yang menunggu....
rdzaccess Post at 20-10-2009 00:26

tak baik berburuk sangka.  kecuali kalau pengalamn sendiri dan pengalaman sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 10:15 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.127687 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list