CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19759|Reply: 71

Telco & Post

[Copy link]
Post time 1-10-2009 12:04 PM | Show all posts |Read mode
ada sesiapa tahu tak bisness ni macam mana.
owner dia siapa ?
bisness model bagus tapi income sesuatu outlet tu bagus tak?
ada tak hidden charges dan kalo ada apa dia ?
iklan di sok kabar n TV begitu gah sekali. nak tahu juga sebelum terjebak kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 12:09 PM | Show all posts
Yg KakTi tahu dia wat offer la ni siapa nak jd franchisee kn byr RM45K. Lepas ni dah jd RM300K rasanya.

Benda ni baru gi jd rasanya bab2 income tu belum siapa tahu gi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 01:26 PM | Show all posts
p la kat menara tm tingkat 50.. hari sabtu pg ni ada seminar...free ja kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2009 10:45 PM | Show all posts
yg penting owner dia
adakah boleh di percayai atau tidak?
atau satu lagi skim owner nak cepat kaya
sebab kalo franchaise mmg byk problem
sebab tu aku dan kawan2 aku cadangkan kalo jualan tu franchisor pun nak juga so diaorg kena labur modal dgn franchisee
eg kalo franchaisor nak 10% dari gross sales so dia kena labur at least 10% dlm sykt tu juga
kalo tak tu, hanya menganiaya org2 yg betul2 nak berniaga
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 10:57 PM | Show all posts
Program ini terbuka kepada semua golongan di Malaysia termasuk para usahawan & peniaga berpremis atau tidak berpremis, para pelajar & graduan, golongan pekerja industri, awam atau swasta, bakal usahawan, usahawan kecil & sederhana, golongan profesional, ejen-ejen pemasaran, peruncit dan individu-individu yang mencari peluang perniagaan.
* Atas kelayakan dan memenuhi Terma & Syarat

Peserta yang berjaya akan diberikan:
Hak pengedaran produk-produk terpilih dalam sektor telekomunikasi, pos, perbankan, dan media oleh panel-panel korporat tanahair yang menawarkan pulangan tinggi.
Kemudahan sokongan latihan keusahawanan, perniagaan & penjualan.
Anugerah pencapaian & peluang perkembangan perniagaan.
Pembiayaan perniagaan bagi usahawan.*

KOD JEMPUTAN ANDA : S 119   

Kod Jemputan anda diperlukan semasa pendaftaran dan sesi seminar.

Kemasukan adalah percuma, dan jamuan ringan disediakan.

AGENDA SEMINAR
10.00 am
* Ketibaan jemputan

10.15 am - 12.30 pm
* Seminar Kuala Lumpur Trade Programme

12.00 pm - 01.00 pm
* Sesi assessment bersama Assessment Officers (AO) untuk sesi khidmat nasihat bagi usahawan dan bakal usahawan yang berminat dan berkelayakan.
* Jamuan tengahari
* Majlis Bersurai
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 01:49 AM | Show all posts
ini yg macam dropzone tu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2009 03:13 PM | Show all posts
Ini satu bisnes program anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.Saya rasa ianya sesuai dibuka dikawasan yg ramai penduduk tapi jauh dari pejabat POS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2009 03:52 PM | Show all posts
dulu ada kompeni guna DPPM buat satu projek teltkominikasi gak
mula2 MARA support then kemudian tak support sebab kompeni tu tak jujur
adakah kompeni yg sama juga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2009 05:08 PM | Show all posts
mungkin juga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2009 12:04 PM | Show all posts
terbuka kepada semua kaum
di anjurkan oleh DPMM
u see what i see or not?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2009 12:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by kekbelacan at 3-10-2009 12:23
Yg KakTi tahu dia wat offer la ni siapa nak jd franchisee kn byr RM45K. Lepas ni dah jd RM300K rasanya.

Benda ni baru gi jd rasanya bab2 income tu belum siapa tahu gi..
KakTi Post at 1-10-2009 12:09

http://ayares151.blogspot.com/2009/09/telco-and-post.html

Tuan,

Sekadar ingin berkongsi pengalaman..saya adalah diantara orang yang terawal menyertai program Telco & Post ini.Dahulunya dikenali sebagai Inteleca Shoppe,...then ditukarkan nama sewaktu pelancaran di Dewan Felda oleh Tun Mahathir.
Peringatan saya pada Tuan, janganlah TERPERDAYA dengan Business Plan yang ditunjukkan oleh mereka-mereka di Serdang Raya tu...semuanya hanya untuk memikat hati,..secara logiknya tak akan tercapai Jualan yang disasarkan...Banyak faktor yang Tuan perlu kaji,..OK. Masyarakat sekarang lebih senang ke Pejabat POS untuk bayar bil, kenapa pulak mereka perlu ke Telco & Post sedangkan sistem yang diberikan hanyalah sistem 'top-up',..bukannya real-time system. Banyak lagi  kelemahan,..berhati-hati la...
Sep 16, 2009 1:56:00 PM

Anonymous said...

Kami dah 2 kali tertipu,..tentang komisyen, tentang back-upservice,..dan macam-macam lagi.... Kenapa nak bersaing dengan Celcom,TM Point dan POS Malaysia,..sedangkan sistem & perkhidmatan mereka lebih cekap & efisyen...Fikir-fikirkan lah....Dah lah bayar dekat RM50,000 untuk jadi MD,..pastu apa yang dijanjikan hanya tinggal janji....
Sep 16, 2009 1:59:00 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2009 01:23 PM | Show all posts
http://www.bicarajutawan.com/forum/f23/telco-post-20139.html

T&C nie bukan under pos, tapi projek by DPMM KL. Pada saya, ada pro & con, peluang & risiko tersendiri utk bisnes nie. saya dah attend seminar dia kt level 50 menara TM bulan pose lepas, tup2 terus dia offer jadik master dealer .. modal RM 50k tak termasuk reno kedai, sewa, kos operasi etc. Yg 24k tu utk annex dealer aje.

kalo hang dah ada kedai & nak tarik lagi ramai customer masuk.. pada saya molek sungguh lah. tu pun bergantung kpd hang punya unjuran jualan. tapi kalau nak balun bukak T&C nie sebijik.. pastu handle yg nie aje... pada saya amatlah x berbaloi.

saya bukan dok bayang untung yg kita dapat buat..... tp duk bayang untung yg DPMM KL nie buat. Master dealer dia pungut serata alam... sesapa saja boleh jadi asal sanggup bayar penuh RM 50k. juga annex dealer yg sanggup bayar penuh RM24k. kata daerah kat Malaysia ada 200, jd 200 org master dealer dan kurang lebih 600 annex dealer. Jadi, revenue DPMM KL kurang lebih 50k x 200 + 24k x 600 = haa hang kira sendiri. dgn melantik dealer2 nie pun dah kumpul berjuta2 ... huhuhu kayo den.

produk derang OK, cuma mencurigakan aku adalah usaha keras hang utk promote produk derang. contoh... 1. pos laju 2. setem 3. kad kredit ambank 4. loan bank al-rajhi 5. produk TM 6. Produk celcom.

yg saya duk perati... semua nie dah ada channel jualan dia tersendiri...... jadi andalah competitor kepada channel2 nie semua. PELUANG DAN RISIKO terserah kepada anda.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 12:22 AM | Show all posts
....tengah buat M&E job kat one of the dealer... dia dah invest 53K... kalau dari my point of view,  sakit kawan aku ni, sebab bukak kat kl, driving distance to kl town pun dengan AKLEH, DUKE... like 10 mins...

bila tanya, kenapa pilih bisnes ni (sebab dia ni b/ground engineer) jawabnya - kawan ajak.. alahai... wish him all the best!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2009 01:14 AM | Show all posts
aku google, dapat ni http://www.melayu-trade.com/v2/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2612

Wahai Masyarakat Melayu yang Dikasihi,

Marilah kita bersatu untuk menyelesaikan masalah ini dan mengambiltindakan bersama terhadap "Kuman FARATECH yang didalangi olehPENGKHIANAT Encik AZLAN ROSMERA ABU ALIAS & Puan FARAH EDORA ABUALIAS" yang cuba memperbodohkan Bangsa MELAYU Kita dengan janji-janjipalsu yang mengaburi fikiran kita dengan peluang perniagaan TM BUSINESSPROGRAM bersama TELEKOM MALAYSIA walhalnya sebenarnya ini merupakansatu skim pyramid dimana distributor yang berjaya menarik serta menipulebih banyak distributor/agent untuk melabur ke PROGRAM TMBP ANJURANFARATECH & INTELECA , dialah yang akan mendapat komisyenterbanyak.Tanpa disedari Distributor tersebut, dia sebenarnya menolongPIHAK FARATECH & INTELECA menambahkan wang kedalam poket merekadengan komisyen hanya RM3700 kalau dia mendapat distributor baru yangmelabur RM17860.Cuba anda membuat perkiraan keuntungan Encik AZLANROSMERA ABU ALIAS & Puan FARAH EDORA ABU ALIAS dari setiapdistributor RM17860 - RM3700 = RM14160. JUmlah RM14160 bukannyasedikit.BANYAK!!!!!

Cuba anda fikirkan berapa banyak entreprenuer MELAYU yang telahtertipu & berapa banyak wang telah mereka cekup dari Program TMBPini.Berapa banyak Distributor Melayu menipu sesama Melayu dengan ajakanuntuk menjadi Distributor tanpa menyedari hakikatnya Distributor Melayuitu hanya mengadaikan BANGSA SENDIRI serta menambahkan wang ke dalampoket FARATECH, Encik AZLAN ROSMERA ABU ALIAS & Puan FARAH EDORAABU ALIAS supaya mereka boleh meneruskan usaha menipu lebih banyakorang Melayu kerana mereka pasti fikir mereka sangat pandai.INSAFLAHEncik AZLAN ROSMERA ABU ALIAS & Puan FARAH EDORA ABU ALIAS.

Tetapi, saya percaya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuhke tanah juga.ALLAH SWT sentiasa melindungi orang yang teraniaya.Diharap pihak FARATECH,Encik AZLAN ROSMERA ABU ALIAS & Puan FARAHEDORA ABU ALIAS tidak lupa ALLAH SWT melihat segalanya serta BALASANMAHA KUASA.

Bayangkanlah, wang usaha kerja kuat kita yang kita jimatkan denganmengikat perut saban hari demi kebahagiaan hari esok yang dilaburkanatas kepercayaan pengunaan nama TELEKOM MALAYSIA dengan menamakanprogram 'TELEKOM MALYSIA BUSINESS PARTNER' serta penerangan FARATECHjuga yang dibuat di dalam MENARA TELEKOM MALAYSIA pada setiap hariSabtu 10am-1pm (Saya baru sahaja menghadiri sesi 10 MAY 2008 dan hampirtertipu dengan kata kata En HAMIDI & En AZLAN ROSMERA ABU ALIASyang berucap) mengelabui lagi kepercayaan orang MELAYU yang PROGRAMPENIPUAN ANJURAN FARATECH ini mungkin memang inisiatif TELEKOM MALAYSIAuntuk menolong ENTREPRENUER MELAYU.

TETAPI TMBP ANJURAN FARATECH - SEMUANYA SEBENARNYA PYRAMID SCHEME UNTUKMENIPU WANG MELAYU YANG DILAKUKAN OLEH FARATECH, Encik AZLAN ROSMERAABU ALIAS & Puan FARAH EDORA ABU ALIAS

Mengenai Masalah FARATECH & PENIPUAN TERBESAR yang dilakukanmereka kepada Melayu Malaysia dengan menipu wang halal usaha kerja kuatmasyarakat melayu yang semakin hari mencari cara menambahkan pendapatandimasa MELAYU DIPINGGIRKAN DI NEGARA MALAYSIA dengan menjanjikanpeluang untuk menjadi business partners kepada Telekom, pada pendapatsaya, orang-orang yang telah tertipu serta tidak berpuas hati bolehlahmenghantar email directly kepada media masa seperti suratkhabar MELAYU,Managers atau Vice President Telekom Malaysia serta agensi agensikerajaan yang boleh menolong KEBAJIKAN ORANG MELAYU yang saban haridipinggirkan serta sekarang ini ditipu bulat-bulat oleh FARATECH, EncikAZLAN ROSMERA ABU ALIAS & Puan FARAH EDORA ABU ALIAS.


TINDAKAN AKAN DIAMBIL JIKA KITA MELAYU BERSATU!
PENJAJAH TANAH MELAYU BOLEH DITENTANG OLEH PAHLAWAN NENEK MOYANG KITA!
APATAH LAGI FARATECH, Encik AZLAN ROSMERA ABU ALIAS & Puan FARAH EDORA ABU ALIAS!!!!!!!!


MARI KITA BERSATU!
HIDUP MELAYU SELAMANYA!!


Kiasan Nukilan Hati ,
MISS MELAYU MORTAL....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2009 01:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2009 01:59 AM | Show all posts
http://www.topix.com/forum/world/brunei/TH1290UIB43G00S83/p3


FORUMER Australia
Reply »
|
Report Abuse|
Judge it!|
#71Friday Sep 18


Saya dah pergi taklimat KLTP baru ni (8/8/09)... setelah dgrtaklimat... saya rasa program ni ada sumting la.... actually sy memangdah buat bisnes celcom ni... jual broadaband and CE plan.... klu buatdirect dgn celcom ... sy tak perlu bayar sesen pun duit kat celcom..cuma buat sale je.. training n equipment free je celcom support... dgnKLTP.. kena bayar 23K n 43K.. terlalu byk ....mmg byk produk n servisboleh kita buat...... tp tak berbaloi dgn yg kita bayar hanya utk hakpengedaran shj... klu direct dgn celcom... tak perlu bayar apa2..dengan KLTP ... klu nk jd MD.. bayar 43K.. cuma dpt 1 sign board,paybill sistem, terminal e-pay dgn kredit RM 500... dah hak2 pengedaranshj... utk pengetahuan ... dgn celcom... diorang kasi free 4 jenissignboard.. Vertical signboard.. horizontal SB.. Got X n Broadband signboard...( kos dlm 2K - tp celcom kasi free) pastu interiorrenovation.(RM 3K- FOC jugak).. klu terminak e-pay.. boleh cal e-pay...just masuk kan kredit RM500.. boleh buat bisnes.. tak perlu bayarape2... utk paybill system pulak.. dgn celcom.. tak perlu bayar ape2..cuma buat Bank Guarantee je... 10K.. tu pun just mcm kredit je.. klucus bayar bil or ape2 bayaran.. celcom akan potong kredit tu.. n pasbank in.. kredit akan di topup semula.... n wang 10K akan di kembalikansetelah stop bisnes dgn celcom.. tp dengan KLTP .. wang 23K or 43K..hangus.... lagi satu... komsisyen yg celcom bagi untuk jualan broadbandn executive jauh lebih baik dari KLTP program..... actually KLTP akandpt komisyen sama dgn apa yg dealer2 celcom dpt... cuma sikit yg dibagi pada distributor or MD ... sudah la kenakan yuran yg tinggi utk jdejen/D/MD.. pastu dpt lagi komisyen dr sales yg A/D/MD buat...untungKLTP........kesian jugak tgk pakcik makcik aritu...excited buat bisnesdgn KLTP... kumpul duit keje dari muda sampai tua.. bukan senang nakkumpul 43K.... klu buat loan pun.... duit kita jugak.. kena bayar....
walauapapun..terpulang la kepada yg berminat... klu betul2 nak buat bisnes celcom..baik pegi terus dgn celcom... insyaallah.. kedatangan anda dialu2kan... tambah2 bumiputera.... takde masalah dgn celcom..
KLTP program lebih kepada MLM.... distributor yg bawa distributor baru.. akan dapat komisyen 3K ......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2009 05:42 PM | Show all posts
haaaa apa lagi jawap lahhh persoalan2 yang di ajukan/kritik tuu wahai bos/staf/MD/dist/agent... telco n post...
betul ker bisnes korang ni boleh berkembang... ker hangat hangat taik ayammm... jgn jadi melayu kayuu melayu mudh lupa, takan nk tunjuk DR M yang rasmikan... kedai mamak nasi kandaq pon boleh buat.... WOI!!! bos FARATECH mana kauuu ,,jawap laaaaa
takut kerrr,, azlan/farah jawap laaaa.. kritikan tuuu
tak de telur n buah dada kerr.....
kalu berani nk maju dan dikenali tiap2 minggu TELCO N POST kena buat iklan di TV.. kasi org tau apa itu TELCO n POST  
baru kau orang ade rasa tanggunjawap nk beri perkhidmatan pada masyarakat...
FARATECH/IGB at THE MINES ada berani ker ada duit kerr ada tanggungjawap kerr....



sekian dari org extremmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 12:17 PM | Show all posts
La ...company faratech lagi rupanya.Dah la jgn percaya suma nie...Yang TM pun satu. Pasal la percaya ngan si company nie.Pelik tul aku!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 01:08 PM | Show all posts
TM tak kisah asal sesapa je nak jual brg dia ok jer
lagik laku lagik bagus
kan korg boleh g sendiri ambil dari TM sama gak contact jer nearest celcom dealer kalo ko nak jual brg dia, maxis n gigi pun  gitu jugak, ambil straight tak payah org tengah
nanti ortg tgh makan ko nye komisen jgn marah
ni org tengah tu siap buat mlm lagik
towkay2 mlm mana sengkek2 punye
tengok je lah distributor hai o pun pakai bmw lagik

padahal korg bole ramai2 kompul duit beli builk or buat kontrak manufacturing then buat mlm sendiri .........
or beli harga borong dr azimuth
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 02:08 PM | Show all posts
kt paper metro semlm & hari ni ada iklan psl telco & post ni utk sesapa yg berminat nk join kena sms & tempat terhad. aku memula berminat jugak tapi bila dh baca komen2 kt sini rasa2nya x jadi la. sib baik x sms lg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.108710 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list