View: 3043|Reply: 21
|
Nasihat buat usahawan bulan Ramadhan
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by saatcham at 26-8-2009 00:11
Buat semua usahawan yg berniaga nanti di bulan Ramadhan :
1.Jangan menipu dan berbohong .Ia dosa besar.Termasuk juga bersumpah palsu
Contoh ayat tipu bin dusta
"Lauk nih baru......." (hakikatnya dah 2,3 hari panas memanas....)
"Ni design baru........"(hakikatnya design dah 4,5 tahun daaa)
"Untung Rm2 je ......"(hakikatnya untung rm10.00...)
dll
Imam Muslim meriwayatkan nabi bersabda "Tiga golongan Allah tidak memandang mereka hari kiamat dan dan tidak membersihkan mereka serta ditimpa azab pedih nanti -salah satu-usahawan yang berjual beli dgn sumpah palsu".
"Sumpah itu dapat melariskan barang dagangan
namun dapat menghapus keberkahan usaha.” (HR.
Bukhari dan Muslim).
Di antara riwayat yang menunjukkan diharamkannya tipu menipu adalah hadis Abu Hurairah
bahwa Rasulullah saw pernah lewat di hadapan setumpuk makanan. Beliau memasuk-kan tangan
beliau ke dalam tumpukan makanan itu, ternyata jari-jari beliau menyentuh bagian makanan yang
basah. Beliau bertanya, "Apa ini?" Pemiliknya menjawab, "Itu bekas terkena air hujan tadi malam,
wahai Rasulullah." Beliau bersabda, "Kenapa kalian tidak meletakkannya di bagian atas sehingga
bisa terlihat orang? Barangsiapa yang menipu, ia bukan termasuk golonganku.."
2.Tidak lalai dgn perniagaan dr ibadat.Didapati ramai usahawan mengabaikan solat dan puasa.Ada yg puasa ttp x solat,begitu sebaliknya....
37. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang
tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut
serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat;
mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan
pandangan.
38. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka
dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan menambahi
mereka lagi dari limpah kurniaNya dan sememangnya Allah memberi rezeki
kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.
surah Annur
3.Sempurnakan timbangan,sukatan.
Dan Syu’aib berkata,”Hai kaumku sempurnakanlah takaran dan timbangan
dengan adil. Janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan
janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerusakan.
(Hud : 84,85)
4.Untung sederhana.
Sebagaimana yang disebut oleh Saidina Ali :
`Adalah menjadi hak kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yang berguna kepada masyarakat'(warkah beliau kepada malik bin al-haris sewaktu perlantikan sebagai gabenor mesir)
Walaubagaimanapun keuntungan seharusnya diperolehi melalui usaha-usaha dan kegiatan yang tidak bercanggah dengan etika perniagaan yang ditetapkan oleh Islam.
5.Menunaikan zakat jika telah sempurna tahun
"Setiap pemilik harta yang tidak menunaikan zakatnya pasti akan Allah panaskan harta itu di Neraka
Jahannam, terus dijadikan lempengan untuk kemudian diseterikakan ke kening dan badannya,
sampai Allah memutuskan hukum bagi para hambaNya pada suatu hari yang ukurannya lima puluh
ribu tahun. Kemudian ia akan melihat jalannya, akan ke Neraka atau ke Surga."Hadis saw
6.Rajin bersedekah
Bersedekah adalah amalan mulia dan digalakkan islam.Bersedekah melalui
harta,wang,ilmu,bantuan dan sebagainya.
Setiap orang mampu bersedekah.Sabda nabi bermaksud “Setiap anggota tubuh
kamu berpagi-pagian dengan sedekah ke atasnya. Setiap tasbih adalah sedekah. Setiap
tahmid adalah sedekah. Setiap tahlil adalah sedekah.Setiap takbir adalah sedekah.
Menyuruh yang makruf adalah sedekah.Melarang yang mungkar adalah sedekah.
Semua itu dapat diperoleh melalui dua rakaat solat pada waktu dhuha.”Imam Muslim.
“Senyum terhadap saudara kamu adalah sedekah,menyuruh makruf dan mencegah
mungkar adalah sedekah,menunjuk jalan seseorang yang sesat adalah sedekah,membuang
duri dan lain-lain di jalan adalah sedekah,memenuhkan timba pada timba saudara kamu
adalah sedekah”.Imam Tarmizi dan Ibnu Hibban.
“Takutlah akan api neraka walau dengan sebelah kurma,jika tidak ammpu maka
katakanlah dengan baik”.
“Setiap kebaikan adalah sedekah”
Bersedekah akan mendapat pahala dan menumbuhkan iman.Sedekah juga
merapatkan hubungan dengan Allah dan manusia.Sedekah juga menjauhkan diri dari
sikap takabbur dan sombong.Sedekah juga menanam sikap prihatin dan peka dengan
manusia lain.
Bersedekahlah dengan harta dan wang sekiranya mampu.Jika tidak
mampu,sedekahkan bantuan,pengetahuan dan perkataan baik.Sedekah adalah amalan
yang boleh dilakukan semua orang islam tanpa mengira status dan kedudukan.
Janganlah takut miskin dgn sedekah ....
261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang
menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih
yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji.Allah
melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.Dan Allah
Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
Al Baqarah
7.Reda dan syukur
Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin,
sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik,
dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin:
jika mendapat nikmat ia bersyukur,
maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita
kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya."
(Hadis riwayat Muslim)
Semoga Ramadhan ini akan menambahkan iman usahawan islam dan mencari rezeki hallal dan bersih serta mengharapkan keampunan dan keredaan Allah Maha Berkuasa....
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan.....
Nabi pernah melewati sekelompok Muslim yang sedang berjual beli di pasar
Madinah. Maka Nabi bersabda: “Wahai para pedagang!” Maka mereka
mendongak menunggu apa yang akan beliau katakan, dan beliau berkata:
“Sesungguhnya para pedagang akan dibangkitkan sebagai pelaku kejahatan
yang berdosa (fujaar) kecuali mereka yang takut kepada Allah, yang benar dan
jujur.” (HR Tirmidzi, dan berkata hadits ini hasan shahih)
"Ya Allah,jauhkan segala sifat mazmumah zahir dan batin,jadikanku usahawan beriman dan reda "Amin.......... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pesanan yang bagus .... dan perlu diteruskan walaupun bukan bulan Puasa |
|
|
|
|
|
|
|
penjual topeng h1n1 pun patut baca...
sebab ada yang amik kesempatan di atas musibah yang Allah turunkan... |
|
|
|
|
|
|
|
penjual topeng h1n1 pun patut baca...
sebab ada yang amik kesempatan di atas musibah yang Allah turunkan...
aku_komeng Post at 20-8-2009 16:41
hahhaha...aku setuju dgn ko...harga modal sekeping tak sampai 20sen pun, tapi dijual dgn keuntungan 1000%...ish...ish...boleh pergi mekah tiap2 ari ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Seribu senyuman
belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa.
Selamat Menyambut Ramadhan
Maaf Zahir dan Batin dari msstylo sekeluarga
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada
semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.
Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata
dan perbuatan, yang menyinggung perasaan sahabat dan atas segala kesilapan yang
telah berlaku disepanjang perkenalan kita disini.
Sekian, terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
hahhaha...aku setuju dgn ko...harga modal sekeping tak sampai 20sen pun, tapi dijual dgn keuntungan 1000%...ish...ish...boleh pergi mekah tiap2 ari ni...
myahakeem Post at 21-8-2009 16:21
jejak kaki je kat mekah, terus kena petir di tengahari panas... |
|
|
|
|
|
|
|
jejak kaki je kat mekah, terus kena petir di tengahari panas...
aku_komeng Post at 21-8-2009 16:34
itu yg harga modal 15 sen jual rm5 sekeping kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
jejak kaki je kat mekah, terus kena petir di tengahari panas...
aku_komeng Post at 21-8-2009 16:34
kdg2 org camni...Allah bagi balasan kat dia lambat sikit...nak bagi dia terus teruja dengan keburukan yg dia lakukan...sebab tu diorang ni makin hari makin kaya...tapi ingat ler...bila Allah nak tarik...sekelip mata pun tak sempat...
sama2lah beringat di bulan ramadhan ni...berniaga sambil bersedekah...Insya"Allah selamat dunia akhirat |
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 org camni...Allah bagi balasan kat dia lambat sikit...nak bagi dia terus teruja dengan keburukan yg dia lakukan...sebab tu diorang ni makin hari makin kaya...tapi ingat ler...bila Allah nak tar ...
myahakeem Post at 22-8-2009 21:09
mudah-mudahan mereka ini segera bertaubat... |
|
|
|
|
|
|
|
mudah-mudahan mereka ini segera bertaubat...
aku_komeng Post at 22-8-2009 23:09
Insya'Allah...dan semoga Allah sedarkan mereka di dunia lagi...sebelum pergi tak kembali lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
paling aku nak suruh org baca mereka yg suka buat posting mcm ni kat status facebook " alhamdulillah..skrg dah mampu nak beli jet peribadi sendiri, wang rm10k masuk setiap hari dlm bank, siapa nak wang raya contact lah aku,aku akan bg korang beli helicopter sendiri utk balik raya nanti,jom target namjuta utk raya nanti!!!!!" |
|
|
|
|
|
|
|
11# ctredzuan
mak aihh.. .. ni mesti skim cepat kaya... |
|
|
|
|
|
|
|
paling aku nak suruh org baca mereka yg suka buat posting mcm ni kat status facebook " alhamdulillah..skrg dah mampu nak beli jet peribadi sendiri, wang rm10k masuk setiap hari dlm bank, siapa nak wan ...
ctredzuan Post at 24-8-2009 16:45
aku tak pernah gelap mata dgn iklan atau citer2 indah org. bagi aku kalau nak kaya satu cara je - bisnes.
& sory to say, bagi aku MLM bukan bisnes.. sb income dia sementara je |
|
|
|
|
|
|
|
dalam kita asyik mengejar kekayaan...
pernah tak terfikir apa yg kita akan buat selepas itu???...
tak perlu cepat2 sangat kot.... berpada2 lagi bagus.... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks kerana nasihat yg sgt berguna ini.pendek kata janganlah nak kaya cepat.kaya cepat jatuh juga cepat. |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.teamsuccessbuilder.com/aff/id/mygalaxy
PELBAGAI Panduan Hebat.....juga menawarkan pelbagai e-book masakini PERCUMA.
KLIKS DISINI..Clicks Here |
|
|
|
|
|
|
|
18# aku_komeng
mudah2an ko cepat kaya.... takut jugak kalau banyak sangat minum tongkat ali ni..... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|