CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50840|Reply: 537

♡ Sejarah Kasih ~ Bab 19 (Terkini post 1/5/2015 stlh 5 tahun) ♡

  [Copy link]
Post time 29-6-2010 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 1-5-2015 03:49 AM

KRONOLOGI NOVEL


BAB1 : Pantai Virginia tempatku mengikis derita , reply #2
BAB2 : Bukti bertulis , reply #37
BAB3 : ? Y A T I , reply #59
BAB4 : Pengakuan Cinta Sarah, reply #74

BAB5 :Bertaut Kembali, reply #97

BAB6 :Rantai Kunci, reply #137

BAB7 : - , reply #152

BAB8 : Terbitnya rasa cinta , reply #183

BAB9 : Dukungan mesra

BAB10: Realiti dua beradik

BAB11: Sarah diculik?

BAB12: ~

BAB13: Imbasan kisah silam

BAB14: Saat Genting

BAB 15: Jalinan Kasih

BAB 16: Adakah ia suatu pengakhiran?

BAB 17: Kisah cinta Gilbert

BAB 18: Dapatkah kita bertemu lagi?

BAB 19: Engkaukah, Sarah?



*Bingkisan novel adalah hak milik dauswq dan ditulis sendiri oleh beliau. Oleh itu, pengambil wajib memaklumkan kepada penulis atas kebenaran untuk meletakkan di forum/blog dan wajib kreditkan kepada pemiliknya.COPYRIGHT CONTROLLED


*Perubaan pertama daripada pengarang. Maafkan pengarang atas penggunaan bahasa yang agak bercelaru.Harap mendapat komen yang baik/ membina dari forumer sekalian.



Ada permintaan dari pembaca, di mana setiap kali chapter keluar, harus diberikan pm untuk notation.

Caranya adalah dengan klik username saya <--- , kemudian 'add as friend' ,
data friend akan automatik tersenarai dalam bulk pm saya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2010 08:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 2-7-2010 21:56

Bab 1: Pantai Virginia tempatku mengikis derita

Bayu laut Virginia bertiup sayu mengisi ruang gelap dalam sanubari gadis berkaca mata hitam. Sekali sekala angin bertiup kencang menerbangkan isi-isi rambutnya supaya terurai menyisir ke belakang. Tiada lagi seutas rambut kembali menutup wajah comel si gadis tersebut.


Kendatipun begitu, di sebalik wajah comelnya,tersirat tinta pahit. Sugul, itulah ungkapan yang tersedia menerangkan perasaannya ketika itu. Namun, dia tidak pasti akan asal usul perasaan yang menghantuinya selama ini. Sarah,nama yang telah terukir dalam catatan pengenalan gadis tersebut. Tidak sekalipun dia mengubah namanya itu walaupun berada di negeri orang. Sarah menghentakkan kakinya ke gigi air berulang-ulang kali. Geram berserta amarah mengiringi irama hentakan kakinya tatkala cuba mengingati sebab kepada kegelisahan yang melanda dirinya selama ini.


Mengapa? Kenapa air mataku mengalir tanpa musabab? Apakah yang membuatku derita? Hatiku sakit. Jiwaku berkecamuk. Namun, ku tidak memahami akan puncanya.

Desiran ombak biru pantai Croatan menghempas kakinya sehingga ke paras buku lali. Sarah tersentak seketika melihat kelibat bayang manusia yang cuba menghampirinya. Dia cuba berlari, tetapi kudratnya tidak cukup menepis tangan manusia yang menutupi kedua-dua matanya.

“Cuba, teka siapa ini?” , tanya manusia misteri yang menutup matanya itu.

Sarah tersenyum seraya berkata, “Abang”.

“Pandai bini abang” , jawab lelaki tersebut.

“Sarah saje berjalan kat sini. Menghirup udara segar pantai. Adakalanya Sarah berasa damai melihat burung helang pantai terbang menuju ke ufuk timur. Tambahan pula dengan pantai yang cukup indah ini. Musim panas di sini cukup mendamaikan Sarah” kata Sarah.


“Sarah masih cuba nak ingat balik memori itu? “ tanya lelaki itu.


“Sarah nekad. Sarah mahu mengingat kembali apa perasaan yang menggundah perasaan Sarah selama ini. Mungkin memori itu adalah titik pertemuan kita” tekad Sarah.

Lelaki tersebut diam membisu seketika tetapi sempat juga dia mengukir senyuman seraya berkata, “ Mungkin lebih baik Sarah pendam saje. Sebab ia membuatkan Sarah lebih derita, abang pasti. Sarah tidak mahu bertanya akan kisah kita dahulu?.”

“Sarah mahu cari sendiri, Abang. Sarah mahu mengingatinya sendiri, “ kata Sarah lagi.

“Sarah jangan terlalu kuat ya. Abang tahu sebab abang seorang doktor. Memang perlu masa untuk mengingati kesemua memori tersebut. Kawan abang ada menasihatkan supaya tidak memaksa Sarah. Biar memori itu kembali sendiri. Sarah tabah ya, sayang ,” kata lelaki itu.

Sarah mengangguk sekejap.

Tiba-tiba, seorang lelaki putih hanya berseluar dalam hijau menghampiri Sarah dan suaminya.

“Azmin, come here dude. Play with us some more. I know you can beat us. Ha Ha Ha ,” ketawa mat salleh tersebut.

“Okay, Sarah. Abang nak main bola tampar dengan Gerald kejap. Sarah duduk-duduk dulu la ya “ bisik Azmin.

“Okay abang. “ Sarah menurut perintah.

Azmin beredar perlahan-lahan dari kaca mata Sarah. Sarah tersenyum sambil melambaikan tangannya. Lelaki tampan yang menjadi suaminya itu ialah seorang doktor di Chesapeake General Hospital yang terletak di tengah-tengah Bandar Chesapeake, Virginia. Beliau bekerja sebagai doktor pakar bedah sepenuh masa. Hospital tersebut menggunakan khidmat beliau sejak beliau menetap di Falls Church, Virginia. Di situ juga, beliau dikunjungi wakil hospital untuk ditawarkan bekerja sepenuh masa setelah bakatnya diperhatikan oleh presiden hospital tersebut. Beliau cuba menolak tawaran tersebut tetapi atas pujukan Sarah, beliau mengerti. Teringat Sarah bagaimana dia cuba memujuk suaminya menerima tawaran itu walaupun hati suaminya keras menolak. Senyuman Sarah ketika itu menggerakkan hati suaminya. Azmin bersetuju dan menandatangi kontrak selama setahun. Dr. Azmin memang seorang yang kacak. Tambahan pula susuk badannya yang sasa menyerupai pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise. Ramai anak gadis terutamanya gadis Amerika menggilai Dr. Azmin atas ketampanannya itu. Namun, beliau tetap memilih Sarah sebagai teman hidup.

Sarah melihat suaminya beransur-ansurperlahan meninggalkan pasir pantai tempat dia berdiri. Sarah memaliskan pandangannya semula ke laut Virginia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 08:19 PM | Show all posts
starting citer dah menarik.. rasa tak sabar nak baca yg seterusnye...
pengenalan watak yg menarik.. lepas ni kene kembangkan lagi..

dan selamat maju jaya sebab lepas nih ramai yg merengek nak mintak n3 berkali2
termasuk yg tulis nih la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 08:19 PM | Show all posts
menarik......apa agaknya memori tu ye.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 08:21 PM | Show all posts
Reply 3# Kia_picanto

akan cuba post setiap minggu
tengok pada kekangan masa

genre novel : melodrama, suspense
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 08:23 PM | Show all posts
setiap minggu ye........kat sini ramai merengek setiap hari nak n3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2010 08:23 PM | Show all posts
Perubaan pertama daripada pengarang. Maafkan pengarang atas penggunaan bahasa yang agak bercelaru. ...
dauswq Post at 29-6-2010 20:06

WOW!!! tak macam baru nak menulis, macam buku yg ke 5 ditulis...sgt bagus!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 08:23 PM | Show all posts
wahhh...................permulaan cerita ala2 pro....sama mcm novel2 luar yg pernah ai baca..........bravo!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 08:25 PM | Show all posts
Reply 5# dauswq

setiap minggu ye.. hem.. harus banjir rumah ni ngan tangisan kepiluan mereka.. tapi tak pe.. yg penting keje selesai..
jgn tak update seminggu sekali tau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 08:25 PM | Show all posts
setiap minggu ye........kat sini ramai merengek setiap hari nak n3
detox Post at 29-6-2010 20:23


hehe...actually aku nk fikir mende yg suspend sket..

i try to post as soon as possible.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 08:26 PM | Show all posts
wahhh...................permulaan cerita ala2 pro....sama mcm novel2 luar yg pernah ai baca......... ...
wickedcat Post at 29-6-2010 20:23


kaka kucing jahat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 08:27 PM | Show all posts
Reply 9# Kia_picanto

thx
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 08:28 PM | Show all posts
Reply 10# dauswq


    no prob...take your time....but not toooooo long ;)
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 08:32 PM | Show all posts
kaka kucing jahat
dauswq Post at 29-6-2010 20:26


ai ikhlas hokayyy....cepat skit tepek citer selebihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 08:39 PM | Show all posts
wow..intro yg best.....lg2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 08:40 PM | Show all posts
aku just nak bgth satu...
since aku guna nama "muslim" seperti nama di atas
ada certain perkara melibatkan batasan agama
...arap korang leh terima dengan hati terbuka

lagipun negara orang putih la kans
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 08:42 PM | Show all posts
Reply 16# dauswq

boleh2 xdak mslh.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 08:52 PM | Show all posts
ape semua nie... falls church...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 09:35 PM | Show all posts
intro yg menarik
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 09:43 PM | Show all posts
yeayyyy! abe dauss ku sayanggg hantar jgk karya beliau di sini
adik jingg rasa terharu gituuu abe daus menunaikan permintaan adik jingg


teruskannnnn lagi okay
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071316 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list