View: 54937|Reply: 234
|
RATU MAHABBAH De Laila
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 29-1-2011 12:42
Mahabbah De Laila kisah wanita bersuami muda
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/1030/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.1.jpg)
| MENCIPTA keserasian... Abby (kiri) bersama pelakon baru, Hairul Azreen (kanan).
|
MAHABBAH De Laila, mendengarkan tajuknya sahaja sudah cukup unik. Mahabbah membawa maksud cinta yang dimiliki oleh seorang wanita bernama De Laila.
Drama ini menyingkap kisah cinta dan kehidupan seorang wanita berusia lewat 30-an yang berkahwin dengan lelaki muda belasan tahun.
Sungguhpun memiliki segala-galanya, kerjaya dan harta benda namun kemewahan hidup De Laila sebenarnya tidak menggambarkan realiti sebenar kehidupannya yang kesunyian tanpa teman hidup.
Hancur hati seorang wanita yang ditinggalkan tunangnya menjelanghari perkahwinan mereka, menyebabkan De Laila menjadi seorang wanitayang terlalu tabah.
Apa lagi sejak kematian ayah dan ibunya, De Laila yang dipelihara oleh ibu saudaranya, yang dipanggil Mama tidak pernah menjadikan kekecewaan sebagai benteng dalam kehidupan.
Sebab itu tidak hairanlah, setelah ditinggalkan tunang hanya beberapa hari akan bergelar isteri, De Laila bangkit semula dan meneruskan tugas mengendalikan perniagaan yang ditinggalkan kedua orang tuanya.
Kebaikan dan kelembutan hati De Laila telah mencuri hati sepasang suami isteri Pak Imam dan Mak Kintan hingga mereka sanggup menyuruh anak mereka, Waad berusia 18 tahun menjadi suami kepada De Laila.
Pada masa yang sama, Waad 'berperang' emosi dalam mengukuhkan hati melayari kehidupan sebagai seorang siswa, suami dan menyimpan rahsia daripada pengetahuan De Laila.
Akan disiarkan di TV9 pada Mac tahun depan, drama 26 episod yang akan memenuhi slot sejam itu turut menyingkap bagaimana ketabahan DeLaila dalam melayani kerenah suaminya.
Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Abby Abadi, Hairul Azreen, Zarina AF2, Anding AF2, Maimon Talib, Fadhil Dhani, Dian P. Ramlee, Yusof Wahab, Liza Abdullah dan Faizal Hussin.
Mengulas perihal watak De Laila, pengarahnya, Hadji Maa Hayu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri terbitan Nizarman(M) Sdn. Bhd., memberitahu, watak De Laila, lebih kepada karakter wanita berkerjaya yang berhati mulia serta sering menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang kurang berkemampuan.
"Disebabkan dia seorang yang berhati mulia, sepasang suami isteri yang telah termakan budi yang ditabur oleh De Laila berkenan dengan sikap serta kelembutan De Laila.
"Lantas mengahwinkan anak mereka yang berusia belasan tahun dengan De Laila.
"Apa yang cuba kami zahirkan dalam cerita ini, bukan hanya ketabahan hati dua insan yang berbeza umur yang disatukan dalam ikatan perkahwinan tetapi kebaikan seorang insan yang mempunyai kelebihan dalam menghulurkan bantuan," katanya.
Di minda masyarakat, sudah tentu akan memandang serong kepada lelaki muda yang berkahwin dengan wanita berkerjaya dan berharta.
Oleh sebab itu, kisah tersebut cuba diketengahkan kepada umum untuk turut sama menilai dan merasai bagaimana dilema yang dihadapi oleh pasangan yang berbeza umur menghadapi gerbang perkahwinan.
Berbeza umur
Bercerita perihal wanita bersuami muda, menurut pengarah berkenaan, dalam penilaiannya, tidak wujud sebarang masalah berkaitan perkahwinan pasangan berbeza umur asalkan kedua-dua pihak dapat berfikir dan mengatasi segala masalah secara rasional.
"Kebijaksanaan mereka itulah yang cuba kita tonjolkan dalam siri ini.
"Biarpun menyatakan bahawa tidak menyintai De Laila, namun, sebagai seorang isteri, De Laila masih berlembut hati dengan membiayai pengajian suaminya," katanya.
Gandingan pelakon muda Hairul Azreen yang dipasangkan dengan Abby Abadi ternyata banyak menterjemah kisah yang cuba disampaikan.
"Berbanding Abby, pada awalnya memang sukar mewujudkan keserasian antara Khairul dengan Abby. Namun, setelah hampir sebulan menjalani penggambaran, lakonan Khairul semakin lama semakin matang.
"Biarpun nampak sedikit pemalu, namun tidak sukar membentuk serta mewujudkan keserasian di antara mereka," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baca sinop cam best........harap2 tul arrr |
|
|
|
|
|
|
|
mcm boleh ganti nur kasih je |
|
|
|
|
|
|
|
best la citer ni..tak sabo nk tunggu sambungannyer...aku tgk kat tv9 online jek... |
|
|
|
|
|
|
|
dah tayang yerkk pukul berapa... |
|
|
|
|
|
|
|
cite ni yg aku dok tunggu2.........lmbt lg rupenye....... |
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk cite ni...tp lupa la bile...![](static/image/smiley/default/3doh.gif)
tgk pun skjap je....![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ratu: Mahabbah De Laila – (26 Episod), Isnin, 9.30 malam
Selepas bergelak tawa dengan sitkom menarik di TV9, mari tonton sebuah drama kekeluargaan penuh sayu, Mahabbah De Laila, lakonan Abby Abadi, Hairul Azreen, Anding, Jasmin Hamid. Ia mengisahkan tentang pengorbanan seorang isteri terhadap suami yang tercinta walaupun dirinya hampir terkorban. Perkahwinan mereka yang berdasarkan suka sama suka tetapi mereka dilambung ombak kehidupan dalam menempuhi dugaan dan cabara kerana perbezaan usia yang amat ketara. Dapatkah mereka berdua menempuhi badai dugaan hidup walaupun hampir lemas ditelan fitnah kehidupan? Matlamat utama drama ini adalah untuk memberi saranan atau bimbingan terhadap masalah penceraian yang berleluasa di negara ini. Selain itu, drama ini juga memberi pengajaran tentang bagaimana hendak mengatasi masalah yang timbul jika pasangan mempunyai perbezaan usia yang jauh antara satu sama lain.
sumber: budiey.com |
|
|
|
|
|
|
|
nape aku tgk de laila tu mcm gatal jek ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
takde sambungan lg kat tv9 online..jln citer mcm best
err..delaila tu gatal ker? errr mcm tak jek..pendapat peribadi ek... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dh stat...kat tv9 online ada..tp br ada sampai episod 2 |
|
|
|
|
|
|
|
dah start.
senin tv9 9.30pm |
|
|
|
|
|
|
|
bestla citer ni......sesuai abby ngan muad tu...hensem dan comel jek....tak sabar nak tgk sambungan citer ni...best...best sesangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
best kan...lain dr yg lain rasanya...tp waktu tayangan tu rasa mcm tak bestlah...seminggu sekali jek...kata 26 episod... pahtu kalau tak silap sejam je kan.... lamanye nak tgg next episod...
suka pelakon2nyer... |
|
|
|
|
|
|
|
citer best..antara dialog yang aku ingat sampai bila2...
ustat tu kata islam ada bermacam islam..yang aku setuju ngan kata2 dia ttg islam adat..
bukan ramai ker di kalangan kita zaman sekarang..(pandangan peribadi)...
tapi citer best..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yes..byk la blh belajar dr dialog2 dioarng ni... sbb ada selit kata2 nasihat...
tp sorang kawan si waad tu... yg kecik kurus tu suara dia macam suara usop sontorian lah...hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
smlm tgk separuh jer...tu pun nk abis..
tgk part pak salleh skolahkan budak pompuan tu kt kebun... banyak sindiran halus dlm citer ni...aku suka...
lg bila part laila jumpa mak waad nk jd menantu..
mak waad kt laila cuma melanggar adat, tp tak melanggar hukum.. |
|
|
|
|
|
|
|
lambat tul la nk tunggu next week.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|