|
Post Last Edit by Anak_Nogori at 18-6-2010 15:31
Memandangkan ada permintaan supaya Bod WC mengadakan teka result perlawanan dan untuk memeriahkannya lagi, maka dgn ini resmilah Bod WC ini akan adakan tekaan result perlawanan antara pasukan2 yg sedang dan akan bertanding nanti.
Buat julong julong kalinya Teka Perlawanan ini adalah diantara Argentina vs Korea Republic yang akan berlansung jam 7.30pm..17/6/2010.
SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN
1. Tekaan boleh dibuat sama ada menang atau seri.
2. Setiap tekaan hanya dibenarkan sekali sahaja, sekiranya didapati ada tekaan melebihi dari satu, kredit mereka akan dipotong.
3. Tekaan keputusan perlawanan akan ditutup berdasarkan tarikh perlawanan dan setiap jam sesuatu perlawanan itu bermula.
4. Sekiranya pihak penganjur tidak sempat lock thread setiap tekaan perlawanan itu nanti, keputusan memberikan kredit bagi tekaan yg tepat hanya diberi pada tekaan seperti syarat no 3 diatas.
5. Setiap tekaan yg tepat, pihak penganjur akan memberikan kredit 5(lima) spt yg telah pihak kami persetujui, tapi mungkin akan dinaikkan pada perlawanan - perlawanan seterusnya spt masuk Semi Final dan seterusnya final.
6. Pihak Penganjur Bod World Cup 2010 tidak akan melayan mana mana bantahan, krn apa sahaja keputusan yg dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dibawa kemana2 mahkamah mahupun ke hadapan Lembaga FIFA.
7. Syarat-Syarat tekaan perlawanan ini adalah terpakai bagi semua tekaan-tekaaan seterusnya.
8. Terbuka pada sesiapa saja.
9. Tak perlu borak atau mengulas dithread tekaan ini, hanya keputusan saja yg diperlukan utk memudahkan pihak penganjur menilainya nanti.
Contoh tekaan sudah memadai:-
Argentina 2 - Korea Republic 0
Contoh 2 : -
Argentina 0 - Korea Republik 0
atau.
Argentina 1 - Korea Republik 1
atau
Argentina 2 - Korea Republik 2
dan seterusnya.
So..sila lah membuat tekaan anda.
Selamat meneka.
Terima Kasih. |
|