CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9536|Reply: 47

susah sangat nak kahwin punca zina merata-rata

[Copy link]
Post time 24-5-2010 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Kahwin pun susah   

2010/05/24
                                      

                  
HARI ini jika sesiapa hendakberkahwin akan berfikir semasak-masaknya daripada soal jodoh, modal danmasa depan. Agak keterlaluan jika kita katakan apa guna berkahwin danhidup bersama isteri yang dikahwini dengan kos ribuan ringgit tapitidak dapat menyesuaikan diri dengan kemampuan kewangan untuk hidupberkeluarga.  Zaman cinta Romeo dan Juliet atau Uda dan Daraberpantun seloka sudah lama tamat. Zaman Facebook, SMS dan MMS inikenal-mengenal dengan pantas, bercinta dengan pantas, berkahwin punserba pantas, tetapi hutang kahwin keliling pinggang, akibatnyapergaduhan sering berlaku antara pasangan kerana masalah kewangan.

Maka bercerai pun pantas, lalu ramai yang menuding jari kepadasegala faktor menjadi punca dan akhirnya institusi perkahwinan menjadisesuatu yang terlalu formal dan sebagai satu projek dan bukan perkarayang disunatkan dalam Islam dan digalakkan dalam masyarakat timur.

Perkahwinan adalah mulia dan perceraian akibat masalah kewanganbukan perkara yang ganjil, malah itulah faktor utama. Remaja zaman iniyang bercinta seawal usia belasan tahun akan menganggap perkahwinansebagai destinasi terlalu sempurna dan ingin dizahirkan serba mewah.

Akibatnya perkahwinan yang dibuat tanpa sokongan ibu bapa akanberakhir dengan pasangan pengantin berhutang dulu bersakit membayarkemudian. Hutang kad kredit, hutang kawan, pak cik dan mak cik danhutang along yang dibuat untuk berkahwin bukan boleh dilangsaikansetahun dua.

Ada yang berhutang sampai bermasam muka dan bermusuh dengan pemberipinjam. Putus saudara dan sahabat malah putus nyawa akibat berhutangalong.

Bila hati ingin kahwin kosnya pula tinggi. Hantaran paling kecilRM6,000, cincin seribu lebih, mas kahwin RM300 di Selangor, belum masukkenduri menyambut menantu perempuan RM6,000, bunga telur, begcenderahati, kugiran atau karaoke memeriahkan suasana dan menggugatpoket harus difikirkan.


Kos RM20,000 dalam tangan di bandar Kuala Lumpur untuk golonganpertengahan, baru layak bercakap soal kahwin kalau duit tidak cukupjangan mimpi hendak bersalam dengan tok kadi.

Nafsu pula gagal ditenangkan akhirnya perkahwinan jadi angan-angandan bukan cita-cita. Maka berlakulah maksiat dan asmara yang gagaldibendung. Bagi yang pandai mencegah hamil, maka selamatlah dirinyadaripada mengandung.

Sebaiknya masyarakat negara ini tidak kira Melayu, Cina dan Indiamelakukan upacara perkahwinan secara sederhana tanpa kos beribu-riburinggit kerana perkahwinan bukan sehari dua tetapi selamanya jikadiizinkan Tuhan. Seks bebas menjadi-jadi kerana institusi perkahwinandijadikan visi yang terlalu jauh hendak dicapai kerana memerlukan kostinggi.

Sedangkan hubungan luar nikah haram di sisi Islam dan lain agama.Kita perlu menjadikan perkahwinan satu proses kehidupan mudah danmurah, tetapi tinggi nilai agama dan moral. Mungkin ia mampu menjadikanpembuangan bayi lebih minimum dan terus jadi sifar.


ABDUL RAZAK IDRIS,
Kuala Kangsar, Perak.


Harian Metro....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2010 02:45 PM | Show all posts
Assalamualaikum tuan tanah,

Manusia memberi pelbagai jenih alasan ataupun sebab utk melakukan ZINA.

Pokok pangkalnya ialah IMAN.
Agama sudah menyarankan JANGAN DEKATI ZINA.
Tetapi TIDAK DI ENDAHKAN mereka jugak.

Apabila nasik sudah jadi bubur, mereka menyalahkan fihak laen MELAINKAN diri sendiri.

Waallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 03:12 PM | Show all posts
banyak songeh sangat nak kawin... bila kawin kat siam jd tak sah... nak kawin kursus sana sini.... bila berpoligami tanpa izin kena jail /denda
alangkah senangnya kawen macam mak pak kita dulu dulu ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 05:39 PM | Show all posts
banyak songeh sangat nak kawin... bila kawin kat siam jd tak sah... nak kawin kursus sana sini.... b ...
Nape?Tak caye? Post at 24-5-2010 15:12



Setiap syarat/undang2 yg di buat ada SEBAB nya.
Bukan deme tu suka suki buat syarat n undang undang.

Deme tu bukannya giler or ilang akal.

Jaman dulu layen.................
Jaman sekarang layen.....................

Kursus kahwin di wajibkan kerana semakin ghamai yg TIADA ILMU AGAMA.
Mandi wajib pung tak tau.....
Solat???
Berapa % yg solat sekarang ini?
Makan?
Berapa % yg baca bismillah?

ASAS Agama semakin hancur setiap hari......

Kepada yg tahu, allhamdullilah.
TETAPI kepada tidak tahu................camana??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 05:42 PM | Show all posts
Reply 2# niceghost2005


    wasalam...
hantaran 10k apa jadah???
buat yg wajib udah le....

kita kena kaji punca zina....
tunang lama2,zina..
couple lama2..zina...

kalu kawin dimudahkan,kurg le zina!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 06:42 PM | Show all posts
Reply 4# niceghost2005

itu memang betul, mesti ada sebab....tadak la sampai hilang akal atau gila


alangkah moleknya dipermudahkan ....
umat pun banyak...
sekarang ni memang diakui banyak yang tak atu asas....
sebab apa ? mungkin kerana terlalu mementingkan dunia...


tengok saja bila exam spm upsr pmr ... siap tertekan emosi sana sini...
coba lihat anak anak yang tak tau baca alif ba ta ... jarangnya yang emosi sana sini ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2010 06:43 PM | Show all posts
Alhamdulillah......aku tak pernah berzina....dan harapanku agar Allah tak uji aku dgn ujian seberat ini sbb aku tak tahu aku mampu hadapinya atau tidak...........
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 07:14 PM | Show all posts
hamba menyangka dirinya tuan dan kadangkala 'tuhan'...
tu penyumbang kepada kerosakan atas muka bumi...

kalau dah hamba tu buat la cara hamba..... bila Sang Pencipta panggil, bersegeralah pergi... bila Sang Pencipta arah dan perintah... ikut sahaja tanpa banyak soal...

jika tidak... maka pelbagai benda yang tak sepatutnya berlaku akan berlaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2010 07:15 PM | Show all posts
bukan kerana susah sangat kawin... tetapi kerana nafsu menguasai tempat akal dan iman...

alat tidak rosak... yang rosak ialah pengendalinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 08:00 PM | Show all posts
ada seorang ayah..anak dara dia umur 18 semua dikawinkan....
dia cakap,x nak anak dara buat tak senonoh....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 09:44 PM | Show all posts
tajuk nie aku setuju benar....

kahwin itu seharusnya cepat dan selamat!

siapa ikut sunnah takkan susah nak kahwin.......

mana lebih baik, teruskan budaya menyusahkan proses perkahwinan sehingga anak2 muda berzina

atau memudahkan perkahwinan sehingga tidak ada masalah utk kahwin awal@muda....

mmg apa2 pun pokok pangkal adalah iman, tetapi faktor menyusahkan proses [perkahwinan oleh mana2 keluarga amatlah besar sumbangannya dlm menampakkan proses perkahwinan itu leceh dan membuka banyak benar fitnah zina.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 10:03 PM | Show all posts
aku yang pelik sekali, orang bujang payah betul nak kawen.

orang yang dah kawen, nak menambah-nambah....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 10:07 PM | Show all posts
Reply 12# ibnur

yg nak menambah2 tu dari pengalaman sendiri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 10:18 PM | Show all posts
wanita yang diberkati itu
-kawin awal
-mas kawin nya murah
-anaknya ramai

last week saya baca dua kisah remaja perempuan yg jadi mangsa hamba seks boyfren masing2..yg baru semalam kut..dia lari ikut jantan ni then berzina sepuas2nya sampai pregnant 7 months...lama2 dia muak lalui cara hidup mcm tu..larikan diri call her parents..si jantan tu dare to go to her parent's house mengamok dgn 2 rakan dia nak ambil dia balik..
it seemed like this girl's parents pun takut dgn this boy??? kenapa tak buat police report? kalau dia nak kawin kan anak dara dia pun sanggup ke mrk kawinkan anak dia dgn jantan begitu..yg kongkong dan kurung perempuan semata2 utk jadi hamba seks dia??

yg satu lagi tu pun mcm tu..mula2 syok lari ikut jantan..hidup bebas lama2 muak..pastu buat police report kena rogol..sbb stil underage memang blh lah claimed rogol..tp asalnya kan suka2 sama suka? bila dah jadi mcm ni dakwa si jantan?

dunia2..nak kiamat bila zina berleluasa...semalam ke yg kelab gay kena serbu tu..papaer hari ni gay cari customer ada pulak pelanggannya siang hari ni? ada gambar yg mukanya di blurr kan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 10:23 PM | Show all posts
dosa tetap dosa, alasan bukan cara nak mengescape diri ok..

mengakulah diri sendiri yg nak buat dosa, bukan sebab lifestyle or what....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 07:50 AM | Show all posts
alah! yg zina merata2 tu bebudak skolah ramainya, bebudak yg tak tau lg tanggungjawab kalu berumahtangga pon....tau nak sedap jer...bukan deme nak kawin pon sbnrnya saja nak test .....tu yang melambak2 kes camtu.

my sepupu, cekgu......dia lar citer anak murid dlm library pun jadik...tu yang kantoi, yang tak kantoi??kalu student dr seberang lagi larr siap ada port buat mende tuh!!!...mintak la dijauhkan anak2ku perkara2 gitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2010 08:21 AM | Show all posts
anak jadi porak poranda sebab bapa tidak menunjukkan kelakiannya dan ibu tidak mencerminkan sifat keibuan.....

hierarki yg Allah dah atur cukup sempurna... bapa takut (taqwa) pada Allah, ibu pula kasih dan taat pada bapa melebihi makhluk lain, manakala anak pula patuh ibu 3 kali ganda dari bapa.

jika peraturan ini diadun dengan sedemikian rupa, Insya Allah zina tidak akan berleluasa... kerana setiap hati diikat oleh Allah untuk menuju bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 10:01 AM | Show all posts
Reply 16# juita


    aku setuju je ngan ko..ramainye remaja2
nk dipermudah apernya budak2 skolah lagik
tkt usung gelpren sana sini tros nk soh kawin?
tempat tinggal/mkn minum/ilmu?
yg paling penting ada ilmu dulu
tuntut ilmu penting
barulah nk soh kawin
tu yg belambak dah Kawin tapi bezina aper kes???
punca zina dari diri sendiri, jgn salahkan itu ini
kalo dipermudah kawin....ha ramei la yg kawin pehtu cerai berai....anak2 jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 10:03 AM | Show all posts
susah nak kahwin bukanlah punca utama zina - tapi salah satu punca, selain yang disebutkan di atas. asasnya Islam tetapkan, nak bernikah tuh mudah - akad nikah sahaja yang wajib. masalahnya mentaliti Melayu sekarang, takde dalam 30K, jangan mimpi nak kahwin, yelah nak bersanding, baju entah berapa pasang, pelamin, hantaran, entah macam2 benda la. kalau lelaki tuh dah sampai tahap wajib berkahwin (atas sebab tak boleh menahan nafsu walaupun berpuasa), tapi tetap takleh kawin jugak disebabkan kekangan yang macam2, tak mustahil la zina boleh berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 10:11 AM | Show all posts
kan bagus hidup pd zaman dulu2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.072622 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list