CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4504|Reply: 31

riba

[Copy link]
Post time 30-9-2009 03:00 PM | Show all posts |Read mode
kita sedia maklum yang bank2 mengamalkan riba..apa hukum kalau kita bekerja dgn bank? adakah duit gaji yg kita dpt tu hasil drpd riba?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2009 03:17 PM | Show all posts
Hukumnya Harus. Sebab tak semua dari unsur riba. Ada dari unsur sistem muamalat dan lain-lain yang dibenarkan oleh syariat. Macam kerja gomen jugak, dimana hasil income govt tu ada tarik cukai ke atas arak dan judi, dan ada dari sumber2 yang halal. Oleh sebab perkara tu takleh dielakkan, jadinya Harus.

Tapi, nak detail lagi, baca kat sini

http://www.zaharuddin.net/content/view/240/97/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2009 03:30 PM | Show all posts
Hukumnya Harus. Sebab tak semua dari unsur riba. Ada dari unsur sistem muamalat dan lain-lain yang dibenarkan oleh syariat. Macam kerja gomen jugak, dimana hasil income govt tu ada tarik cukai ke atas ...
alien7749 Post at 30-9-2009 15:17


ok..skrg sy dh fhm..terima kasih alien..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 03:56 PM | Show all posts
yg saya tahu dari bacaan, kalau bank conventional memang haram lah..melainkan bank islam.....manakala kerajaan pulak di asingkan income dari sumber yang halal dan haram, sumber yang halal ni sahaja di peruntukkan utk pemberian gaji utk kakitangan awam..ni pernah difatwakan oleh mufti selangor dulu...
towkeh judi di genting tu pun asingkan sumber income dia...cina tu..yang dari sumber yang halal je dia beri utk gaji kakitangan pekerja nya yang islam...ni pun orang dalam yg bagi tau saya...wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 04:07 PM | Show all posts
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

( Surah Al-Baqarah ayat 278-279 )


Manakala dari petikan dalil hadis pula :

Menurut hadis dari Jabir bahawa Nabi SAW pernah bersabda :

Allah melaknati orang yang memakan riba, yang memberi bunga dan yang menjadi saksinya.

( Riwayat Muslim )


Bagaimanapun menurut fatwa dari Yusuf Qaradawi ( Permasalahan. Pemecahan & Hikmah ) :

Kalau benar2 sesaorang itu berada di dlm keadaan darurat yakni tiada jalan lain KECUALI harus baginya utk berkerja di bank dgn NIAT YANG IKHLAS maka ianya dibolehkan selagi ia tidak memberatkan orang lain.

Pendekata hukumnya haram. Pengecualiannya cuma pada bab darurat yg sebolehnya tidak dapat tidak sukar hendak dihindar. Pengecualian ini pun sekadar agar tidak timbul masalah tidak dapat kerja, meminta2 sedekah dan pekara2 yg menyusahkan diri sendiri serta keluarga.

Tapi kalau dah kerja bank...boleh lagi rai orang dgn open house, pi holiday sana sini .... yang tu wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2009 04:27 PM | Show all posts
actually rama2 bkn kje kt bank..tp dgr dr seorg ustaz about this thing..nk tnya pndpt org2 yg lbih tahu..skdr utk mnambah ilmu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2009 07:50 AM | Show all posts
Yang Halal itu jelas, Yang Haram itu juga jelas. Di tengah-tengahnya dinamakan syubhah.
Meninggalkan yang syubhah itu baik bagi kita, kalau kita ni betul2 beriman. Letih kat akhirat nanti nak berjawab. Dosa lain lagi belum diambil kira. Memang penat kita kat sana nanti, ditambah pulak ngan suasana mahsyar yg huru hara. Tak tahan wooo.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 08:08 AM | Show all posts
dulu ust zaharudin tu jadi penasihat syariah di rhb, ramai org kutuk dia ...kat website dia dah explain rhb islamic yg dia kerja tu different entity dgn rhb conventional, modal pun lain..rhb islamic ikut syariah betul2...tapi org stil kutuk dia...lastly now dgr dia dah jadi pensyarah kat uia..tak pastilah dia mengalah takut org tak mau pi ceramah2 dia lagi ke dgn keadaan dia kerja di bank itu or memang dia memang nak beralih angin jadi pensyarah curah ilmu...

sebenarnya kalau u interview org bijak pandai dlm perbanking ni pun bank islam or sistem yg mereka gunakan hari ni masih blm 100% ikut syariah..seroang pensyarah dari Um pernah explain dlm kelas terang2 tunjukkan mengapa tak 100% islamic lagi..tapi kata mufti inilah sistem yg terbaik buat masa ini..kita disarankan memilih yg kurang mudarat..dari pada konventional bank or loan conventional eloklah ambil yg islamic walau pun masih ada kekurangan......
cuti raya baru ni saya ke maybank...loan memang guna islamic..or lebih tepat pembiayaan / financing...dia tak refer as loan dlm islamic term ni kan..dulu rate kami masa buat financing tu 7.5% now rate dah turun 3.5% so kami nak apply new rate ni lah...for those yg ada buat financing tu jenguk2lah pinjaman yg lama dulu rate berapa blh apply for new rate ni..
so i tanya dia new rate ni kira mcam mana? dia kata oh sama je islamic or conventional rate sama je..blr + ....dua2 pun same rate sekarang 3.5%
so i tanya apa beza islamic dgn convetional gitu? dia kata basically the same cuma islamic ni di laburkan di kaunter yg islamic..pengiraan semua sama...tapi yg islamic ni ada ceiling pricenya tak blh melebihi ceiling price ni...
anyway for those yg ada buat financing/loan jenguk2lah bank blh apply for penurunan rate ni..tapi kita kena bear cost of legal fee lah sbb kena buat surat perjanjian all over again...case kami dlm 4K gak legal fees tapi bila kira keuntungan bila buat rate baru blh save 68K..ye lah kalau loan lama byr 1880 new rate byr 1300++ aja a lot of reduction tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 08:58 AM | Show all posts
Kadang2, kita buat loan kereta pakai islamic, tapi perlaksanaan kadang tak betul. Ini disebabkan kejahilan pihak bank itu sendiri. Contoh masa sain agreement, kadang2 tak ada akad pun, main sain je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 09:08 AM | Show all posts
9# alien7749

akad ni ikut kemajuan masa juga...baru ni sy dgr ceramah di tv pasal zakat..ust dari pusat zakat tu jawab bayar internet pun boleh..akad semua ni sunat aja..tekan butang enter tu dah kira akad lah...so mayb sign tu pun part of akad..wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 09:47 AM | Show all posts
kalau semua fikir apa yg dia dapat tu dari bahagian yg halal, bhg yg haram tu ke mana pulak? dan berapa nisbah duit halal/haram yg bank perolehi, dan berapa nisbah (gaji pekerja islam yg nak claim bhg halal)/(gaji pekerja bukan islam)? atau ni semua cuma utk sedapkan hati aje?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 09:56 AM | Show all posts
Soalan

Betul kah pendapatan kerajaan dibahagi kepada dua akaun? mana buktinya?.Adakah Kastam Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya telah asingkan cukai halal dan haram. Jika demikian, bagaimana boleh dikatakan gaji kakitangan awam datang dari akaun yang halal. ?




gaji oh gaji
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 09:56 AM | Show all posts
kalau tak silap salah satu tanda kiamat, hampir semua manusia terlibat dengan riba...kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 09:58 AM | Show all posts
JAWAPAN UZAR :

Sebarang bukti saudara perlulah mengusahakannya sendiri. Saya juga tiada sebarang bukti, namun bagi saya bukti pembahagian akaun telah dibuat bukanlah satu perkara asas dalam hal ini, ( sebaliknya yang asas adalah mengapa sesebuah kerajaan itu ingin meluluskan sesuatu industri yang haram seperti judi dan lain-lain) . Adapun dalam konteks soalan ini, kita sedang memberikan fokus kepada pendapatan kerajaan yang TELAH PUN bercampur.

Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi  haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Apa yang haram adalah cara perolehannya dan bukan fizikalnya.

Justeru itu, oleh kerana sememangnya terdapat perolehan kerajaan dari sumber cukai yang halal dan haram (dari sudut SHariah dan bukan dari sudut undang-undang), tanpa pengasingan akaun, sudah tentu percampuran halal dan haram akan berlaku, namun ingin saya tegaskan bahawa cara perolehan yang haram dan dari sumber haram hanya akan dipertanggungjawabkan ke atas bahu individu berwajib seperti pegawai terbabit (pelaksana) dan pemimpin yang membuat dasar.

Adapun, kakitangan awam yang  bekerja di bidang yang halal seperti guru, pegawai kementerian, pensyarah di IPTA, Jabatan Agama, Mufti, Qadhi, Jurutera, Akauntan dan ramai lagi, gaji mereka adalah halal. selagi mana KERJA YANG DILAKUKAN HALAL. Walaupun gaji mereka keluar dari kantung Negara yang bercampur dari hasil halal dan haram, duit dari sumber haram tadi tidak akan memberi kesan haram kepada gaji mereka.

Dosa haram adalah bersifat maknawi atau hukmi atau spiritual yang akan melekat di hati individu terbabit sahaja. Ia tidak berpindah kepada orang yang tidak berkaitan secara fizikal (iaitu apabila wang kertas itu berpindah ke tangan  orang lain).

Selain itu, jika wujud orang yang ingin bersikap terlalu keras dan 'strict'  tidak bertempat sehingga ingin mendakwa semua gaji kakitangan awam adalah haram kerana wujudnya percampuran, maka saya nasihatkannya untuk melihat dirinya sendiri terlebih dahulu. Dimanakah ia bekerja, jika ia  bekerja di sebuah syarikat  maka mungkin percampuran pendapatan syarikat juga akan berlaku kerana sebahagian besar modal syarikat juga datang dari sumber haram iaitu pinjaman bank riba dan pengurusan juga banyak yang mendapatkan kontrak secara rasuah dan lain-lain lagi. Justeru boleh dikatakan bahawa sebahagian pendapatan syarikat adalah haram.

Jika ia mengatakan "saya bekerja sendiri" maka ia tetap akan menghadapi situasi yang sama iaitu pembelinya menggunakan wang yang bercampur dari sumber haram dan halal.

Perlu diingat bahawa dalam sebuah negara Islam yang hakiki, adalah harus atau DIBENARKAN bagi pemerintah sesebuah negara Islam untuk membenarkan penduduk bukan Islam dalama negaranya menjual arak kepada sesama mereka DENGAN SYARAT ia diiktiraf oleh agama mereka. Dari sudut percukaian pula, adalah DIBENARKAN atau harus pihak kerajaan Islam tadi menerima cukai hasil perniagaan arak tadi memandangkan ia dikutip menurut peruntukan hukum Islam yang sohih. Harta tersebut boleh digunakan untuk maslahat awam termasuk membayar gaji kakitangan awam tanpa sebarang masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 09:58 AM | Show all posts
KESIMPULAN

semua kakitangan awam jangan bimbang dengan gaji mereka selagi mana mereka melakukan kerja-kerja dan tugasan yang halal. Adapun setiap pelaksanaan perintah oleh orang atasan yag bercanggah dengan Islam akan menjadikan sebahagian gaji mereka haram dan syubhah.  Manakala beban dosa dari tugasan haram tadi pula akan ditanggung oleh setiap orang atasan yang membuat keputusan termasuklah setiap individu yang menyokong.

Adapun, jika anda ingin membaca dalil-dalil kepada jawapan yang saya utarakan ini. Anda bolehlah membaca dengan faham artikel berikut.

Maksud saya ‘faham'kan kerana anda perlu mengaitkan dalil itu dengan kerajaan yang bercampur pendapatannya.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 10:04 AM | Show all posts
ni saya pernah discuss dgn pensyarah saya,
gaji kita akan jadi syubabah kalau kita simpan di bank conventional...jgn tak tau tu..saya dulu memang wajib simpan kat satu bank ni..memangkakitangan awam diwajibkan..then pensyarah kata kalau dah diarahkan oleh pihak atasan baru lah di kira darurat..selagi boleh eloklah dipindahkan ke bank islamic...sbenarnya dulu memang wajib then a few years back dah blh tukar bank...lepas dgr kata pensyarah saya yg jahit seblm ni wat dono aja duit gaji tu masuk bank convetional ( sbb tak ada ilmu) lagi pun saya memang keluarkan duit interestnya utk sedekah ingat dah selamat..tapi tak rupanya...so tukar aja lah ke bank baru yg guna sistem syariah..3 bulan je dah settle..alhamdulillah...

begitu juga penggunaan kredit card dari bank conventional...walau pun saya kata saya bayar bill more than amount due sbb tak mau kena riba...ust kata masih bersubahat dgn bank itu kerana bank itu mengamalkan riba...so saya gunting semua credit cards...merana jap hidup tak ada credit card dah biasa main sign aja kan..but then rupanya ada atm card yg berfungsi as debit card lagi senang keja tak yah sibuk2 bayar bill guna debit crd aja tak ada duit senyap jgn belanja gitu kan..

then ada soalan dari kawan lain pada pensyarah katalah tukang kayu buat rumah utk towkeh babi halal tak hasil upahnya> pensyarah jawab halal lah sebab dia mendapat upah dari pekerjaan yg halal iaitu buat rumah...walau pun rumah yg dibuat tu rumah towkeh babi dan dia tau duit towkeh tu bg pada dia dari hasil jual babi..kwaan saya bertekak lagi dgn pensyarah..panjang lebar dia explain bab ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2009 10:59 AM | Show all posts
http://blog.re.or.id/hukum-bekerja-di-bank-fatwa-ulama.htm

As Syaikh Al Allamah Al Faqih Muhammad Bin Shalih Al Utsaimin

Soal 1 : Apa hukum bekerja di bank-bank yg terdapat riba dan bekerjasama dengannya?Jawab : Bekerja di bank-bank riba hukumnya haram krn termasuk membantu amalan riba.

Dan ini termasuk golongan yg mendapatkan laknat sebagaimana yg telah dikhabarkan oleh Rasulullah ‘alaihisshalaatu wasallam yg artinya : Terlaknat orang-orang yg memakan riba yang mewakilinya yg menyaksikannya dan pencatatnya. Mereka semua sama. Apabila tidak termasuk golongan yg membantu tetapi dia ridho dan menyetujui perbuatan riba tersebut maka tidak boleh.Adapun menyimpan uang di bank krn keperluan keamanan maka boleh hukumnya apabila tidak ada tempat yg aman kecuali bank tersebut tetapi dgn syarat tidak mengambil bunganya. Apabila mengambil bunganya maka hukumnya adl haram.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2009 11:05 AM | Show all posts
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/KerjaDiBank.html

Sistem ekonomi dalam Islam ditegakkan  pada  asas  memerangi
riba   dan  menganggapnya  sebagai  dosa  besar  yang  dapat
menghapuskan berkah dari  individu  dan  masyarakat,  bahkan
dapat mendatangkan bencana di dunia dan di akhirat.

Hal  ini  telah  disinyalir di dalam Al Qur'an dan As Sunnah
serta telah disepakati oleh umat. Cukuplah kiranya jika Anda
membaca firman Allah Ta'ala berikut ini:

     "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah.
     Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap
     dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa." (Al
     Baqarah: 276)
     
     "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada
     Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum
     dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka
     jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa
     riba) maka ketabuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya
     akan memerangimu ..." (Al Baqarah: 278-279)
     
Mengenai hal ini Rasulullah saw. bersabda
     
     "Apabila zina dan riba telah merajalela di suatu
     negeri, berarti mereka telah menyediakan diri
     mereka untuk disiksa oleh Allah." (HR Hakim)1

Dalam peraturan dan tuntunannya Islam menyuruh umatnya  agar
memerangi  kemaksiatan.  Apabila  tidak  sanggup, minimal ia
harus menahan diri agar perkataan maupun perbuatannya  tidak
terlibat   dalam   kemaksiatan   itu.   Karena   itu   Islam
mengharamkan  semua  bentuk  kerja  sama   atas   dosa   dan
permusuhan,   dan  menganggap  setiap  orang  yang  membantu
kemaksiatan bersekutu dalam dosanya bersama pelakunya,  baik
pertolongan   itu   dalam  bentuk  moril  ataupun  materiil,
perbuatan ataupun  perkataan.  Dalam  sebuah  hadits  hasan,
Rasulullah saw. bersabda mengenai kejahatan pembunuhan:

     "Kalau penduduk langit dan penduduk bumi bersekutu
     dalam membunuh seorang mukmin, niscaya Allah akan
     membenamkan mereka dalam neraka." (HR Tirmidzi)

Sedangkan tentang khamar beliau saw. bersabda:

     "Allah melaknat khamar, peminumnya, penuangnya,
     pemerahnya, yang meminta diperahkan, pembawanya,
     dan yang dibawakannya." (HR Abu Daud dan Ibnu
     Majah)

Demikian juga terhadap praktek suap-menyuap:

     "Rasulullah saw. melaknat orang yang menyuap, yang
     menerima suap, dan yang menjadi perantaranya." (HR
     Ibnu Hibban dan Hakim)

Kemudian mengenai riba, Jabir bin Abdillah r.a. meriwayatkan:

     "Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi
     makan dengan hasil riba, dan dua orangyang menjadi
     saksinya." Dan beliau bersabda: "Mereka itu sama."
     (HR Muslim)

Ibnu Mas'ud meriwayatkan:

     "Rasulullah saw. melaknat orang yang makan riba
     dan yang memberi makan dari hasil riba, dua orang
     saksinya, dan penulisnya." (HR Ahmad, Abu Daud,
     Ibnu Majah, dan Tirmidzi)2

Sementara itu, dalam riwayat lain disebutkan:

     "Orang yang makan riba, orang yang memben makan
     dengan riba, dan dua orang saksinya --jika mereka
     mengetahui hal itu-- maka mereka itu dilaknat
     lewat lisan Nabi Muhammad saw. hingga han kiamat."
     (HR Nasa'i)

Hadits-hadits sahih yang sharih itulah  yang  menyiksa  hati
orang-orang  Islam  yang  bekerja  di bank-bank atau syirkah
(persekutuan)   yang   aktivitasnya   tidak    lepas    dari
tulis-menulis dan bunga riba. Namun perlu diperhatikan bahwa
masalah riba ini tidak hanya berkaitan dengan  pegawai  bank
atau  penulisnya pada berbagai syirkah, tetapi hal ini sudah
menyusup ke dalam sistem ekonomi  kita  dan  semua  kegiatan
yang berhubungan dengan keuangan, sehingga merupakan bencana
umum sebagaimana yang diperingatkan Rasulullah saw.:

     "Sungguh akan datang pada manusia suatu masa yang
     pada waktu itu tidak tersisa seorangpun melainkan
     akan makan riba; barangsiapa yang tidak memakannya
     maka ia akan terkena debunya." (HR Abu Daud dan
     Ibnu Majah)

Kondisi seperti ini tidak dapat diubah dan diperbaiki  hanya
dengan  melarang  seseorang  bekerja di bank atau perusahaan
yang mempraktekkan riba.  Tetapi  kerusakan  sistem  ekonomi
yang  disebabkan  ulah  golongan  kapitalis  ini hanya dapat
diubah oleh  sikap  seluruh  bangsa  dan  masyarakat  Islam.
Perubahan  itu  tentu  saja harus diusahakan secara bertahap
dan  perlahan-lahan  sehingga  tidak  menimbulkan  guncangan
perekonomian  yang dapat menimbulkan bencana pada negara dan
bangsa. Islam sendiri tidak melarang umatnya untuk melakukan
perubahan    secara   bertahap   dalam   memecahkan   setiap
permasalahan yang pelik.  Cara  ini  pernah  ditempuh  Islam
ketika  mulai  mengharamkan riba, khamar, dan lainnya. Dalam
hal ini yang terpenting adalah tekad  dan  kemauan  bersama,
apabila  tekad  itu  telah bulat maka jalan pun akan terbuka
lebar.

Setiap  muslim  yang  mempunyai  kepedulian  akan  hal   ini
hendaklah  bekerja  dengan  hatinya,  lisannya,  dan segenap
kemampuannya melalui berbagai wasilah  (sarana)  yang  tepat
untuk   mengembangkan   sistem  perekonomian  kita  sendiri,
sehingga  sesuai  dengan  ajaran   Islam.   Sebagai   contoh
perbandingan,  di  dunia  ini  terdapat beberapa negara yang
tidak memberlakukan sistem riba, yaitu mereka yang  berpaham
sosialis.

Di  sisi lain, apabila kita melarang semua muslim bekerja di
bank, maka dunia perbankan dan sejenisnya akan dikuasai oleh
orang-orang  nonmuslim  seperti  Yahudi dan sebagainya. Pada
akhirnya, negara-negara Islam akan dikuasai mereka.

Terlepas dari semua itu,  perlu  juga  diingat  bahwa  tidak
semua  pekerjaan  yang  berhubungan  dengan  dunia perbankan
tergolong riba. Ada diantaranya yang halal dan baik, seperti
kegiatan  perpialangan,  penitipan,  dan  sebagainya; bahkan
sedikit pekerjaan di sana yang termasuk haram.  Oleh  karena
itu,  tidak  mengapalah  seorang  muslim  menerima pekerjaan
tersebut --meskipun hatinya tidak rela-- dengan harapan tata
perekonomian  akan  mengalami  perubahan menuju kondisi yang
diridhai agama  dan  hatinya.  Hanya  saja,  dalam  hal  ini
hendaklah  ia  rnelaksanakan tugasnya dengan baik, hendaklah
menunaikan kewajiban terhadap dirinya dan  Rabb-nya  beserta
umatnya sambil menantikan pahala atas kebaikan niatnya:

     "Sesungguhnya setiap orang memperoleh apa yang ia
     niatkan." (HR Bukhari)

Sebelum  saya  tutup  fatwa  ini  janganlah  kita  melupakan
kebutu*an  hidup  yang  oleh  para fuqaha diistilahkan telah
mencapai tingkatan darurat. Kondisi inilah yang mengharuskan
saudara  penanya  untuk  menerima pekerjaan tersebut sebagai
sarana mencari penghidupan dan  rezeki,  sebagaimana  firman
Allah SWT:

     "... Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa
     (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan
     tidak (pula) melampaui batas maka tidak ada dosa
     baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
     Maha Penyayang." (Al Baqarah: 173}
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 02:44 PM | Show all posts
9# alien7749

akad ni ikut kemajuan masa juga...baru ni sy dgr ceramah di tv pasal zakat..ust dari pusat zakat tu jawab bayar internet pun boleh..akad semua ni sunat aja..tekan butang enter tu dah ...
sunsuria3 Post at 1-10-2009 09:08


ko biar betul. ni ajaran mana ni?  yg membezakan sistem kafir dgn islamik ialah akad.  mana boleh main tekan2 butang jer.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 03:17 PM | Show all posts
19# tobby

di laman web ust zaharudin pun ada tulis tekan enter kira akad...ust dari pusat zakat tu baru je bulan puasa ni bincang bab zakat ada soalan tanya kalau dia bayar zakat guna internet sah ke tidak..ust tu kata akad itu sunat sahaja...yg wajib ialah keluarkan zakat.....angguk pun di kira akad juga..saya sendiri officer bank rakyat tu soh angguk je..tak cakap apa2 pun saya..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059283 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list