Post Last Edit by sicomel at 22-2-2010 14:14
Cik Andalusia
Dato' Siti vs Faizal Tahir
Minggu lalu, ramai yang berpeluang menyaksikan konsert Satu Suara?di Istana Budaya. Konsert yang menampilkan Dato' Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Aizat itu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Cik Andalusia difahamkan semua tiket habis terjual.
Tapi, bukan itu yang Cik Andalusia hendak katakan di sini. Sebaliknya cakap-cakap yang timbul sebaik sahaja konsert itu selesai.
Walaupun konsert itu berjaya menambat hati banyak pihak tetapi masih ada cakap-cakap yang tidak sedap didengar sampai ke telinga Cik Andalusia. Ada yang membeza-bezakan kualiti persembahan Faizal dan Siti.
Setengah pihak memuji tinggi persembahan Faizal dan setengah pihak lagi mahu memenangkan Siti. Masing-masing ada alasan sendiri mengapa berbuat begitu.
Menurut pihak yang pro Siti, Faizal mencacatkan persembahan dan cuba tunjuk dia lebih bagus daripada Siti dan Aizat. Penyokong Faizal pula mengutuk nyanyian Siti yang dikatakan langsung tidak kena dengan muzik rock. Menurut geng-geng ini, Siti memang tidak layak membawakan lagu rock. Tidak cukup dengan itu, baju yang dipakai oleh Siti turut menjadi bahan kutukan.
Bagi Cik Andalusia, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Baik Siti mahupun Faizal, mereka mempunyai keistimewaan sendiri. Kalau Siti boleh berbaik-baik dengan pelantun lagu Mahakarya Cinta?itu, mengapa peminat mereka tidak boleh berbuat begitu.
p/s - masing2 ada kelebihan dan kekurangan sendiri. fans masing2 pun berhak ckp apa shj. ada yg minat FT x minat ct. minat ct x minat FT. ada yg minat kedua2nya dan ada yg x minat kedua2nya. itu masing2 pnya hal la. cuma kpd sesetgh wartawan2 kt luar sana tu, minat dan benci mcmanapun korg kt seseorg artis tu jgn la sampai menyalahgunakan kuasa yg ada utk menulis yg bkn2. nmpk sgt mcm nk menjatuhkan. kritik tu biar la kritik yg membina, bkn yg membinasa. |