CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29756|Reply: 120

[R-TV] Imam Muda S1 - [ ASYRAF Juara!!]

[Copy link]
Post time 18-3-2010 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 30-7-2010 22:24
            Imam Muda Astro Akan Ditawar Jawatan Imam Masjid WP


                              
Majlis pelancaran Imam Muda di Palace of The Golden Horses pada 11 Mac lalu.


SETELAH mencipta sejarah penyiaran, menjadi saluran TV pertama di rantau ini dengan siaran berita secara langsung dari Kota Suci Mekah sepanjang musim Haji tahun lalu, kini saluran gaya hidup Islam, Astro Oasis (saluran 106) terus mengorak langkah apabila menghasilkan sebuah lagi program memecah tradisi dengan rancangan terbaru Imam Muda!

Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Bakal imam-imam muda ini akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali,praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.

Senator Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut hadir menyempurnakan majlis pelancaran memuji pihak Astro yang berani dalam membuat pelaburan yang besar bagi memartabatkan elemen keagamaan di sebuah stesen penyiaran yang berprestij dan bertaraf dunia seumpama ini.

“Saya melihat program siri pencarian Imam Muda ini nanti bukan sahaja akan berupaya untuk mengukir paradigma baru dalam alternatif hiburan bercorak keagamaan di negara kita tetapi juga dapat mengangkat martabat dan profesyen Imam itu sendiri di mata masyarakat.

"Saya juga penuh optimis bahawa program ini dapat menatijahkan keputusan yang optimum kepada semua pihak dan percaya ia dapat menarik minat ramai anak-anak muda malahan golongan dewasa juga ke arah mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kepimpinan masyarakat serta corak dan gaya penerbitan yang lebih interaktif dan menarik,” kata Datuk Seri Jamil.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah berkata, “Sejajar dengan visi kerajaan untuk mengembangkan dan memantapkan lagi industri komunikasi dan multimedia, Astro amat gigih dalam mengumpul dan mencipta pelbagai pengisian kandungan tempatan di Malaysia melalui salurannya yang pelbagai.

“Jangka usia Astro Oasis yang bakal memasuki tahun ketiga pada bulan Oktober tahun ini telah memberi aspirasi kepada kami untuk mengadakan sebuah program siri pencarian yang terulung dan seumpamanya kerana ingin terus memainkan tanggungjawab sebagai pelopor saluran gaya hidup famili Islam dalam menyampaikan nilai-nilai positif dari sudut kerohanian dan pengetahuan.

"Tercetusnya evolusi untuk menerbitkan program seperti Imam Muda adalah di antara testimonial kami menerbitkan program-program ilmiah dan tidak tertumpu kepada elemen hiburan semata-mata.

"Hasrat kami dalam penerbitan Imam Muda ialah untuk memberi platform agar dapat memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang perlu dipikul serta menjadi pemangkin kepada kelahiran imam muda yang versatil dan relevan kepada komuniti,” tambah Zainir lagi.

Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.

Bukan itu sahaja, Juara Imam Muda juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang Imam, anda dijemput hadir sesi temuduga yang akan diadakan seperti berikut dari jam 8 pagi hingga 1 petang:

26 – 27 Mac 2010-Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, Terengganu
2 – 3 April 2010,-Masjid Zahir Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah
10 - 11 April 2010-Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru, Johor
17 – 18 April 2010-Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Sesi Ujian dan temubual ini terbuka kepada semua lelaki berwarganegara Malaysia yang beragama Islam dan berusia di antara 18 hingga 27 tahun. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam.

Siri pencarian Imam Muda ini bakal bersiaran di saluran rasmi Astro Oasis (saluran 106) bermula 27 Mei depan. Butir-butir lanjut mengenai program-program akan diumum pada sidang media akan datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 12:04 PM | Show all posts
ok la nih...program gni plak
yeazzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 01:10 PM | Show all posts
Imam muda ni kene undi jgk ker??
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 02:41 PM | Show all posts
bestt nyerr....tak sabar nak tunggu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 11:29 AM | Show all posts
hadiah best.........
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 11:34 AM | Show all posts
cume aku hrp peserta rancangan nie jgn ar glamer abis mcm peserta2 AF lak yerk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2010 12:50 PM | Show all posts
hadiah best.........
eddlisa_uyuk Post at 21-3-2010 11:29

hadiah mmg best....blajar kat al azhar tuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 11:17 PM | Show all posts
hadiah mmg best....blajar kat al azhar tuhhh
choolakaw Post at 21-3-2010 12:50


bukn al azhar la bro..
universiti al madinah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2010 06:47 AM | Show all posts
ni mesti amik imam2 yang merembes ajer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2010 10:50 AM | Show all posts
Tertarik bergelar Imam Muda
Oleh Nor Akmar Samudin
[email protected]
2010/04/08

SEBUT saja kerjaya imam, pasti terbayang wajah lelaki sudah berusia menaiki motosikal atau kereta tua yang juga sudah sebayanya.

Kini untuk mengubah persepsi masyarakat hanya yang tua saja layak menjawat jawatan itu, Astro Oasis menghasilkan program realiti terbaru, Imam Muda. Program kerjasama Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bertujuan mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Sekarang ia peringkat uji bakat yang sudah pun bermula di Kuala Terengganu (KT), Terengganu dan Alor Setar (AS), Kedah. Sambutan di kedua-dua tempat itu sangat mengagumkan.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, mereka teruja kerana meskipun kali pertama program itu diadakan, sambutan agak luar biasa dan mereka sudah tidak sabar untuk ditemubual. Katanya, ada yang menunggu di lokasi ditetapkan seawal jam 7 pagi sedangkan waktu sebenar bermula jam 8 pagi. Agaknya selepas Subuh, masing-masing terus bersiap sedia datang ke tempat lokasi.

"Di KT yang datang seramai 99 orang dan di Alor Setar pula 197 orang. Mereka yang datang segak belaka dan dari pelbagai latar pendidikan. Kebanyakannya boleh bertutur bahasa Inggeris dan Arab dengan baik. "Program ini diwujudkan untuk menaikkan imej imam di kalangan masyarakat. Hanya orang muda dapat mendidik jiwa rakan sebaya. Dengan itu diharapkan dengan kemunculan Imam Muda ini boleh membimbing remaja ke arah kebaikan. Penyertaan terbuka kepada mereka berusia 18 hingga 27 tahun," katanya.

Apa yang menariknya, tambah Izelan, mereka yang datang di KT ada yang datang dari Sabah dan Kedah. Manakala uji bakat di AS pula ada peserta dari Kuala Lumpur dan Shah Alam.

"Saya bertanya kenapa sanggup datang jauh kerana sesi pencarian itu akan diadakan juga di tempat mereka. Jawab mereka, mahu mencuba sampai berjaya. Jika di KT atau AS tidak berjaya, mereka akan terus mencuba nasib di tempat lain pula. Sampai begitu sekali usaha mereka untuk menyertai musim pertama Imam Muda," katanya. Pada Sabtu dan Ahad ini pencarian akan diteruskan di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bharu dan dijangka sambutan lebih hangat berdasarkan pendidikan agama yang diterapkan di negeri itu. Menurut Izelan, mereka yang terpilih bakal dihimpunkan di asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami mengenai hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh agama serta pendakwah serta pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Antara insentif menarik yang bakal menanti juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran jawatan imam di sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta kereta. Juara juga membawa pulang wang RM20,000 dan komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang imam, anda dijemput hadir sesi temuduga jam 8.00 pagi hingga 1 tengah hari.

Mereka hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca surah Al-Fatihah, surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam. Siri pencarian Imam Muda bakal bersiaran di Astro Oasis, 27 Mei ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 03:35 PM | Show all posts
bukn al azhar la bro..
universiti al madinah
mdms91 Post at 7-4-2010 23:17

silap la bro....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 08:05 PM | Show all posts
menarik program ni....tapi
mesti dorang amek yg ada rupa gak ni...tapi kalo nak ada rupa..sah2 belah belah pantai timur nun heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 09:27 AM | Show all posts
rupa mmg penting
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 11:50 AM | Show all posts
x best la cubala ambil calon dari bekas sekolah juvana ke cam henry gurney ke atau pusat pemulihan akhlak ke baru la keless dari setan ke imam wakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 09:37 AM | Show all posts
Misi Pencarian Imam Muda lancar
Oleh Rozdan Mazalan
[email protected]
2010/04/15


PESERTA sabar menunggu giliran jalani uji bakat.

Sambutan remaja sertai uji bakat di luar dugaan

BUKAN saja berperanan sebagai pemimpin jemaah ketika solat, mengetuai majlis kenduri kendara atau menikahi pasangan suami isteri tetapi tugas dan tanggungjawab seseorang imam itu lebih besar dalam masyarakat.

Siapa yang seharusnya tampil ke depan ketika isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa, kalimah Allah dipermainkan atau remaja semakin tenat dengan pelbagai penyakit sosial? Adakah segala tanggungjawab ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa? Ke mana perginya imam?

Menyedari pentingnya peranan imam, Astro Oasis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melahirkan program baru dinamakan Pencarian Imam Muda.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, idea menerbitkan program siri Pencarian Imam Muda lahir selepas melihat masyarakat Islam semakin tenat dengan pelbagai penyakit sosial.

"Program ini diharap dapat melahirkan remaja yang berilmu dan mampu menggunakan akal fikiran dengan sewaras-warasnya. Misi pencarian Imam Muda kini sedang berjalan dengan sambutan yang agak luar biasa di tiga lokasi yang sudah dijalankan di Terengganu, Kedah dan Johor Bahru," katanya yang ditemui pada sesi uji bakat yang diadakan di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, Johor, pada Sabtu dan Ahad lalu.

Sesi uji bakat program pencarian Imam Muda yang mendapat sambutan di luar jangkaan walaupun baru tahun pertama diperkenalkan.

Menurut Izelan, keterbukaan remaja hari ini untuk mendekatkan diri dengan program ilmiah semakin menunjukkan jalan yang positif.

“Alhamdulillah, sambutan program ini cukup tidak kami duga. Sesi uji bakat di Terengganu, kami menerima 99 peserta, Kedah 197 dan Johor Bahru 176 bererti sudah 472 menghadiri uji bakat program ini.

"Ini menunjukkan remaja kita sekarang sudah agak matang untuk mengimbangi antara hiburan dan ilmiah, namun bagi kami bukanlah kuantiti yang kami utamakan tetapi kualiti Imam Muda yang bakal dilahirkan," katanya.

Dalam setiap uji bakat, peserta mestilah lelaki berumur lelaki berusia 18 hingga 27 tahun, mempunyai pengetahuan dalam bidang agama dan pengetahuan am, fasih pelbagai bahasa Melayu dan Inggeris, kebolehan fasih dalam bahasa lain menjadi kelebihan tambahan, suara yang merdu dan memiliki ciri kepimpinan.

"Sesi uji bakat mungkin mencabar kerana kualiti yang dicari menepati pelbagai pakej. Peserta harus melalui tiga peringkat. Pertama harus membaca surah al-Fatihah dan surah lazim dengan baik, kemudian menyambung bacaan yang dibaca oleh juri seperti surah Yasin atau Kursi.

"Peringkat kedua, peserta diminta bernasyid, berzanji, qasidah atau marhaban selain diuji pengetahuan am dan diminta membuat pengucapan awam dalam beberapa bahasa dan diberikan suatu situasi untuk diselesaikan. Peringkat terakhir, juri akan bertanya mengenai latar belakang dan beberapa soalan lain," katanya.

INFO: Imam Muda

# Sesi uji bakat akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Pusat Islam Kuala Lumpur, bermula jam 8 pagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2010 11:24 AM | Show all posts
Pencarian Imam Muda Serba Boleh 27 Mei

Oleh WAHIDUZZAMAN [Mstar]


Izelan Basar (tengah) di samping pengetua dan dua mentor.

BERPAKSIKAN objektif untuk mencari imam muda yang serba boleh, saluran Astro Oasis memecah tradisi sejarah penerbitan program realiti apabila tampil dengan sebuah program realiti lain daripada yang lain, Imam Muda (IM).

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Tuan Haji Izelan Basar, idea dan konsep program realiti terbaru yang segar ini dianggap berbeza kerana ia tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana konsep program realiti sebelum ini.

"Program IM ini dianggap segar dan berbeza daripada mana-mana program realiti yang pernah dihasilkan.

"Belum pernah ada program realiti yang mencari seorang tokoh imam diterbitkan dalam sejarah penerbitan program realiti sebelum ini," katanya.

Tambah Izelan, penerbitan program ini juga disifatkan bersesuaian dengan waktunya. Tanpa perlu runsing soal komersial dan populariti, Izelan berpendapat bahawa sebagai stesen televisyen adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengisi jiwa dan rohani masyarakat dengan program berunsur keagamaan.

Ingin memberi anjakan paradigma dan lari daripada persepsi lazim masyarakat terhadap kriteria seseorang imam, pencarian IM ini bukan sahaja mencari tokoh imam muda yang boleh mengimamkan solat dan hal ehwal agama di masjid, malah menjangkaui kepada skop yang lebih luas.

"Menerusi program ini, kami ingin mencari tokoh imam yang mempunyai kriteria lebih besar daripada pandangan lazim masyarakat. Umum mengetahui, tugas dan peranan imam selama ini sinonim dengan hal nikah kahwin, kematian dan kenduri-kendara sahaja.

"Realitinya, skop tugas seorang imam adalah lebih besar daripada tiga perkara itu. Justeru, menerusi penerbitan program ini kita bukan sahaja ingin mencari tokoh imam muda terbaik.

"Malah, ingin memberi pendedahan kepada penonton tentang tugas dan cabaran seorang imam dalam kehidupan masyarakat Islam khususnya," katanya pada sidang media memperkenalkan pengetua dan dua mentor IM baru-baru ini.

Menerusi IM, peserta akhir yang dijangkakan antara 10 ke 15 orang yan berusia dalam lingkungan usia 18 hingga 27 tahun ini akan berentap selama tiga bulan bagi memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan pendedahan yang bersesuaian untuk menjadi imam muda.

"Kami ingin mencari tokoh imam muda yang serba boleh. Seorang imam yang bukan sahaja arif dalam selok-belok agama, malah boleh menguasai pelbagai bahasa, aktif dan cergas bermain pelbagai jenis sukan, kaunselor dan penceramah yang baik dan mahir dalam pelbagai aspek lagi.

"Pendek kata kita hendak mencari tokoh yang serba boleh dan layak daripada peribadi, kerohanian, sosial. Dia adalah contoh terbaik yang boleh menjadi ikon remaja Islam hari ini," hurai Izelan lagi.


Pengetua (tengah) bersama dua mentor.

Menyentuh tentang barisan tenaga pengajar di sebalik program 10 episod ini, Izelan berkata, sejajar dengan objektif program yang ingin melahirkan tokoh imam yang berwibawa dan disegani, pihak penerbitan telah menampilkan tiga orang tenaga utama bagi membimbing anak-anak muda ini.

Sehubungan itu, mantan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz dipertanggungjawabkan sebagai pengetua untuk memantau kelancaran aktiviti pembelajaran dan pembentukan imam-imam muda yang terpilih.

Ustaz Hassan turut diperkuatkan dengan sokongan dua mentor, Ketua Imam di Masid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, Ustaz Shahrizan Daud dan seorang penceramah bebas, Ustaz Syed Norhisyam Al Idrus bagi memperkuatkan lagi jentera pengajar.

Bagaimanapun, berlandaskan konsep program realiti, kandungan dan persembahan IM perlu diperhalusi dengan suntikan sedikit elemen hiburan agar dapat menarik perhatian penonton.

"Kehadiran program ini memang bersesuaian dengan waktunya. Di saat pelbagai penyakit sosial dan kerohanian masyarakat berada pada paras membimbangkan, pengisian jiwa penonton menerusi program keagamaan sebegini adalah sesuatu yang wajar dan kena pada masanya," kata Izelan lagi.

Program yang baru sahaja selesai proses uji bakat ini di Kuala Terengganu, Terengganu (zon Pantai Timur), Alor Setar, Kedah (zon Utara), Johor Bahru, Johor (zon Selatan) dan berakhir di Kuala Lumpur (zon Tengah) pada Sabtu lalu. IM bakal bersiaran bermula 27 Mei ini selama tiga bulan di saluran Astro Oasis (saluran 106).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2010 05:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 10:27 AM | Show all posts
Calon Imam muda mula berdebar
Oleh Esme Johari Wahab
[email protected]
2010/05/21
SIAPAKAH yang terbaik di kalangan terbaik untuk menjadi Imam Muda apabila program realiti TV tanpa undian khidmat pesanan ringkas (SMS) itu bermula minggu depan?
Debaran 10 calon terbaik yang sudah dipilih melalui uji bakat di seluruh negara itu akan dapat disaksikan di Astro Oasis bermula 28 Mei ini jam 9 malam.


Semua peserta dibimbing oleh Tuan Pengetua yang juga bekas Imam Besar Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz. Beliau dibantu dua Mentor, Ustaz Shahrizan Daud dan Ustaz Syed Norhisyam Al Idrus bagi proses penilaian setiap calon yang menyertainya.


Imam Muda sebanyak sembilan episod bakal ditayangkan selama sejam setiap Jumaat dengan acara kemuncak pada 30 Julai depan.


Selain tayangan menerusi Astro Oasis (Saluran 106), episod turut disiarkan melalui saluran lain. Program berkenaan juga boleh ditonton menerusi Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Prima (Saluran 105).


Melalui tema Satu Penemuan Sebuah Perjalanan Kehidupan, 10 calon Imam Muda terpilih adalah Amiril Md Banin (Miril), 25; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan (Asyraf), 26; Ahmad Hazran Ahmad Kamal (Aran), 26; Hizbur Rahman Omar Zuhdi (Hizbur), 27; Muhammad Khairul Azhar Ghazali (Azhar), 21; Nik Muhammad Adib Md Amin (Adib), 22; Nuri Ali Arbain (Nuri), 25; Sharafuddin Suaut (Abe Syara), 26; Ahmad Syakir Zamri (Syakir), 18, dan Mohd Taufek Mohd Noh (Taufek), 27.


Asyraf, kini mengikuti Sarjana Syariah Fiqh/Usul Fiqh berkata, penyertaan dalam Imam Muda dapat memperbaiki kefahaman masyarakat terhadap peranan imam.


"Selama ini orang menganggap imam hanya duduk di masjid atau mengendalikan majlis tertentu. Ada orang mengatakan imam tidak boleh bersukan atau tidak mampu menjadi golongan profesional. "Bagi saya, pencarian Imam Muda mampu melahirkan insan memiliki personaliti menarik, berwibawa dan mencakupi serba-serbi bidang. "Imam Muda mampu memberi wajah baru terhadap pemimpin masyarakat. Mereka menguasai bahasa Inggeris, bahasa Arab, bertaranum, menghafaz juzuk al-Quran dan menonjol dari segi kepimpinan," katanya.


Peserta termuda, Syakir berkata, dia akan memanfaatkan peluang terbaik menimba ilmu daripada kebanyakan peserta lebih senior dan imam berpengalaman luas dalam bidang masing masing.

"Banyak perkara boleh dipelajari daripada sembilan abang-abang saya dalam Imam Muda. Paling utama bagi saya adalah mengawal emosi dan tidak cepat putus asa terhadap pelbagai ujian ditempuh.


"Saya sebenarnya gembira dapat menyertai senarai 10 terakhir. Saya juga lega kerana sekolah memberi pelepasan sepanjang mengikuti program selama tiga bulan," katanya menuntut dalam tingkatan enam atas aliran Usuluddin.


Kelebihan bertutur bahasa Mandarin antara kelebihan dimiliki oleh Taufek.


"Menyertai Imam Muda ini bermakna saya memenuhi hajat ibu yang mahukan salah seorang daripada 12 adik beradik menguasai bidang agama. Saya akan cuba mengikuti setiap tugasan dan peperiksaan diberikan dengan baik," katanyayang bertugas sebagai perunding motivasi.

Program itu dihoskan oleh pengacara dikenali melalui Kalam Suci Astro Oasis, Ustaz Dzulkarnain Hamzah.


Semua calon dikumpulkan di asrama Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan bagi mempelajari serta memahami hal keagamaan dan kepimpinan Islam.


Pengurus saluran Astro Oasis, Izelan Basar, berkata sambutan diterima terhadap pencarian Imam Muda sangat menggalakkan.


"Ramai datang mencuba bakat dari serata negara termasuk Sabah dan Sarawak. Ada antara mereka berusia terlalu muda termasuklah rocker dan golongan profesional.


"Apapun, selepas uji bakat selama sebulan di empat zon, kami mendapat calon Top 10 menepati segala syarat. Lebih unik, program ini menggunakan sari kata bahasa Inggeris untuk penonton berlainan bangsa," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 10:31 AM | Show all posts


SYAKIR

NAMA PENUH: AHMAD SYAKIR BIN ZAMRI
ASAL: MACHANG, KELANTAN
TARIKH LAHIR: 10 NOVEMBER 1991
STATUS: BUJANG
PEKERJAAN: PELAJAR
PENDIDIKAN: STPM,SMK (A) WATANIAH, MACHANG, KELANTAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 10:33 AM | Show all posts

AMIRIL

NAMA PENUH: AMIRIL MD BANIN
ASAL: KUALA LUMPUR
TARIKH LAHIR: 21 FEBRUARI 1985
STATUS: BUJANG
PEKERJAAN: GURU KAFA
PENDIDIKAN: ROBI THANAWI (SIJIL MENENGAH AGAMA), SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-FALAH , PARIT TOK NGAH, PERAK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.076643 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list