SHOWDOWN 2010
Pertandingan ‘Street Dance’ yang paling GEMPAK!!
“Krumping”, “Popping”, “Locking” , “Break Dancing” dan banyak lagigerak tari yang menjadi elemen penting dalam Showdown 2010. Showdown2010 merupakan program realiti ‘battle dance’ terbaru yang akanmenemui anda setiap hari Rabu jam 9.30pm bermula 31 Mac, 2010 disaluran hip 8TV.
Dijangka menjadi pertandingan tarian yang terhebat dalam sejarahprogram telivisyen Malaysia, Showdown 2010 sememangnya mempunyai kelasyang tersendiri berbanding program realiti yang sedia ada.
Program ini merupakan sebuah rancangan menarik penuh aksi yang akanmengetengahkan ‘street dancing’. Tarian ‘street dancing’ ini adalahtarian gaya bebas yang membolehkan setiap krew-krew tarian menarimengikut rentak dengan cara mereka tersendiri. Seperti genre-genretarian yang lain, ‘street dancing’ ini semakin diterima sebagai salahsatu cabang seni tari.
Dengan adanya Showdown 2010, pihak penerbitan berharap program inidapat menarik perhatian orang ramai mengetahui dan mempelajari mengenaitarian ‘street’ ini dan sudah tiba masanya seni ini diberi penghormatan.
Antara keunikan rancangan Showdown 2010 ini ialah penonton jugadapat melihat segmen di belakang tabir yang akan memberi anda gambaransebenar tarian ‘street’ ini. Dari mencari ilham untuk menghasilkanlenggok dan ‘style’ tarian yang asli hingga ke mempersembahkan tariansecara langsung di hadapan khalayak umum yang menonton, semestinyapenonton bakal melihat pelbagai ragam, aksi dan drama daripeserta-peserta yang bertanding di dalam Showdown 2010 yang akanmembuat anda semua melekat di kaca TV masing-masing. Di samping itu,untuk menghangatkan lagi rancangan tersebut, gabungan tarian hip hopdan fusion serta sesi latihan dari penari profesional turut diselitkan.
SETIAP HARI RABU,9.30PM HANYA DI 8TV! |