View: 39526|Reply: 482
|
Warna Kehidupan: 'Bertudung litup, berlengan pendek, berseluar sendat'
[Copy link]
|
|
Warna Kehidupan: 'Bertudung litup, berlengan pendek, berseluar sendat'
PEMAKAIAN tudung semakin diterima umat Islam negara ini tanpamengira kedudukan mereka dalam masyarakat mahupun usia keranapemakaiannya selari dengan tuntutan agama suci itu yang menuntutMuslimah untuk tidak mendedahkan aurat termasuk rambut mereka.
Penerimaangenerasi muda Islam untuk memuliakan tuntutan Islam inisetidak-tidaknya memberi gambaran betapa kini berpakaian menutup auratcuba dipenuhi meskipun ketika mereka menggayakan pakaian moden ekorankehadiran semakin ramai pereka fesyen Muslimah.
Pelbagai maklumat mengenai gaya bertudung yang disiarkan dalammedia cetak dan secara dalam talian boleh diikuti Muslimah negara iniselagi ada daya usaha untuk melihat perkembangan terkini bagi melakukanperbandingan pakaian yang menepati selera.
Terkini, Muslimah negara ini dilanda dengan trend bertudung gayaburung belatuk yang asalnya popular di Indonesia, tetapi dengan mudahmenembusi pasaran negara ini sehingga berlaku lambakan tudungsedemikian dan mahu tidak mahu, sebahagian besar wanita Islam bertukarkepada gaya terbabit.
Selaingaya bertudung, Muslimah negara ini juga semakin ramai yang mengenakankemeja-t berlengan pendek dan berseluar sendat, tetapi kepala tetapbertudung litup meskipun hakikat gaya berbusana sedemikian tidakmenepati syarat berbusana dalam Islam.
Gaya berbusana sedemikiandikatakan lahir dari Indonesia yang kebetulan tidak mempunyai tradisiberbaju kurung, lalu apa juga pakaian hatta berkemeja t dengan lenganpendek turut dipadankan dengan tudung apabila diri sudah terbuka kepadanur Islam.
Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan danKebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr MaslidaYusof, tidak menolak gaya berbusana sedemikian semakin ketara di negaraini, tetapi bukan saja di kalangan warga Indonesia tetapi jugaMalaysia, khususnya golongan remaja.
“Saya sendiri tidak mengerti mengapa remaja Melayu Malaysiamemilih cara berpakaian yang tidak sempurna sedangkan menutup auratadalah sesuatu yang dituntut, malahan mereka akan kelihatan lebihsempurna, cantik dan manis dipandang,” katanya ketika ditemui Sasteradi Bangi, baru-baru ini.
Baginya, mereka yang bertudung, tetapimasih berpakaian yang tidak sesuai dengan etika berpakaian Islam adalahkerana bersikap ambil mudah dan tidak memahami peraturan atau panduanberpakaian bagi wanita bertudung yang ditetapkan Islam.
“Sekiranyakita ikhlas bertudung, kita juga perlu tahu sebab dan mengapa Islammenuntut wanita untuk bertudung dan berpakaian sempurna, menutup auratdan kemas. Dengan mematuhi cara berbusana menurut Islam, ia dapatmemberi gambaran baik kepada masyarakat bukan Islam berkenaan keindahanagama suci kita,” jelasnya.
Dr Maslida yakin bahawa bertudungjuga dijadikan muslihat sesetengah warga Indonesia bagi meraih simpatimajikan Islam untuk mengambil mereka bekerja, meskipun hakikatnyamereka bukan beragama Islam kerana kerana sesetengah majikan negara initidak meneliti latar belakang pekerja mereka secara menyeluruh.
“Bagaimanapun,saya tidak menafikan ada individu Indonesia Islam yang hanya berpakaiansekadar memenuhi tuntutan kerja dan bukan kerana mengamalkan carapemakaian Islam. Jadi terserah kepada kita untuk memilih yang terbaikuntuk keluarga,” katanya.
Pemilik Butik MaMa, Nor Ainna Ibrahim,pula menegaskan tidak salah sekiranya ada kelompok yang berbaju lenganpendek, tetapi dipadankan dengan sarung lengan agar busana menjadilebih sopan dan menepati ciri berpakaian menurut tuntutan Islam.
“WanitaIslam tidak kira dari mana dan apa juga latar belakang, perlumengetahui cara untuk bergaya sopan dan menepati kehendak Islam. ButikMaMa dan Muslimah lain mempunyai pelbagai jenis pakaian yang bolehdisesuaikan dengan cita rasa wanita bertudung.
“Malah, majalahdan akhbar yang memaparkan fesyen dan rencana bertudung boleh dijadikanrujukan untuk berpakaian menutup aurat. Wanita bertudung juga bolehmelayari laman web butik Muslimah untuk mendapatkan pandangan mengenaietika berpakaian dan kesesuaiannya mengikut majlis serta tempat,”ujarnya.
Bagi Nor Ainna, tidak alasan bagi wanita bertudunguntuk menghalalkan cara berpakaian yang tidak menepati ciri berpakaianMuslimah kerana mereka boleh mendapatkan pelbagai maklumat tepatmelalui pelbagai saluran media pada masa ini, hanya rajin dan malassaja yang menjadi masalah.
“Perlu diingat, Islam menuntut wanitaagar menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan. Walaupun kita moden,tatacara berpakaian sopan dan sesuai mengikut apa yang diterapkan Islambagi wanita bertudung masih tetap memberi ruang kepada mereka untuktampil bergaya,” katanya.
Sumber: BH-2010/05/06
'marilah kita menyeru, adik,kakak,ibu untuk bertudung memenuhi syarak yg sebenar2nya...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu mcm zara kan lawa... manis je mata memandang.. |
|
|
|
|
|
|
|
org lelaki gak sonang leh pakai seksi pun takpe... tunjuk betis berbulu pun relaks jer |
|
|
|
|
|
|
|
ahaksss...... |
|
|
|
|
|
|
|
gamba tudung oren kat atas tak leh blah |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai juga yang percaya Allah menuntut wanita hanya mendedahkan muka dan dua lubang hidungnya sahaja.
Mereka mahu semua orang percaya apa yang mereka percaya.....prrrrrrrpffffftght |
|
|
|
|
|
|
|
Sodokah tuh....... aurat dah tutup..cuma nak tayang sikit yer... |
|
|
|
|
|
|
|
ini yang menjadi masalah nyer biler org islam sendiri x paham ttg bab menutup aurat, yang tau nyer duk ikut fesyen semasa. pakai tudung 2 ibarat sebagai budaya sahaja..... |
|
|
|
|
|
|
|
bak kata selma org yang confused agama mcm gambar kat atas tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pening aku tgk..yg nmpk montot pun ada..baik togel je terus...{:3_84:} |
|
|
|
|
|
|
|
pakai kain kapan teros la |
|
|
|
|
|
|
|
trend tudung burung belatuk..
tudung ala ariani ker?
skrg tren tudung melekap kat dahi..
tp kalo yg sedar diri tu,kalo baju xder lengan diorg pki inner kat belah dlm..
selalu gak nmpk,pki bj yg lengan yer bwh skit jer dr ketiak pas2 pki tudung...
setakat ni lum jumpa lagi mcm gambo tudung oren yg kat atas tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ramai yang ingat Allah suruh pompuan bungkus kepala.....prrrrrrrrrpfffftght
Dan mereka ini ingat mereka lah yang pandai pasal aurat dan mahu orang lain jadi macam mereka juga....prrrrrrrpfffffftght |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah jumpa minah bertudung tapi bila duduk nampak G-string!!!Auwwww!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ramai yang ingat Allah suruh pompuan bungkus kepala.....prrrrrrrrrpfffftght
Dan mereka i ...
Maideen. Post at 6-5-2010 11:43
maideen p koje pakai spender aja ka |
|
|
|
|
|
|
|
org lelaki gak sonang leh pakai seksi pun takpe... tunjuk betis berbulu pun relaks jer
dino Post at 6-5-2010 11:29
bahaya gak tu |
|
|
|
|
|
|
|
trend zaman sekarang..... |
|
|
|
|
|
|
|
trend tudung burung belatuk..
tudung ala ariani ker?
skrg tren tudung melekap kat dahi..
tp k ...
nurulqisztyna Post at 6-5-2010 11:41
ha'ah aku pon nak tanya soklan yg sama.
aku ingatkan tudung burung belatuk yg ade macam sanggul bagai tuh?
depa claim tudung tuh stail arabic kekonon |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# dino
berpadananlah dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ni abe dino. |
|
|
|
|
|
|
| |
|