|
Post Last Edit by Syd at 28-12-2009 13:06
Senarai Lagu, Jadual Uji Bakat AF8
Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 28 DISEMBER 2009: Program realti TV popular, Akademi Fantasia 8(AF8) sudah pasti akan kembali dan ia disahkan dengan adanya sesi ujibakat yang bakal dijalankan di 5 lokasi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Dengan syarat kelayakan yang sama, AF8 sekali lagi memberi peluang warga Singapurauntuk menyertai uji bakat sekaligus menempah nama sebagai pelajar AF8 .
Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi, berkata untuk meneruskan matlamat dan memberikan hiburan terbaik, AF8 masih lagi diteruskan dengan membuka ruang pada warga Singapura seperti tahun sebelum ini.
"Pada uji bakat AF7, kami mendapat sambutan menggalakkan dari orang Singapura. Jadi, kami percaya dengan peluang yang ada, ia sedikit sebanyak membuka platform buat mereka menyemarakkan industri seni tanahair," katanya.
Katanya, golongan artis yang tidak mempunyai sebarang kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman dibenarkan menjalani uji bakat ini.
Juriyang terbabit kali ini adalah Deja Moss, Fairuz Hussein, Syafizawati Shariff (Cikgu Syafi) dan Lah Ahmad (VE) manakala Dr Fazley serta Dr Azahari Othman (Dr Lov) akan meneliti daripada aspek personaliti serta memberi motivasi.
Bagaimanapun, AF8 yang dijangka menampilkan kelainan dengan memansuhkan program Diari EXT dan Diari INT.
Difahamkan, keputusan penyingkiran akan muncul pada keesokkan hari selepas persembahan mingguan.
Jadi, selepas anda menonton konsert mingguan setiap Sabtu malam, peminat berpeluang mengundi selama sehari dan menantikan keputusan pada malam Ahad. Tambah menarik, program seakan Imbasan AF3 ditampilkan secara langsung selepas tamatnya program penyingkiran pelajar.
Sementara itu, sempena uji bakat AF8 di The Zon, Johor pada 16 & 17 Januari 2010, konsert mini bintang AF turut dimeriahkan oleh Mawi, Hafiz, Yazid , Isma dan Aishah. Konsert mini tersebut akan dijalankan bermula 10 pagi - 6 petang.
Bagi anda yang berminat menyertai uji bakat AF8, anda boleh mendapatkan borang penyertaan di laman www.astro.com.my/akademifantasia dengan membawa sekeping foto berukuran 4R iaitu foto profil kepala hingga paras pinggang serta satu salinan kad pengenalan.
INFO UJI BAKAT:
Waktu Pendaftaran: 9 pagi - 1 petang
Sesi uji bakat: 9 pagi - 5 petang.
Syarat-syarat:
1. Peserta lelaki dan wanita
2. Berumur antara 18 – 45 tahun (pada 9 Januari 2010)
3. Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan.
LOKASI UJI BAKAT:
1) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tarikh: 9 & 10 Januari dan 30 & 31 Januari, 2010
Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2) Johor
Tarikh: 16 & 17 Januari, 2010
Lokasi: The Zon, Johor Bahru, Johor
3) Pulau Pinang
Tarikh: 16 & 17 Januari, 2010
Lokasi: Redbox Gurney, Plaza Gurney, Pulau Pinang
4) Sabah
Tarikh: 22, 23 & 24 Januari, 2010
Lokasi: Hotel Promenade, Kota Kinabalu
5) Sarawak
Tarikh: 23 & 24 Januari, 2010
Lokasi: Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
|
|